You are on page 1of 27

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6

PENGURUSAN MAKMAL SAINS SEKOLAH MENENGAH DAN BILIK SAINS


SEKOLAH RENDAH
PENGENALAN
Pengurusan merujuk kepada sesuatu badan yang bertanggung jawab
melaksanakan sesuatu tugas sehingga mencapai objektif yang dirancang. Badan
yang dimaksudkan ditubuhkan secara formal atau bukan formal. Penubuhan
pengurusan secara formal mempunyai tanggung jawab yang besar kerana
ketetapan atau peraturan bertulis telah dinyatakan dengan jelas oleh lembaga yang
menubuhkan badan tersebut. Makmal sains adalah satu bentuk organisasi
pengurusan yang formal. Makmal sains mempunyai peraturan dan ketetapan bertulis
dengan ini menggambarkan tanggungjawab yang wajar dipenuhi bagi menyokong
kepada matlamat pelaksanaan kurikulum sains sekolah.terdapat lima aspek
pengurusan yang menjadi tunggak kepada sesuatu pengurusan agar mencapai
matlamat dikehendaki iaitu, penentuan matlamat, perancangan, perkhidmatan dan
penyelenggaraan sumber, pemonitoran, dan, penentuan piawai. Semua aspek ini
saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Aspek-aspek ini memain peranan
kepada fungsi yang saling menyokong antara satu sama lain dalam membentuk
pengurusan yang cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat yang ditentukan

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 1

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6


STRUKTUR ORGANISASI JAWATAN KUASA PENGURUSAN MAKMAL SAINS
SEKOLAH MENENGAH DAN BILIK SAINS SEKOLAH RENDAH.

CARTA ORGANISASI BILIK SAINS SEKOLAH RENDAH


KEBANGSAAN JERONG

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 2

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6

CARTA ORGANISASI MAKMAL SAINS


SMK BUKIT SAWA

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 3

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JAWATAN KUASA PENGURUSAN
MAKMAL SAINS DAN BILIK SAINS.

Semua anggota yang berada di bawah organisasi sains akan terlibat secara
langsung dalam proses pengurusan dan pentadbiran makmal atau bilik sains di
sekolah.Pengetua sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal
sains seperti pengandalian program kurikulum dan kokurikulum sains di
sekolah.pengetua juga berperanan membantu semua ahli jawatan kuasa makmal
sains dalam aspek professional.
Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong
Kanan Kokurikulum dan Penyelia Petang bertanggungjawab membantu pengetua
dalam pengurusan makmal dan pengendalian program kurikulum dan kokurikulum
sains di sekolah dari espek perancangan, perlaksanaan, penyelarasan, penilaian
dan pemantauan.
Guru Kanan Sains atau Ketua Panitia sains mempunyai peranan yang hampIr
sama dengan Guru-guru penolong kanan di sekolah.Selain itu Guru Kanan Sains
mempunyai tanggungjawab memberi bimbingan profesional kepada guru-guru sains
dan staf sokongan makmal sains.Tugas Guru Kanan Sains dan Guru Panitia Sains
turut merangkumi tugas seperti :

Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti sistem elektrik,


gas, air, kerusi dan meja berfungsi dan selamat.

Memastikan semua kelengkapan makmal sains berada dalam keadaan baik,


bersih dan selamat.

Menyelia dan memastikan guru, pelajar dan staf sokongan makmal sains
mematuhi peraturan makmal yang ditetapkan.

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 4

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6

Merancang dan menyediakan senarai tugas dan waktu kerja staf sokongan
makmal sains.

Mengurus dan memastikan semakan stok makmal sains dibuat enam bulan
sekali.

Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains
dibuat mengikut peraturan.

Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi


pengajaran dan pembelajaran sains serta keperluan makmal sains.

Mengenalpasti dan mengurus perolehan alatan dan bahan sains.


Mengurus dan memeriksa peralatan dan bahan sains yang baru dibeli.
Mengurus dan mengelola persediaan dan pelaksanaan penilaian amali sains.
Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains,
Memastikan makmal sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.

Staf sokongan makmal sains terdiri daripada pembantu makmal dan


pembantu am rendah.Mereka memainkan peranan penting dalam pengurusan
makmal sains serta bertanggungjawab membantu guru sains menyediakan
peralatan dan dan bahan sains untuk pengajaran dan pembelajaran.Sekolah yang
mempunyai dua makmal sains akan dibekalkan seorang pembantu makmal dan
seorang pembantu am rendah.Tugas-tugas harian staf sokongan makmal sains dan
pembantu am rendah ialah :

Membuka pintu dan tingkap makmal awal pagi waktu persekolahan.


