You are on page 1of 97

BAB 1 : WARISAN NEGARA BANGSA

BAB 2 : KEBANGKITAN NASIONALISME

TAJUK PENTING BAB 4 : ERA PERALIHAN KUASA


SPM 2021 BRITISH DI NEGARA KITA

T I N G K ATA N 4 BAB 6 : ANCAMAN KOMUNIS DAN


PERISYTIHARAN DARURAT

BAB 10 : PEMASYHURAN
KEMERDEKAAN

1
TINGKATAN 4
B a b 1 : Wa r i s a n N e g a r a B a n g s a
BAB 1 :
WARISAN NEGARA
BANGSA

Add a Footer 3
SOALAN 1

Soalan Struktur
Rajah berikut merupakan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu.

Ciri-ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu

Raja X Rakyat Y

a) Apakah X dan Y ? ( 2m )

Undang-undang
i. X : _________________
Wilayah Pengaruh
ii. Y : _________________
5
b) Mengapakah kedudukan raja dan rakyat penting dalam kerajaan Alam Melayu? ( 4m )

Kedudukan raja penting kerana raja tonggak utama kerajaan. Raja ditaati dan
dianggap suci. Rakyat ialah penduduk sebuah wilayah yang setia kepada raja dan
tidak menderhaka.

c) Bagaimanakah rakyat menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara? ( 4m )

Rakyat menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara dengan mematuhi undang-
undang negara dengan tidak melibatkan diri dalam perbuatan jenayah. Negara
menjadi aman dan rakyat hidup harmoni.

6
KERAJAAN ALAM MELAYU
CIRI NEGARA BANGSA
KERAJAAN SRIVIJAYA
ALAM MELAYU
1. Funan • Upacara persetiaan
rakyat kepada 1. Undang-undang
2. Champa
pemerintah - Panduan pentadbiran
3. Srivijaya
• Air dituang di atas 2. Wilayah
4. Angkor inskripsi Telaga Batu pengaruh
5. Majapahit - Kawasan rakyat
menerima dan
memperakui
pemerintahan seorang
raja

7
SOALAN 2

Soalan Struktur
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang
lengkapdan teratur. Sistem pentadbiran yang tersusun ini dikenali sebagai
Pembesar Emapat Lipatan.
a) Namakan dua jawatan Pembesar Berempat dalam sistem pentadbiran tersebut
( 2m )
Bendahara
i. _________________
Penghulu Bendahari
ii. _________________
Temenggung
Laksamana

9
b) Jelaskan sistem pentadbiran peringkat pusat dalam sistem pentadbiran Kesultanan
Melayu Melaka. ( 4m )

Sistem pentadbiran peringkat pusat dilaksanakan oleh Pembesar Berempat.Sistem

pentadbiran lengkap. Bendahara ialah ketua pentadbir. Penghulu bendahari

menguruskan perbendaharaan. Laksamana sebagai panglima angkatan laut.

Temenggung menjaga keselamatan kota Melaka.

10
c) Kebijaksanaan pemerintah dalam mengawal perbendaharaan telah menjadikan
Kesultanan Melayu Melaka maju dan makmur. Buktikan. ( 4m )

Kebijaksanaan pemerintah menjadikan Kesultanan Melayu Melaka mempunyai

sistem kewangan yang teratur. Penghulu Bendahari mengurus perbendaharaan

dengan teratur. Syahbandar mengutip cukai di pelabuhan. Melaka mempunyai

banyak sumber pendapatan melalui perdagangan, cukai dan ufti.

11
UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA
HUKUM KANUN MELAKA
1. Jenayah
1. Jenayah - Hukuman jenayah atas kapal
- Hukuman terhadap perbuatan 2. Peranan Nakhoda
jenayah - Raja dalam pelayaran
2. Peranan Raja dan pembesar 3. Pelayaran
- Pembesar arif terhadap undang- - Malim arif ilmu pelayaran
undang
4. Percukaian
3. Kekeluargaan
- Nakhoda menentukan jumlah
- Menyelesaikan masalah cukai
keluarga
4. Ekonomi
- Undang-undang urus niaga

12
SOALAN 3

Soalan Struktur
Rajah berikut menunjukkan pembahagian masyarakat dalam Kesultanan
Melayu Melaka

Masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka

Pemerintah Rakyat

a) Namakan mereka yang termasuk dalam golongan pemerintah pada zaman


Kesultanan Melayu Melaka ( 2m )

Sultan
i. _________________
Pembesar
ii. _________________
Ulama / Kerabat raja
14
b) Apakah peranan rakyat sebagai anggota masyarakat pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka ? ( 4m )

Peranan rakyat sebagai anggota masyarakat ialah menunjukkan ketaatan kepada

pemerintah. Selain itu, rakyat mematuhi semua arahan dan tidak menderhaka.

Seterusnya, rakyat menjadi tentera. Di samping itu, rakyat menghadiri majlis umum

seperti gotong royong

15
c) Mengapakah hubungan baik antara pemerintah dan rakyat penting kepada
sesebuah negara? ( 4m )

Hubungan baik antara pemerintah dan rakyat penting kepada sesebuah negara

kerana ia menjamin kesejahteraan negara. Rakyat taat kepada pemerintah dengan

mematuhi undang-undang negara. Pemerintah menjaga keselamatan rakyat. Ini

menjamin keamanan negara. Kedaulatan raja dan negara terpelihara.

