You are on page 1of 13

KRONOLOGI KERAJAAN ALAM MELAYU

Lorekkan lokasi Kerajaan Alam Melayu

Kerajaan................................................................. Kerajaan.........................................................
(Abad Pertama) (Abad Kedua)

Kerajaan .............................................................. Kerajaan ...............................................................


(Abad Ketujuh) (Abad Ke-15)

Kerajaan...............................................................
(Abad Ke-16)

Pn. Hanita Ahmad SMK Seri Raub, Raub Pahang 1


1.1 LATAR BELAKANG NEGARA BANGSA SEBELUM KEDATANGAN  proses pembentukan ambik
masa lama
BARAT.
 beberapa tahap
1. Jelaskan latar pembinaan negara bangsa sebelum
kedatangan Barat.  Cth kerajaan Alam Melayu
yang hebat Funan / Champa
/
…………………………………………………………………………………… Kedah Tua / Gangga
Negara /
Srivijaya / Angkor /
…………………………………………………………………………………… Majapahit

……………………………………………………………………………………  berkembang dan diwarisi


oleh
oleh kerajaan alam Melayu
…………………………………………………………………………………… selepasnya
Btms 4

……………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………..

Raja
 Tunggal utama kerajaan
2. Nyatakan ciri negara bangsa Alam Melayu sebelum kedatangan Barat  Dibantu pembesar
a) Raja  Rakyat taat pada Raja
 Raja ditaati / dianggap suci
 Cth Raja Champa dianggap
suci kerana di kaitkan
dengan Dewa Siva

Undang-Undang
 Panduan dalam pentadbiran
 Kesejahteraan sesebuah
kerajaan
 Cth: Kerajaan Majapahit
b) Undang-undang mengamalkan undang-
undang Kutara Manawa

Wilayah Pengaruh
 Kawasan yang rakyatnya
menerima dan memperakui
pemerintahan seorang raja.
 Cth : Funan mempunyai
wilayah pengaruh yang
sangat luas dari Sg
c) Wilayah Pengaruh Mekong, Teluk Cam Ranh,
selatan Myanmar dan
Segenting Kra

Rakyat
 Penduduk dalam sebuah
wilayah
 Setia kepada Raja dan tidak
menderhaka
 Cth : Kerajaan Srivijaya –
d) Rakyat Rakyat buktikan taat setia
dengan upacara persetiaan
dan meminum air sumpah

Pn. Hanita Ahmad SMK Seri Raub, Raub Pahang 2


Kerja Kumpulan : Buat ringkasan tentang kerajaan berikut

Kerajaan Funan
Kerajaan Funan merupakan kerajaan Alam Melayu yang wujud pada awal abad pertama. Kerajaan Funan telah
diasaskan oleh Kaundinya. Beliau merupakan seorang Brahmin beragama Hindu. Kerajaan Funan berpusat di
Vyadhapura. Pembentukan dan pengukuhan kerajaan Funan berlaku selepas Kaundinya berkahwin dengan
pemerintah di Sungai Mekong yang bernama Soma. Kemasyhuran kerajaan Funan terserlah ketika pemerintahan Fan
Shih-nian. Pada zaman baginda, kerajaan Funan telah berkembang sehingga Sungai Mekong dan Teluk Cam Ranh.
Seterusnya, baginda telah menguasai selatan Myanmar dan Segenting Kra. Peluasan kuasa ini membolehkan
kerajaan Funan menguasai jalan perdagangan antara timur dengan barat. Kejayaan ini membolehkan kerajaan Funan
menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu. Pelabuhan utama kerajaan Funan ialah Pelabuhan Oc Eo.
Pedagang luar yang sering berdagang di sini ialah pedagang China, India, Arab dan Parsi.Bagi mengukuhkan
kedudukannya, kerajaan Funan telah mengadakan hubungan dengan kerajaan luar seperti China dan India. Hubungan
luar dengan China bermula pada abad ketiga apabila kerajaan Funan menghantar utusan ke China. Utusan ini
bertujuan meminta bantuan China untuk melawan Dai Viet, iaitu musuh China. Sementara itu, hubungan dengan
India juga bermula pada abad ketiga. Hubungan dengan India diadakan untuk tujuan perdagangan. Dengan hubungan
ini, kerajaan Funan dapat memperkukuh hubungan perdagangan dua hala. Selain itu, hubungan ini juga bertujuan
mendalami ilmu keagamaan.Pemerintahan Funan mengamalkan pemerintahan beraja. Pemerintahan Funan dibantu
oleh golongan agama dan juga golongan tentera. Pemerintah Funan menggunakan pelbagai gelaran bagi
memperkukuh kedudukan mereka. Funan dibahagikan kepada tujuh buah wilayah. Setiap wilayah ini diperintah oleh
putera raja yang dikenali sebagai Raja Kecil. Kerajaan Funan menggunakan bahasa Sanskrit sebagai bahasa
perhubungan dan menggunakan tulisan orang Hu. Kerajaan Funan mula mengalami kemerosotan pad zaman
pemerintahan Raja Funan terakhir, iaitu Rudravarman. Kemerosotan ini berlaku apabila Funan diserang oleh
kerajaan Chenla pada abad keenam.