Menyediakan peralatan dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru.
Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja amali
dijalankan.

Membersihkan peralatan sains selepas kerja amali dijalankan.


Memastikan keadaan makmal berada dalam keadaan baik dan selamat
sebelum ditutup

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 5

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6


PERANCANGAN BELANJAWAN, PESANAN DAN PROSEDUR PEMBELIAN
YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH.

Perancangan perbelanjaan penting dalan urusan perolehan peralatan dan


bahan sains terutamanya jika ia melibatkan pembelian barang yang
mahal.Kementerian pendidikan Malaysia telah memperuntukan sejumlah wang
mengikut keperluan bagi mata pelajaran sains di setiap sekolah.Tuntutan atau PCG
boleh dibuat dua kali setahun.Tuntutan pertama dibuat pada 1 Oktober tahun
sebelumnya mengikut bilangan pelajar pada tarikh tersebut.Manakala tuntutan
kedua dibuat mengikut bilangan pelajar pada 1 Julai tahun semasa.Jika sekolah
berkenaan mengalami peningkatan jumlah pelajar melebihi 20 %, sekolah
berkenaan boleh memohon tuntutan penyelarasan.Selain itu pihak sekolah boleh
menambah sumber kewangan dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang sesuai.

TINGKATAN

KADAR PCG

Peralihan hingga Tingkatan 3

RM15.00

Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

RM30.00

Tingkatan 6 (aliran sains)

RM45.00

Kadar PCG Sains dan Matematik.


Pihak sekolah hendaklah terlebih dahulu mengenalpasti jenis dan bilangan
peralatan yang perlu dibeli.Anggaran untuk pembelian hendaklah disediakan pada
bulan Oktober dan perlu mendapat kelulusan daripada Pengetua atau guru besar.
Semasa membuat anggaran perbelanjaan beberapa tindakan perlu diambil, seperti :

Menyemak daftar stok untuk menentukan kuantiti setiap peralatan dan bahan
sains.

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 6

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6

Menyediakan rekod keperluan dan jadual pembelian.


Selepas anggaran dibuat, Guru Kanan Sains perlu menyediakan senarai

peralatan dan bahan sains yang ingin di peroleh bagi mendapatkan sebut
harga.pertimbangan berikut perlu diambil kira semasa menyediakan senarai barang
dan bahan yang diperlukan :

Peralatan dan bahan sains yang diperlukan dengan segera.


Peralatan yang boleh diubah suai.
Peralatan altenatif yang lebih murah.
Peralatan yang boleh dibaikpulih.
Peralatan sains yang boleh dibuat sendiri.
Semua pembelian hendaklah dibuat dengan menggunakan pesanan

tempatan ( Local order ) kecuali pembelian yang dibayar melalui panjar wang
runcit.Borang pesanan tempatan hendaklah dihantar terus kepada syarikat yang
terpilih.Pihak yang bertanggungjawab akan meluluskan pesanan atau pembelian
mengikut peraturan yang terdapat dalam Arahan perbendaharaan 176.1(b)
tahun1977.
Pembelian peralatan dan bahan sains hendaklah mematuhi peraturan yang
dinyatakan dalam Arahan perbendaharaan dan Surat pekeliling
Perbendaharaan yang berkuatkuasa. Barang dan peralatan sains hendaklah dibeli
terus daripada syarikat yang disenaraikan dalam kontrak jika pembelian peralatan
dan bahan sains terdapat dalam kontrak pusat atau kontrak Kementerian Pendidikan
Malaysia. Bagi peralatan dan bahan sains yang tidak disenaraikan dalam kontrak
berkenaan, pembelian hendaklah dibuat daripada syarikat yang telah dipilih olehd
Jawatankuasa Sebut Harga.

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 7

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6


Pembelian peralatan dan bahan sains yang melebihi had pemerolehan
pembelian hendaklah mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah pendidikan
Negeri.Apabila sesebuah syarikat menghantar peralatan dan bahan sains ke
sekolah, ia akan menyertakan bersama nota penghantaran. Guru Kanan sains perlu
memeriksa dan menguji peralatan dan bahan yang diterima serta membuat
semakan untuk memastikan peralatan dan bahan tersebut adalah betul.

