You are on page 1of 3

Bab 1 : Warisan Negara Bangsa

1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat


Sebelum kedatangan Barat telah wujud asas kerajaan Alam Melayu
yang masyhur. Terdapat beberapa buah kerajaan Alam Melayu yang
agung seperti Kerajaan Funan, Champa, Kedah Tua, Gangga Nagara,
Srivijaya, Angkor dan Majapahit. Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam
Melayu berbeza daripada di negara Barat. Ciri negara bangsa Kerajaan
Alam Melayu Raja Menjadi tonggak utama kerajaan. Dianggap suci dan
sentiasa ditaati. Contohnya, Raja Champa dianggap sebagai Dewa
Siva. Undang-undang Dilaksanakan untuk memastikan kesejahteraan
sesebuah kerajaan. Menjadi panduan pentadbiran kerajaan termasuk
di wilayah pengaruh. Contohnya, kerajaan Majapahit mengamalkan
undang-undang Kutara Manawa. Wilayah pengaruh Merujuk kawasan
yang rakyat menerima dan memperakui kekuasaan seseorang raja.
Contohnya, kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh meliputi dari
Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar dan Segenting
Kra. Rakyat Merujuk penduduk dalam sesebuah wilayah yang setia
kepada raja dan tidak menderhaka Contohnya, rakyat kerajaan
Srivijaya melakukan upacara persetiaan dan meminum air sumpah
sebagai bukti kesetiaan.

1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka


Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran, peraturan,
masyarakat yang tersusun dan corak politik yang tersendiri. Kerajaan
Muncul kerana adanya raja. Raja merupakan pemerintah tertinggi
dan dibantu oleh pembesar. Rakyat Menumpahkan taat setia kepada
Sultan Melaka serta mematuhi undang-undang. Kesejahteraan rakyat
dijamin oleh sultan, manakala rakyat mengakui kekuasaan sultan.
Kedaulatan Melambangkan kekuasaan tertinggi seseorang sultan.
Merupakan hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah.
Wilayah pengaruh Merujuk kawasan pemerintahan raja yang diakui
oleh rakyat. Wilayah pengarah Kesultanan Melayu Melaka diperoleh
melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan. Undang-undang
Hukum Kanun Melaka dan UndangUndang Laut Melaka merupakan
undang-undang bertulis zaman Kesultanan Melayu Melaka. Digunakan
untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat. Lambang
kebesaran Merupakan identiti kerajaan dan keistimewaan Sultan
Melaka. Menjadi simbol kedaulatan sultan yang memerintah.
1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang
Keunggulan Kesultanan Melayu Melaka terbukti melalui sistem
pentadbiran dan undang-undang yang tersusun. Sistem pentadbiran
Terbahagi kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran jajahan.
Pentadbiran pusat dilaksanakan oleh Pembesar Berempat. Bendahara
sebagai ketua pentadbir dan ketua turus angkatan tentera. Penghulu
Bendahari menguruskan perbendaharaan secara teratur. Syahbandar
bertanggungjawab mengutip cukai di pelabuhan. Pembesar lain
memungut cukai di kawasan pegangan. Temenggung menjaga
keselamatan kota Melaka. Laksamana sebagai panglima Angkatan
Laut Melaka. Pada peringkat jajahan, pembesar menguruskan
pentadbiran di daerah dan kampung. Undang-undang Terdapat dua
jenis undang-undang, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang
Laut Melaka. Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal. Antaranya
berkaitan jenayah, bidang kuasa sultan dan pembesar, kekeluargaan
dan hal berkaitan dengan ekonomi. Undang-Undang Laut Melaka
diusahakan oleh Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak.
Sultan Mahmud Shah memperkenan undang-undang ini dan
mengandungi perkara berkaitan dengan peranan nakhoda, pelayaran,
jenayah di atas kapal dan percukaian.

1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat


Hubungan antara pemerintah dan rakyat selaras dengan konsep
waadat, iaitu perjanjian antara pemerintah dan rakyat. Peranan Sultan:
Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat. Mewujudkan perpaduan
rakyat. Memastikan kemakmuran dan kestabilan kerajaan.
Memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat. Peranan
pembesar: Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat kawasan
pegangan. Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat. Mengutip
hasil melalui sistem serah. Membekalkan tenaga tentera melalui sistem
kerah. Peranan rakyat: Taat setia kepada pemerintah dan mematuhi
arahan pemerintah. Tidak akan menderhaka kerana bimbang ditimpa
tulah, iaitu kecelekaan yang boleh menimpa seseorang kerana
melanggar perintah raja. Menghadiri majlis umum seperti
gotongroyong. Menjadi pengayuh atau pendayung kapal perang.
Menjalankan aktiviti kerahan seperti membina istana atau jalan.
Contoh Soalan Bab 1
1) Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka membuktikan bahawa
asas negara bangsa telah wujud sebelum kedatangan kuasa Barat.
Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada perkembangan tersebut.
Bangga dengan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka Penting
untuk mempertahankan identiti bangsa Membuktikan kemampuan kita
mencapai kegemilangan Mampu menentukan nasib dan masa depan
sendiri Penting untuk mengkaji sejarah tanah air

2) Sebagai generasi muda hari ini, cadangkan usaha-usaha untuk


memantapkan sistem pentadbiran di negara kita. Pemimpin yang
berwibawa nenjalankan tanggungjawab dengan amanah akan
dihormati dan disanjung tinggi oleh rakyat Tidak menyeleweng atau
salah guna kuasa seperti rasuah Kesimpulannya kepimpinan
merupakan faktor penting bagi memantapkan pentadbiran

2) Bincangkan impak/kesan negatif penguasaan wilayah melalui


peperangan pada hari ini. Kemusnahan harta benda seperti rumah
Kehilangan tempat tinggal Rakyat menjadi pelarian akibat peperangan
Hidup melarat Kesimpulannya peperangan pada hari ini membawa
kepada kesengsaraan dan penderitaan rakyat negara yang terlibat

3) Sebagai generasi muda, apakah peranan/tanggungjawab anda


terhadap sistem perundangan di negara kita? Menghormati undang-
undang negara Dengan cara menghayati dan mengamalkan
kandungannya Kita perlu mengelakkan daripada melakukan kesalahan
jenayah seperti membunuh, merompak dan lain-lain Kesimpulannya
kita perlu mematuhi dan menghormati undang-undang negara supaya
negara aman dan harmoni

You might also like