Pn. Hanita Ahmad SMK Seri Raub, Raub Pahang 3


Kerja Kumpulan : Buat ringkasan tentang kerajaan berikut
Kerajaan Champa
Kerajaan Champa merupakan kerajaan Alam Melayu yang muncul pada abad kedua. Kerajaan ini diasaskan oleh Chu-
Lien pada tahun 192 Masihi yang berpusat di Indrapura. Pengukuhan kerajaan ini bermula dengan kejayaan kerajaan
Champa membebaskan diri daripada pengaruh China. Champa juga sering mendapat tentangan daripada kerajaan Dai
Viet. Namun begitu, kerajaan Champa berjaya menghadapi kerajaan ini sehingga dapat membunuh rajanya, Raja Tran
Due Tong. Kejayaan ini berlaku di bawah pemerintahan Che Bong Nga. Baginda juga dikenali sebagai Red King (Raja
Merah) dalam sejarah Vietnam. Baginda berjaya meluaskan tanah jajahan dari wilayah Dai Viet hingga Lembah
Sungai Merah.Kerajaan Champa juga telah mengadakan hubungan dengan kerajaan China. Utusan pertama telah
dihantar pada abad ketiga untuk memulihkan hubungan dengan China setelah berperang dengan sekutu China, iaitu
Dai Viet. Para pemerintah Champa menggunakan gelaran Rajadhiraja. Pemerintahan Champa dibantu oleh para
pembesar. Kerajaan Champa dibahagikan kepada lima wilayah dan diperintah oleh pembesar. Terdapat beberapa
pelabuhan kerajaan Champa, iaitu Turan, Kam ran, Sri Banoy dan Maliti. Masyarakat Champa menggunakan bahasa
Melayu Champa dan bahasa Sanskrit sebagai bahasa pertuturan. Dari segi tulisan, mereka menggunakan tulisan Palava
dan Champa kuno. Kerajaan Champa merupakan antara kerajaan Alam Melayu yang paling lama bertahan, iaitu
sehingga 1500 tahun. Kerajaan Champa mula mengalami kejatuhan setelah kematian pemerintahnya, iaitu Raja
Indravarman. Kemangkatan baginda telah mencetuskan perang saudara dalam kerajaan Champa. Peluang ini
digunakan oleh musuh lama kerajaan Champa, Dai Viet untuk menyerang Champa. Pada tahun 1471, kerajaan
Champa berjaya ditawan oleh Dai Viet setelah beberapa siri serangan.

