You are on page 1of 4

SMK PENRISSEN NO 1

_______________________________________

KERTAS KERJA
PROJEK PEMBANGUNAN
INFRASTUKTUR SEKOLAH

“KE ARAH SEKOLAH MODEL 2015”

SMK PENRISSEN NO 1, KM 20, JLN KUCHING


SERIAN,93250, KUCHING,SARAWAK
1.0 NAMA PROJEK
Projek Pembangunan infrastruktur sekolah

2.0 TUJUAN
Program ini bertujuan untuk:
2.1 Meroboh tembok pagar utama sedia ada dan membina tembok gate baru termasuk
kerja-kerja tanah dan mengecat.
2.2 Memasang motor elektrik pada pagar utama besi keluli dengan ukuran 6’x 20’
termasuk railing.
2.3 Membaiki, membuang dan membina parit besar bentuk V dari laluan makmal lama
PIBG ke Blok Kenyalang.
2.4 Membaiki, membuang dan membina parit besar bentuk V di sebelah Blok 4.
2.5 Membaiki bumbung bocor di Blok 3.
2.6 Membaiki dan menggantikan siling yang rosak dengan plywood, mengecat dengan
cat berwarna putih, 9mm x 4” x 8” sebanyak 12 keping.
2.7 Pembelian alatan dan bahan-bahan pertukangan kayu/paip/elektrik untuk
membaikpulih kerosakan kecil.
2.8 Memasang bumbung laluan pejalan kaki di Blok 7 (12m x 8’) serta besi panduan
pagar (guide railing) 16 kaki dengan papak simen 3m (cement slab)
2.9 Menutup parit di setiap satu hujung Blok 4,5 dan 6 yang telah rosak teruk dengan
konkrit simen.
2.10 Membina parit baru di antara Blok 4 dan 5 serta di sebelah laluan berbumbung Blok
6.
2.11 Memperbaiki gelanggang hoki SMK Penrissen No 1.

3.0 LATARBELAKANG
Sekolah merupakan tempat untuk menimba ilmu serta membangunkan sahsiah di dalam
suasana yang selesa dan selamat. Dengan menyediakan persekitaran yang kondusif, hal ini
akan membantu sekolah membentuk pelajar yang cemerlang dan berdisiplin.
4.0 RASIONAL
4.1 Projek ini secara tidak langsung akan memberi suasana baharu kepada komuniti
sekolah terutama guru dan pelajar.
4.2 Memberi keselesaan kepada guru dan pelajar dalam menghadapi cuaca hujan lebat
untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain kerana sebelum ini banyak
kawasan yang mengalami banjir kilat.
4.3 Memastikan kawasan persekitaran sekolah yang selamat dan selesa.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Menaiktaraf infrastruktur sekolah iaitu infrastruktur luar bilik darjah.

6.0 PELAKSANAAN
Sasaran : Pagar utama, parit, bumbung pejalan kaki, bumbung bocor di bilik
kelas dan gelanggang hoki.
Masa : Sepanjang tahun

7.0 ANGGARAN KOS

No. Tempat / Kemudahan Jumlah


01.
a) Meja panjang RM 2,250.00
b) Bangku panjang RM 3,600.00
c) Meja Makan Guru RM 750.00
d) Kerusi Guru RM 500.00

02. Bilik Darjah


a) Meja & Kerusi murid (1 set) RM 9,600.00
b) Almari RM 6750.00
c) Rak Buku RM 1800.00
d) Papan Kenyataan RM 2,250.00
e) Meja Guru RM 2,250.00
f) Kerusi Guru RM 450.00
03. AM
a) Papan tanda nama sekolah RM 800.00
b) Komputer Bilik Guru + Pencetak RM 5000.00
c) Mesin Risio
RM 8000.00

RM44,000.00

8.0 SUMBER KEWANGAN

i) Sumbangan PIBG
ii) Sumbangan NGO
iii) Derma

9.0 PENUTUP
Keberkesanan projek ini bergantung sepenuhnya kepada sumbangan dari luar dan PIBG
sekolah.
Tanggungjawab penjagaan rapi kemudahan asas yang diberi bergantung sepenuhnya kepada
pentadbir sekolah, guru-guru, murid-murid dan staf sekolah.

You might also like