You are on page 1of 5

SEK. KEB.

UNGGUN
W.D.T 293
88902 KOTA KINABALU
TEL/FAX: 088-493200
E-mel: skunggun@gmail.com
Ruj : XBA4072/800/01
Tarikh : 15.10.2018

MINIT MESYUARAT MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN GRADUASI EDISI 1- 2018


Mesyuarat Majlis Anugerah Kecemerlangan Dan Graduasi Pertama telah dijalankan pada
ketetapan dan butiran yang berikut.

Tarikh : 12.10.2018 (Jumaat)


Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Guru Sk.Unggun

KEHADIRAN MESYUARAT MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN GRADUASI –


12.10.2018 (JUMAAT)
1. TUAN JENIAR SUBEH Guru Besar
2. ASMA AHMAD PK 1
3. MUSAINAH RAMLI PK KOKUM
4. SITI BINTANG IDRIS PK HEM
5. SITI ALINAH BUKARIH PK PETANG
6. KERTINAH ASPAR Penyelaras MAC&Graduasi
7. MARLINEH MUJIN Timbalan penyelaras
8. DK. ZAINAB PG DAUD
9. ROSIAH BADARUDIN
10. CLISAH GUNGAT
11. ASIAH EDIN
12. HAMRIAH NORDIN
13. ROSNEH PULONG
14. JAINAH OSIP
15. JOSEPHINE LAI
16. HASLINAH RAMLEE
17. NURHAIDAH AWANG LADIS
18. ANY HJ WID
19. SUZILIN RULINSIUS
20. ZURINA ABD RAHMAN
21. RAFIDZAAH AHMAD
22. NOR AZIZAH DOLLAH
23. NOOR HASSANAH BOLKIAH NOOR MOHAMED
24. HAMDIE HAMRAN

1
25. DK. MASTURA PG HJ BUJANG
26. MARIATE IBRAHIM
27. NURNAZIRAH YUSOF
28. SANJIT A/P MUNIANDY
29. HARIANA AHONG
30. TOHERAH HAMID
31. DZULKIFLI MUHIDIN
TIDAK HADIR
1. NORLIZAH HJ MOHD TAIB - CRK

1. UCAPAN PK KOKUM
1.1 Puan Musainah mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua.

1.2 Puan Musainah berharap dengan adanya mesyuarat ini maka Majlis Anugerah
Kecemerlangan Dan Graduasi dapat dijalankan dengan sempurna kelak.

1.3 Menurut Puan Musainah ini merupakan mesyuarat yang pertama bagi membincang
Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SKUM 2018 yang akan diadakan pada 8 Nov
2018 (Khamis)

- Makluman
2. PEMBERITAHUAN AJK KERJA

2.1 Puan Musainah memaklumkan perlantikan AJK kerja Majlis Anugerah Kecemerlangan
dan Graduasi dan bidang tugas masing-masing – Rujuk lampiran
- Makluman dan Tindakan
2.2 Puan Musainah memaklumkan tentang perjalanan majlis bahawa murid yang membawa
sirih junjung dan bunga manggar akan menunggu tetamu vip diluar dewan sebelum diarak
masuk untuk mengambil tempat duduk yang disediakan.

2.3 Murid perlu dilatih terlebih dahulu cara menyambut tetamu VIP dan mengiringi hingga
ke tempat duduk yang dikhaskan.

2.4 Penyediaan sirih junjung dan bunga manggar di bawah tanggungjawab Ustazah Toherah
dan Ustazah Marlineh.

2.5 Puan Musainah memaklumkan bahawa tugas mengiringi vip serta memaklumkan
perjalanan majlis adalah di bawah tanggungjawab Event Manager iaitu Puan Rosiah dan
Puan Kertinah.

2.6 Encik Dzulkifli Muhidin mencadangkan agar simulasi/ rehasel penuh perlu diadakan
sebelum majlis berlangsung agar perjalanan majlis lebih teratur dan lancar.

2
2.7 Puan Musainah memaklumkan bahawa Persembahan Tahap 1 ialah pemenang
Pertandingan Hari Kanak-kanak yang akan diadakan pada 27 Oktober ini.
2.8 Panel pemilihan anugerah Tokoh Murid ialah Puan Asma Ahmad dan Puan Siti Alinah
Bukarih.

3. HAL-HAL LAIN

3.1 Puan Musainah memberitahu bahawa surat pemeritahuan kepada murid dan ibu bapa
akan diedarkan.

3.2 Guru Besar mengarahkan agar ibu bapa yang hadir ke majlis tersebut nanti memakai
pakaian rasmi atau berbaju batik kerana majlis tersebut diadakan di permis kerajaan dan
perlu memakai pakaian sopan.