PENYIMPANAN STOK BAGI PERALATAN DAN ALAT RADAS.


Salah satu ciri penting dalam pengurusan makmal ialah penyelenggaraan
stok. Penyedian daftar stok dan penyimpan peralatan dan bahan sains perlu
mempunyai butiran yang lengkap dan sistematik agar :

Memudahkan penyemakan.
Menyelaraskan cara merekod.
Mengesan dan mengawal pergerakan.
Memudahkan perancangan perolehan.
Mengemaskini rekod peralatan yang pecah, rosak atau hilang.

Peralatan dan bahan sains yang diterima atau dikeluarkan hendaklah direkod,
berdasarkan arahan pekeliling perbendaharaan Bil. 2 tahun 1991 dengan
menggunakan borang berikut :

Daftar Harta Modal ( KEW 312 dan KEW 312A ).


o Barang tak luak yang bernilai RM500 keatas akan direkod dalam
bentuk kad.Semua maklumat berhubung pembelian, penempatan,
pemeriksaan dan pelupusan akan dicatatkan.

Daftar Inventori ( KEW 313 )

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 8

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6


o Inventori ialah barang tak luak yang bernilai kurang daripada RM500
pada masa pemerolehan.Daftar inventori disediakan untuk merekod
perolehan dan penempatan inventori.

Daftar Stok Bekalan Pejabat ( KEW 314 )


o Bekalan Pejabat ialah semua barang luak seperti alat tulis dan
kelengkapan pejabat tak luak yang berharga rendah dan tidak ekonomi
untuk dikesan satu persatu.Daftar ini disediakan dalam bentuk buku.

Daftar pergerakan Harta Modal Dan Inventori ( KEW 314 )


o Daftar Pergerakan Harta Modal Dan Inventori adalah bertujuan untuk
merekodkan semua pergerakan harta modal dan inventori. Pergerakan
ini melibatkan pindahan melalui pinjaman atau penempatan
sementara.

BAGAIMANA SATU STOK DIURUSKAN.


PROSEDUR BAGI PELUPUSAN DAN HAPUS KIRA PERALATAN ATAU BAHAN
SAINS.
Antara aspek lain dalam pengurusan stok ialah Hapus Kira dan pelupusan.
Hapus kira dan pelupusan juga penting dalam mengawal dan mengurus sistem
kewangan dan perakaunan di sekolah. Memandangkan peralatan dan bahan sains
adalah harta kerajaan, proses hapus kira dan pelupusan yang dibuat haruslah
mengikut prosedur yang betul.

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 9

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6

HAPUS KIRA.
Apabila satu-satu harta kerajaan tidak ada dalam simpanan kerana rosak
atau telah hilang,barangan tersebut harus dikeluarkan daripada rekod sesebuah
sekolah. Kehilangan bermaksud kerugian yang dialami akibat kecurian, penipuan
atau kecuaian. Ini meliputi :

Kehilangan wang.
Kehilangan barang-barang awam.
Bayaran terlebih.
Pembayaran tanpa kuasa.
Hutang yang tidak boleh dibayar balik.
Hasil yang tidak boleh dipungut.
Perbelanjaan remeh.

Seandainya kehilangan berlaku kerana kecurian, penipuan atau penyelewengan,


pengetua sekolah perlumengambik tindakan berikut :

Membuat laporan polis dengan segera dan mendapatkan Salinan laporan.


Menyediakan laporan kehilangan awal dalam borang Lampiran J kepada
Arahan Perbendaharaan 316 dan dihantar berserta laporan polis kepada
bahagian kewangan dan bahagian pentadbiran Kementerian kewangan
Malaysia.

Menghantar laporan tersebut kepada Akauntan Negara, Ketua audit Negara,


Pejabat Audit Sekolah, Pegawai Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan
Negeri dan lain-lain lagi.

Menjalankan penyiasatan penuh dan menyediakan laporan akhir


menggunakan boring Lampitan K menurut Arahan Perbendaharaan 317.

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 10

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6

Mendapat kelulusan hapus kira daripada Ketua Setiausaha Kementerian


Pendidikan Malaysia.

