You are on page 1of 1

SMK SUNGAI RAMBAI

Jalan Parit Putat, Kampung Pengkalan Leban,

77400 Sungai Rambai, Melaka.

Tuan/Puan,

Makluman Pembelian Pakaian Seragam Pengawas Pusat Sumber

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan/puan telah berjaya lulus temu duga untuk
dilantik sebagai pengawas pusat sumber sekolah SMK Sungai Rambai pada tahun 2017.

3. Sehubungan itu, tuan/puan dikehendaki menyediakan sekurang-kuranya dua set


pakaian seragam pengawas pusat sumber sekolah seperti berikut:

Vest berwarna coklat (seperti yang dilampirkan bersama surat ini)


Kemeja/baju kurung berwarna kuning (seperti yang dilampirkan bersama surat ini)
Seluar panjang/skirt berwarna coklat (seperti yang dilampirkan bersama surat ini)
Sarung kaki berwarna hitam
Kasut sekolah berwarna hitam

4. Kegagalan menyediakan pakaian seragam akan mengakibatkan kelayakan anak


tuan/puan ditarik balik.

5. Jika terdapat sebarang kemusykilan berhubung dengan perkara di atas, sila hubungi
Puan Najihah Sulaiman (017 625 1847) atau Puan Lydia Chai (016 626 4846).

Sekian. Terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(LYDIA CHAI YEE XUAN)

Pembantu Penyelaras Pusat Sumber Sekolah

SMK Sungai Rambai

You might also like