You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PERKAMPUNGAN ILMU SIRI 1 (KUMPULAN EMAS)

SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI


TAHUN 2022

1. MATLAMAT :
1.1 Memperbaiki mutu kualiti serta kuantiti Pencapaian Akademik Pelajar.
1.2 Satu program yang kolektif dari Unit Kurikulum demi membangunkan Panitia Mata
pelajaran dalam menjuruskan kepada pendedahan teknik menjawab peperiksaan SPM.
1.3 Meningkatkan motivasi pelajar untuk menghadapi SPM.

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM :


Pihak sekolah telah merancang satu program khusus untuk pelajar Tingkatan 5 tahun
2022 dalam mempertingkatkan kualiti mutu peperiksaan SPM yang bakal diduduki oleh
calon sekolah ini. Pihak sekolah dan dibantu oleh Unit Bimbingan & Kaunseling bersama-
sama menyumbang idea dan tenaga dalam pelaksanaan program ini. Program
Perkampungan Ilmu ini memastikan semua calon didedahkan dengan pelbagai teknik
menjawab soalan serta mempertingkatkan motivasi mereka sebelum menduduki
peperiksaan penting dalam hidup mereka.

3. OBJEKTIF :
1. Pelajar dapat dipersiapkan dari segi mental, fizikal serta emosi dalam menduduki
peperiksaan SPM untuk tahun 2022.
2. Pelajar dapat mengetahui teknik serta pendekatan efektif dalam menjawab soalan
peperiksaan bagi semua matapelajaran peperiksaan peringkat menengah atas.
3. Pelajar didedahkan dengan motivasi awal bagi perkukuhkan persediaan minda dalam
mencapai kejayaan dalam peperiksaan SPM tahun 2022.

4. KUMPULAN SASARAN :
Murid Tingkatan 5 kelas Ideal, Optimis, Inovatif dan Ihsan SMK Bandar Baru Salak Tinggi

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM :


Perkampungan Ilmu Tingkatan 5 Tahun 2022
Tarikh : 27 dan 28 September 2022
Hari : Selasa dan Rabu
Tempat : Dewan Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi
Bilangan Peserta (kelas terlibat): 120 orang
6. JAWATANKUASA KERJA :

Bil Jawatan Kuasa Guru Bertanggungjawab Bidang Tugas

Floor Manager Program Pn Habsah Binti Jaafar


1 Menyelaras perjalanan program.
Siri 1 Pn Ayatul Azira Binti Alias
Surat kepada MP Sepang
Pn Norazrieta Binti Abdul
2 Surat-menyurat Surat jemputan kepada
Rahman
Penceramah

Ketua Panitia Subjek


Menjemput penceramah yang
3 Jemputan Penceramah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
berkaliber.
Sejarah, Matematik, Sains

Pn Nor Azlina Binti Mat Ariffin Mengambil kehadiran murid.


Pendaftaran Murid
Pn Amirul Nur Akimi Binti Menempah makanan.
4 Makanan Murid dan
Abdullah Mengedarkan makanan kepada
Guru
Pn Rosmawati Binti Othman murid.
Menyediakan meja dan kerusi
En Yahya B Jabar (Ketua)
murid.
5 Persiapan Tempat En Muhammad Hisham B Zakaria
LCD dan Skrin
En Syed Agil B Syed Hussin
PA System
En Syed Agil B Syed Hussin
6 Disiplin Pn Wan Khairizan Binti Meor Mengawal disiplin murid.
Abdullah
Mengambil gambar-gambar
7 Dokumentasi Cik Siti Sarah Binti Iskandar perjalanan program.
Membuat dokumentasi program.
7. BELANJAWAN :
Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah


1. Bayaran Penceramah
RM 300.00 x 5 orang
5 orang penceramah = RM 1500.00

2 Makanan murid (120 orang)


Roti dan air mineral RM 7.00 x 120 orang x 2 hari
Makanan = RM 1680.00

Makanan penceramah dan guru (10 RM 10.00 x 10 x 2 hari


orang) = RM 200.00

3 Bahan / Modul (120 orang x 5 RM 2.00 x 600 item


subjek) = 1200.00

4 Banner RM 130.00
Jumlah Perbelanjaan RM 4710.00

8. SUMBER KEWANGAN

Dana Hibah Sekolah Amanah = RM 4710.00

9. PENUTUP

Pihak kami mengharapkan program ini mendapat kelulusan dari pihak berkenaan agar
kesinambungan kecemerlangan akademik dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih cemerlang.
Semoga apa yang dirancang akan dapat dilaksanakan demi kejayaan dan kecemerlangan pelajar.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(NORAZREITA BT ABDUL RAMAN) (ROZIANA BT AMINORLAH


Setiausaha Kokurikulum Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Bandar Baru Salak Tinggi SMK Bandar Baru Salak Tinggi
KERTAS CADANGAN PERKAMPUNGAN ILMU UNIT KURIKULUM TAHUN 2022- SIRI 1

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Perkampungan Ilmu Unit Kurikulum


Tahun 2022 SIRI 1

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Perkampungan Ilmu


Unit Kurikulum Tahun 2022 SIRI 1

Ulasan:

......................................................................................................................

.....................................................................................................................

............................................
(SAMZINI BIN ABDULLAH)
Pengetua
SMK Bandar Baru Salak Tinggi
Tarikh: .........................

You might also like