You are on page 1of 3

KERTAS KONSEP

PROGRAM JOM KE SEKOLAH

PENGENALAN

1. Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara


Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam
usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak
polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah
(PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

RASIONAL

2. Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan


sekolah dan pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam
usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam
kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan
risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan
konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui
program JOM KE SEKOLAH pada awal persekolahan 2017 ini diharapkan akan
menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.

OBJEKTIF

3. Objektif Program Jom Ke Sekolah ialah:

3.1. Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara
pihak sekolah dan pihak PPS.

3.2. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat
dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang
serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.

3.3 Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah
diarahkan dalam surat pekeliling ikhtisas: KP(BPSH- SPDK)201/005/01/
Jld.2(19) bertarikh 29 Julai 2010.

ANJURAN

4. Program Jom Ke Sekolah merupakan NBOS bersama KPM (Bahagian


Pengurusan Sekolah Harian) dan PDRM (Jabatan Pencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti), Bukit Aman.
TARIKH PELANCARAN

5. Tarikh pelancaran Program Jom Ke Sekolah:

5.1 Program JOM KE SEKOLAH ini akan dilaksanakan serentak di seluruh


negara mengikut tarikh awal persekolahan negeri masing-masing .

5.2. Semasa perhimpunan hari pertama persekolahan. Program dilaksanakan


pada jam 7.30 pagi sehingga 8.05 pagi seperti di Lampiran 1.

TETAMU KEHORMAT DI PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN


MALAYSIA

6. Menteri Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan, Ketua Pengarah Pelajaran


Malaysia serta semua pegawai warga pendidikan adalah dilibatkan.

TETAMU KEHORMAT DI PERINGKAT POLIS DIRAJA MALAYSIA

7. Ketua Polis Negara dan Pegawai Kanan PDRM serta semua PPS adalah
dilibatkan.

PEMILIHAN SEKOLAH

8. Bagi tujuan pelancaran yang melibatkan Pegawai Kanan KPM dan PDRM akan
ditentukan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM dengan kerjasama
Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.

9. Pelancaran di peringkat negeri akan ditentukan oleh pihak Jabatan Pendidikan


Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dengan kerjasama Ketua Polis Negeri
serta Ketua Polis Daerah.

KEWANGAN

10. Penyediaan Peti Aduan Murid merupakan sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru sekolah berkenaan.

PENUTUP

Kehadiran Pihak Polis pada awal musim persekolahan akan dapat meningkatkan
kerjasama antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Secara
tidak langsung akan dapat mempertingkatkan usaha ke arah pembentukan sahsiah diri
murid yang lebih positif serta dapat meningkatkan kemenjadian murid.
Lampiran 1

ATUR CARA

7.20 pagi - Perhimpunan Murid, Guru dan PDRM

- Nyanyian Lagu

- Negaraku
- Negeri
- Sekolah

- Bacaan Doa

- Ikrar Murid

- Bacaan Perutusan KPPM, KPM

- Bacaan Perutusan KPN, PDRM

- Perasmian Peti Aduan Murid

8.05 pagi - Bersurai

You might also like