You are on page 1of 15

SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA,

JALAN SJ 24, TAMAN SELAYANG JAYA,


68100 BATU CAVES, SELANGOR

KERTAS CADANGAN
PROGRAM INOVASI
KOKURIKULUM 2015

TAJUK:
ROKET AIR
DIKELOLAKAN OLEH:
PERSATUAN SAINS & MATEMATIK
SK SELAYANG JAYA

KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM


PERSATUAN SAINS & MATEMATIK
SK SELAYANG JAYA, 68100 BATU CAVES, SLEANGOR
TAJUK: ROKET AIR
PENGENALAN
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu
diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi kokurikulum ini diharap dapat
menyuntik semangat murid-murid di SK Selayang Jaya untuk lebih kreatif dan inovatif dalam
bidang reka cipta.
RASIONAL
1. Melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh secara keseluruhan
demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.
2. Merialisasikan hasrat, cita-cita dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadikan
Kokurikulum sebagai pelengkap dalam kurikulum.
3. Menyemarakkan minat ahli dalam kajian angkasa secara khususnya dan teknologi secara
umumnya dan menggalakkan penyelidikan secara saintifik.
4. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam penghasilan
produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.
MATLAMAT
1.

Meningkatkan semangat dan kecintaan ahli kelab untuk mendalami ilmu dan teknologi
angkasa.

2.

Memberikan pendedahan kepada ahli aplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan
seharian.

3.

Memupuk dan mencungkil bakat, daya krativiti dan inovasi ahli.

4.

Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.

OBJEKTIF

1. Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan Sains dan Teknologi.


2. Menaiktaraf status kelab Matematik dan Sains SKSJ ke tahap cemerlang
SASARAN
Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 SK Selayang Jaya
(mengikut Kelab & Persatuan masing-masing)
PERNYATAAN MASALAH
Antaranya ialah :
1. Kekurangan sumber/ kedai yang menjual roket air di pasaran. Murid berminat untuk
bermain, namun ketiadaan kedai tertentu yang menjualnya.
2. Murid tidak pernah mendapat pendedahan mengenai proses mereka cipta bahan.
3. Murid tidak mengetahui barang yang sesuai dalam penghasilan roket yang baik.

SKOP DAN LIMITASI PROJEK.


Skop kajian ialah untuk mengguna pakai bahan sekitar yang terdapat dalam kawasan sekolah
kerana pihak sekolah juga mahu menekankan konsep kitar semula.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK


Antara kepentingannya ialah:
1. Melahirkan murid yang mampu untuk menyediakan produk berinovasi dan rekacipta
melalui aktiviti persatuan.
2. Membuka peluang serta menanam budaya berfikiran kreatif.
3. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam mata
pelajaran Sains (Teknologi).

ANGGARAN KOS PROJEK


Bil

Pendapatan

RM

Bil

Perbelanjaan

RM

Waran Peruntukan
Program Inovasi
Kementerian
Pendidikaan
Malaysia

450.00

1.
2.
3.
4.

5.

6.

JUMLAH

450.00

Pelancar roket
(4 x rm40)
Masking tape
20 x RM 1.50
Pemberat ( Tanah Liat)
20 x RM 1.00
Platik yang keras untuk
membuat
sirip
roket
(mounting board)
10 x RM 6.00

160.00
30.00
20.00
60.00

Hadiah
(Pertandingan
Sasaran Terbaik)
Tempat Pertama Hamper
Tempat Kedua Hamper
Tempat Ketiga Hamper

40.00
30.00
20.00

Hadiah
(Pertandingan
Payung Terjun Terbaik)
Tempat Pertama Hamper
Tempat Kedua Hamper
Tempat Ketiga Hamper

40.00
30.00
20.00

JUMLAH

450.00

Kos anggaran untuk projek inovasi ini.


*Untuk 10 kumpulan kecil.
Bahan tambahan perlu dibawa oleh murid: Botol minuman plastik berukuran besar , 1.5 L (4)
dan plastik sampah hitam (Kitar semula)

TINJAUAN DAN KAJIAN


Daripada tinjauan yang dijalankan, Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (PTPR)
merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Angkasa dengan kerjasama Bahagian
Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Universiti Malaya. Ia
telah berlangsung selama beberapa tahun bermula dari tahun 2003 sebagai projek perintis.
Dalam pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah
dikehendaki mencipta model roket air yang sempurna menggunakan botol air minuman 1.5 liter.
Penggunaan botol air minuman tesebut bertujuan mengurangkan daya geseran mudah untuk
didekorasi dan lebih inovatif. Seterusnya, model roket air itu akan dilancarkan menggunakan
alat pelancar roket bersama kombinasi tekanan air dan udara.

KAEDAH PENYELIDIKAN
Kaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyelidikan laman sesawang serta buku untuk
penghasilan pelancar roket serta binaan asas roket air.