Pn. Hanita Ahmad SMK Seri Raub, Raub Pahang 4


Kerja Kumpulan : Buat ringkasan tentang kerajaan berikut
Kerajaan Srivijaya
Kerajaan Srivijaya diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa pada tahun 683 Masihi di Palembang.
Kerajaan ini berkembang menjadi empayar dengan kebijaksanaan dan kewibawaan pemerintahnya. Kerajaan Srivijaya
berjaya menjadi kuasa perdagangan di Alam Melayu dengan menguasai jalan perdagangan laut antarabangsa, iaitu
Selat Melaka dan juga Selat Sunda. Siri penaklukan hingga ke selatan Myanmar, Tanah Melayu dan Segenting Kra
menjadikan Sirivijaya empayar yang masyhur dan mempunyai wilayah pengaruh yang luas. Kerajaan ini juga terkenal
sebagai pusat perkembangan dan pengajian agama Buddha di rantau Alam Melayu. Hubungan luar dengan kerajaan
China membolehkan kerajaan Srivijaya mendapat pengiktirafan dari China dan menjadi pelindung kepada kapal
pedagang China di Selat Melaka. Hubungan dengan India pula mewujudkan hubungan persahabatan yang erat, di
samping tujuan keagamaan. Dalam perkataan Sanskrit “sri” bermaksud cahaya, manakala “vijaya” bermaksud
kemenangan. Rahib China, I-Ching dalam catatannya menceritakan kehebatan kerajaan Srivijaya. Sirvijaya berjaya
mengendalikan jalan perdagangan di Selat Melaka, Selat Sunda, Laut China Selatan, Laut Jawa dan Selat Karimata.
Kerajaan Srivijaya yang berkembang selepas kejatuhan kerajaan Funan mempunyai sistem pentadbiran yang
sistematik. Dalam sistem pentadbiran, raja mempunyai pelbagai peranan seperti mempunyai kuasa dalam kehakiman,
pungutan cukai dan perkara- perkara yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat. Pentadbiran dibantu oleh anak-anak
raja, iaitu Yuvaraja, Pratiyuvaraja dan Rajakumara. Golongan agama, tentera dan hakim juga antara golongan yang
membantu raja dalam pentadbiran. Empayar Srivijaya dibahagikan kepada beberapa mandala dan setiap mandala ini
ditadbir oleh seorang datu. Datu terdiri daripada anak raja ataupun pembesar bukan keturunan raja. Rakyat pula
mempunyai tanggungjawab seperti berbakti kepada negara, membayar cukai, memberikan sumbangan tenaga,
menerima kerahan tenaga untuk mempertahankan negara dan tidak menderhaka kepada raja. Raja Srivjiaya dianggap
sebagai inkarnasi daripada dewa Hindu, Amogapasha Avalokiteswara. Raja-raja Srivijaya juga dikatakan mempunyai
unsur kesaktian yang memperkukuh kedudukan sebagai raja. Konsep daulat Raja Srivijaya muncul dengan pendewaan
raja yang memerintah. Kepercayaan konsep daulat ini mewujudkan tradisi persetiaan antara golongan yang diperintah
dengan yang memerintah. Bahasa Melayu menjadi bahasa utama dalam pentadbiran kerajaan Srivijaya. Penemuan
batu-batu bersurat di Kedukan Bukit, Kota Kapur, Telaga Batu dan Talang Tuwo membuktikan pengaruh bahasa
Melayu. Namun begitu, kemerosotan kerajaan ini bermula selepas serangan Raja Chola dari Selatan India pada tahun
1025. Sejak itu, kerajaan ini semakin lemah, maka kerajaan-kerajaan jajahan mula membebaskan diri. Kerajaan
Melayu lain mula memberikan saingan kepada Srivijaya, terutamanya kerajaan Jambi.

