You are on page 1of 6

PENGENALAN PRS

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ialah seorang murid yang telah


dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia
berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan
sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan.
PRS tidak berfungsi untuk memberi nasihat dan menyelesaikan
masalah rakan-rakan tetapi menjadi seorang pendengar yang peka
kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta
rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.

PRINSIP PERKHIDMATAN PRS

 Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan


bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan,
perlakuan dan fizikal.
 Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah
dijalankan berdasarkan etika PRS .
FALSAFAH PRS

PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan,


kemahiran, kreativiti dan keimanan supaya berupaya untuk membantu
orang lain.

MISI PRS

Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang


dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
cemerlang berdasarkan falsafah dan etika
Pembimbing Rakan Sebaya.

VISI PRS

Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing


Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.
MATLAMAT PRS

 Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan


murid.

 Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni


berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.

 Memupuk potensi atau bakat kepimpinan dan menjadi individu yang


peka, bertimbangrasa, rela, menolong dan berupaya hidup selesa
dalam masyarakat majmuk.

 Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS


dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah
salahlaku dalam kalangan murid.
OBJEKTIF PRS

 Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu


rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.

 Memberi khidmat sokongan dalam perkhidmatan


bimbingan kaunseling untuk mengisi pertambahan
tuntutan dalam perkhidmatan PRS.

 Melatih murid dalam kemahiran asas yang membolehkan


mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan
individu lain.
ETIKA PRS

 Amanah dan menyimpan rahsia.

 Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.

 Tahu batasan dan keupayaan diri.

 Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.

 Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa


tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.

 Merujuk kes kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh


Masa.

 Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.


SENARAI TUGAS PRS
 Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan
sekeliling.
 Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sekolah.
 Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
 Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti
membuat rujukan jika perlu.
 Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan
dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
 Sebagai Model Insan kepada pelajar lain.
 Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa
selesa dan berempati.
 Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
 Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif
sebelum membuat keputusan.
 Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
 Mematuhi etika kerahsiaan.
 Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
 Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah
biasa/normal.
 Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan mengalakkannya
mencari
 Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain
supaya melibatkan diri.
 Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk
membantu.

You might also like