16
PERANAN PEMBESAR
PERANAN SULTAN 1. Memelihara keamanan / kebajikan
rakyat di kawasan pegangan
1. Menaungi / jaga keselamataan
rakyat 2. Perantara sultan - rakyat

2. Mewujudkan perpaduan 3. Mengutip hasil melalui sistem


rakyat serah

3. Bertanggungjawab terhadap
kemakmuran / kestabilan GOLONGAN DIPERINTAH
kerajaan 1. Rakyat ( peniaga / petani / tukang /
nelayan)
4. Memperkenalkan undang-
undang 2. Hamba ( Hamba raja / Hamba
berhutang / Hamba biasa )

17
SOALAN 4

Soalan Esei
Maklumat berikut berkaitan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu
Melaka
Kerajaan Wilayah Penagaruh
Rakyat Undang-undang
Kedaulatan Lambang kedaulatan

a) Jelaskan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka berikut :

i) Rakyat ( 3m )

Rakyat taat setia kepada sultan dengan mematuhi undang-undang. Rakyat Melaka
terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut.

19
ii) Kedaulatan ( 3m )

Kedaulatan ialah lambang kekuasaan tertinggi sultan. Kedaulatan Kesultanan Melayu

Melaka diiktiraf oleh kerajaan Dinasti Ming dengan menghantar beberapa orang

utusan seperti Laksamana Cheng Ho.

20
b) Terangkan wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka. ( 6m )

Wilayah pengaruh merujuk kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui
oleh rakyat. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh yang luas
merangkumi keseluruhan semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera.

Wilayah taklukan diperolehi melalui peperangan seperti Pahang, Kelantan dan


Rokan. Wilayah naungan menerima ketuanan KMM melalui perkahwinan atau
persahabatan seperti Kedah, Petani dan Lingga. Wilayah melalui perkahwinan
seperti Majapahit hadiakan Siantan

21
c) Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada sejarah kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka untuk kemajuan bangsa dan negara Malaysia? ( 8m )

Iktibar yang boleh diambil daripada sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
ialah negara perlu mempunyai pemimpin yang bijak supaya dapat memerintah
dengan cekap. Ini menjamin kestabilan politik. Selain itu, negara juga perlu
mempunyai rakyat yang setia kepada raja dan negara. Rakyat akan mematuhi
undang-undang negara dengan tidak melibatkan diri dalam perbuatan jenayah.
Dengan ini, rakyat dapat hidup harmoni. Kesimpulannya, pemimpin dan rakyat perlu
mempunyai hubungan baik supaya negara menjadi gemilang.

22
CIRI-CIRI NEGARA BANGSA KMM

1. Kerajaan
• Muncul kerajaan kerana ada raja
• Wujud Sistem Pembesar Empat Lipatan
• Gelaran sultan selepas kedatangan Islam

2. Undang-undang
• Hukum Kanun Melaka / Undang- Undang Laut Melaka

3. Lambang kebesaran
• Identiti kerajaan
• Simbol kedaulatan sultan
• Contoh : Nobat / Cap mohor – mengesah arahan sultan

23
BAB 2 :
KEBANGKITAN
NASIONALISME

Add a Footer 24
SOALAN 1

Soalan Struktur
Nasionalisme mempunyai pelbagai tafsiran berdasarkan sejarah, corak
pejuangan dan karisma pemimpin. Gerakan nasionalisme yang berlaku di
negara Barat telah mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di negara
kita.
a) Nyatakan maksud nasionalisme. ( 2m )

Nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan bangsa yang mendalam. Selain

itu, nasionalisme ialah semangat kebangsaan yang menjelas sikap perjuangan

menentang penjajah dan pembelaan negara dan bangsa

26
b) Jelaskan peristiwa tercetusnya gerakan nasionalisme berikut
:
i) Revolusi Keagungan ( 1688 ) ( 2m )

Revolusi Keagungan tercetus kerana keinginan menegakkan kedaulatan Parlimen


dan hak asasi rakyat. Raja James II membelakangkan Parlimen semasa menggubal
undang-undang

ii) Revolusi Amerika( 1776 ) ( 2m )

Revolusi Amerika tercetus kerana orang Amerika menentang penjajahan British.


British tidak melindungi hak penduduk Amerika. Penduduk Amerika menentang
akta memungut cukai seperti Akta Pelayaran, Akta Gula dan Akta Teh

27
c) Gerakan nasionalisme di Barat telah mencetuskan kesedaran dan kebangkitan
memperjuangkan kedaulatan negara.
Apakah iktibar yang diambil daripada gerakan nasionalisme tersebut? ( 4m )

Iktibar yang diambil daripada gerakan nasionalisme di Barat ialah kepentingan

menguasai ilmu pengetahuan supaya dapat meningkatkan kesejahteraan hidup.