Kerja Kumpulan : Buat ringkasan tentang kerajaan berikut


Pn. Hanita Ahmad SMK Seri Raub, Raub Pahang 5
Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan sekitar tahun 1400 oleh Parameswara. Parameswara merupakan putera
Palembang. Selepas kemerosotan kerajaan Srivijaya, kerajaan Majapahit muncul sebagai kuasa baharu di Alam
Melayu. Kerajaan ini berjaya menguasai beberapa kawasan seperti Palembang dan Temasik (sekarang Singapura).
Parameswara dan ayahandanya berjuang mempertahankan Palembang, namun gagal. Kegagalan ini menyebabkan
Parameswara dan orang- orangnya melarikan diri ke Temasik. Selepas masalah timbul di Temasik akibat pembunuhan
pemerintah Temasik oleh Parameswara, beliau terpaksa berpindah ke tempat lain, akhirnya ke perkampungan nelayan.
Potensi kawasan ini dapat dikenal pasti oleh Parameswara. Kawasan ini mula dikenali sebagai Melaka. Terdapat
beberapa sumber yang dikaitkan dengan nama Melaka. Mengikut Sejarah Melayu, Melaka mendapat nama
bersempena dengan nama pokok Melaka. Para pedagang Arab menggunakan “Malakat” untuk Melaka kerana
“Malakat” bermaksud perhimpunan segala dagang. Mereka juga menggelarnya sebagai “Mulaqah” yang bermaksud
pertemuan. Dalam bahasa Sanskrit pula, Melaka mendapat nama daripada sejenis pokok, iaitu “Amalaka”, pokok yang
mempunyai buah yang masam. Mengikut ajaran Hindu pula, “Amalaka” merupakan pokok yang pertama tumbuh di
alam semesta. Menurut buku The Suma Oriental oleh Tome Pires, nama Melaka berasal daripada perkataan “Malaqa”
yang bermaksud tempat perlindungan. Melaka terletak di lokasi yang strategik, iaitu di laluan perdagangan timur dan
barat. Melaka juga selamat kerana terlindung daripada tiupan angin monsun. Bentuk muka bumi Melaka berbukit-
bukau dan mempunyai benteng pertahanan semula jadi, iaitu pokok bakau dan api-api. Faktor-faktor ini menyumbang
kepada kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan antarabangsa yang terkenal dan seterusnya menjadi
empayar yang terkenal. Melaka berkembang sebagai pelabuhan entrepot antarabangsa. Bagi menjamin keselamatan
dan kedaulatan, Kesultanan Melayu Melaka menjalinkan hubungan dengan negara China. Kesultanan Melayu Melaka
juga menjalinkan hubungan dengan Ryukyu (Jepun), Siam, Pasai, Demak, Pegu, Luzon dan Gujerat. Hubungan ini
mengukuhkan kedaulatan Melaka dan berjaya menjamin keselamatan Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Melayu
Melaka berkembang menjadi sebuah empayar yang masyhur dan agung. Peluasan empayar dilaksanakan dengan tiga
cara, iaitu penaklukan, perkahwinan dan naungan. Peluasan kuasa bermula ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
yang meluaskan jajahan takluk ke Pahang, Inderagiri dan Kampar. Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah pula,
baginda meluaskan jajahan sehingga Bernam, Perak dan Siak. Pengganti baginda, Sultan Alauddin Riayat Shah telah
menguasai Aru. Di samping itu, Kesultanan Melayu Melaka bergiat aktif dalam penyebaran agama Islam ke seluruh
jajahan. Kesultanan Melayu Melaka telah wujud sebagai pusat penyebaran Islam yang unggul di Alam Melayu pada
abad ke-15. Penyebaran agama Islam pada Kesultanan Melayu Melaka berlaku melalui pengislaman pemerintah,
