You are on page 1of 13

NOTA BERPANDU SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 5

BAB 5 KESULTANAN MELAYU MELAKA

5.1 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

 Diasaskan sekitar tahun 1400 oleh Parameswara.

Parameswara

- Beliau memilih lokasi yang sesuai untuk mengukuhkan kerajaan. Pemilihan lokasi ini menjadikan Melaka
sebagai sebuah kerajaan yang unggul di Alam Melayu.

Pemilihan Lokasi yang Strategik oleh Parameswara.

- Parameswara memilih lokasi yang strategik untuk membentuk kerajaan iaitu di muara Sungai Bertam yang
juga dikenali sebagai Sungai Melaka.
- Pada mulanya, muara sungai ini merupakan sebuah perkampungan nelayan dan tempat berjual beli serta
pertukaran barang dagangan.

2. Bentuk Muka Bumi 1. Laluan Perdagangan


-Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau -Kedudukan Melaka di laluan perdagangan
yang sesuai dijadikan benteng utama antara Timur dan Barat yang
pertahanan dan menjadi panduan kapal membolehkannyang mengawal laluan kapal
dagang. dagang.

LOKASI
STRATEGIK
MELAKA

4. Terlindung Angin Monsun


3. Benteng Pertahanan
- Muara Sungai yang terletak di Selat Melaka
-Pokok bakau dan api-api yang terdapat
terlindung daripada tiupan angin monsun.
dipesisir pantai menjadikannya sebagai
-Keadaan ini membolehkan kapal dagang datang
benteng pertahanan dan pelindung semula
dan berlabuh di pelabuhan Melaka dengan
jadi yang sukar ditembusi oleh musuh.
selamat.

1
NOTA BERPANDU SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 5

5.2 Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

A. Faktor Kegemilangan

1. Kepimpinan Raja

 Raja merupakan ketua pemerintah dan ketua kerajaan yang mempunyai kuasa tertinggi. Hak kuasa ini berpunca
daripada beberapa sumber.

1. Keturunan Raja Palembang


 Berdasarkan teks Sulalatus Salatin, pemerintah Melaka berasal daripada zuriat keturunan
Raja Palembang yang dikatakan bersusur galur daripada Iskandar Zulkarnain.
 Susur galur ini memberikan taraf kedudukan yang tinggi kepada Sultan Melaka dalam
kalangan kerajaan lain di Alam Melayu.

2. Peranan yang Unggul


 Raja mempunyai pelbagai peranan dalam sistem pemerintahan
Menjadi simpol perpaduan dan kemakmuran
Merupakan ketua angkatan tentera
Mengetuai hubungan diplomatik
Menyelaraskan kegiatan ekonomi
Menjadi Ketua Agama Islam
Menegakkan keadilan

3. Daulat dan Alat Kebesaran


 Kepimpinan raja juga dikaitkan dengan konsep daulat dan derhaka serta
pelbagai institusi perajaan seperti adat istiadat istana dan alat kebesaran.
 Daulat merupakan kuasa dan kewibawaan raja sebagai pemimpin. Rakyat mengakui
kedaulatan raja dengan memberikan taat setia sepenuhnya dan tidak boleh
menderhaka kepada raja.
 Antara alat kebesaran diraja termasuklah cap mohor_, nobat, keris, lembing dan
mahkota. Alat kebesaran digunakan semasa upacara istiadat pertabalan,
perkahwinan dan kemangkatan raja.
 Konsep daulat, adat istiadat dan alat kebesaran menjadikan raja mempunyai
kedudukan yang tinggi dan istimewa. Hal ini mengukuhkan kedudukan raja dalam
sistem pemerintahan kerajaan Melaka.

2
NOTA BERPANDU SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 5

4. Kewibawaan

 Raja memiliki ciri kepimpinan seperti adil, berwibawa dan mengambil berat terhadap
kebajikan rakyat.
 Raja memerintah berdasarkan bidang kuasa yang ditetapkan mengikut Hukum Kanun
Melaka.
 Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Sultan Mansor Shah merupakan pemerintah yang
mengutamakan keamanan dan kebajikan rakyat.
 Sultan Mansur Shah menasihatkan puteranya, Sultan Alaudin Riayat Shah supaya
bersikap adil terhadap rakyat, menyiasat segala tuduhan dengan teliti dan bekerjasama
dengan pegawai-pegawainya.

