You are on page 1of 1

Assalamualaikum w.b.

Kepada,

Pihak yang berkenaan

13 JANUARI 2017

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN PERALATAN MEMANAH 2017

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Islam Al-Farabi akan meneruskan


aktiviti sukan memanah untuk tahun keduanya dengan dikendalikan oleh kelab sukan memanah
sekolah.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat mengharapkan sumbangan kewangan atau
berbentuk alatan memanah daripada pihak tuan untuk mengembangkan lagi aktiviti sukan
sunnah ini kepada para pelajar sekolah. Pihak tuan/puan boleh terus berhubung dengan guru
penasihat kelab memanah Sekolah Menengah Islam Al-Farabi iaitu Ustaz Shamsuddin
(0139911701) untuk serahan sebarang bentuk sumbangan.

4. Segala keprihatinan dan sumbangan yang diberikan didahului dengan ucapan terima
kasih. Semoga Allah memberkati sumbangan yang telah pihak tuan berikan.

Sekian, wassalam.

Yang benar, Disokong oleh,

..
(Shamsuddin Bin Kassim) (Mohd Yazid B Mohd Samsudin)
GPK Kokurikulum Pengetua
Sek. Men. Islam Al-Farabi Sek. Men. Islam Al-Farabi

s.k 1. Pengerusi ALP


2. Ketua Lujnah Pendidikan
3. Pegawai tadbir
4. Pengetua
5. Fail GPK3

You might also like