You are on page 1of 3

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Kepada, Ruj Kami:

Ibu bapa/penjaga Tarikh:

………………………………..............

Melalui,

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Tebing Sungai, Seremban, Negeri Sembilan

Tuan/ puan,

MAKLUMAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP KE KEM BINA


NEGARA ULU SEPRI

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa murid-murid daripada Unit Beruniform Pengakap dari Sekolah


Kebangsaan Tebing Sungai akan mengadakan perkhemahan di Kem Bina Negara Ulu
Sepri, Kampung Empang Batu, 71300 Rembau, Negeri Sembilan seperti butiran berikut:

Tempat: Kem Bina Negara Ulu Sepri

Tarikh: 07 hingga 09 April 2017

Bilangan peserta: 30 orang murid

: 15 orang guru pengiring

3. Bersama-sama ini dilampirkan surat kebenaran ibu bapa/penjaga dan tentatif


program yang akan dilaksanakan sepanjang tarikh berkenaan untuk rujukan pihak
tuan/puan. Sehubungan dengan ini pihak sekolah berharap tuan/puan dapat memberi
kebenaran kepada anak jagaan tuan/puan untuk menyertai program tersebut. Kerjasama
daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih.

Sekian.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

”MENDIDIK DAN MEMIMPIN”


Saya yang menurut perintah,

(NURUL SYAZANA BINTI AHMAD FAUZI)

Penolong Kanan Kokurikulum

Sekolah Kebangsaan Tebing Sungai

70990, Seremban

Negeri Sembilan Darul Khusus

b.p Guru Besar

s.k 1. Guru Besar

2. Guru Pengiring, Fail sekolah


Kebenaran Menyertai Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform Tahun 2017

Saya ibubapa / penjaga kepada


...........................................................................................................

Tahun ......................................... No. Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran ...........................yang


beralamat seperti di atas dengan ini (membenarkan / tidak membenarkan) anak / jagaan
saya menyertai aktiviti seperti dibawah:

Aktiviti: Perkhemahan Unit Badan Uniform Pengakap

Tarikh: 07 hingga 09 April 2017

Tempat: Kem Bina Negara Ulu Sepri, Kampung Empang Batu, 71300 Rembau,
Negeri Sembilan

2. Saya maklum bahawa pihak sekolah akan mengambil segala langkah yang perlu
untuk memastikan keselamatan anak / jagaan saya. Walau bagaimanapun sekiranya masih
berlaku sesuatu yang tidak dingini saya tidak akan membuat sebarang tuntutan terhadap
pihak sekolah.

3. Bersama ini disertakan bayaran RM 50.00 untuk perkhemahan tersebut.

Sekian dan terima kasih.

Yang benar,

.......................................................

Nama: ______________________

No K.P ______________________

You might also like