2. Sistem Pentadbiran

1. Sistem Pembesar Empat Lipatan

 Sistem ini bermaksud pada setiap peringkat pentadbiran, terdapat pembesar yang dilantik oleh pemerintah
bagi membantu melicinkan pentadbiran.
 Sultan dibantu oleh pembesar berempat, pembesar berlapan, pembesar Enam Belas dan pembesar Tiga
puluh dua.
 Pembesar ini merupakan pentadbir kerajaan pada peringkat pusat, jajahan,daerah, mukim dan kampung.

2. Tugas Pembesar

 Tugas utama pembesar ialah mewujudkan sistem pentadbiran seperti:


 Menjaga keamanan kawasan
 Mengutip cukai danhasil melalui sistem serah
 Membekalkan tenaga tentera ketika perang dan menyediakan tenaga buruh melalui sistem sistem
kerah.
 Pemerintah Melaka juga mengurniakan kawasan khas kepada pembesar untuk ditadbir. Pengurniaan
kawasan ini sebagai tanda untuk mendapatkan sokongan pembesar bagi mewujudkan pentadbiran yang
mantap:
 Kawasan yang dikurniakan kepada pembesar berempat dikenali sebagai kawasan pegangan.
 Kawasan pembesar jajahan dan daerah pula dikenali sebagai kawasan pemakanan
 Pembesar dibenarkan mengutip cukai dikawasannya dan menyerahkannya kepada pemerintah
sebagai ufti.

3
NOTA BERPANDU SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 5

 Pembesar berempat merupakan pembesar peringkat pusat yang merupakan tonggak utama pentadbiran
Kesultanan Melayu Melaka. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan
Laksamana. Mereka dikenali sebagai Orang Kaya Berempat.

Sultan

Pembesar Berempat

Bendahara Penghuku Bendahari Temenggung Laksamana

Penasihat raja  Ketua angkatan laut


 Pemungut Hasil dan  Ketua polis dan
Menteri utama peringkat Ufti penjara  Pengawal peribadi
pusat raja
 Ketua segala  Penguasa bandar
Ketua turus angkatan Bendahari dan kota Melaka  Ketua duta
perang  Ketua urus setia  Pegawai Protokol  Ketua utusan
istana istana kenegara luar
Ketua Hakim

Pemangku Sultan  Ketua Syahbandar  Hakim di darat  Hakim di laut

3. Sistem Perundangan

 Kesultanan Melayu Melaka memperkenalkan sistem perundangan bertulis yang mantap iaitu :
1. Hukum Kanun Melaka
 Undang-undang ini ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah ( 1446-1456). Undang-undang ini
disusun semula secara teratur pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Shah ( 1489-1511)
 Undang-undang ini mengandungi 44 fasal yang berkaitan hak keistemewaan, tanggungjawab raja dan
pembesar.
 Hukum Islam juga terdapat dalam undang-undang ini berkaitan dengan jenayah, urusan jual beli dan
kekeluargaan.

4
NOTA BERPANDU SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 5
 Undang-undang ini dapat mewujudkan keamanan dan menjamin keselamatan rakyat. Jenayah di dalam
negeri Melaka dapat diatasi dengan baik dan terurus.

2. Undang-undang Laut Melaka


 Undang-undang ini ditulis semasa zaman Sultan Mahmud Shah bertujuan untuk menentukan peraturan
pelayaran dan perdagangan.
 Undang-undang ini mengandungi 25 fasal menerangkan peraturan di laut, tertib berniaga dan tatacara
berjual beli.
 Kandungannya juga berkaitan tanggungjawab nakhoda, anak kapal, kiwi dan syahbandar.
 Undang-undang ini menyebabkan aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar dan adil. Keadaan ini
memberikan keyakinan kepada para pedagang.

