You are on page 1of 3

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KUMPULAN 3:
1. NURUL NAJIHA BINTI HUSIN (2020152420015)
2. NURUL JANNAH BINTI RAHMAT (2020152420014)
3. NURUL ANIS HANISAH BINTI HAMZAH (2020152420013)
4. NUR SAKINA BINTI RAZLI (2020152420018)
5. MUHAMMAD SHAHIDZUL HAFIZ BIN SAZALI (2020152420016)
6. MUHAMMAD SYUKRI WAFI BIN HJ MUKHTI (2020152420017)

EMPAT TONGGAK PENDIDIKAN:


1. Belajar untuk menjadi apa:
Maksud disini ialah belajar untuk menjadi insan berguna. Ianya bertepatan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mengatakan “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani”. Jelas disini setiap manusia belajar untuk menjadi insan berguna untuk diri sendiri,
masyarakat, bangsa, negara dan agama.
Pendidikan perlu diberikan kepada setiap individu dengan bermula dari peringkat awal kanak-
kanak lagi hinggalah peringkat remaja dalam semua aspek. Ianya bertujuan untuk melahirkan
individu yang boleh berfikir secara kritis, berdikari, berupaya membuat keputusan terhadap
tindakan.
Apakah peranan guru?
 Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada murid, memupuk seluruh potensi
manusia secara bersepadu dan seimbang bagi melahirkan manfaat segala kegiatan dalam
hidup. Tidak dapat dinafikan, ada manusia yang berpelajaran tinggi namun tidak bercita-
cita untuk menjadi insan berguna dan tidak memberikan manfaat kepada orang lain.
Sebagai contoh, seorang yang boleh menghasilkan dadah semestinya mempunyai ilmu
yang hebat, berpelajaran tinggi. Namun kecerdikan itu tidak berguna kerana tidak
memberikan manfaat kepada manusia lain bahkan meninggalkan kesan buruk terhadap
ilmunya.
 Guru mendidik pelajar supaya mempunyai kemahiran dan keterampilan, yang boleh
mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan
kemahiran secara “development” iaitu secara kritis, kreatif dan inovatif.
2. Belajar untuk hidup bersama-sama.
Maksudnya ialah belajar untuk hidup harmoni dan bekerjasama. Persoalan disini ialah,
bagaimanakah guru boleh mengaplikasikan tonggak ini dalam pendidikan secara berinformasi
dan kreatif?
Pendidikan berperanan penting dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain supaya
rakyat dapat hidup aman damai di dalam negara berbilang kaum dan budaya. Guru perlu
mempunyai sikap keterbukaan dan tidak mengongkong ciri ingin tahu pelajar mengenai budaya
orang lain. Sikap berfikiran sempit begini akan menyebabkan berlakunya budaya perkauman
sehingga menimbulkan perbalahan. Sebagai contoh yang berlaku kejadian tembakan di New
Zealand. Peristiwa ini berlaku ketika umat Islam sedang menunaikan solat jumaat. Kemudian
datang seorang lelaki yang meluru masuk ke perkarangan Masjid Christchurch dan menembak
umat Islam. Hampir 50 orang yang terkorban pada peristiwa itu. Puncanya kerana tidak sukakan
agama Islam dan budaya yang dianggap sebagai teroris.
Untuk melahirkan sifat keharmonian dan kerjasama, guru juga perlu merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran untuk menggalakkan penglibatan semua pelajar tanpa mengira latar
belakang dan kaum. Selain itu, guru juga perlu merancang dan meransang penglibatan murid
dalam program seperti program amal atau aktiviti dalam gerak kokurikulum seperti
perkhemahan, kawad kaki dab pelbagai lagi. Penglibatan murid dalam aktiviti begini akan
meningkatkan lagi kerjasama.
Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni semasa mengajar serta memberikan peluang pelajar
bergaul dan memahami budaya rakan-rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum atau
budaya. Sebagai contoh, pendidikan sivik dan kewarganegaraan yang memberi kesedaran kepada
murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara.
Melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh
menyumbang kearah kesejahteraan dan keharmonian masyarakat.
Kewujudan tonggak pendidikan UNESCO sebenarnya adalah untuk memenuhi keperluan
pembelajaran asas ke[ada setiap individu tidak mengira bangsa mahupun warna kulit. Setiap
guru, perlu ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi setiap murid
di sekolah, sifat ikhlas itu perlu ada dalam diri setiap guru yang mengajar murid.

You might also like