You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN WIDURI

14200 SUNGAI JAWI


SEBERANG PERAI SELATAN
Tel/Faks : 04-5810021 / 5829021
KE ARAH PENDIDIKAN BERKUALITI

Tarikh

: 18 MEI 2015

Ibu Pejabat Polis Jawi,


Polis Diraja Malaysia,
Daerah Seberang Perai Selatan,
14200 Sungai Jawi,
Pulau Pinang.
(u.p: Unit Pameran Narkotik dan Trafik)
Tuan,
JEMPUTAN UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM MINGGU SAHSIAH
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Unit Disiplin SMK Taman Widuri ingin menjemput tuan
untuk membuat pameran sempena Program Minggu Sahsiah yang akan kami jalankan.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 25 MEI 2015
Hari : ISNIN
Masa : 10.00 2.30 petang
Tempat : Dewan Terbuka SMK TAMAN WIDURI
3.
Program tersebut diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan,
kefahaman dan kemahiran pendidikan pencegahan salah laku disiplin kepada murid sekolah
supaya dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan salah laku disiplin di sekolah.
4.
Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amat kami harga bagi melancarkan
program ini. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus Pn. Rasitah Bt Ibrahim
(0138812509), Penyelaras Program Minggu Sahsiah SMK Taman Widuri.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

..
( FATIMAH BINTI DARUS )
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SMK Taman Widuri.

You might also like