You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PERUNTUKAN BAS SEKOLAH


MAAHAD AHMADI (MANS)

KURIKULUM BERSEPADU DINI (KBD),


KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ (KBT) DAN SIJIL
TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

MAAHAD AHMADI (MANS), JALAN TAMPIN GEMAS,


KAMPUNG SRI ASAHAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI
SEMBILAN

TAHUN 2020

1
KERTAS KERJA
PERMOHONAN PERUNTUKAN BAS SEKOLAH MAAHAD AHMADI (MANS)

1. TAJUK

Kertas Kerja Permohonan Peruntukan Bas Sekolah Maahad Ahmadi Gemencheh, Negeri
Sembilan.

2. TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk memohon peruntukan sebuah bas
sekolah bagi Maahad Ahmadi Gemencheh, Negeri Sembilan.

3. LATAR BELAKANG

Maahad Ahmadi dahulu dikenali dengan nama Sekolah Agama Menengah Atas Dan
    

Senawi (SAMAS).  Sekolah ini diasaskan pada tahun 1963 hasil cetusan ilham dan usaha
beberapa orang Tokoh Agama Negeri Sembilan di atas kawasan seluas lebih kurang 3
ekar. Pada tahun 1980 sekolah ini telah berpindah tempat ke kawasan bersebelahan
seluas kira– kira 20 ekar. Bangunan lama sekolah ini telah dijadikan Sekolah Menengah Rendah
Agama Gemencheh (SMRAG) pada tahun berkenaan.  Mula di namakan Maahad Ahmadi pada
tahun 1989 bersempena nama Mantan Mufti Negeri Sembilan Syeikh Haji Ahmad bin Mohd
Said.  Maahad Ahmadi merupakan satu–satunya sekolah di bawah Kerajaan Negeri Sembilan
Darul Khusus yang menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar.Maahad Ahmadi di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sembilan (JHEAINS). Pada tahun 2008, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih
pentadbiran Sekolah Menengah Rendah Agama seluruh Negeri
Sembilan dari  JHEAINS. Dengan rasminya Maahad Ahmadi telah mengambil alih tapak
sekolah SMRAG. Pelajar Maahad Ahmadi mula menduduki STAM di bangunan lama tapak

2
Sekolah Menengah Rendah Agama Gemencheh (SMRAG) pada tahun 2010.Bangunan sekolah
lama ini telah berusia lebih 50 tahun.
Maahad Ahmadi terletak di Kampung Sri Asahan Gemencheh iaitu 25 km dari Tampin
seluas 3 ekar. Berada dikawasan sempadan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah dan DUN
Gemencheh. Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertanggungjawab ke atas
Maahad Ahmadi ialah YB Dato' Mohd Kamil bin Abdul Aziz ADUN Gemencheh. Dari segi Tanah
Adat. Sekolah ini berada di bawah jajahan Luak Johol yang ditadbir oleh YTM Dato' Johan
Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Haji Mohd Jan Bin Abdul Ghani .
Maahad Ahmadi menawarkan dua Sistem Pengajian iaitu Pengajian Akademik mengikut
silibus Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pengajian Diniyah mengikut Silibus Sekolah
Menengah al-Azhar, Mesir.  Justeru, pelajar berpeluang menduduki Peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM). Dari segi Pengajian Diniyah, Pelajar akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah Agama (PMRA) pada tingkatan dua. Serta mengambil peperiksaan Sijil Menengah
Agama (SMA).
Diiktiraf sebagai Sekolah terbaik di peringkat kebangsaan dalam
peperiksaan STAM sejak tahun 2002 sehingga kini.  Pelajar dan tenaga pelajar STAM telah
mendapat pengikitirafan diperingkat kebangsaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

4. OBJEKTIF

4.1 Memudahkan urusan pengangkutan murid, guru dan warga sekolah untuk
menjalankan sebarang aktiviti di luar kawasan sekolah.
4.2 Menjaga kebajikan murid Maahad Ahmadi.
4.3 Mengurangkan kos pengangkutan dan perbelanjaan bagi melaksanakan program-
program di luar kawasan sekolah.

5. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


3
Pengetua : En. Yunos bin Parot
Pengetua

Pengerusi Bersama :
Yang Dipertua PIBG

Naib Pengerusi :
Penolong Kanan Akademik & Pentadbiran

:
Penolong Kanan HEM

:
Penolong Kanan Kokurikulum

:
Naib Yang Dipertua PIBG

Penyelaras : En. Mohamad Fadzilah Bin Zulkafli

Pen. Penyelaras : En. Anas Bin Kamaruddin

Setiausaha : En. Mohd Syahiruddin bin Daud

Pen. Setiausaha : En. Mohd Amirul Ashraf bin Daud

Bendahari : Pn. Lailatul Badriah bt. Mohamed Jamali

Pen. Bendahari : En. Tajul Ariffin bin Mohamed

AJK : En. Mohd Sophian bin Ismail


: Pn. Roziah Bt. Mohd Ali
: Pn. Nafizah Bt. Abd.Wahab
: Pn. Siti Maheran Bt. Ahmad
: Pn. Hanizah Bt. Satin
: Pn. Sufaezah Bt. Mohamad

6. CADANGAN MODEL DAN REKA BENTUK BAS


4
LAMPIRAN 1

7. ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

7.1 PERBELANJAAN

BIL PERKARA PER UNIT(RM) KUANTITI JUMLAH(RM)

BAS 44 TEMPAT
1. 591,800.00 1 550,800.00
DUDUK (HINO-RN)

KOS 20 KALI
2. 5,000.00 100,000.00
PENYELENGGARAAN (4 TAHUN)

3. KECEMASAN - - 8,200.00

JUMLAH RM 700,000.00

7.2 PENDAPATAN

BIL PERKARA JUMLAH(RM)

HASIL SUMBANGAN SEHINGGA


1. 200,000.00
OGOS 2019
SUMBANGAN YANG AMAT BERHORMAT
2. MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN 200,000.00
DATO' SERI AMINUDDIN BIN HARUN
KUTIPAN KUPON DANA BAS
3. 271,600.00
*Anggaran Kutipan Kupon (Lampiran 1)

4. SUMBANGAN KORPORAT 28,400.00

JUMLAH RM 700,000.00

8. PENUTUP

5
Diharap permohonan ini diberi pertimbangan yang sewajarnya demi kebaikan dan kebajikan
murid-murid, guru-guru dan seluruh warga sekolah. Dengan adanya bas, ia menjadi salah
satu komponen penting yang dapat memudahkan urusan pengangkutan dalam menjayakan
program-program yang dirancang oleh pihak sekolah.

Disediakan Oleh,

( )
Penolong Setiausaha Program.

Disemak Oleh,

( YUNOS BIN PAROT )


Pengetua,
Maahad Ahmadi
Gemencheh, Negeri Sembilan.

Disahkan Oleh,

( )
Yang di Pertua PIBG,
Maahad Ahmadi
Gemencheh, Negeri Sembilan.

Lampiran 1

6
1. Anggaran Kutipan Kupon

BIL KUMPULAN PER UNIT(RM) KUANTITI JUMLAH(RM)

1. MURID T1 400.00 145 58,000.00

2. MURID T2 400.00 152 60,800.00

3. MURID T3 400.00 119 47,600.00

4. MURID T4 400.00 143 57,200.00

5. GURU 400.00 107 42,800.00

ANGGOTA
6. KUMPULAN 400.00 13 5,200.00
PELAKSANA

JUMLAH 271,600

 Setiap guru, anggota kumpulan pelaksana dan murid tingkatan 1 hingga 4 akan
diberi 1 buku kupon sumbangan.
-1 buku kupon (RM 500.00)
-1 Buku : 50 keping kupon (RM 10.00 : 1 keping)
-RM 100 akan diberi komisyen jika berjaya habiskan 1 buku kupon
-RM 400.00 dimasukkan dalam dana bas.

You might also like