You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK PENDIDIKAN KHAS MELAKA,


KM 4 , JALAN SEMABOK,
75050 MELAKA.

TEL : 06 2840205
FAX : 06 2810041
Email : mba2039@yahoo.com.my
Rujukan Kami : SKPKM/ PIBG/ 2016 (12 )
Tarikh
: 22 Jun 2016

Kepada:
------------------------------------------------------------------------Melalui :
Guru Besar,
SK. Pendidikan Khas Melaka,
Km. 4, Jalan Semabok,
75050 Melaka
Datuk/Dato/ Datin/Tuan/Puan,
PERMOHONAN PENAJAAN
Merujuk kepada perkara di atas, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG)
SKPKM ingin memohon penajaan jualan Baju T-Shirt Jenama Sekolah SKPKM bagi tujuan mengumpul dana
PIBG.
2.
Bersama ini disertakan kertas kerja cadangan penajaan untuk rujukan pihak tuan yang mengandungi saiz
baju T-Shirt yang ditempah. Sebarang pertanyaan boleh berhubungi dengan bendahari PIBG Pn. Nor Azizah bt
Salleh (0176960172) atau Setiausaha PIBG Pn.Aina Dayana bt Hilmi (013-361 3516).
4.
Kami berharap pihak tuan akan memberi sokongan dan kelulusan terhadap cadangan ini agar Program
Jualan Baju T-Shirt Jenama Sekolah SKPKM tdapat dijalankan dengan jayanya. Pertimbangan dan keputusan
pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih. Sumbangan berbentuk Tunai/Cek / Wang Pos / Kiriman Wang
boleh disalurkan kepada PIBG SKPKM atau bank-in ke Akaun Bank Muamalat:04010002852711.
5.
Jutaan terima kasih diucapkan atas kesudian Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan untuk memberikan
sumbangan kepada kami. Keprihatinan serta kerjasama yang diberikan amatlah kami hargai.
Sekian terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
.
(En. Sapri bin Salihin)
Naib YDP PIBG SKPKM
s.k :
1. Fail PIBG
2. Fail sekolah

MEMOHON SUMBANGAN DAN TAJAAN UNTUK PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA

AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS MELAKA


(SKPKM)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan Unit Kebajikan dengan kerjsama PIBG SKPKM akan mengadakan Program Sambutan Hari
Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2016 mengikut ketetapan berikut:
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 20 JULAI 2016
: Rabu
: 10.00 pagi 1.00 petang
: Bilik darjah

3.
Bersama dengan ini,disertakan kertas kerja program untuk rujukan pihak Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan. Sebarang
pertanyaan boleh berhubungi dengan bendahari PIBG Pn. Nor Azizah bt Salleh (0176960172) atau Setiausaha PIBG Pn.Siti
Fatimah Zakaria (0166344284).
4.
Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama daripada pihak Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan agar dapat
menghulurkan sumbangan berbentuk wang agar program ini dapat berjalan dengan jayanya. Sumbangan berbentuk
Tunai/Cek / Wang Pos / Kiriman Wang boleh disalurkan kepada PIBG SKPKM atau bank-in ke Akaun Bank
Muamalat:04010002852711.
5.
Jutaan terima kasih diucapkan atas kesudian Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan untuk memberikan sumbangan kepada
kami. Keprihatinan serta kerjasama yang diberikan amatlah kami hargai.
Sekian terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
.
YDP PIBG SKPKM

s.k :
1. Fail PIBG
2. Fail sekolah
3.Fail Unit Kebajikan

You might also like