You are on page 1of 2

Ruj Kami : KBA2096.

700-8/1/1 (1)
Tarikh : 9 November 2022

Kepada :

Waris Murid Tahun 5 SK Haji Salleh Masri

Tuan/Puan,
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK TAHUN 5 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, pihak sekolah akan melaksanakan Pentaksiran Psikometrik melibatkan
semua murid Tahun 5 bagi sesi persekolahan 2022/2023 mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 13 hingga 21 November 2022


Tempat : Makmal Komputer, SK Haji Salleh Masri

3. Pentaksiran Psikometrik dilaksana untuk mengenal pasti kecenderungan minat dan potensi murid.
Keputusan Pentaksiran Psikometrik akan membantu guru subjek untuk mengaplikasi kaedah pengajaran yang
bersesuaian dengan kebolehan dan kecenderungan murid. Ibu bapa juga dapat mengetahui secara menyeluruh
perkembangan anak masing-masing melalui keputusan Pentaksiran Psikometrik.

4. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon kerjasama tuan/puan untuk memastikan anak/jagaan tuan
/puan hadir ke sekolah pada tarikh pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik.Bersama-sama surat ini dilampirkan
jadual pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik untuk rujukan tuan/puan.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

s.k - Fail Sekolah


Lampiran

JADUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK TAHUN 5


SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023

TARIKH HARI KELAS BILANGAN MURID

13 & 14 NOVEMBER 2022 AHAD & ISNIN 5 EXCELLENT 29

15 & 16 NOVEMBER 2022 SELASA & RABU 5 INTELLIGENT 29

17 & 21 NOVEMBER 2022 KHAMIS & ISNIN 5 GENIUS 29

You might also like