perkahwinan, peranan ulama dan mubaligh, melalui perdagangan dan akhirnya peluasan kuasa. Perkembangan Islam
di Kesultanan Melayu Melaka menjadikannya sebagai tempat tumpuan ulama dan pendakwah, selain tempat
pembelajaran agama Islam. Perkembangan dan kemasyhuran Kesultanan Melayu Melaka disebabkan oleh kepimpinan
pemerintah. Raja merupakan ketua pemerintah yang mempunyai kuasa tertinggi. Kepimpinan raja yang adil dan
berwibawa memberikan keyakinan dan menjaga keselamatan rakyat. Selain itu, sistem pentadbiran Pembesar Empat
Lipatan yang teratur dan sistematik membantu melancarkan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Kepimpinan raja
dibantu oleh pembesar yang berwibawa
Antara pembesar yang terkenal termasuklah Bendahara Tun Perak yang telah berkhidmat untuk empat orang Sultan
Melaka. Kesultanan Melayu Melaka mencapai zaman kegemilangan pada masa pemerintahan Sultan Mansur Shah.
Kejayaan Kesultanan Melayu Melaka mewujudkan sebuah empayar yang terkenal dan luas merupakan penyambung
kepada keagungan kerajaan Srivijaya.Keagungan dan kemasyhuran Kesultanan Melayu Melaka mula merosot pada
zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Kemerosotan ini dikaitkan dengan beberapa faktor. Antaranya
termasuklah kelemahan dalam pentadbiran Sultan Mahmud Shah. Baginda membunuh Bendahara Tun Mutahir dan
seluruh ahli keluarga tanpa usul periksa. Baginda termakan fitnah yang disebarkan oleh pembesar lain yang tidak
berpuas hati dengan Bendahara Tun Mutahir yang dikatakan pilih kasih. Masalah seterusnya ialah perpaduan dalam
kalangan pembesar Melaka ketika pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Pembunuhan Bendahara Tun Mutahir
menyebabkan pembesar dan rakyat berpecah. Perkara ini menjejaskan keutuhan pentadbiran kerajaan. Secara tidak
langsung perpecahan ini menyebabkan kegiatan perdagangan terjejas. Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
berakhir dengan kedatangan Portugis ke Melaka. Portugis belayar ke timur untuk menguasai perdagangan
rempah yang dimonopoli oleh pedagang Islam di Timur. Pada tahun 1509, wakil Portugis, Lopez de Sequeira dan
pasukannya tiba untuk memulakan hubungan persahabatan. Kedatangan wakil Portugis ini disambut baik oleh Sultan
Mahmud Shah. Baginda membenarkan Portugis berniaga di Melaka. Hasil nasihat pedagang Islam Jawa dan Gujerat
yang mengatakan bahawa kedatangan Portugis bertujuan menguasai perdagangan dan menentang Islam, baginda
mengarahkan wakil Portugis ditangkap. Namun begitu, Lopez de Sequeira berjaya melarikan diri ke Goa. Raja
Portugal telah menghantar pasukan tentera pimpinan Alfonso de Albuquerque untuk menyerang Melaka.
Kegagalan rundingan antara Portugis dengan Sultan Mahmud Shah menyebabkan Portugis menyerang Melaka.
Portugis melancarkan tiga kali serangan. Portugis hanya berjaya menakluki Melaka pada serangan ketiga. Pada 24
Ogos 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis. Sultan Mahmud Shah terpaksa berundur ke beberapa wilayah sebelum
bertapak di Bentan. Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka tidak bererti berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka,
Pn. Hanita Ahmad SMK Seri Raub, Raub Pahang 6
malah diteruskan oleh Kesultanan Johor-Riau.