PELUPUSAN
Peralatan dan bahan makmal sains yang rosak, pecah, reput dan sebagainya
perlu dikeluarkan daripada stok.Prosedur mengeluarkan barang yang tidak boleh
digunakan dari stok dikenali sebagai pelupusan.Pelipusan adalah perlu bagi
menjimatkan ruang stor, mendapatkan pulangan balik dan memastikan pengurusan
stok makmal sains yang sempurna.
Pelupusan dilakukan apabila peralatan dan bahan sains telah usang, kondem
dan tidak boleh digunakan lagi.Disamping itu peralatan yang telah rosak adalah tidak
ekonomi untuk diperbaiki dan hanya boleh mendapatkan hasil jualan sisa juga perlu
di lupuskan.Peralatan atau bahan sains yang berlebihan, tidak sesuai digunakan
atau telah melewati tarikh luput dan tidak boleh dijual kerana dasar kerajaan
mahupun keselamatan awam juga hendaklah dilupuskan.Sekolah perlu melakukan
pelupusan secara berjadual bagi mempastikan peralatan dan bahan sains yang
hendak dilupuskan tidak terkumpul terlalu banyak pada satu-satu masa.

TATACARA PELUPUSAN.
Sebelum pelupusan dibuat, Guru Kanan Sains hendaklah mengenalpasti
dan menyenaraikan peralatan dan bahan sains yang hendak dulupuskan. Pelupusan
perlu dibuat segera bagi mengelakkan penggunaan ruang dan susut nilai yang
mengakibatkan kerugian.Pelupusan boleh dibuat dengan dua acara iaitu melalui

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 11

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6


Lembaga Pemeriksa dan tanpa melalui Lembaga Pemeriksa. Proses ini bergantung
kepada nilaian perolehan peralatan dan bahan sains yang hendak dilupuskan.
1. Melalui Lembaga Pemeriksaan.

Lembaga pemeriksa dilantik oleh Pegawai Pengawal untuk memeriksa


peralatan dan bahan sains yang yang hendak dilupuskan di mana nilai
pembeliannya lebih dari RM10,000 seunit. Lembaga yang dilantik hendaklah
terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang pegawai kanan yang tidak
terlibat secara langsung keatas pengurusan peralatan dan bahan sains
tersebut.Namun mereka hendaklah mempunyai kebolehan untuk menilai dan
mentafsir kebergunaan peralatan dan bahan sains yang hendak dilupuskan.

Lembaga Pemeriksa juga perlu dilantik untuk menguruskan peralatan dan


bahan sains yang belum dikeluarkan tetapi tidak boleh digunakan, cacat,
using atau melebihi keperluan apabila pengiraan dibuat, menentu sah dan
penyemakan rekod stor.

2.Tanpa Melalui Lembaga Pemeriksa.

Peralatan atau bahan sains yang nilai perolehannya RM10,000 seunit atau
kurang tidak perlu melalui Lembaga pemeriksa untuk dibuat pelupusan.Untuk
melupuskan peralatan dan bahan sains yang bernilai RM100 se unit atau
RM5000 secara keseluruhan, Guru Kanan Sains hanya perlu menghantar
empat Salinan laporan barang-barang tersebur kepada Bahagian Kewangan
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri.

Bagi peralatan dan bahan sains yang bernilai kurang RM100 se unit atau
RM5000 kesemuanya boring laporan hendaklah dihantar kepada Pengarah
Pendidikan Negeri untuk mrndapat kelulusan.

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 12

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6


Peralatan dan bahan sains boleh dilupuskan melalui cara-cara pelupusan yang
disyorkan oleh Lembaga Pemeriksa atau Pegawai Pemeriksa seperti berikut :
1.
2.
3.
4.

Jualan secara lelong atau tender.


Pindahan ke sekolah lain atau bahagian kerajaan yang lain.
Tukar beli.
Pemusnahan mengikut cara yang sesuai.

PERANCANGAN DAN REKA BENTUK MAKMAL SAINS DILAKSANAKAN


DISEKOLAH.

Makmal sains adalah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat


analisis, pemyelidikan, menjalankan eksperimen dan menghasilkan bahan di
sekolah rendah atau pun sekolah menengah.Makmal juga merupakan tempat
percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yang berhubung dengan ilmu
sains.Kurikulum sains memerlukan murid menjalankan aktiviti hands-on
menggunakan pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran. Dengan itu semua
aktiviti perlu dijalankan di makmal atau bilik sains untuk :

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 13

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6

Memastikan PdP mata pelajaran sains lebih efektif.


