You are on page 1of 7

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SEJARAH TINGKATAN 2

FORMAT PEPERIKSAAN PT3

BAHAGIAN A – 20 SOALAN OBJEKTIF - 20 markah ( 1 soalan = 1 markah )


BAHAGIAN B – SOALAN STRUKTUR 4 soalan – 40 markah ( 1 soalan = 10
markah)
BAHAGIAN C – SOALAN ESEI ( 4 soalan Pilih 2 soalan sahaja ) – 40 markah ( 1
soalan = 20 markah )

Perkara penting
* Pelajar mesti menguasai fakta yang ada dalam buku teks ( mesti baca buku )
TAJUK-TAJUK

BAB 1 – KERAJAAN ALAM MELAYU

1.1 Konsep Alam Melayu


Lokasi
Istilah lain
Pentas Sunda

Konsep Alam Melayu dari 3 sudut :


a. Sudut geografi ( ingat 5 tokoh dan pandangan )
b. Sudut Bahasa ( ingat 2 tokoh dan pandangan)
c. Sudut budaya ( ingat 1 tokoh dan pandangan + aspek keserumpunan )

1.2 Kewujudan Kerajaan Di Alam Melayu

a. Funan
b. Champa masa
c. Srivijaya lokasi
d. Angkor pusat kerajaaan
e. Kedah Tua
f. Majapahit
g. Gangga Negara

1.3 Kerajaan Alam Melayu yang Masyhur


a. Funan
b. Champa pengasasan ( tahun diasaskan, siapa pengasas , peristiwa
pengasasan
c. Srivijaya Kemasyhuran / kegemilangan ( siapa tokoh yg terlibat, aspek
kegemilangan
d. Angkor kemerosotan ( sebab merosot , tokoh )
e. Kedah Tua
f. Majapahit
g. Gangga Nagara
1.4 Kerajaan Alam Melayu Dan Kerajaan Luar Yang Sezaman

BAB 2 – SISTEM PEMERINTAHAN DAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

2.1 Sistem Pemerintahan

2.2 Kegiatan Ekonomi

BAB 3 – SOSIOBUDAYA MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

3.1 Bahasa Dan Tulisan

3.2 Persuratan

3.3 Seni Bina

3.4 Struktur Sosial

BAB 4 – AGAMA , KEPERCAYAAN DAN KEUNIKAN MASAYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

4.1 Agama Dan Kepercayaan

4.2 Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu


CONTOH JAWAPAN

1. Maklumat berikut berkaitan dengan pandangan seorang tokoh berkaitan konsep Alam
Melayu.

Alam Melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi


Kepulauan Melayu hingga ke selatan Thailand

a. Siapakah tokoh yang mengemukakan konsep Alam Melayu dari sudut geografi ?
i. Profesor Emiritus Dato’ Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
ii. Abdul Hadi Haji Hasan
iii. Profesor Dr Ding Choo Ming
( 3 markah )
b. Konsep Alam Melayu dapat dilihat dari sudut :
i. Geografi
ii. Bahasa
iii. Budaya
( 3 markah )

c. Nyatakan aspek keserumpunan budaya penduduk Alam Melayu


i. Bahasa dan tulisan
ii. Persuratan
iii. Struktur sosial
iv. Kesenian
v. Kepercayaan dan adat
( 4 markah )
a.Pada pendapat anda, mengapakah Kerajaan
Alam Melayu bermula di lembah sungai ?
(KBAT)

Pada pendapat saya, Kerajaan Alam Melayu


bermula di lembah sungai disebabkan sungai
mempunyai tanah yang subur untuk
pertanian. Selain itu, sungai menjadi jalan
perhubungan untuk bergerak antara satu
tempat ke tempat yang lain. Seterusnya ,
sungai membekalkan sumber makanan /
protein kepada penduduk seperti ikan.
Disamping itu, sungai membekalkan air bagi
keperluan harian penduduk seperti mandi ,
membasuh pakaian , dan sebagainya.

( 4 markah )
a. Terangkan sistem pemerintahan kerajaan Angkor .
Sistem pemerintahan kerajaan Angkor terdiri
daripada pemerintahan pusat dan wilayah. Raja-
raja Angkor dibantu oleh pembesar-pembesar yang
bertanggungjawab dalam bidang keagamaan,
kehakiman, keselamatan dan perbendaharaan.
Pada peringkat wilayah, Angkor dibahagikan
kepada wilayah, daerah, daerah kecil dan
kampung .

( 3 markah )
a.Terangkan factor kemajuan penanaman padi dalam
kerajaan Funan, Angkor dan Champa.

Faktor kemajuan penanaman padi dalam kerajaan


Funan dan Angkor ialah berhampiran dengan sungai.
Kerajaan Funan dan Angkor yang terletak di Lembah
Sungai Mekong mendapat manfaat daripada
kesuburan tanahnya. Selain itu, hujan yang turun
membekalkan air ke tasik-tasik seperti Tasik Tonle Sap
yang digunakan untuk mengairi Kawasan sawah padi.
Faktor seterusnya ialah peranan pemerintah . Di
Angkor , pemerintahnya telah membina kolam air
yang dikenali sebagai baray untuk meyimpan air. Oleh
itu, penanaman padi di Angkor menuaikan hasil
hingga empat kali setahun. Manakala di Champa pula,
terdapat Ketua Air di setiap kampung untuk
menyelenggarakan terusan dan daik.
( 4 markah )
1. Masyarakat kerajaan Alam Melayu terikat dengan
struktur sosial yang hampir sama.

a.Jelaskan struktur sosial dalam masyarakat kerajaan


Alam Melayu
( 6 markah )
CONTOH JAWAPAN

a.Struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu


terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan
diperintah . Golongan pemerintah mempunyai status
tertinggi dalam struktur sosial masyarakat kerajaan
Alam Melayu. Golongan pemerintah terdiri daripada
Raja dan kerabat diraja seperti permaisuri, putera,
puteri, adik beradik, ibu bapa dan ahli keluarga. Selain
itu, golongan pemerintah juga terdiri daripada
golongan bangsawan iaitu pembesar, ilmuwan,
golongan agama, pujangga dan pendeta istana.
Manakala golongan diperintah pula terdiri daripada
pekerja istana, askar dan petani, penternak, pedagang
, nelayan dan artisan. Disamping itu, golongan
diperintah juga terdiri daripada hamba. Terdapat tiga
jenis hamba iaitu tawanan perang, hamba berhutang
dan rela menjadi hamba . Golongan diperintah ini
mengukuhkan sistem beraja melalui konsep taat setia
dan menjana ekonomi kerajaan.
(6 markah )

You might also like