3. Undang-undang Adat
 Adat ini di kenali sebagai Adat Temenggung
 Diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan.
 Berkaitan sistem pemerintahan, pewarisan takhta, perkahwinan, pewarisan harta dan perundangan.
 Berkaitan sisitem penggantian sultan iaitu takhta kerajaan diwarisi oleh anak lelaki sulung.
 Mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Kuasa tertinggi terletak ditangan sultan atau raja.
 Membolehkan sistem perwarisan takhta berlaku secara teratur.

B. Aspek Kegemilangan

1 Empayar yang Luas

 Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka juga dapat dibuktikan dengan kemunculan bahasa Melayu sebagai
lingua franca dan sebanyak 84 bahasa dipertuturkan di Melaka.
Empayar Kesultanan Melayu Melaka meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan pantai timur
Sumatera.
 Empayar ini terdiri daripada tanah jajahan dan naungan.

5
NOTA BERPANDU SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 5

CARA PEMBENTUKAN EMPAYAR

Penaklukan
Dilakukan untuk menjamin 2. Perkahwinan
Berlaku antara Sultan Melaka dengan 3. Naungan
keselamatan dan
puteri diraja kerajaan lain. Terdapat pemerintah kerajaan lain
kemakmuran Kesultanan
Perkahwinan mengukuhkan lagi yang rela bernaung di bawah
Melayu Melaka.
hubungan persahabatan dan Kesultanan Melayu Melaka.
kekeluargaan antara kerajaan Melaka Raja yang berada di bawah naungan
dengan kerajaan lain. Melaka ditabalkan oleh sultan Melaka.
Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Antara kerajaan yang rela bernaung
puteri Majapahit iaitu Puteri Raden Galuh termasuklah Lingga, Patani dan Kedah.
Cendera Kirana menjadikan pengaruh
Melaka semakin meluas.

KEPENTINGAN PEMBENTUKAN EMPAYAR

1. Politik
 Meluaskan wilayah dan jajahan takluk.
 Mengukuhkan hubungan dengan kerajaan yang ditakluk.
 Menyekat pengaruh kuasa serantau seperti Siam, Majapahit dan Pasai.
 _______________________________________________________________________________

2. Ekonomi
 Menerima hadiah dalam bentuk wang, emas, timah dan bantuan ketenteraan.
 Mendapat bekalan makanan seperti hasil pertanian, rempah ratus dan bijih timah untuk
diperdagangkan di pelabuhan Melaka.
 Menguasai perdagangan di Selat Melaka.

3. Sosial
 Berlaku asimilasi budaya tempatan dengan budaya Arab, India, China dan Alam Melayu.
 Wujud masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai suku dan bangsa.

4. Agama
 Mendorong usaha penyebaran agama Islam.
6
 Islam telah berkembang luas ke Pahang, Kelantan, Perak, timur Sumatera dan Patani.
NOTA BERPANDU SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 5

Peta Empayar Kesultanan Melayu Melaka

Pentadbiran Pusat
Raja di bantu oleh pembesar pusat.
Pentadbiran Pentadbiran Kawasan Naungan
Empayar Kawasan naungan ialah kawasan
yang mengakui ketuanan Melaka dan
menghantar ufti_.
Pemmerintahan diketuai oleh
pemerintah negeri berkenaan dan
dibantu oleh pembesar tempatan.

3. Pentadbiran Kawasan Jajahan


- Pemerintahan diketuai oleh
pemerintah yang dilantik oleh Sultan
Melaka.

7
NOTA BERPANDU SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 5

2 Pusat Penyebaran Agama Islam


.
5. Pengislaman Pemerintah
- Pengislaman Sultan Iskandar Shah pada tahun 1414 diiukuti oleh
pembesar dan rakyat.
- Sultan Sultan Muzaffar Shah telah menjadikan agama Islam sebagai
agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka.

