You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PEMBELIAN BAJU JERSI DAN PERALATAN


SUKAN BOLA SEPAK
SEKOLAH KEBANGSAAN (RKTP) KAMPONG AWAH
TAHUN 2022
KERTAS KERJA
PEMBELIAN BAJU JERSI DAN PERALATAN SUKAN BOLA SEPAK
SEKOLAH KEBANGSAAN (RKTP) KAMPONG AWAH
TAHUN 2022

1. PENGENALAN

Sukan adalah satu bentuk aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama murid
dan guru. Dengan adanya aktiviti sukan sebegini akan mencetuskan semangat
kesukanan dan pertandingan yang sihat di kalangan murid. Selain daripada itu, ia dapat
dijadikan sebagai satu aktiviti kepada semua murid di samping memberikan kesedaran
pentingnya sukan kepada semua.

2. RASIONAL

Setiap tahun Sekolah Kebangsaan (RKTP) Kampong Awah akan menyertai


Kejohanan Bola Sepak Peringkat MSSD (Maran) yang melibatkan penyertaan pelajar
lelaki. Walau bagaimana pun setiap kali perlawanan diadakan Pengurus Pasukan Bola
Sepak terpaksa meminjam baju jersi dan peralatan sukan daripada pasukan sukan
permainan yang lain. Hal ini disebabkan kekurangan sumber kewangan daripada pihak
sekolah. Selain itu, ketiadaan baju jersi dan peralatan sukan yang sempurna juga akan
menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat memperkembangkan potensi diri mereka di
dalam permainan ini.

Oleh sebab itu, Unit Pasukan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan (RKTP) Kampong
Awah berazam untuk membeli peralatan sukan dan jersi yang baru untuk keselesaan dan
memberi motivasi kepada pelajar. Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara
yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek.
3. OBJEKTIF

a. Mendedahkan kepada pelajar konsep permainan bola sepak dan menerapkan nilai-
nilai murni seperti semangat berpasukan, kerjasama dan komunikasi ke dalam diri
pelajar.

b. Menyediakan pelajar untuk menyertai sebarang pertandingan bola sepak yang akan
dianjurkan di sebarang peringkat daerah.

c. Mendapatkan pendedahan dan pengalaman dalam aspek penganjuran sebarang


bentuk aktiviti yang melibatkan bola sepak samada yang berorientasikan
pembangunan diri dan motivasi ataupun berunsurkan kesukanan semata-mata.

d. Menyediakan prasarana yang sesuai dan selesa untuk kemudahan pelajar beriadah.

e. Menyediakan kemudahan untuk aktiviti kokurikulum lain.

f. Memperkembangkan potensi diri pelajar dalam pelbagai bidang permainan.

g. Memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam penekanan terhadap aktiviti


Kokurikulum.
4. CARTA ORGANISASI

UNIT BOLA SEPAK


SEKOLAH KEBANGSAAN (RKTP) KAMPONG AWAH

PENASIHAT
Puan Maziah binti Mohd Sapar
(Guru Besar)

PENGERUSI
Tuan Haji Mohd Shamsull bin Mohd Zam
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

PENYELARAS UNIT BOLA SEPAK


Encik Hafizuddin bin Jaafar

SETIAUSAHA
Encik Nor Hazir bin Alias

AHLI JAWATANKUASA
Tuan Haji Mohamad Khizar bin Awang
Encik Ibrahim bin Husin

5. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH


1 Pakaian Jersi 17 Unit x RM 200.00 RM 3400.00
2 Bib Training 17 Unit x RM 15.00 RM 255.00
3 Bola Sepak 5 Unit x RM 50.00 RM 250.00
4 GymSack (Beg Bola Sepak) 1 Unit x RM 30.00 RM 30.00
5 Agility Training Kit 2 Unit x RM 80.00 RM 160.00
6 Small Hurdle 5 Unit x RM 17.00 RM 85.00
JUMLAH RM 4180.00
6. HARAPAN

Pihak sekolah khususnya Unit Pasukan Bola Sepak berharap semoga projek ini akan
menjadi kenyataan kerana dengan adanya sumbangan ini akan dapat menyelesaikan
masalah kekurangan peralatan sukan bola sepak dan memberikan manfaat kepada
pembangunan diri pelajar.

Hal ini merupakan satu kemudahan kepada pelajar dan diharapkan menjadi
perangsang kepada pelajar untuk lebih bersaing dalam apa jua kejohanan baik di
peringkat sekolah dan daerah seterusnya ke peringkat negeri selaras penekanan yang
diberikan oleh Kementerian Pelajaran terhadap aktiviti dan penglibatan pelajar dalam
Kokurikulum.

Disediakan Oleh :

----------------------------------------
(HAFIZUDDIN BIN JAAFAR)
Penyelaras Unit Bola Sepak
Sekolah Kebangsaan (RKTP) Kampong Awah

Disemak Oleh :

----------------------------------------
(TUAN HAJI MOHD SHAMSULL BIN MOHD ZAM)
Guru Penolong Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan (RKTP) Kampong Awah

Disahkan Oleh :

-------------------------------------------
(MAZIAH BINTI MOHD SAPAR)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan (RKTP) Kampong Awah

You might also like