Golongan intelek perlu untuk memperjuangkan hak asasi rakyat. Selain itu, golongan

intelektual dapat merancang perjuangan secara sistematik dan memperjuangkan

kedaulatan negara

28
SOALAN 2

Soalan Struktur
Gerakan nasionalisme di Filipina muncul untuk menghapuskan
penjajahan kuasa asing yang dipimpin oleh tokoh nasionalisme yang
penting seperti Jose Rizal

a) Apakah tuntutan Gerakan Propaganda pemimpin tokoh tersebut terhadap


Sepanyol? ( 2m )

Gerakan Propaganda Jose Rizal ialah Filipina dijadikan sebahagian wilayah Sepanyol.

Selain itu, bangsa Filipina diberi hak yang sama dengan bangsa Sepanyol.

30
b) Jelaskan kesan kegagalan Gerakan Propaganda terhadap perkembangan
nasionalisme di Filipina. ( 4m )

Kesan kegagalan Gerakan Propaganda ialah melahirkan nasionalisme yang lebih

radikal. Andres Bonifacio menubuhkan Katipunan bertujuan memperoleh

kemerdekaan Filipina melalui revolusi. Katipunan menggunakan akhbar Kalayan

untuk menyebarkan idea revolusi kepada rakyat. Revolusi untuk menyingkirkan

Sepanyol ini gagal.

31
c) Sebagai rakyat di sebuah negara yang merdeka, apakah tindakan yang perlu kita
lakukan bagi mengekalkan kedaulatan negara? ( 4m )

Rakyat di sebuah negara yang merdeka perlu mengukuhkan perpaduan kaum

dengan menghormati agama dan budaya kaum lain. Rakyat juga perlu mengelakkan

isu sensitif supaya tidak mewujudkan kemarahan kaum. Negara akan menjadi

aman. Kuasa asing tidak ada alasan untuk mencampur tangan dalam urusan negara.

32
SOALAN 3

Soalan Struktur
Rajah berikut merujuk kepada kesedaran nasionalisme di negara kita
pada penghujung abad ke 19 dan awal abad ke 20

Perjuangan pembesar tempatan X

Perjuangan pertubuhan sosioekonomi Y

a) Apakah X dan Y ? ( 2m )

Perjuangan tokoh agama dibawa oleh gerakan Islah


i. _________________
Penulisan kreatif dan akhbar
ii. _________________

34
b) Bagaimanakah faktor berikut membawa kepada tercetusnya gerakan nasionalisme di
negara kita ?

i) Penulisan kreatif ( 2m )

Novel, cerpen dan puisi digunakan menceritakan tentang keperitan hidup dan
penderitaan rakyat. Ini menaikkan semangat rakyat. Karya Pak Sako seperti Putera
Gunung Tahan menyindir penjajah

i) Media cetak ( 2m )

Akhbar dan majalah sebagai menyalur maklumat dan menyebarkan berita. Akhbar
Jawi Peranakan menegur campur tangan British dalam soal agama Islam di
Singapura.
35
c) Huraikan kepentingan perasaan cintakan negara dalam kalangan generasi muda di
negara kita pada hari ini? ( 4m )

Perasaan cintakan negara dalam kalangan generasi muda penting kerana ia dapat

melahirkan rakyat yang patriotik. Rakyat yang patriotik akan sanggup berkorban

mempertahankan negara daripada musuh negara. Kedaulatan negara terjamin.

Selain itu, perasaan cinta negara akan mengukuhkan perpaduan kaum. Negara

menjadi aman dan sejahtera.

36
FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME
DI NEGARA KITA

1. Peranan agama 3. Kemunculan Golongan Intelektual


• Penuntut di Mesir terpengaruh • Lahir intelektual lepasan Timur
dengan gerakan Islah Tengah
• Gerakan Islah menyeru umat Islam • Intelektual lepasan pendidikan
kembali kepada ajaran Islam Inggeris / Melayu
sebenar • Guna akhbar dan persatuan
menyedarkan rakyat
2. Pendidikan
4. Pengaruh Luar dan Serantau
• Pendidikan moden Islam dengan
• Kebangkitan Pan-Islamisme di Turki
penubuhan madrasah
• Gerakan Islah di Mesir
• Maktab Melayu Kuala Kangsar /
• Jepun kalahkan Rusia
Maktab Perguruan Sultan Idris -
• Revolusi China
lahir pemimpin tuntut hak
• Mahtma Ghandi di India
pendidikan
37
SOALAN 4

Soalan Esei
Senarai berikut merupakan tokoh golongan intelektual berpendidikan
agama yang berperanan dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.

• Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin


• Syed Sheikh al-Hadi

a) Jelaskan peranan tokoh-tokoh tersebut dalam gerakan nasionalisme di negara kita


( 6m )

Tokoh Kaum Muda menyalurkan idea melalui Gerakan Islah dan menjadikan agama
Islam sebagai asas kemajuan dunia dan akhirat. Penubuhan madrasah untuk
menyebarkan idea gerakan Islah. Wanita diberi peluang ke madrasah. Idea disalurkan
melalui akhbar dan majalah seperti al-Imam dan Neracha.

