You are on page 1of 4

KERTAS KERJA KECERIAAN MAKMAL

SAINS SMK SULTAN SULAIMAN


SHAH
1.0 PENGENALAN

Makmal Sains merupakan bilik khas yang terdapat di sekolah untuk memberikan
pelajar dan guru peluang untuk menjalankan eksperimen dan penyiasatan
berkenaan topik pelajaran sains di sekolah. Terdapat banyak kemudahan bahan
dan alatan yang disediakan di dalam makmal untuk digunakan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Sains. Pengurusan makmal yang sistematik serta
persekitaran yang bersih dan ceria dapat meningkatkan lagi minat pelajar untuk
mempelajari subjek Sains.

2.0 RASIONAL DAN MATLAMAT

2.1 Pertandingan makmal sains peringkat daerah Kuala Selangor telah mula
diadakan sejak tahun 2014. SMK Sultan Sulaiman Shah telah berjaya
menjadi salah satu daripada lapan sekolah yang terpilih ke peringkat
akhir. Walaubagaimanpun, pada tahun lepas sekolah tidak berjaya
melayakkan diri disebabkan faktor keadaan fizikal makmal yang kurang
kondusif dan prasarana serta keceriaan yang kurang memuaskan.
Diharapkan dengan adanya bantuan sumber pada tahun ini, sekolah akan
dapat menyertai pertandingan makmal Sains ini sehingga ke peringkat
akhir.

2.2 Peperiksaan Berpusat Amali Sains (PBAS) akan dilaksanakan semula


dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan diwajibkan kepada
semua calon yang mengambil Fizik, Kimia dan Biologi. Dalam usaha
untuk melengkapkan modal insan yang berpengetahuan dan memiliki
kemahiran abad ke-21, Peperiksaan Berpusat Amali Sains (PBAS) sangat
wajar untuk pelajar di aliran Sains menguasai kemahiran proses Sains
dan kemahiran manipulatif. Justeru, keperluan prasarana perlu
dipersiapkan sejajar dengan kehendak Lembaga Peperiksaan Malaysia
yang mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan semula
Peperiksaan Berpusat Amali Sains (PBAS) dalam tempoh beberapa tahun
akan datang.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membersih dan menceriakan makmal Sains.


3.2 Menyediakan makmal Sains dengan prasarana yang kondusif dan sesuai
mengikut keperluan Peperiksaan Berpusat Amali Sains.

4.0. LOKASI SASARAN

4.1 Makmal Sains Am


4.2 Makmal Sains Menengah Rendah
4.3 Makmal Sains Tulen

5.0. PELAKSANAAN/KANDUNGAN PROJEK

Projek keceriaan makmal Sains akan mula dilaksanakan pada Januari 2016.
Aktiviti ini akan disertai oleh guru-guru Sains, pembantu makmal dan pelajar
terpilih. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah:

1. Mengecat dan menceriakan persekitaran makmal sains.


2. Melabel bahan dan radas di rak-rak dan tempat yang telah ditetapkan.
3. Menceriakan papan kenyataan di dalam makmal sains.
4. Meletakkan maklumat dan info berkaitan Sains pada papan kenyataan.
5. Mengira dan menyemak semula bilangan bahan dan radas di dalam
makmal.
6. Membersihkan dan membuang alatan-alatan yang telah pecah dan tidak
boleh digunakan lagi.
7. Memasang langsir gelap untuk persediaan Peperiksaan Berpusat Amali
Sains.

8. Melukis mural di dinding luar makmal Sains.

6.0. KUMPULAN SASARAN : Guru-guru Sains, pembantu makmal Sains dan pelajar
terpilih.
7.0. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perbelanjaan Kuantiti Harga seunit Amaun (RM)

1 Cat (undercoat) 7 tong (besar) RM 70 RM 490

2 Cat 21 tong (5L) RM 150 RM3150

3 Langsir 1200 meter RM 8 RM 9600

4 Upah jahit langsir 119 tingkap RM 10 RM1190

5 Bangku makmal 40 buah RM 50 RM 2000

JUMLAH RM 16 430

8.0. PENUTUP

Diharapkan projek ini dapat meningkatkan lagi pengurusan makmal yang lebih
teratur dan lebih ceria. Makmal sains merupakan salah satu ruang kerja untuk pelajar
melakukan aktiviti aktiviti yang melibatkan penyiasatan. Diharapkan dengan proses
penambahbaikan makmal Sains yang baru ini akan membolehkan murid-murid untuk
merasai dan meneroka bidang Sains dengan lebih mendalam. Semoga makmal yang
bersih dan ceria dapat meningkatkan minat murid untuk mempelajari subjek Sains
dengan suasana yang selesa.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

. .
(SHAHIDAH BINTI BAHARUDDIN) PN. HJH SITI ZALEHA BT HARUN
Guru Penyelaras Pengetua
SMK Sultan Sulaiman Shah

You might also like