3.3 Cadangan bagi menjemput YB. Dato Mohd Azis Bin Jamman atau YB Hj. Azhar Bin Datuk
Hj. Matussin sebagai perasmi majlis tersebut dan surat jemputan melalui PIBG.

- Makluman dan Tindakan EN. Dzul Muhidin

3.4 Puan Any memohon disediakan meja dan kerusi untuk bahagian juruacara majlis.

3.5 Pusat Sumber sedia meminjamkan meja dan kerusi untuk kegunaan juruacara, bahagian
hadiah dan bahagian pendaftaran semasa majlis tersebut.

- Makluman dan Tindakan En. Noorhassanah Bolkiah


dan Pn. Dk. masturah

3.6 Puan Dk. Zainab memaklum bahagiannya akan menyediakan menu nasi lemak bersama
1 kotak air minuman untuk murid berdasarkan peruntukan yang akan diberi dan menu
untuk VIP dan guru akan dimaklumkan kemudian.

3.7 Puan Musainah memaklumkan En. Faisal AJK PIBG dilantik sebagai jurugambar Graduasi
dan semasa majlis tersebut.
- Makluman dan Tindakan En. Dzul Muhidin

3.8 Puan Rosiah memohon untuk mendapatkan walkie talkie untuk kegunaan event
manager semasa majlis tersebut.
- Makluman dan Tindakan En. Mino

3
3.9 Puan Siti Alinah mencadangkan

- Hadiah pencapaian cemerlang dalam mata pelajaran hanya diberikan kepada murid
yang cemerlang A sahaja, sekiranya ramai yang mendapat cemerleng A maka anugerah akan
diberikan kepada semua.
- Kedudukan terbaik Tahap 1 hanya akan diberikan kepada murid mengikut
Tahun/Darjah bukannya mengikut kelas. Kedudukan yang diberikan anugerah adalah
kedudukan 1 hingga 5.
- Hanya subjek Teras Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan
Islam, Pendidikan Moral dan Bahasa Arab sahaja yang akan diberikan anugerah cemerlang
matapelajaran .
- Anugerah Kehadiran Terbaik hanya akan diberikan kepada murid sifar ponteng
sehingga akhir bulan Oktober ini.
- Tindakan Guru Kelas dan Semua Guru

3.10 Puan Asiah memaklumkan bahawa Anugerah LINUS diberikan kepada murid LINUS
yang menunjukkan lonjakan terbaik pencapaian dalam mata pelajaran.
- Makluman

3.11 Puan Cilisah meminta kepastian anugerah yang akan disampaikan pada majlis tersebut.
- Makluman dan Tindakan

3.12 Puan Toherah bertanya tentang murid pembawa sirih junjung dan bunga manggar.
Puan Musainah menyatakan bahawa tanggungjawab mencari murid pembawa sirih junjung
dan bunga manggar di bawah tanggungjawab AJK Protokol seterusnya melatih murid
tersebut. Puan Toherah dan Puan Marlineh menyediakan bahan-bahan tersebut.

- Makluman dan Tindakan Pn. Toherah dan Puan Marlineh dan AJK Protokol

3.13 Puan Mariate menyatakan bahawa tugasan yang dipertanggungjawab kepadanya dan
Puan Asiah adalah bidang tugas yang besar. Maka, beliau mencadangkan agar tugas
persiapan pentas/ hiasan tempat dan Foto Booth diberikan kepada PIBG. Puan Musainah
bersetuju tugas bahagian Foto Booth dipertanggungjawabkan kepada PIBG dan akan
dimaklumkan oleh pentadbir kepada PIBG.

- Makluman dan Tindakan Puan Mariate dan Puan Asiah

4
4. PENAGUHAN MESYUARAT

4.1 Puan Musainah mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dan berharap
agar guru-guru dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan bagi menjayakan majlis
tersebut nanti. Sebarang perubahan akan dibincangkan dalam mesyuarat kedua.

4.2 Puan Musainah mengingatkan sekali lagi mesyuarat kedua akan diadakan pada
24.10 2018 bagi mengetahui perkembangan persiapan majlis.

Mesyuarat ditangguhkan jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

----------------------------- ----------------------------------
(KERTINAH BT. ASPAR) (PUAN MUSAINAH RAMLI)
Penyelara MAC & Graduasi Penolong Kanan Kokurikulum
Sk. Unggun Kota Kinabalu Sk. Unggun Kota Kinabalu

Dicadang oleh, Disokong oleh,

----------------------------- ------------------------------------
( ) ( )

You might also like