You are on page 1of 1

Format penulisan soalan esei.

1) Tamadun Mesir Purba terletak di Kawasan lembah sungai Nil yang merupakan sungai terpanjang
di dunia.
a) Mengapakah Mesir dikatakan sebagai Hadiah Sungai Nil? (4 markah)
Jawapan :
Mesir dikatakan sebagai Hadiah Sungai Nil kerana Sungai Nil yang membanjiri Kawasan
sekitarnya setiap tahun membawa lumpur hitam yang subur untuk Kawasan pertanian.
Selain itu, Kawasan di lembah sungai merupakan Kawasan subur yang terbesar di dunia.
Tambahan pula, Sungai Nil juga membekalkan sumber makanan terutama ikan kepada
penduduk. Sungai Nil juga menjadi sumber perhubungan dan pengangkutan terpenting.
(ayat fakta = 4 markah bersamaan 4 isi fakta)

b) Terdapat tiga tahap pemerintahan kerajaan dalam tamadun mesir purba.

Jelaskan (6 markah).
Jawapan :
Terdapat tiga tahap pemerintahan kerajaan dalam tamadun Mesir Purba, yang pertama
Kerajaan Purba. Kerajaan Purba ini merupakan petempatan terawal di Mesir Purba yang
bermula dengan perkampungan Petani. Tahap yang kedua ialah Kerajaan Pertengahan.
Ketika kerajaan ini berlakunya perkembangan bidang kesusateraan dan ukiran. Tahap yang
ketiga pula Kerajaan Baru. Kerajaan Baru ini muncul apabila golongan bangsawan
memerintah mesir. Pemerintah kerajaan ini juga digelar sebagai Firaun.
(ayat fakta + ayat Huraian = 6 markah bersamaan 3 isi fakta dan 3 isi huraian)

c) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk membina dan melahirkan masyarakat yang
maju dan saintifik di negara kita? (4 markah)
Jawapan :
Pada pendapat saya, cara untuk membina dan melahirkan masyarkat yang maju dan saintifik
di negara kita ialah masyarakat perlu mendalami ilmu sains dan matematik. Caranya
masyarakat diajar bermula pada peringkat sekolah rendah. Selain itu, masyarakat perlu
membina lebih banyak sekolah yang berteraskan sains dan matematik. Keadaan ini
membolehkan pelajar menguasai ilmu sains dan matematik.
(4 markah bersamaan 2 isi fakta dan 2 isi huraian).

AKTIVITI PENGUKUHAN

Berdasarkan contoh format menjawab soalan berbentuk esei diatas, murid diminta menjawab soalan
dibawah dengan format yang betul.

1d) Huraikan sumbangan tamadun Mesir Purba dari aspek teknologi. (6 markah)

_____________________________________________________________________________________

You might also like