4. Perkahwinan
- Perkahwinan puteri Sultan Mansur Shah dengan puteri Raja Siak.

Cara
3. Peranan Ulama dan Mubaligh
Penyebaran
- Ajaran tasawuf dan sufi dikembangkan melalui ulama dari Timur Tengah
Agama Islam
dan India. Antaranya Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusof
- Sultan Alaudin Riayat Syah menghantar ulama untuk mengajar Raja
Pahang, Kampar dan Indragiri tentang hal ehwal agama.

2. Perdagangan
- Islam tersebar melalui pedagang Arab, China dan India yang datang ke
Melaka untuk berjual beli.
- Mereka juga menyebarkan Islam ke kawasan lain yang disinggahi seperti
Brunei, Filipina dan Kepulauan Indonesia.

1. Perluasan Kuasa
- Negeri naungan dan jajahan memeluk agama Islam sebagai tanda taat
setia kepada pemerintah Melaka.

8
NOTA BERPANDU SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 5

Kesan Penyebaran

Persuratan
Tumpuan Ulama Tempat Pembelajaran Pengaruh Islam terdapat dalam
Sultan Melaka Madrasah, masjid dan surau saduran karya sastera dari Arab Pemerintahan & Pentadbiran
menjadi penaung menjadi tempat mempelajari dan Parsi. Undang-undang Islam terkandung
kepada aktiviti al-Quran dan ilmu tasawuf. Contohnya Hikayat Muhammad dalam Hukum Kanun Melaka dan
perbincangan kitab Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Undang-undang Laut Melaka.
agama seperti Darul Hamzah. Ulama berperanan penting dalam hal
Manzum Bahasa Melayu dan tulisan Jawi pentdabiran.
menjadi bahasa persuratan dan Jawatan mufti dan kadi diwujudkan
penulisan kelicinan pengurusan agama Islam.

3 Pusat Perdagangan
.
- Perlabuhan Melaka berfungsi sebagai perlabuhan entreport yang mengumpulkan barangan dari Alam
Melayu.
- Perlabuhan Melaka juga menjadi pusat pengedaran barangan dari timur dan Barat ke Alam Melayu.
- Faktor-faktor perlabuhan Melaka menjadi pusat perdagangan yang terpenting ialah:

1. Kedudukan yang strategik


- Melaka terletak di laluan perdagangan antara India dan China.
- Sentiasa dikunjungi oleh pedagang dari Alam Melayu

2. Pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai barang


- Barang dikumpul dan diedarkan kepada pedagang luar. Antaranya, timah, emas, kapur barus, hasil hutan dan
rempah ratus.
- Barangan ini diperoleh daripada negeri naungan dan jajahan serta kawasan sekitar Alam Melayu.

3. Dikunjungi Pedagang dari Dalam dan Luar Alam Melayu


- Pedagang luar yang paling ramai mengunjungi Melaka ialah daripada Arab, China dan Gujerat.
- Pedagang dari Alam Melayu yang paling ramai mengunjungi Melaka ialah dari Pasai dan Jawa.

4. Pusat Perkapalan
- Pelabuhan Melaka dikunjungi oleh pelbagai jenis kapal besar dan kecil.

Perahu, sampan, ghurab, penjajap, sagur, payar,


Jong dan bahtera
baluk, lancang, kakap, balang, kelulus

9
NOTA BERPANDU SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 5

Kapal Kecil Kapal besar

4 Pengurusan Perdagangan
.
Kegiatan perdagangan dapat dijalankan dengan lancar dan teratur hasil daripada factor-faktor berikut:

Tugas syahbandar ialah mengurus pasar dan gudang, menjaga kebajikan serta keselamatan
pedagang.
Syahbandar Syahbandar juga bertanggungjawab :
Memeriksa alat timbang, sukat dan mata wang.
Menjadi hakim di pelabuhan.
Mengurus cukai
Menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal

Para pedagang tertarik dengan pengurusan cukai barangan yang cekap dan sistematik.
2. Cukai Pengurusan cukai pelabuhan yang rendah.
Perdagangan Cukai dan bayaran surat kebenaran berniaga di pelabuhan Melaka menjadi sumber
pendapatan Kesultanan Melayu Melaka.
Terdapat 2 jenis cukai iaitu :
i) Cukai rasmi iaitu cukai import yang dikenali sebagai panduan.
ii) Cukai tidak rasmi iaitu dalam bentuk hadiah.
Pedagang dari China dan Jepun hanya dikehendaki memberikan hadiah yang sama nilainya
sama dengan cukai 5%.
Bahan makanan seperti beras tidak dikenakan cukai.

