You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PEMBELIAN RADAS

MAKMAL SAINS

SMA ITTIFAKIAH
JALAN HAJI WAN LATIFF, 22000 JERTEH, TERENGGANU
NO. TEL: 09-6972244
KERTAS KERJA PEMBELIAN RADAS MAKMAL SAINS

1. PENDAHULUAN

Makmal sains merupakan bilik khas yang terdapat di sekolah yang memberi peluang
dan kemudahan kepada murid dan guru untuk menjalankan aktiviti dan penyiasatan
berkenaan topik pelajaran sains di sekolah.

Walau bagaimanapun, kemudahan makmal yang kian uzur dan perlu pembaikan
menyebabkan penggunaan makmal Sains ini di bawah kemampuan sebenar. Banyak
kemudahan yang perlu diperbaiki dan ditambah untuk menjadikan makmal Sains lebih
kondusif dan produktif untuk tujuan pembelajaran.

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon dana sumbangan bagi membangunkan dan
membaikpulih serta memaksimakan penggunaan makmal Sains oleh guru dan murid-murid
semasa menjalankan kajian amali dan PdPc.

2. OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan kemahiran pelajar menguasai kemahiran proses sains bagi memenuhi
keperluan dasar pelaksanaan pembudayaan Pentaksiran Kemahiran Saintifik (PKS)
dalam kalangan murid aliran Sains Tulen.
2.2 Menarik minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Sains/Sains Tulen.

3. SASARAN
a) Semua pelajar tingkatan 1 hingga 5 yang mengambil mata pelajaran Sains.
b) Semua pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengambil mata pelajaran Sains Tulen.

4. BUTIRAN KEPERLUAN
Kuantiti diperlukan
Item Harga seunit (RM) Jumlah (RM)
(unit)
Mikroskop cahaya 800.00 4 3200.00
5. RADAS KEPERLUAN DAN KEGUNAANNYA
Bil. Item/Radas Kegunaan
Digunakan untuk memerhatikan struktur sel
terutamanya sel haiwan dan sel tumbuhan untuk
1. Mikroskop cahaya
mengenalpasti kehadiran komponen dalam sel-sel
tersebut.

6. PENUTUP

Diharapkan permohonan ini dapat dipertimbangkan untuk memenuhi keperluan


pelajar untuk melakukan aktiviti yang melibatkan pemerhatian struktur sel. Ini dapat
meningkatkan kemahiran pelajar menguasai kemahiran proses sains bagi memenuhi
keperluan dasar pelaksanaan pembudayaan Pentaksiran Kemahiran Saintifik (PKS)
dalam kalangan murid aliran Sains Tulen serta menarik minat pelajar untuk mempelajari
mata pelajaran Sains/Sains Tulen.

Disediakan oleh, Disokong oleh,

………………………… ……………………………………………….
(Nur Fatihah Binti Zulkifli) (En. Ahmad Al-Hilmi Bin Mohammad Salleh)
Ketua Panitia Biologi GKMP Sains & Matematik
SMA Ittifakiah SMA Ittifakiah

Disahkan oleh,

…………………………………….
(En. Hilmi Bin Hassan)
Pengetua
SMA Ittifakiah

You might also like