39
b) Perkembangan nasionalisme di negara kita juga digerakkan melalui penubuhan
persatuan berikut :
• Kesatuan Melayu Singapura
• Persaudaraan Sahabat Pena ( PASPAM )
• Kesatuan Melayu Muda ( KMM )
Terangkan peranan persatuan- persatuan tersebut ( 6m )

Kesatuan Melayu Singapura menggalakkan ahli aktif dalam pentadbiran. Seterusnya,


menjaga kepentingan orang Melayu dalam politik, pendidikan, mementingkan pelajaran
teknik dan pengajian tinggi
PASPAM menggalakkan ahli bersatu dan bertukar-tukar pendapat. Selain itu, giat
mengadakan perhimpunan tahunan seluruh Tanah Melayu.
KMM berjuang melalui akhbar Majlis. KMM berhasrat menentang British dengan
mewujudkan gagasan Melayu Raya melalui gabungan Tanah Melayu dan Indonesia. 40
c) Sebagai seorang pemimpin, huraikan usaha yang akan anda lakukan untuk
memastikan gerakan nasionalisme mencapai kejayaan yang diharapkan? ( 8m )

Sebagai pemimpin, saya akan mengukuhkan perpaduan rakyat supaya dapat


sokongan dan kerjasama semua rakyat untuk menentang penjajah. Selain itu, saya
akan mementingkan pendidikan untuk melahirkan golongan intelektual supaya dapat
merancang strategik yang berkesan bagi menuntut kemerdekaan negara.
Seterusnya, saya akan bekerjasama dengan pemimpin lain supaya dapat bantuan
dan sokongan untuk menentang British. Di samping itu, saya akan menyebarkan idea
perjuangan melalui akhbar. Kesimpulannya, saya akan menggunakan kaedah
diplomasi dan rundingan supaya berjaya mendapat perhatian penjajah.
41
BAB 4 :
ERA PERALIHAN
KUASA BRITISH DI
NEGARA KITA

Add a Footer 42
SOALAN 1

Soalan Struktur
Maklumat berikut menjelaskan bentuk pentadbiran British di Tanah
Melayu selepas Perang Dunia Kedua

12 September 1945 British memutuskan untuk melaksanakan


British Military Administration ( BMA )

a) Apakah tujuan British melaksanakan pentadbiran tersebut? ( 2m )

Mengembalikan kestabilan dan keamanan


i. _________________
Memulihkan kepercayaan rakyat
ii. _________________

44
Gambar berikut menunjukkan sambutan rakyat Tanah Melayu terhadap kedatangan
tentera British pada tahun 1945.

b) Pada pendapat anda, mengapakah rakyat Tanah Melayu tidak menentang


kedatangan tentera Britsh pada waktu itu? ( 4m )

Rakyat tidak menentang kerana mengharapkan BMA dapat menyelamatkan keadaan


hidup yang sengsara akibat pemerintahan Jepun seperti amalan rasuah dan pasar gelap.
Selain itu, rakyat harap BMA akan mengembalikan keamanan. Seterusnya, rakyat juga
mengharapkan BMA dapat memulihkan kerosakan infrastruktur akibat peperangan
45
c) Jelaskan iktibar daripada BMA di Tanah Melayu. ( 4m )

Iktibar daripada BMA ialah kita perlu berwaspada dengan negara luar dan tidak mudah

percaya kuasa asing. Kuasa asing hanya ingin menguasai sumber bahan mentah negara.

Kuasa Barat tidak semestinya bijak untuk mengatasi masalah. Kita perlu bekerjasama

untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh dan membangunkan ekonomi

negara.

46
SOALAN 2

Soalan Struktur
Pelaksanaan Malayan Union memperkenalkan kerakyatan secara jus soli

a) Apakah ciri kerakyatan jus soli? ( 3m )

Rakyat yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura diiktiraf sebagai warga
i. ___________________________________________________________
Malayan Union

ii. ___________________________________________________________
Berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin 10-15 tahun

iii. ____________________________________________________________
Kurang 18 tahun yang ibu bapanya merupakan warganegara

48
b) Mengapakah idea kerakyatan jus soli ini ditentang oleh orang Melayu? ( 3m )

Idea kerakyatan jus soli ditentang oleh orang Melayu kerana syarat kewarganegaraan

terlalu longgar. Orang Melayu bimbang bilangan orang bukan Melayu menjadi lebih

ramai dan wujud ketidakseimbangan kaum. Orang Melayu bimbang ini mengancam hak

isimewa orang Melayu sebagai peribumi.