PERANCANGAN PROJEK
Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:
Setiap kali perjumpaan (Rabu waktu kokurikulum)
Bil
.
1.
2.
3.
4.

Aktiviti

Tarikh

Taklimat Aktiviti Pertandingan Roket Peringkat Sekolah


Bengkel Pembinaan Roket Air Sasaran
(Best Target)
Bengkel Pembinaan Roket Air
(Payung Terjun Terbaik (Best Parachute))
Pertandingan Roket Air Sasaran (Best Target) dan Roket
Payung Terjun Terbaik (Best Parachute)

29 JULAI 2015
5 OGOS 2015
12 OGOS 2015

KESIMPULAN
Kesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam
kalangan murid demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta, satu
kemahiran yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Sains. Akhirnya sekali, projek ini dapat
memberikan manfaat kepada murid, sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan negara.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(RUBIATON NAEMAH BT HARINI)


Ketua Panitia Sains SKSJ

(MOHAMMAD SHAHHIR BIN SHAHRANI)


Penolong Kanan Kurikulum SKSJ

Disahkan oleh,

(SITI MARIAM BINTI MOHAMMAD)


Guru Besar SKSJ

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM


PENAUNG

: PN. SITI MARIAM BINTI MOHAMMAD


Guru Besar SKSJ

PENGERUSI

: EN. MOHAMMAD SHAHHIR BIN SHAHARANI


Penolong Kanan Kurikulum SKSJ

NAIB PENGERUSI 1

: PN. AZLINA BT OSMAN


Penolong Kanan Kokurikulum SKSJ

NAIB PENGERUSI 2

: EN. KARMIZAN BIN KARIM


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKSJ

NAIB PENGERUSI 3

: PN. SULRAFTINAWATI BT SIBUROK


Penolong Kanan PPKI SJSJ

SETIAUSAHA

: PN. RUBIATON NAEMAH BT HARINI

PENYELARAS

: EN. MOHD NIZAR BIN IDERIS

AHLI JAWATAN KUASA

: 1) PANITIA SAINS
2) AHLI PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK

PENGENALAN
Roket air ialah roket yang menggunakan kuasa air dan udara untuk terbang.

STRUKTUR ASAS ROKET AIR

STRUKTUR ASAS ROKET AIR

PELANCARAN ROKET
1. Masukkan air dalam roket.

2. Pastikan apabila roket dimasukkan pada pelancar, air lebih kurang 40% dari
isipadu botol. Kalau lebih roket menjadi berat dan tak pergi tinggi.
Pegang hujung roket (untuk pelancar tanpa kunci) atau kuncikan roket pada
tapak pelancar.

3. Mulakan pam angin ke dalam pelancar roket. Jangan pam terlalu banyak angin ,
kerana boleh menyebabkan roket atau pelancar pecah.
Pastikan tiada sesiapa berhampiran tapak pelancaran roket dan tempat roket
dijangka akan jatuh.

4. Cuba dengan botol kecil dahulu 500ml sebelum mencuba dengan botol besar

1.5ml. Botol kecil boleh pergi setinggi 100 meter, sementara botol besar boleh
pergi setinggi 200 meter.

PERTANDINGAN PELANCARAN ROKET PARACUT DAN ROKET SASARAN


TERBUKA
SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA TAHUN 2015
A. PERATURAN UMUM
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua Kelab dan Persatuan Sek. Keb.
Selayang Jaya
2. Setiap pasukan terdiri daripada empat (4) orang murid dan diiringi oleh
seorang (1) guru pembimbing sahaja.
3. Pertukaran peserta dalam pasukan adalah TIDAK dibenarkan.
4. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori seperti berikut:
a) Kateogri R2 - Sasaran Terbaik (Best Target)
b) Kategori R3 - Payung Terjun Terbaik (Best Parachute)
5. Model roket perlu siap dibina sebelum pertandingan dan boleh dibina semasa
bengkel.
6. Setiap pasukan perlu kreatif dalam rekaan kon muncung dan sirip roket air
dengan hanya menggunakan bahan yang berasaskan plastik dan bahan
lembut sahaja.
7. Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan
air dan udara sahaja.
8. Semua model roket air akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar
yang disediakan oleh pihak penganjur sahaja.
9. Semua

syarat

dan

peraturan

pertandingan

adalah

tertakluk

kepada

semua

kategori

perubahan semasa tanpa notis awal.


10.Keputusan

panel

hakim

adalah

muktamad

bagi

pertandingan.
11.Pihak urusetia tidak bertanggugjawab ke atas sebarang kecederaan dan
kehilangan yang disebabkan oleh kecuaian peserta dan guru.
B. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
SYARAT KATEGORI R2 SASARAN TERBAIK (BEST TARGET)
1. Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang akan jatuh
pada sasaran yang ditetapkan.