Mengembangkan kemahiran saintiifik yang meliputi pemikiran saintifik,
kemahiran menjalankan penyiasatan dan penyelidikan sains serta kemahiran

manipulatif sains.
Membolehkan eksperimen dijalankan dengan aktif ditempat yang sesuai.
Mengembangkan semangat ingin tahu dan minat murid terhadap sains serta

membentuk dan mengamalkan nilai-nilai sains.


Memberi ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi memperkenalkan mata

pelajaran sains.
Menggalakkan murid mengikuti mata pelajaram sains dengan lebih berkesan.
Menggalakkan lebih ramai pelajar mengikuti dan menceburi bidang sains.

Reka bentuk makmal berbeza bergantung kepada beberapa faktor seperti fungsi,
bahan dan peralatan, serta bilangan pengguna. Jenis reka bentuk dan pelan susun
atur bergantung kepada kelulusan pelan dan jenis projek pembangunan. Kedudukan
makmal sains disusun bersesuaian dengan kemudahan memberi bantuan
kecemasan sekiranya berlaku kebakaran atau tumpahan bahan kimia mengakis.
Kedudukan makmal fizik sebaiknya berada di aras bawah,makmal biologi di
aras satu dan makmal fizik di aras dua.Makmal sains am boleh berada di aras satu
atau aras dua.Bilik persediaan dikongsi antara dua makmal sains dan berada
diantara dua makmal tersebut.Di sekolah mengengah yang mempunyai pelajar
tingkatan enam, ia perlu mempunyai bilik sains khas untuk tingkatan enam bagi
mengelakkan pertembungan waktu berlaku antara pelajar tingkatan enam dan
pelajar tingkatan lima dan empat.

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 14

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6

PELAN REKA BENTUK MAKMAL SAINS


m

RAK PERALATAN

R
A
K

R
A
K

RAK PERALATAN

MEJA GURU

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 15


Meja
Meja
murid
murid
Rak peralatan

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6

GAMBAR MAKMAL SAINS

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 16

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6

PELAN REKA BENTUK BILIK SAINS

Rak peralatan

Rak peralatan

Papan tulis

Meja guru
s

Meja
murid
NOOR HAFIZA Meja
BT
MAHMUD/PPG SN1 Page 17
Meja
Rak
peralatan
Murid
murid

Meja
murid
Meja
Meja
Rak peralatan
murid
murid

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6

GAMBAR BILIK SAINS

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 18

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6

HURAIAN MENGENAI PELAN REKA BENTUK MAKMAL.


Susunan meja pelajar yang digunakan dalam pelan reka bentuk yang dipilih
ialah susunan meja mengikut teknik belajar berkumpulan.memandangkan pelajar
sekolah rendah masih kurang sifat berdikari,dengan itu teknik belajar berkumpulan
amat sesuai digunakan semasa proses pengajaran dan pengajaran sains.Teknik
berkumpulan juga sesuai kerana bilangan pelajar yang tidak ramai dalam satu-satu
kelas.Meja-meja pelajar pula disusun dibahagian tepi makmal untuk mewujudkan
ruang ditengah makmal.Ruang ini bertujuan memudahkan pelajar bergerak
sepanjang menjalankan sesuatu aktiviti. Rak-rak peralatan disusun dibahagian
dinding yang tidak bertingkap agar tidak mengganggu pengudaraan bilik sains
tersebut.ia juga dapat mengelakkan dari peralatan sains yang terdapat diatas rak
tersebut dari mudah berdebu.Pengudaraan yang baik dapat mewujudkan suasana
bilik pembelajaran yang lebih kondusif.

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 19

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6

PERBEZAAN UTAMA PENGURUSAN BILIK SAINS SEKOLAH RENDAH DAN


MAKMAL SAINS SEKOLAH MENENGAH.
Bilik sains adalah tempat berlakunya aktiviti pembelajaran sains bagi sekolah
rendah.Makmal sains pula adalah tempat aktiviti pembelajaran sains untuk sekolah
menengah.namun kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama.
Disekolah rendah tempat murid menjalankan penyiasatan lebih dikenali
sebagai bilik sains manakala di sekolah menengah Ia lebih dikenali sebagai makmal
sains.Saiz makmal sains lebih besar berbanding saiz bilik sains.Saiz bilik sains
hanya sebesar bilik darjah biasa. Susun atur bilik sains juga tidak jauh beza dengan
kelas pembelajaran biasa,Susun aturnya ringkas kerana tidak banyak peralatan
yang terdapat dalam bilik sains. Susun atur makmal sains adalah lebih kompleks
kerana banyak perabot dan peralatan yang terdapat dalam makmal sains.