49
Gambar berikut merujuk kepada pemain bola sepak yang telah dinaturalisasikan oleh
Malaysia.

Sumareh Zulhelmi De Paula

c) Rasionalkan tindakan memberikan mereka kewarganegaraan secara naturalisasi? ( 3m )

Pemain ini diberi kewarganegaraan secara naturalisasi kerana mereka dapat


meningkatkan kualiti permainan bola sepak negara. Selain itu, pemain ini dapat
berkongsi kemahiran dengan pemain tempatan. Seterusnya, pemain ini meningkatkan
kesungguhan untuk bersaing di kalangan pemain tempatan. Di samping itu, pemain ini
dapat menaikkan ranking negara

50
CIRI MU
1. NNMB,NNMTB dan NNS kecuali
MATLAMAT MU Singapura disatukan
• Melicinkan sistem pentadbiran
2. Diketuai oleh Gabenor British
3. Sultan menjadi ahli Majlis Raja-Raja
• Meningkatkan ekonomi dan hanya bincang hal agama Islam
dan adat istiadat Melayu
• Mengukuhkan pertahanan
4. Kewarganegaraan melalui prinsip jus
• mengekalkan orang asing sebagai soli
sumber tenaga kerja

51
SOALAN 3

Soalan Struktur
Pada 1 Julai 1946, Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan
British.

a) Mengapakah berlakunya penyerahan tersebut? ( 3m )

i. ____________________________
Masalah perwarisan takhta

ii. ____________________________
Desakan kerajaan British

iii. ____________________________
Masalah kewangan

53
b) Rakyat Sarawak tidak bersetuju dengan penyerahan tersebut.
Apakah faktor yang mendorong penentangan mereka? ( 3m )

Faktor yang mendorang penentangan rakyat Sarawak ialah tindakan Vyner Brooke

bertentangan dengan Perlembagaan 1941. Seterusnya, Vyner Brooke mengetepikan

surat wasiat Charles Brooke. Selain itu, Gerald T. MacBryan menggunakan muslihat

untuk mendapatkan persetujuan daripada ketua tempatan.

54
c) Penentangan rakyat Sarawak terhadap penyerahan negeri mereka kepada British
adalah wajar. Berikan ulasan anda. ( 4m )

Penentangan rakyat Sarawak terhadap penyerahan negeri mereka kepada British adalah

wajar untuk memastikan janji Vyner Brooke dalam Perlembagaan 1941 iaitu

pemerintahan sendiri diberikan kepada rakyat Sarawak dapat ditunaikan. Selain itu,

rakyat Sarawak rasa tertipu dengan muslihat penjajah. Seterusnya, rakyat Sarawak ingin

bebas dari penjajahan dan mengelakkan kekayaan hasil bumi diambil oleh penjajah.

55
BENTUK PENENTANGAN
Peristiwa Sungkit Berdarah
1. Mengadakan perdidangan
• Pembunuhan Duncan Stewart oleh
Rosli Dhobi
2. Mengadakan demonstrasi
Tindakan British:
3. Meletakkan jawatan beramai- 1. Rosli Dhobi, Morshidik Sidek, Awang
Rambli dan Bujang Suntong hukum
ramai
gantung
4. Bantahan golongan wanita 2. Anggota Rukun 13 dikenakan
hukuman penjara
5. Menggunakan akhbar 3. Pejabat PPM, PKMS dan BPS ditutup
4. Semua persatuan antipenyerahan
6. Menulis surat bantahan
henti usaha menentang
7. Menubuhkan Rukun 13
56
SOALAN 4

Soalan Esei
Gambar memaparkan tentang penentangan rakyat tempatan terhadap Malayan
Union.

a) Mengapakah orang Melayu bangkit menentang Malayan Union? ( 6m )

Orang Melayu bangkit menentang Malayan Union kerana ia merupakan penjajahan


oleh British secara mutlak. Selain itu, Sultan kehilangan kedaulatan dan kuasa politik.
Seterusnya, orang Melayu menentang Malayan Union kerana membantah cara
MacMichael mendapatkan persetujuan sultan iaitu menggunakan desakan dan
paksaan. Di samping itu, orang Melayu menentang kewarganegaraan melalui prinsip
jus soli
58
b) Bagaimanakah mereka menzahirkan penentangan tersebut? ( 6m )

Orang Melayu menzahirkan penentangan melalui bantahan akhbar Melayu seperti


Utusan Melayu untuk menyuarakan bantahan Malayan Union. Seterusnya, bantahan
cendekiawan seperti pemimpin Melayu, Dato Onn Jafaar mengerakkan orang Melayu
menentang Malayan Union. Selain itu, persatuan Melayu mengadakan perhimpunan di
Kelantan, Kedah dan Johor menentang Malayan Union. Di samping itu, Kongres Melayu
diadakan dan bersepakat menubuhkan UMNO . UMNO mengadakan bantahan besar-
besaran menentang Malayan Union.

59
c) Andaikan anda pemimpin pada ketika itu, cadangkan langkah yang perlu diambil bagi
menghalang pelaksanaan Malayan Union? ( 8m )

Saya akan menyeru rakyat bersatu padu menentang Malayan Union. Saya akan
mengadakan demostrasi secara besar-besaran seluruh negara secara aman untuk
menentang Malayan Union. Selain itu, saya akan menggunakan akhbar dan majalah
untuk menyeru rakyat bangkit menentang Malayan Union. Disamping itu, saya juga akan
bekerjasama dengan golongan intelektual untuk merancang strategi yang berkesan
untuk menentang Malayan Union. Saya akan menubuhkan persatuan untuk
mendapatkan sokongan rakyat menentang Malayan Union. Kesimpulannya, saya akan
menggunakan cara sederhana iaitu melalui rundingan untuk mengelakkan konflik
dengan pihak British.
60
Akhbar Melayu :
PENENTANGAN RAJA- 1. Utusan Melayu
RAJA MELAYU 2. Majlis
1. Membawa kes MU ke 3. Warta Negara
Mahkamah Tinggi England
2. Menghantar surat
bantahan ke London
3. Menyokong Kongres
Melayu
4. Memulaukan upacara
pelantikan Gabenor MU

