You are on page 1of 4

PENGENALAN PRS

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ialah seorang murid yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas
komunikasi dan kaunseling. Iaber fungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya,
terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak berfungsi untuk member nasihat dan
menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang
lain, berminat dan mengambil berat serta rela member khidmat dalam system sekolah.

PRINSIP PERKHIDMATAN PRS


1. Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina,
kedudukan, perlakuan dan fizikal.
2. Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS .

FALSAFAH PRS

"BANTU DIRI SENDIRI DAN BANTU ORANG LAIN"

PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan
keimanan supaya berupaya untuk membantu orang lain.

MISI PRS
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang
berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

VISI PRS
Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.

MATLAMAT PRS
1. Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.
2. Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada
Tuhan.
3. Memupuk potensi atau bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbang rasa, rela, menolong
dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
4. Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu
mengurangkan masalah salahlaku dalam kalangan murid.

OBJEKTIF PRS
1. Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan
peribadi.
2. Memberi khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan kaunseling untuk mengisi pertambahan
tuntutan dalam perkhidmatan PRS.
3. Melatih murid dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara berkesan dengan
rakan dan individu lain.

ETIKA PRS
PRS perlu patuh pada etika berikut:
1. Amanah dan menyimpan rahsia.
2. Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
3. Tahu batasan dan keupayaan diri.
4. Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
5. Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tentang kes yang boleh merosakkan diri
atau orang lain.
6. Merujuk kes kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.
7. Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.

SENARAI TUGAS PRS


1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
2. Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untukmendapat bantuan.
4. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.
5. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan
strategi intervensi jika perlu.
6. Sebagai Model Insan kepada pelajar lain.
7. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati.
8. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
9. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternative sebelum membuat keputusan.
10. Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
11. Mematuhi etika kerahsiaan.
12. Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
13. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
14. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan mengalakkannya mencari
15. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
16. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.

BONGSU MUDA SULONG BESTARI

TAHUN 4-6 / T1 – T2 T2 – T3 T3 – T4 T4 – T6

1. PENGENALAN PRS 1. KONSEP KENDIRI 1. KEMAHIRAN 1. KEMAHIRAN


2. KESEDARAN 2. KOMUNIKASI INTERPERSONAL FASILITATOR
KENDIRI 3. PSIKOLOGI REMAJA 2. KEMAHIRAN 2. KEMAHIRAN
3. ASAS KOMUNIKASI 4. ASAS KAUNSELING KEPIMPINAN KUALITI
4. AWAL REMAJA 5. PENILAIAN 3. MENYELESAIKAN KETRAMPILAN DIRI
5. PENILAIAN 6. ANUGERAH MASALAH 3. PENGURUSAN
6. ANUGERAH 7. SKEMA 4. MEMBUAT ORGANISASI
7. SKEMA PEMARKAHAN KEPUTUSAN 4. PENILAIAN
PEMARKAHAN 5. KEMAHIRAN 5. ANUGERAH
KAUNSELING 6. SKEMA
6. PENILAIAN PEMARKAHAN
7. ANUGERAH
8. SKEMA
PEMARKAHAN

You might also like