You are on page 1of 1

Program NPQEL 2022

Aktiviti Berasaskan Sekolah


Modul 3: Menerajui Perubahan

Stimulus Tugasan

Kepimpinan adalah salah satu faktor penentu kecemerlangan organisasi.


Keupayaan pemimpin mengenal pasti isu dan melaksanakan perubahan mampu
mencemerlangkan individu dan organisasi.

Bagaimanakah anda menterjemahkan perancangan perubahan yang telah


disediakan semasa sesi bersemuka bagi mencemerlangkan sekolah anda yang
sejajar dengan mandat KPM?

Arahan Tugasan
1) Berdasarkan pelan tindakan perubahan yang anda rancang dalam sesi bersemuka,
pilih satu aktiviti daripada pelan tindakan perubahan yang anda boleh melaksanakan
dalam tempoh satu minggu semasa sesi Praktikum.

2) Aktiviti yang dipilih perlu dilaksanakan dengan menggunakan data sekolah


masing-masing.

3) Laporan tugasan ini PERLU mengandungi perkara-perkara berikut:


a) Huraian tindakan perubahan yang telah dilaksanakan dalam tempoh satu minggu.
b) Huraian pelaksanaan aktiviti perlu mempamerkan proses, alat dan teknik yang
sesuai untuk menunjukkan kepimpinan perubahan anda.
c) Lampiran eviden aktiviti yang telah dilaksanakan seperti poster, gambar, ahli
jawatankuasa kerja dan lain-lain.

4) Peserta dikehendaki mempamerkan kompetensi berikut dalam huraian hasil tugasan


Individu iaitu: Berfikiran Strategik, Membuat Keputusan, Memimpin Perubahan,
Menyelesai Masalah.

5) Hasil tugasan perlu disediakan dalam format PDF dengan


a) Jenis font / huruf Arial, saiz 12 poin , sama jidar (justified) dan langkau 1.5 baris
b) tidak boleh melebihi 3 muka surat (tidak termasuk lampiran)
c) dikepilkan Senarai Semak M3-ABS1

6) Hasil tugasan individu Aktiviti Berasaskan Sekolah perlu dimuat naik dalam ruang
eLaporan, portal NPQEL pada 16 Mei 2022 sebelum jam 1.55 tengah hari.

You might also like