You are on page 1of 5

3 GELOMBANG

2013 2025
Disediakan oleh :
Rudy
Rizal

Gelombang 1- memberi penekanan kepada menambah


baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah
pelaksanaan program.

Dalam tempoh pelaksanaan itu, tumpuan diberikan


kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan
meningkatkan kualiti guru sedia ada, meningkatan
kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar
literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi.

"Menjelang akhir Gelombang 1, kementerian akan


memastikan semua guru, pengetua/guru besar dan
sekolah mencapai tahap minimum standard kualiti yang
dihasratkan.

Dalam Gelombang 2, kementerian akan melaksana


perubahan struktur pendidikan negara untuk
mempercepat perjalanan perubahan kepada semua
inisiatif yang bermula semasa Gelombang 1,
antaranya pergerakan kesemua 410,000 guru dan
10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya
baharu dan penstrukturan semula kementerian.

Kurikulum standard sekolah rendah dan menengah


yang disemak semula juga akan diperkenal dalam
usaha menangani kebimbangan mengenai
pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai
dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.

Gelombang 3, memfokus kepada anjakan ke arah


kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan
operasi, di mana pada permulaan gelombang ini,
semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu
menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.

Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan


sekolah kepada model pengurusan berasaskan
sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah
berdasarkan inovasi dalam pengajaran, dalam usaha
membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri
yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan
meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.

You might also like