61
BAB 6 :
ANCAMAN
KOMUNIS DAN
PERISYTIHARAN
DARURAT

Add a Footer 62
SOALAN 1

Soalan Struktur
Gambar menunjukkan tindakan keganasan komunis di Tanah Melayu

Merosakkan landasan Membakar kampung

a) Apakah tujuan komunis bertindak demikian? ( 3m )


i. ___________________________________________________________
Melumpuhkan ekonomi negara

ii. ___________________________________________________________
Menimbulkan ketakutan dan huru-hara
iii. ____________________________________________________________
Menghakiskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan British

64
b) Bagaimanakah tindakan ganas di ( a ) dapat dibendung? ( 3m )

Tindakan ganas dapat dibendung dengan mengisytiharkan undang-undang darurat.

Selain itu, British memperkasakan pasukan keselamatan seperti menubuhkan pasukan

Cawangan Khas, Special Constables dan Sarawak Rangers. Seterusnya, British

melaksanakan Rancangan Briggs untuk memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen.

Di samping itu, British melancarkan Perang Saraf untuk menghapuskan komunis melalui

memenangi hati dan fikiran rakyat.

65
c) Pada pandangan anda, apakah yang akan berlaku sekiranya ideologi komunis
dibiarkan berkembang di negara kita? ( 4m )

Sekiranya ideologi komunis dibiarkan berkembang di negara kita maka negara kita akan

menjadi sebuah negara republik komunis dan institusi beraja terhapus. Seterusnya,

wujud perbalahan antara kaum dan negara menjadi huru hara. Agama Islam terhapus

kerana komunis tidak percaya kepada Tuhan. Di samping itu, rakyat hidup dalam

ketakutan kerana tidak mempunyai kebebasan bersuara .

66
LANGKAH MEMBENTARAS KOMUNIS
1. Penguatkuasaan Undang-Undang
TINDAKAN KOMUNIS Darurat

1. Melumpukan ekonomi 2. Memperkasakan Pasukan


keselamatan
2. Merosakkan infrastruktur
3. Pendaftaran kebangsaan dan Kad
Pengenalan
3. Mengancam keselamatan
rakyat 4. Rancangan Briggs

4. Mengancam pasukan 5. Perintah berkurung

keselamatan 6. Perang Saraf

67
SOALAN 2

Soalan Struktur
Maklumat berikut berkaitan tindakan British bagi menangani ancaman komunis di
Tanah Melayu

Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat

a) Nyatakan tiga langkah yang diambil melalui penguatkuasaan undang-undang tersebut.


( 3m )
i. ___________________________________________________________
Menahan tanpa bicara mereka yang disyaki

ii. ___________________________________________________________
Hukuman berat kepada yang membantu komunis

iii. ____________________________________________________________
Mengetatkan undang-undang pemilikan senjata

Mengharamkan PKM dan parti politik radikal

69
b) Rasionalkan kewajaran tindakan di ( a ) ? ( 3m )

Tindakan di atas wajar kerana dapat menghapuskan pengaruh ideologi komunis yang

tidak sesuai untuk negara kita. Selain itu, dapat melindungi keselamatan rakyat.

Tindakan ini dapat memulihkan keadaan huru hara akibat kekejaman komunis.

Seterusnya, tindakan ini wajar kerana dapat mengelakkan kemusnahan ekonomi

dimana komunis merosakkan pokok getah dan menyerang lombong bijih timah.

70
c) Pada pandangan anda, apakah yang akan berlaku sekiranya undang-undang tersebut
gagal? ( 4m )

Sekiranya undang-undang tersebut gagal, maka negara akan menjadi huru hara kerana

kekejaman komunis. Selain itu, keselamatan rakyat tidak terjamin akibat keganasan

komunis. Seterusnya, ekonomi negara tergugat. Di samping itu, negara diambil alih

oleh PKM.

71
SOALAN 3

Soalan Struktur
Gambar berikut berkaitan Rundingan Baling yang diadakan pada 28 Dis 1955 di
Sekolah Inggeris, Baling bagi menamatkan kekejaman komunis di Tanah Melayu

a) Namakan wakil kerajaan Persekutuan dalam rundingan tersebut ( 3m )

i. ___________________________________________________________
Tunku Abdul Rahman

ii. ___________________________________________________________
Tan Cheng Lock

iii. ____________________________________________________________
David Marshall

73
b) Mengapakah rundingan tersebut gagal? ( 3m )

Rundingan tersebut gagal kerana Tunku Abdul Rahman enggan menerima PKM

sebagai parti politik yang sah. PKM pula enggan meletakkan senjata dan enggan

menyerah diri.

