You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN
Ahli Jawatankuasa Unit Bimbingan & Kaunseling dan Jawatankuasa Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) sekolah merancang untuk mengadakan satu program iaitu Santai
dan Berilmu : Jom Benci Dadah. Program terbuka kepada semua murid SK Haji Salleh Masri
dan penyertaan adalah secara individu. Program ini bertujuan untuk mendidik murid
menjauhi najis dadah dan cakna mengenai bahaya penagihan dadah dan inhalan.

2.0 RASIONAL

Murid-murid perlu didedahkan dengan maklumat mengenai bahaya penagihan dadah


agar mereka tidak terlibat dengan sebarang bentuk aktiviti berkaitan dengan dadah dan juga
inhalan. Peranan pihak sekolah amat penting dalam membanteras masalah penagihan dan
mewujudkan sekolah bebas dadah.

3.0 MATLAMAT

Memberi pendedahan mengenai bahaya dadah melalui pelaksanaan aktiviti yang lebih
santai dan menarik. Fokus program ini adalah untuk mewujudkan persekitaran yang sihat,
bersih dan bebas dari masalah penagihan dadah dan inhalan.

4.0 OBJEKTIF

1. Menyebar maklumat berkaitan bahaya penagihan dadah dan inhalan.

2. Menanam sikap benci kepada najis dadah.

3. Memupuk kesedaran mengenai cara menjauhi dan melindungi diri dari dadah dan
inhalan.

4. Melaksanakan aktiviti yang lebih santai namun berfokus.

5.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : Sepanjang PDPR (17-27 Mei 2021)


Tempat : Kediaman murid

6.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid SK Haji Salleh Masri

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN

7.1 Perbincangan dengan pentadbir

7.2 Membuat kertas kerja

7.3 Membentuk AJK Program

7.4 Mengadakan mesyuarat dan taklimat bersama Jawatankuasa Kerja

7.5 Pelaksanaan Program

7.6 Pembentangan hasil kerja

7.9 Penyampaian hadiah dan sijil

8.0 PERBELANJAAN

BI PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH


L SEUNIT
1. Hadiah 3 tempat pertama RM 30.00 RM 90.00
(Set alat tulis)
3 tempat ke-2 RM 20.00 RM 60.00
Pembekal : BBK Utara
Sdn. Bhd. 9 tempat ke-3,4,5 RM 10.00 RM 90.00
Jumlah Keseluruhan RM 240.00

9.0 SUMBER KEWANGAN

BI PERKARA JUMLAH
L
1. PCG Bimbingan dan Kaunseling RM 240.00

10.0 JAWATANKUASA KERJA


“PROGRAM SANTAI DAN BERILMU : JOM BENCI DADAH”

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI : Pn. Nor Zalina binti Baharuddin (Guru Besar)


TIMBALAN PENGERUSI : Pn. Wahidah binti Mustafa (PK Hal Ehwal Murid)
NAIB PENGERUSI 1 : En. Muhamad Nasir bin Ghazali (PK Pentadbiran)

2 : Pn. Basyira binti Ali Ahmad (PK Kokurikulum)

PENYELARAS PROGRAM 1 : Pn. Khadeeja binti Mohamad


(Setiausaha Jawatankuasa PPDa)
SETIAUSAHA : Pn. Nurhaslina binti Mohd Kamar
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

JAWATANKUASA KERJA
AJK GURU JUSTIFIKASI TUGAS
PENGADIL Barisan Pentadbir SK Haji Salleh Masri - Mengadili pertandingan
PERTANDINGAN dan memberikan
keputusan pemenang.

HADIAH & SIJIL Pn. Siti Eshah binti Mohd Tahir ( K ) - Menyediakan hadiah dan
Pn. Siti Raudhah binti Rashidi sijil kepada pemenang.
En. Mohd Salmi bin Ahmad
Pn. Mahani binti Shuib
Pn. Nor Salina binti Md Saad
DOKUMENTASI Pn. Nurhaslina binti Mohd Kamar - Menyediakan
Pn. Zuraini binti Shafii dokumentasi yang
lengkap dalam masa 2
minggu selepas program
dijalankan.

11.0 PENGISIAN AKTIVITI

MURID AKTIVITI
Terbuka kepada semua murid SK Pertandingan menghasilkan diorama bertemakan
Haji Salleh Masri. Jom Benci Dadah.
Pertandingan menghasilkan video pendek
*Penyertaan secara individu bertemakan jom benci dadah.

*Peserta boleh menggunakan aplikasi seperti Benime,


Kinemaster, Capcut dan lain-lain.

12.0 PENUTUP

Kerjasama dan komitmen semua pihak diperlukan dalam menjayakan program ini agar
tercapai objektif yang disasarkan demi kebaikan murid dan sekolah. Semoga dengan
pelaksanaan program ini sedikit sebanyak akan memberi kesan serta kesedaran terhadap diri
murid-murid dalam erti kata lain menghargai diri sendiri demi keluarga, agama, bangsa dan
negara.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(NURHASLINA BINTI MOHD KAMAR) (WAHIDAH BINTI MUSTAFA)


Setiausaha Program Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Haji Salleh Masri SK Haji Salleh Masri

Disahkan oleh :

(NOR ZALINA BINTI BAHARUDDIN)


Guru Besar
SK Haji Salleh Masri

LAMPIRAN

CONTOH DIORAMA/REKACIPTA

You might also like