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 20

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6


Bilik sains sekolah rendah diuruskan oleh guru yang memegang jawatan
Ketua Panitia Sains dibantu oleh guru-guru sains yang lain.Urusan penyediakan
peralatan dan penyimpanan peralatan diuruskan oleh guru-guru yang
menggunakannya.Manakala Makmal Sains sekolah menengah pula diuruskan oleh
pembantu makmal yang disediakan khas tujuan tersebut.Segala urusan penyediaan
bahan dan peralatan untuk tukuan eksperimen akan disediakan oleh pembantu
makmal.
Setiap aktiviti penyiasatan yang dijalankan dalam bilik sains hanya
menggunakan bahan-bahan dan peralatan yang mudah dikendalikan.aktiviti yang
dijalankan juga lebih mudah dan ringkas sesuai dengan tahap pembelajaran urid
sekolah rendah.Sebaliknya di sekolah menengah peralatan yang digunakan adalah
lebih kompleks dan eksperimen yang dijalankan melibatkan penggunaan bahanbahan seperti asid, alkali dan sebagainya.
SEDIAKAN PROPOSAL PERBELANJAAN PCG BAGI PENGURUSAN MAKMAL
SAINS.
Sebelum sesuatu perbelanjaan dibuat terdapat beberapa langkah yang perlu
diambil.
1. Guru panitia perlu menyemak stok barang untuk melihat apakah barang yang
perlu ditambah untuk kegunaan di bilik sains.
2. Guru panitia perlu mendapatkan jumlah wang yang diperuntukkan untuk
panitia tersebut.daripada pembantu tadbir kewangan sekolah
3. Selepas itu guru panitia perlu menghubungi pembekal untuk membuat
tempahan peralatan atau bahan yang ingin dibeli.
4. Guru panitia mengisi nota minta untuk tujuan tempahan barang daripada
pembekal yang dipilih

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 21

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6


5. Pembantu tadbir kewangan akan mengeluarkan borang Local Oder apabila
mendapat resit pembelian dari pembekal untuk tujuan pembayaran.

REKA BENTUK BAHAN PdP YANG DIUBAH SUAI

Tajuk PdP

: Mengukur masa

Tahun

: Tahun4

Bahan yang dipilih

: Jam air.

Gambar jam air dalam buku teks tahun empat.


NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 22

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6

Fungsi

: Memberi gambaran kepada murid-murid bagaimana manusia


Masa dahulu mengukur masa dengan menggunakan jam air.

Masalah

: 1.Murid-murid hanya dapat melihat bahan yang dinyatakan


oleh Dalam bentuk gambar.
2. Murid kurang faham cara bagaimana alat ini digunakan.
3. Murid tidak dapat membuat gambaran bagaimana alat ini
Berfungsi.

Bahan yang digunakan

: 2 biji botol plastik ( kecil dan besar ), gunting, gam,


pisau pemotong, pembaris, pen penanda, pensil, pita
pelekat, double side tape, mounting board.

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN.

BAHAN YANG DI HASILKAN

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 23

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6

Cara penggunaan

: Untuk menggunakan jam air ini, sejumlah air dimasukkan ke


Corong yang terletak dibahagian atas botol.air yang
Dimasukkan ke dalam corong tersebut dibiarkan menitis
masuk kedalam bahagian botol yang berada di bahagian
bawah
.Masa dibaca Apabila aras air mencapai pada aras
bertanda minit atau jam pada jam air tersebut. Murid tidak perlu
mengira jumlah titisan air yang menitis untuk menentukan masa
dengan tepat. Ini kerana penanda aras air pada jam air tersebut
dibuat mengikut jumlah titisan air iaitu 60 titis mewakili satu
minit.Begitu juga jam.Alat ini dapat memberikan gambaran yang
lebih jelas kepada murid tentang fungsi jam air.Ini akan dapat
menguatkan kefahaman murid terhadap apa yang di sampaikan
oleh guru.