74
c) Kaedah rundingan merupakan cara terbaik dalam menangani konflik dunia masa kini.
Berikan pandangan anda. ( 4m )

Kaedah rundingan merupakan cara terbaik dalam menangani konflik dunia kerana ia

dapat mengelakkan peperangan. Kaedah ini dapat memuaskan hati semua pihak dan

menjaga kepentingan semua pihak. Ini mewujudkan kestabilan dan keamanan dunia.

Kaedah ini mewujudkan rasa hormat menghormati antara negara.

75
Wakil PKM

1. Chin Peng

RUNDINGAN 2. Chen Tien


BALING
3. Rashid Maidin

Add a Footer 76
SOALAN 4

Soalan Esei
Darurat selama 12 tahun menyebabkan kesengsaraan dan kesulitan kepada
penduduk tempatan. Pengisytiharan Darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960 dan
membuka lambaran baru kepada sejarah tanahair.

a) Jelaskan kesan sosioekonomi yang wujud akibat pelaksanaan darurat tersebut?


( 4m )

Kesan sosioekonomi yang wujud akibat pelaksanaan darurat tersebut ialah

meningkatkan kos perbelanjaan untuk menangani ancaman komunis. Selain itu, rakyat

menghadapi penderitaan dan kesengsaraan. Pengeluaran padi dan makanan lain

berkurangan. Seterusnya, Kampung Baru merenggangkan hubungan kaum. Di samping

itu, darurat menyebabakan ramai terkorban.

78
b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, wajarkah darurat dilaksanakan pada masa
tersebut? ( 8m )

Darurat wajar dilaksanakan untuk menyekat fahaman komunis. Darurat melindungi

keselamatan penduduk dan mengembalikan keamanan. Darurat dapat menghalang

bantuan kepada pihak komunis dengan melaksanakan Kampung Baru. Seterusnya,

darurat dapat memulihkan ekonomi negara. Special Constable mengawal ladang dan

lombong. Seterunya, darurat wajar dilaksanakan untuk menghalang kekejaman

komunis.

79
c) Darurat mengajar kita betapa pentingnya keamanan. Pada pandangan anda,
bagaimanakah keamanan negara hari ini dapat dikekalkan ? ( 8m )

Keamanan negara dapat dikekalkan dengan mengukuhkan perpaduan kaum. Rakyat


berbilang kaum perlu hidup saling hormat menghormati agama dan budaya kaum lain.
Rakyat juga harus mengelakkan isu sensitif supaya tidak menimbulkan kemarahan kaum
lain. Seterusnya, media cetak harus memainkan peranan dengan menyebarkan berita
tentang perpaduan kaum. Selain itu, perpaduan kaum dapat dipupuk melalui sistem
pendidikan seperti aktiviti sukan dan ko-kurikulum. Rakyat juga harus mengamalkan
prinsip Rukun Negara yang akan mengukuhkan perpaduan kaum. Rakyat hidup bersatu
padu dapat dapat mewujudkan keamanan negara. Kesimpulannya, keamanan negara
dapat menjamin kedaulatan negara.
80
1. Peningkatan jumlah warganegara

DARURAT : 2. Penubuhan MCA


KESAN POLITIK
3. Mempercepatkan kemerdekaan

Add a Footer 81
BAB 10 :
PEMASYHURAN
KEMERDEKAAN

Add a Footer 82
SOALAN 1

Soalan Struktur
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 merupakan
peristiwa yang amat bermakna bagi kita generasi Malaysia masa kini.

a) Apakah yang anda faham tentang maksud merdeka? ( 2m )

Merdeka bermaksud bebas daripada sebarang cengkaman kuasa asing. Selain itu,
merdeka bermaksud bebas menentukan pemerintahan dan hala tuju negara.

84
b) Jelaskan pengertian merdeka mengikut tokoh berikut:

i) Sayyid Jamal al-Din al- Afghani( 2m )

Pengertian merdeka ialah perjuangan menghadapi penjajah. Selain itu, ia disertai

dengan semangat kebangsaan dan cinta akan tanah air yang merdeka.

ii) Tun Dr Mahathir Mohamad ( 2m )

Pengertian merdeka ialah bebas daripada cengkaman kuasa penjajah. Selain itu,

menyayangi negara sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk negara.

85
Dialog berikut merupakan temubual antara sekumpulan remaja bersama Tun Dr
Mahathir Mohamad dalam video bertajuk “ Apabila Dr Mahathir ditanya mengenai
merdeka”.
Sebagai remaja, apakah peranan kita
untuk hala Malaysia ke arah yang betul?

Ya, kita tentukan nasib remaja menjadi lebih baik. Jadi remaja
mestilah sedar dan tahu tentang keadaan dalam negara. Sedar
terutamanya bahawa negara kita ini negara berbilang kaum dan
kita perlu rapatkan hubungan antara kaum dan kita tidak sengaja
menimbulkan kemarahan antara mana-mana kaum
86
c) Berdasrkan dialog berikut, bagaimanakah remaja berperanan dalam mengisi
kemerdekaan ? ( 4m )

Remaja berperanan dalam mengisi kemerdekaan dengan mengamalkan hidup bersatu

padu. Mereka hidup saling hormat menghormati agama dan budaya semua kaum.

