You are on page 1of 11

Kertas Kerja Program Dan Aktiviti Dasar Warga

Emas Negara (DWEN) Peringkat Sekolah Tahun


2013
Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian (JKPK)
1. Matlamat
1.1 Mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan
perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta
membangunkan persekitaran yang memboleh dan membantu supaya warga
emas hidup sejahtera dan produktif kepada negara;
1.2 Membudayakan nilai, sikap dan amalan saling menghormati, menghargai serta
menyayangi sesama insan; dan
1.3 Memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman warga emas bagi
meningkatkan kerohanian, sahsiah dan jati diri dalam kalangan murid dan
remaja.
2. Fungsi Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian
2.1 Merancang pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dalam Pelan
Tindakan Dasar Warga Emas Negara;
2.2 Memastikan program dan aktiviti yang dilaksanakan dapat dijalankan dengan
lancar;
2.3 Membuat penilaian terhadap program dan aktiviti yang telah dilaksanakan
untuk tujuan penambahbaikan;
2.4 Menyediakan laporan pelaksanaan program dan aktiviti untuk dihantar ke PPD
sebanyak 2 kali setahun. (Mei dan Oktober)
2.5 Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Induk sebanyak dua kali setahun dan
mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana sebanyak dua kali setahun.
3. Skop Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian
3.1 Jawatankuasa kecil ini dibahagikan kepada Jawatankuasa Induk dan
Jawatankuasa Pelaksana;
3.2 Jawatankuasa kecil ini akan melaksanakan program dan aktiviti yang dapat
memberikan manfaat kepada murid, guru dan warga tua secara timbal balik;
3.3 Jawatankuasa kecil ini akan merancang untuk menyesuaikan program dan
aktiviti pembangunan insaniah, kokurikulum dan sukan yang sedia ada di
sekolah untuk diselarikan dengan strategi promosi dan advokasi serta
penglibatan dan kesepaduan antara generasi.
4. Bidang Tugas Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian
Bidang tugas jawatankuasa ini akan dipecahkan kepada dua jawatankuasa iaitu:
4.1 Jawatankuasa Induk
4.1.1 Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti berdasarkan kepada Pelan
Tindakan Dasar Warga Emas Negara dengan kerjasama pada daripada
kementerian, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan swasta yang
berkaitan;
4.1.2 Mendapat dan menyediakan dana untuk memastikan pelaksanaan program dan
aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar, berkesan dan jayanya;
4.1.3 Membentangkan perancangan pelaksanaan program dan aktiviti semasa
mesyuarat;
4.1.4 menghebahkan program-program yang dilaksanakan melalui media eletronik
dan laman web kementerian, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang
menganggotai sebagai ahli jawantankuasa;
4.1.5 Memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang dirancang berjalan dengan
jayanya;
4.1.6 Menilai pelaksanaan program dan aktiviti untuk tujuan penambahbaikan dan
pengesanan pencapaian petunjuk prestasi.
4.2 Jawatankuasa Pelaksana
4.2.1 Melaksanakan perancangan program dan aktiviti yang telah dibuat oleh
Jawatankuasa Induk;
4.2.2 Membentangkan perancangan program dan aktiviti kepada mesyuarat.
4.2.3 Menyediakan laporan pelaksanaan program kepada PPD.
5.0 Keahlian Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian
5.1 Ahli Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Encik Entri Anak Setang
Guru Besar
Naib Pengerusi : Encik Rantai Anak Seman
YDP PIBG
Setiausaha : Puan Martina Anak Seli
Pembantu Tadbir
AJK : Semua Guru, AKP, AKS, dan EXCO PIBG
Sekolah
5.2 Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Pengerusi : Encik Entri Anak Setang
Guru Besar
Naib Pengerusi : Encik Rantai Anak Seman
YDP PIBG
Setiausaha : Puan Martina Anak Seli
Pembantu Tadbir
Bendahari : Bendahari PIBG Sekolah
AJK : Semua Guru, AKP, AKS, dan EXCO PIBG
Sekolah
6.0 Sasaran
6.1 Murid sekolah rendah;
6.2 warga emas pelbagai bangsa di kawasan kediaman;
6.3 warga emas yang dikenalpasti berjasa/tokoh dalam pelbagai bidang tertentu.
Program Pendidikan dan Kerohanian
Dasar Warga Emas
Peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Tau Tahun 2013
1. Kesedaran Terhadap Warga Emas
2. Menghargai warga emas
3. Mengalu-alukan penglibatan warga emas

