You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 1 (F),

73480 GEMAS,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

NO. TEL/FAKS: 06-4347528
Ruj. Kami: SKJS.600-6/17/3 Jld 3( )
Tarikh : 9 JULAI 2013
Guru/I bu bapa/Penjaga,
Sek. Keb. J elai 1(F), Gemas,
NEGERI SEMBILAN.
Tuan/Puan,

SUMBANGAN UNTUK ANAK-ANAK YATIM & MAJLIS PENUTUP KHATAM TADARUS AL
QURAN SEMPENA RAMADAN AL MUBARAK

Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam SK Jelai 1 (F) mengadakan pelbagai
aktiviti sempena bulan Ramadan Al Mubarak. Antaranya memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dan
mengadakan Majlis Penutup Khatam Tadarus Al-Quran.

3. Sehubungan dengan itu tuan/puan yang ingin memberi sumbangan adalah dialu-alukan. Sumbangan
tersebut akan disampaikan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 2 Ogos 2013 ( Jumaat )
Masa : 9.00 -12.00 tengahari
Tempat : Dewan SKJ 1(F)

Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amat kami hargai dan disanjung tinggi.
Sekian. Terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Saya yang menjalankan tugas,

..........................
( ABD MALEK B TAIB)
Guru Besar,
SK Jelai 1(F)
73480 Gemas, N.Sembilan
...............potong disini


Tarikh: ..
Guru Besar
Sek. Keb. J elai 1(F)
73480 Gemas,
NEGERI SEMBILAN
(u.p: Ustaz Mohd Khaizal b A.Karim)
Tuan/Puan,

SUMBANGAN UNTUK ANAK-ANAK YATIM DAN MAJLIS PENUTUP KHATAM TADARUS AL-QURAN

Saya Ibu bapa/penjaga ..........................................................
Ingin memberi sumbangan sebanyak RM.............. (Anak-Anak Yatim SK.Jelai 1(F)) dan sumbangan sebanyak
RM ............. ( Majlis Penutup Tadarus Khatam Al-Quran ).
Sekian, terima kasih
Yang benar,


( Tandatangan ibubapa/penjaga )

You might also like