2. Jarak sasaran, x dari tapak pelancar akan ditetapkan oleh panel hakim pada
hari pertandingan iaitu di antara 50m dan 100m.
3. Untuk memastikan roket air yang dilancarkan jatuh pada sasaran, setiap
pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol,
tekanan udara dan sudut roket.
4. Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi.
5. Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran
sahaja.
6. Jarak roket air yang jatuh dalam bulatan sasaran akan dinilai dan markah
akan ditentukan berdasarkan jarak terdekat roket air dari sasaran (bulls-eye).
7. Roket air yang jatuh di luar bulatan sasaran adalah dianggap gagal (tiada
markah diberikan).
8. Hanya percubaan terbaik sahaja akan diambil kira dalam pengiraan markah
johan keseluruhan.
9. Sekiranya roket air berpecah kepada dua (2) bahagian selepas pelancaran,
percubaan tersebut adalah dianggap gagal (tiada markah diberikan).
10.Gambarajah berikut menunjukkan pelan tapak pelancaran dan zon sasaran.

SYARAT KATEGORI R3 - PAYUNG TERJUN TERBAIK (BEST PARACHUTE)


1. Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang dilengkapi
payung terjun dan catatan masa roket di udara akan diambil.
2. Payung terjun mestilah diletakkan di bahagian atas komponen utama roket
air.
3. Komponen utama roket air harus jatuh bersama payung terjun ke permukaan
Bumi.

4. Setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam
botol dan tekanan udara.
5. Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi.
6. Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran
sahaja.
7. Masa akan mula diambil semasa roket air dilancarkan sehingga ianya:
i.

Jatuh ke permukaan tanah; atau

ii. Tersangkut di atas objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar; atau
iii. Hilang dari pemerhatian para hakim; atau
iv. Berada di udara melebihi 15 minit.

JAWATAN KUASA PENGELOLA


PERTANDINGAN PELANCARAN ROKET PARACUT
DAN ROKET SASARAN TERBUKA
SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA
TAHUN 2015
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA
BIL
1
2

JAWATAN KUASA
JK PENDAFTARAN
JK URUSETIA

JK JURI HAKIM

JK KAWALAN
/DISIPLIN

JK SIJIL/ CENDERAHATI

BIDANG TUGAS
Menguruskan pendaftaran peserta.
Memastikan setiap aktiviti berjalan
dengan lancar.
Memastikan urusetia sentiasa
bersama ketika diperlukan di padang.
Menjadi hakim bagi mencatat jarak
sasaran dan catatan masa
pendaratan payung terjun.
Memastikan keselamatan peserta
pertandingan daripada gangguan
pelajar yang tidak terlibat.
Memastikan pelajar yang tidak
terlibat tiada berkeliaran di padang
sekolah.
Menyediakan sijil untuk peserta.
Memastikan sijil-sijil disampaikan
kepada peserta semasa majlis
penutup.
Membeli hadiah hamper kepada 6
kumpulan mengikut kedudukan

JK SIARAYA DAN
ALATAN

JK DOKUMENTASI/
FOTOGRAFI

markah.
Mengatur majlis penyampaian
sijil/cenderahati kepada
pemenang/peserta.
Menyediakan & mengendalikan
alatan siaraya sebelum, semasa dan
selepas aktiviti.
Memastikan setiap program yang
dilaksanakan di ambil gambar/rakam
untuk di dokumentasikan.

JAWATAN KUASA PENGELOLA


PERTANDINGAN PELANCARAN ROKET PARACUT
DAN ROKET SASARAN TERBUKA
SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA
TAHUN 2015

PENGERUSI

PN. SITI MARIAM BINTI MOHAMMAD


(Guru Besar SK Selayang Jaya)

NAIB PENGERUSI

PN. AZLINA BINTI OTHMAN


(GPK Kokurikulum)

SETIAUSAHA

: _____________________________________

AHLI JAWATAN KUASA KECIL :

BIL
1

TUGAS
JK BUKU PROGRAM/JEMPUTAN

2
3
4
5

JK
JK
JK
JK

6
7
8

JK SIARAYA DAN ALATAN


JK DOKUMENTASI/ FOTOGRAFI
JK MAJLIS PENUTUP

NAMA GURU

URUSETIA/PENDAFTARAN/JURI HAKIM
KAWALAN /DISIPLIN
SIJIL/ CENDERAHATI
KEBAJIKAN/ PERTOLONGAN CEMAS

Penyelaras Pertandingan:

BIL
1

AKTIVITI/PERTANDINGAN
Pertandingan Sasaran Roket Terbaik
(Best Target).

Pertandingan Payung Terjun Terbaik


(Best Parachute).

PEGAWAI BERTUGAS

You might also like