You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jabatan Pendidikan Pahang


Bandar Indera Mahkota Telelefon : 09-5715700
25604 Kuantan Faks : 09-5734857
Pahang Darul Makmur Laman Web : jpnpahang.moe,gov,my

Ruj. Kami : JPNP.SPMd.600-11/1/1 ( 19 )


Tarikh : 10 Febuari 2020
14 Jamadilakhir 1441H
Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah
Negeri Pahang

Tuan,

PELAKSANAAN MAJLIS PERMUAFAKATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN


MALAYSIA DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA: PROGRAM JOM KE SEKOLAH
PERINGKAT NEGERI DAERAH DAN SEKOLAH TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KP )


dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Program Jom
Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2020. Program ini merupakan kolaboratif
antara KPM dan PDRM dalam usaha menangani permasalahan disiplin dalam
kawasan sekolah dapat dilihat melalui keberadaaan Pegawai Perhubungan Sekolah
(PPS ) di semua sekolah KPM.

3. Komitmen antara pihak KPM melalui peranan sekolah dan pihak PDRM
membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaan
undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid. Jalinan yang
mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam
kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat dan
Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program Jom Kesekolah pada
awal tahun persekolahan ini diharapkan akan dapat menjadi medan ke arah
membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.

4. Untuk pengetahuan tuan, Majlis Perasmian Permuafakatan Kementerian


Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia: Program Jom Ke Sekolah Tahun
2020 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17 Feb 2020 ( Isnin )


Masa : 7.00 pagi
Tempat : SMK Sulaiman 28700, Bentong, Pahang
Perasmian : Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
Turut hadir : YDH Ketua Polis Negara
JPNP.SPMd.600-1/1/1 ( 19 )

PELAKSANAAN MAJLIS PERMUAFAKATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN


MALAYSIA DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA : PROGRAM TAHUN 2020

5. Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja


Malaysia:Program Jom ke Sekolah ini akan diadakan secara serentak di seluruh
negara melibatkan pelancaran di peringkat kebangsaan, negeri, daerah serta
sekolah yang melibatkan warga pendidikan dan PDRM. Mohon pihak tuan
panjangkan maklumat ini ke semua sekolah dalam daerah masing-masing.

6. Bersama-sama ini disertakan Kertas Konsep Pelaksanaan Majlis


Permuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia:
Program Jom ke Sekolah Peringkat negeri, daerah dan sekolah Tahun 2020 untuk
makluman dan tindakan oleh tuan. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas,
pihak tuan boleh menghubungi pegawai yang berurusan Encik Bahari bin Abdul
Rahman Penolong Pengarah ( HEM ) di talian 09-5715700 samb. 5908 / 019-945
3731 Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan
Negeri Pahang.

Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam urusan ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

DATO’ DR. HAJI TAJUDDIN BIN MOHD YUNUS


Pengarah Pendidikan Pahang

: 09-5715917
: 09-5734857
: hempahang@moe.gov.my

s.k.

 Timbalan Pengarah Pendidikan


Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

 Ketua Penolong Pengarah Kanan


Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

 Ketua Penolong Pengarah


Hal Ehwal Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

 Fail Timbul

You might also like