You are on page 1of 3

Kebaikan Mengamalkan Makanan Seimbang

04:59:00  Esei  
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang
cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia
memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan
menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan
pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan
penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini.
Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan
seimbang ini.

       Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah


sikap ini menjadikan pembesaran manusia itu lebih
sempurna daripada aspek fizikal. Tubuh badan menerima
semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina
tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal
manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan
seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya
dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan
seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik
berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek
pemakanannya.

       Selain itu, pemakanan yang seimbang menjadikan


perkembangan mental seseorang itu terganggu pula.
Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan
mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih
apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami
dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan
seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan
masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan
individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi,
pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia
lebih stabil dan berdaya tahan.

       Kemungkinan kepentingan pemakanan seimbang yang


mudah difahami ialah makanan yang seimbang
memberikan vitamin yang cukup kepada badan seseorang
itu. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh
manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang
jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit.
Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting
dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia
yang mengamalkan pemakanan seimbang akan
mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

       Akhirnya, pemakanan seimbang turut dikatakan


mampu mengawal kadar obesiti masyarakat dunia. Salah
satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah
manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti
yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh
badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh
seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan
mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama
aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula.
Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu
mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
      Kesimpulannya, kita perlu mengambil makanan yang
seimbang kerana semua kepentingannya sudah
dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat
dan seterusnya negara akan menerima kesan positif
daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih
ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah
pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah
pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua
mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya
selera”.

You might also like