Urusan jual beli dijalankan dalam 2 bentuk iaitu


Pertukaran barang
3. Mata Wang Menggunakan mata wang
Pedagang tukar barang berlaku dari negara China dan Alam Melayu dengan barangan dari
Barat dan India.
Penggunaan mata wang telah melancarkan lagi urusan jual beli.
Pada peringkat awal, mata wang yang digunakan ialah jongkong timah, serbuk emas dan
kulit siput( cowrie).
Mata wang timah di kenali sebagai Calains. Pada kepingan timah ini terpahat nama Sultan
Melaka yang memerintah. Terdapat juga mata wang emas dan Perak.
Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay juga digunakan.

10
NOTA BERPANDU SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 5

Sikap taat setia kepada raja mampu memastikan urusan perdagangan dapat dijalankan
tanpa gangguan.
Orang Laut merupakan pelayar dan penunjuk arah yang cekap kepada pedagang yang
4. Orang Laut berdagang di Melaka.
Orang Laut ditugaskan sebagai tentera untuk menjamin keselamatan pedagang di
perairan Melaka.

Kemudahan pelabuhan ini telah menarik minat pedagang dari luar untuk datang ke
pelabuhan Melaka seperti:-
Kemudahan Gudang tempat menyimpan barang, kemudahan pengangkutan, kemudahan bekalan
Pelabuhan makanan dan minuman, khidmat membaiki kapal, tempat penginapan, Syahbandar
yang menjaga kebajikan pedagang dan kemudahan tempat beribadat.

5 Hubungan Luar
.
 Kesultanan Melayu Melaka menjalinkan hubungan luar dalam 2 bentuk iaitu diplomatik dan perdagangan.
 Hubungan ini dapat menjamin kestabilan dan keselamatan kerajaan serta dapat mengekalkan penguasaannya
terhadap perdagangan di Selat Melaka.

HUBUNGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DENGAN KERAJAAN ALAM MELAYU


PASAI DEMAK
 Hubungan berlaku atas dasar sama taraf.  Hubungan berlaku atas dasar kepentingan
 Hubungan diplomatik terjalin melalui perkahwinan bersama dalam perdagangan dan penyebaran
Sultan Melaka dengan puteri Kerajaan Pasai iaitu Puteri Islam.
Ratna Kaumala.  Kerajaan ini membekalkan beras, bahan makanan,
 Hubungan juga berlaku atas dasar berkongsi pendapat rempah ratus dan tentera kepada Melaka.
dan perbincangan berkaitan hal agama Islam .  Hubungan ini penting bagi menjamin keamanan
 Hubungan ini membantu kemunculan Melaka sebagai dan kemakmuran Melaka.
pusat penyebaran Islam.

MAJAPAHIT MAKASAR
 Hubungan terjalin disebabkan oleh perkahwinan  Melaka telah menghantar utusan persahabatan
pemerintah Melaka dengan puteri Majapahit. ke Makasar.
 Hubungan ini dapat mengukuhkan lagi persahabatan  Hubungan ini berlaku dalam aspek perdagangan,
dengan Majapahit. perkapalan, Islam, Kebudayaan dan Keseniaan.
 Hasil hubungan ini, wilayah Melaka menjadi semakin  Hubungan ini semakin rapat apabila kerajaan

11
NOTA BERPANDU SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 5
luas dan tamatnya ancaman daripada Majapahit. Makasar menghadiahi ‘Budak Raja’ kepada Sultan
Melaka.

HUBUNGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DENGAN KERAJAAN LUAR ALAM MELAYU


CHINA RYUKYU/JEPUN
 Hubungan diplomatik, persahabatan dan perdagangan  Melaka menjalinkan hubungan diplomatik dan
terjalin apabila dikunjungi utusan China yang diketuai perdagangan dengan Ryukyu.
oleh Yin Ching pada tahun 1403 dan Laksmana Zheng  Sultan Mansur Shah berutus surat dengan
He pada tahun 1405. kerajaan Ryukyu berkaitan tingkah laku
 Pengurniaan payung kuning, cap mohor dan pedagangnya yang melanggar undang-undang di
sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan Melaka.
kepada Sultan Melaka.  Hubungan ini membantu meningkatkan lagi
 Melaka mendapat naungan dan perlindungan daripada perdagangan dengan Melaka.
China.
 Pengiktirafan ini dapat mengelakkan Melaka diancam
oleh Siam.

SIAM KERAJAAN LAIN


 Melaka pernah diancam oleh Siam semasa  Hubungan berbentuk perdagangan pula
pemerintahan Parameswara dan Sultan Muzaffar Shah. dilakukan dengan Pegu, Luzon, Gujerat,
 Menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan. Koromandel dan Bengal.
 Melaka telah menghantar utusan ke Siam yang diketuai  Melaka juga menjalinkan hubungan dengan
oleh Tun Telanai_ dan Menteri Jana Putera_. Mesir, Parsi, Turki dan Arab.
 Melalui hubungan ini, Melaka memperoleh bekalan  Kesannya, Melaka muncul sebagai pusat
kayu jati, beras dan bahan makanan daripada Siam perdagangan dan pusat penyebaran Islam yang
serta dapat menjamin keselamatannya. ulung di Alam Melayu.

12
NOTA BERPANDU SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 5

5.3 Pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Melaka.

 Kegemilangan Melaka berakhir dengan kedatangan Portugis pada tahun 1511.

FAKTOR DALAMAN
Masalah Kepimpinan Masalah Perpaduan
 eKelemahan Sultan Mahmud Shah dan pembesar  RRakyatnya tidak bersatu padu.
dalam pemerintahan dan pentadbiran sehingga  BBerlaku persaingan kuasa antara pembesar
menyebabkan politik tidak stabil. Melaka yang menyebabkan perpecahan.
 mAmalan pilih kasih, rasuh dan penyelewengan  AAskar upahan dari luar yang tidak setia kepada
dalam pentadbiran. Melaka.
 PPerbalahan sesama sendiri antara pembesar.

Tujuan  Kekayaan
Kedatangan  Kemasyhuran
Portugis  Keagamaan

 Mahu mengawal perdagangan rempah


 Mahu menyebarkan agama Kristian dan menghapuskan penguasaan pedagang Islam
 Hubungan Melaka dan Portugis bermula dengan kedatangan Lopez de Sequeira pada 11 September 1509.
 Kegagalan rundingan telah menyebabkan Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque menyerang
Melaka.
 Serangan berlaku sebanyak 3 kali iaitu pada 25 Julai, 10 Ogos dan 24 Ogos tahun 1511.

Strategi  Menggunakan lancaran dan perahu berapi.


Melaka  Pertahanan Melaka diperteguhkan di kawasan _pantai dengan kayu-
Menghadapi kayan dan pelbagai jenis meriam serta peti-peti berisi serbuk peluru.
Serangan  Tembakan meriam bertalu-talu dari pantai.
Portugis  Menggunakan tentera bergajah bagi menghadapi serangan Portugis.

Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan


 Sultan Mahmud Shah berundur dari Melaka ke beberapa wilayah naungan serta
jajahannya kemudian bersemayam di Bentan.
 Diantara tahun 1515 hingga 1519, Sultan Mahmud Shah melakukan 3x serangan untuk
mendapatkan semula Melaka tetapi gagal.
 Pada tahun 1526, pusat pemerintahannya di Bentan telah dimusnahkan oleh Portugis.
 Akhirnya Sultan Mahmud berundur ke Kampar dan mangkat pada tahun 1528.

13

You might also like