Cadangan
Bil Program Aktiviti Sasaran Tindakan
Program/Aktiviti

1 Kesedaran Promosi Warga Semua 1. Pertandingan 1. Panitia


Terhadap Emas: murid mewarna PM&PSK
Warga Emas a. Kempen Tarikh : 27.04.2013 2. Panitia PSV
(WE) menghormati 2. Pertandingan 3. Guru
warga emas bercerita matapelajaran
b. Hari Warga Emas Tarikh : PM, PSK &
i. Perutusan Warga PSV
Emas
ii. Aktiviti
mewarna/bercerita

2 Menghargai Khidmat Sukarela: Semua 1. Penyampaian 2. Panitia


Warga Emas a. Melawat warga murid Cenderahati PM&PSK
tua di rumah kepada warga 3. Panitia PSV
b. Gotong Royong emas 4. Guru
c. Memberi Tarikh : 27.04.2013 matapelajaran
Penghargaan PM & PSK
i. Sambutan hari (Thn 1-6)
lahir 5. Unit
ii. Sambutan Hari Beruniform
Ibu 6. Persatuan
iii. Sambutan 7. PIBG
Perayaan
Cadangan
Bil Program Aktiviti Sasaran Tindakan
Program/Aktiviti
d. Program Angkat
Warga Emas

3 Mengalu- Penglibatan Warga Warga 1. Senamaerobik 1. Panitia


alukan Emas Dalam Aktiviti Emas Tarikh : 27.04.2013 PM&PSK
Penglibatan Sekolah: 2. Panitia BM
Warga Emas a. Aktiviti 3. Guru
Kokurikulum, matapelajaran
persatuan dan PM & PSK
sukan (Thn 1-6)
i. Sebagai tetamu 4. Unit
jemputan Beruniform
b. Perkongsian 5. Persatuan
ilmu/pengalaman 6. PIBG
(mengikut 7. Unit KK
keupayaan)
Jawatankuasa Pelaksana Program Menghargai Warga Emas
Peringkat Sekolah
SK Sg. Tau Tahun 2013
Pengerusi : Cikgu Entri Anak Setang
Guru Besar
Naib Pengerusi : Encik Rantai Anak Seman
YDP PIBG
Setiausaha : Puan Martina Anak Seli
Pembantu Tadbir
Bendahari : Bendahari PIBG Sekolah

Jawatankuasa Kecil :
Program 1 : Senamaerobik
Cikgu Catherine Hilary Agah
Puan Martina Seli
Program 2 : Pertandingan Mewarna
Cikgu Gosstin Blin
Cikgu Mohd Saifullah
Program 3 : Menghargai Warga Emas
Cikgu Quek Ching Ching
Puan Khairunisa

AJK Cenderahati AJK Backdrop AJK Minuman


Cikgu Quek Ching Ching Cikgu Helenny Gani Cikgu Hafizal Hafiz
Puan Khairunisa Cikgu Muzawina Cikgu Rabani Awal

AJK Kebersihan, Keselamatan AJK Teknikal &


Kecemasan & Pengangkutan Siaraya
Encik Jawa Anak Jabing Cikgu Walter Anak Naing
Encik Lawrence

AJK Dokumentasi Juruacara Jurugambar


Cikgu Muhamad Nursalam Cikgu Muzawina Cikgu Calvin Sie
ATURCARA PROGRAM MENGHARGAI WARGA EMAS
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TAU
TAHUN 2013

0730 – 0800 Pendaftaran


0800 – 0830 Senamaerobik
0830 – 0900 Minum Pagi
0900 – 0930 Pertandingan Mewarna Warga Emas
0930 – 0945 Rehat
0945 – 1150 Program Perasmian
- Ucapan Aluan Guru Besar
- Ucapan Perasmian YDP PIBG
- Bacaan Perutusan Sempena Hari Warga
Emas Peringkat Sekolah
- Sesi Randau bersama ibubapa
(Permuafakatan)
- SARANA Ibubapa
- Pelancaran Banner ‘Aku Janji’ Pelajar
Tahun 6
- Penyampaian Cenderahati
1200 - Bersurai
PROGRAM MENGHARGAI WARGA EMAS PERINGKAT
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TAU TAHUN 2013

Jadual Kehadiran Ibubapa/Orang Awam

Bil Nama Peserta Nama Anak Catatan


Bil Nama Peserta Nama Anak Catatan
PROGRAM MENGHARGAI WARGA EMAS PERINGKAT
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TAU TAHUN 2013

Jadual Kehadiran Warga Emas

Bil Nama Peserta Nama Anak Catatan


Bil Nama Peserta Nama Anak Catatan

You might also like