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 24

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6

PENULISAN REFLEKSI
Seperti mana semester-semester lepas, pada semester ini juga banyak
tugasan yang perlu disiapkan.Antara tugasan yang perlu disiapkan ialah tugasan
subjek SCE 3123 iaitu menyiapkan Esei untuk Pengurusan Makmal Sains Sekolah
Menengah dan Bilik Sains Sekolah Rendah.Pada semesta ini En. Pajuzi b. Awang
menjadi pensyarah pembimbing bagi subjek tersebut.Pada awal mendapat tugasan
saya berasa agak teruja kerana merasakan tugasan ini senang untuk disiapkan.
Saya wajar berasa demikian memandangkan saya adalah seorang guru yang
mengajar matapelajaran Sains disekolah tempat saya bertugas. Berdasarkan agihan
kelas yang dibuat, saya telah dapat membayangkan langkah-langkah pengajaran
yang boleh laksanakan beserta aktivitinya sekali. Selesai membuat catatan ringkas
tentang isi pelajaran dan aktiviti yang ingin dibuat, saya cuba mempraktikkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran tersebut kepada pelajar-pelajar saya disekolah.Selain
itu saya bersama rakan sekumpulan juga perlu mereka bentuk satu bahan PdP yang
diubah suai dari bahan sedia ada di sekolah.

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 25

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6


Langkah- langkah untuk menyiapkan esei tentang pengurusan makmal dan
bilik sains saya mulakan dengan menjalankan proses mengumpul
maklumat.Maklumat tentang bilik sains saya dapati dari sekolah tempat bertugas
manakala maklumat berkenaan makmal sains saya perolehi dari sekolah menengah
berhampiran.Untuk tujuan tersebut saya telah pergi berjumpa dengan guru kanan
sains sekolah tersebut.
Untuk mendapatkan maklumat berkenaan berbelanjaan wang peruntukan
PCG untuk bilik sains dan juga acara pesanan serta prosedur pembelian barang bilik
sains, saya mendapat kerjasama dari Pembantu tadbir Kewangan sekolah.Dari
beliau saya mendapat tunjuk ajar tentang cara-cara membuat pesanan barang dan
bahan untuk bilik sains.Selain itu saya juga mendapat tunjuk ajar tentang cara
membuat penyimpanan stok, membuat perekodan dan tatacara membuat hapuskira
serta pelupusan.

Tugasan ketiga pula saya bersama rakan sekumpulan perlu mereka bantuk
bahan pembelajaran yang diubah suai dari bahan yang sedia ada.Untuk menyiapkan
tugasan ini saya dan rakan sekumpulan telah memilih untuk mereka bentuk jam
air.Jam air ini terdapat dalam sukatan PdP murid tahun empat dibawah tajuk
Pengukuran.Tetapi pelajar hanya melihat jam air ini melalui gambar dari dalam buku
teks.Dengan itu kami mengambil keputusan untuk menukarkan jam air dari dalam
gambar ke dalam bentu bahan.Kami berharap murid-murid akan mendapat manfaat
yang berguna dari bahan reka bentuk yang kami hasilkan.
Untuk mempastikan usaha kami berhasil dengan baik,kami cuba
mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar dari rakan setugas kami.Bermula dari proses
mengumpul maklumat dan bahan hinggalah semua proses ini selesai banyak
cabaran yang terpaksa kami hadapi.Antaranya ialah bahan yang kami hasilkan tidak
berfungsi dengan sempurna.Tetapi apa yang berlaku tidak melunturkan semangat
kami untuk terus berusaha.Berkat ketekunan akhirnya apa yang kami usahakan
Berjaya.Ini memberikan kepuasan kepada kami.Kami berharap apa yang telah kami
hasilkan dapat memberi manfaat kepada banyak pihak.
NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 26

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER/SEM6


Ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing yang telah banyak
memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang proses menyiapkan tugasan yang
diamanahkan.Proses menyiapkan tugasan semester ini memberi banyak
pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna kepada saya.Pengetahuan dan
pengalaman ini akan menjadi penduan sepanjang pelaksanakan tugasan dalam
profesion perguruan.
Sekian.

Terima Kasih.
Noor Hafiza Bt Mahmud
770130115350
PPG/SN 1

SENARAI RUJUKAN.
longkaiboyz.blogspot.com/.../modul-pengurusan-bilik.
happysclabo.blogspot.com/.../pengurusan-makmal-sai...
www.slideshare.net/.../makmal-sekolah-pendahuluan
www.slideshare.net/.../pengurusan-pdp-dimakmal
ml.scribd.com/.../MODUL-PENGURUSAN-BILIK-SA...

NOOR HAFIZA BT MAHMUD/PPG SN1 Page 27

You might also like