You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PEMBELIAN BAJU JERSI DAN


PERALATAN SUKAN
BOLA TAMPAR
TAHUN 2014
PENYELARAS BOLA TAMPAR
SK(2) TENGKU BENDAHARA AZMAN
KERTAS KERJA PEMBELIAN BAJU JERSI DAN
PERALATAN SUKAN BOLA TAMPAR
TAHUN 2014

1. PENGENALAN

Sukan adalah satu bentuk aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama murid dan guru.
Dengan adanya aktiviti sukan sebegini akan mencetuskan semangat kesukanan dan
pertandingan yang sihat di kalangan murid. Selain daripada itu, ia dapat dijadikan sebagai satu
aktiviti kepada semua murid di samping memberikan kesedaran pentingnya sukan kepada semua.

2. RASIONAL

Setiap tahun Sekolah Kebangsaan (2) Tengku Bendahara Azman akan menyertai Kejohanan
Bola Tampar Peringkat MSSD (Klang) yang melibatkan penyertaan pelajar lelaki dan perempuan.
Walau bagaimana pun setiap kali perlawanan diadakan pengurus peserta pasukan bola tampar
terpaksa meminjam baju jersi dan peralatan sukan daripada pasukan sukan permainan yang lain.
Hal ini disebabkan kekurangan sumber kewangan daripada pihak sekolah. Selain itu, ketiadaan
baju jersi dan peralatan sukan yang sempurna juga akan menyebabkan pelajar-pelajar tidak
dapat memperkembangkan potensi diri mereka di dalam permainan ini.

Oleh sebab itu, unit Bola Tampar SK (2) TBA berazam untuk membeli peralatan sukan dan
jersi yang baru untuk keselesaan dan memberi motivasi kepada pelajar.Ini adalah sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3. OBJEKTIF

a. Mendedahkan kepada pelajar konsep permainan bola tampar dan menerapkan nilai-nilai
murni seperti semangat berpasukan, kerjasama dan komunikasi ke dalam diri pelajar

b. Menyediakan pelajar untuk menyertai sebarang pertandingan bola tampar yang akan
dianjurkan di sebarang peringkat daerah.

c. Mendapatkan pendedahan dan pengalaman dalam aspek penganjuran sebarang bentuk


aktiviti yang melibatkan bola tampar samada yang berorientasikan pembangunan diri dan
motivasi ataupun berunsurkan kesukanan semata-mata.

d. Menyediakan prasarana yang sesuai dan selesa untuk kemudahan pelajar beriadah

e. Menyediakan kemudahan untuk aktiviti kokurikulum lain

f. Memperkembangkan potensi diri pelajar dalam pelbagai bidang permainan.

g. Memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam penekanan terhadap aktiviti


Kokurikulum.

4. CARTA ORGANISASI

SEKOLAH KEBANGSAAN (2) TENGKU BENDAHARA AZMAN


JALAN SABAH, PANDAMARAN
42000 PELABUHAN KLANG

PENASIHAT
Tn Hj Mohsin Bin Mohd Amin
(Guru Besar)

PENGERUSI
En Tan Eng Moo
(GPK Kokurikulum)
PENYELARAS BOLA TAMPAR
En Amril Bin Md Hashim

SETIAUSAHA
En Abd Halim Bin Abd Hamid

AHLI JAWATANKUASA
Pn Anira Bt Che Ismail
Pn Aslina Bt Arshad
Pn Nor Azina Bt Sabu

5. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH


1 Bola Tampar 10 unit x RM 100.00 RM 1,000.00
2 Peralatan Perubatan RM 200.00
3 Pakaian Jersi 2 unit x RM 1,000.00 (lelaki & perempuan) RM 2,000.00
4 Troli- Bola Tampar 2 unit x RM 300.00 RM 600.00
5. Rencam RM 200.00
JUMLAH RM 4,000.00

Anggaran Pendapatan :

1. Sumbangan PIBG RM 500.00

Kekurangan RM 3,500.00

6. HARAPAN

Pihak sekolah khususnya Unit Bola Tampar berharap semoga projek ini akan menjadi
kenyataan kerana dengan adanya sumbangan ini akan dapat menyelesaikan masalah
kekurangan peralatan sukan bola tampar dan memberikan manfaat kepada pembangunan diri
pelajar.
Hal ini merupakan satu kemudahan kepada pelajar dan diharapkan menjadi perangsang
kepada pelajar untuk lebih bersaing dalam apa jua kejohanan baik di peringkat sekolah dan
daerah seterusnya ke peringkat negeri selaras penekanan yang diberikan oleh Kementerian
Pelajaran terhadap aktiviti dan penglibatan Pelajar dalam Kokurikulum..

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH

………………………………............. …………………………..
EN AMRIL BIN MD HASHIM EN TAN ENG MOO
PENYELARAS BOLA TAMPAR PK KOKURIKULUM
SK(2) TBA SK(2) TBA

DISAHKAN OLEH

………………………………...................
TN HJ MOHSIN BIN MOHD AMIN
GURU BESAR
SK(2) TBA

You might also like