Selain itu, mereka mesti mengelakkan menggunakan isu sensitif supaya tidak

menimbulkan kemarahan kaum lain. Seterusnya, mereka perlu bergaul mesra antara

kawan berlainan kaum dan tolong menolong apabila seseorang memerlukan bantuan

tanpa mengira kaum.


87
SOALAN 2

Soalan Struktur
Permulaan upacara sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara diraikan pada
malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor. Manakala pada 31 Ogos 1957,
upacara sambutan kemerdekaan diadakan dengan penuh gemilang di Stadium
Merdeka.

a) Jelaskan tentang acara sambutan kemerdekaan pada detik berikut :

i) Detik 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957 ( 3 m )

Bendera Union Jack diturunkan dan diiringi lagu Good Save the Queen menandakan

berakhirnya penjajah an British. Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dan

diiringi lagu Negaraku

89
ii) Detik 8.15 pagi pada 31 Ogos 1957 ( 3 m )

Dengan tangan di udara, Tunku Abdul Rahman melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak 7

kali dan disambut para hadirin. Disusuli laungan azan dan diteruskan dengan

bendera PTM dinaikkan.

90
c) Mengapakah kita perlu mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dicapai pada hari ini ?
( 4m )

Kita perlu mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dicapai hari ini kerana sebagai negara

yang merdeka kita boleh menentukan hala tuju dan masa depan negara sendiri. Rakyat

bebas membangunkan negara ikut acuan sendiri . Rakyat berpeluang menikmati

kemajuan dalam aspek kesihatan, pendidikan dan kemudahan asas. Taraf hidup rakyat

dapat ditingkatkan. Rakyat dapat hidup makmur.

91
SOALAN 3

Soalan Esei
Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 telah meninggalkan kesan yang besar terhadap
negara dalam pelbagai aspek sama ada politik, ekonomi dan sosial. Seterusnya,
mewujudkan sebuah negara persekutuan Tanah Melayu yang berdaulat.

a) Jelaskan aspek pembangunan sosial yang diberi penekanan oleh kerajaan setelah
memperoleh kemerdekaan? ( 4m )

Aspek pembangunan sosial yang diberi penekanan oleh kerajaan setelah kemerdekaan

ialah pendidikan. Penyata Rahman Talib memberi penekanan kepada Bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar. Selain itu, penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi

mengukuhkan Bahasa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan. Seterusnya, aspek

kesihatan dimana pusat kesihatan dan hospital ditubuhkan.


93
b) Terangkan prinsip kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu setelah mencapai
kemerdekaan. ( 8m )

Prinsip kedaulatan yang pertama ialah wilayah pengaruh iaitu kawasan yang
mempunyai sempadan untuk membentuk PTM. PTM terdiri daripada Perlis, Kedah,
Kelantan, Terengganu, Selangor, Perak, Melaka, N. Sembilan, Johor, Pahang dan P.Pinang.
Prinsip kedaulatan kedua ialah kerajaan yang bertanggungjawab mentadbir negara.
Kerajaan terbahagi kepada 3 komponen iaitu Badan Perundangan, Badan Kehakiman
dan Badan Eksekutif. Prinsip kedaulatan ketiga ialah kedaulatan dimana kerajaan dan
rakyat tertakluk di bawah undang-undang bagi memastikan keamanan negara. Prinsip
kedaulatan keempat ialah lambang kebangsaan seperti Jata Negara iaitu simbol rasmi
negara.
94
Gambar berikut menunjukkan peristiwa pemasyhuran kemerdekaan negara oleh
Tunku Abdul Rahman.

95
c) Sekiranya anda berada bersama di majlis tersebut, nyatakan perasaan anda ketika
itu dan sebab anda berasa sedemikian. ( 8m )

Saya akan berasa gembira kerana negara dah bebas daripada cengkaman penjajah.

Lahir negara berdaulat dan bebas menentukan pemerintahan dan hala tuju negara.

Selain itu, saya juga berasa bangga kerana mempunyai pemimpin yang bijaksana telah

berjuang mendapat kemerdekaan negara dengan cara rundingan dan tolak ansur.

Kesimpulannya, negara kita menjadi negara yang aman dan sejahtera.

96
PERSEDIAAN MENYAMBUT PEMASYHURAN KEMERDEKAAN
NEGARA
JAWATANKUASA SAMBUTAN
JAWATANKUASA PERSEDIAAN FIZIKAL
1. Bangunan dihiasi lampu
1. Pembinaan stadium / istana
2. Tempah 75 ribu bendera PTM dari kilang kain
2. Cipta Lagu Kebangsaan di Jepun
3. Penggunaan bendera PTM sebagai 3. Sedia pakaian khas Menteri dan pegawai
bendera kebangsaan tinggi kerajaan
4. Menganjurkan kursus khas protokol kepada
4. Penggunaan Jata Negara
300 pegawai kerajaan selama 3 hari
5. Pilih Bunga Kebangsaan
5. Pegawai dan kakitangan kerajaan diberi gaji
seminggu awal
97

You might also like