Pn. Hanita Ahmad SMK Seri Raub, Raub Pahang 7


Kerja Kumpulan : Buat ringkasan tentang kerajaan berikut
Kesultanan Johor Riau
Pewaris legasi Kesultanan Melayu Melaka ialah Kesultanan Johor-Riau. Kesultanan ini diasaskan oleh waris
Kesultanan Melayu Melaka. Sultan Mahmud yang melarikan diri dari Melaka telah berkota di beberapa tempat.
Portugis menyerang kota Sultan Mahmud di Pulau Bintan pada tahun 1526. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri ke
Kampar dan baginda mangkat di sini pada tahun 1528.Raja Ali merupakan pengasas Kesultanan Johor-Riau pada
tahun 1528. Baginda ialah putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah. Setelah menaiki takhta, baginda
menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah 1. Raja Ali membina pusat pemerintahan di Kota Kara,
Pekan Tua, Johor, pada tahun 1528 dengan bantuan Bendahara Seri Nara Diraja. Kota Kara yang dikelilingi oleh
kawasan berbukit menjadikan Kota Kara selamat daripada ancaman luar.Kedudukannya berhampiran dengan sungai
yang lebar dan dalam memudahkan kapal-kapal keluar dan masuk. Namun begitu, pusat pemerintahan ini tidak kekal
lama kerana Portugis telah menyerang dan memusnahkannya pada tahun 1535. Sultan Alauddin Riayat Shah 1
terpaksa berundur ke Kota Sayong. Baginda membuka pusat pemerintahan di Kota Sayong. Kota Sayong dikatakan
lebih selamat kerana laluan sungai yang sempit akan menyukarkan kapal perang musuh melepasinya. Selepas beberapa
tahun, baginda mengambil keputusan untuk memindahkan pusat pemerintahannya. Baginda berpindah ke Kota Batu,
Johor Lama, pada tahun 1540. Kesultanan Johor-Riau bertapak hampir 300 tahun. Kesultanan ini diperintah oleh
sultan daripada beberapa keturunan. Pemerintahan Johor-Riau dari tahun 1528 hingga tahun 1699, diperintah oleh
waris keturunan Kesultanan Melayu Melaka. Dari tahun 1699 pula tampuk pemerintahan Johor-Riau diteruskan oleh
sultan daripada keturunan Bendahara Johor. Selepas tahun 1855, kerajaan Johor diterajui oleh waris keturunan
temenggung. Kesultanan Johor-Riau muncul sebagai kerajaan yang gemilang dalam perdagangan pada abad ke-16 dan
ke-17. Pelabuhan kerajaan Johor-Riau menjadi tumpuan para pedagang dari China, Gujerat, Belanda dan Inggeris.
Pelabuhan Johor- Riau juga menjadi pusat pertukaran barangan keluaran Alam Melayu dengan barangan dari China,
India dan Arab. Pelabuhan ini mula sibuk dengan kedatangan beratus-ratus kapal dari pelbagai tempat. Pelbagai
kemudahan pelabuhan disediakan oleh kerajaan bagi memudahkan para pedagang menjalankan urusan perdagangan di
Pelabuhan Johor-Riau. Kesultanan Johor-Riau berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usaha mengekalkan
pemerintahannya. Perang Tiga Segi merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh Kesultanan Johor-Riau. Perang ini
melibatkan tiga kuasa, iaitu Johor, Acheh dan Portugis yang mahu menguasai perdagangan di Selat Melaka. Ketiga-
tiga kuasa ini menyerang antara satu sama lain. Perang ini berlaku hampir 100 tahun. Penaklukan Melaka oleh Belanda
dengan bantuan Johor menamatkan peperangan ini. Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka. Kerajaan Acheh
pula tidak berupaya meneruskan perang selepas kemangkatan pemerintah Acheh, Sultan Iskandar Thani. Cabaran
seterusnya ialah Perang Johor-Jambi. Perang ini berlangsung dari tahun 1659 hingga tahun 1679. Dalam perang ini
juga, Johor berjaya mengalahkan Jambi dan Jambi tunduk di bawah naungan Johor. Kesultanan Johor menghadapi
cabaran daripada Raja Kechil yang mendakwa dirinya putera kepada Sultan Mahmud Shah 1. Raja Kechil
mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Johor-Riau dan menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.
Namun begitu, dengan bantuan daripada Opu Bugis Lima Bersaudara, Raja Kechil dapat dikalahkan pada
bulan Oktober 1722. Raja Sulaiman, iaitu putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV ditabalkan sebagai Sultan Johor.
Baginda menggunakan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Selain itu, kerajaan Johor juga menghadapi
masalah dalaman antara pembesar. Bendahara Tun Habib Abdul Majid bersaing dengan Laksamana Tun Abdul Jamil
untuk menguasai pemerintahan Kesultanan Johor-Riau. Keturunan Bendahara kembali berkuasa dalam pemerintahan
Kesultanan Johor-Riau selepas pengunduran Laksamana Tun Abdul Jalil ke Terengganu. Kewibawaan Kesultanan
Johor-Riau tidak tergugat dengan cabaran yang dihadapinya.

Pn. Hanita Ahmad SMK Seri Raub, Raub Pahang 8


Pn. Hanita Ahmad SMK Seri Raub, Raub Pahang 9
1. Nyatakan fungsi inskripsi Telaga Batu bagi kerajaan Srivijaya  Buktikan persetiaan rakyat
kepada kerajaan Srivijaya
 Upacara persetiaan
……………………………………………………………………………………  Pemerintah dan golongan
yang diperintah
……………………………………………………………………………………  Meminum air sumpah

Btms 4
……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

2. Terangkan upacara persetiaan rakyat kepada pemerintah Srivijaya  Air dituang ke atas Inskripsi
Telaga Batu
 Mengalir ke corong di
…………………………………………………………………………………… bawahnya
 Air tersebut ditadah dan
…………………………………………………………………………………… diminum
 Lambang kesetiaan rakyat
 Raja Srivijaya dikenang
…………………………………………………………………………………… melalui jumlah ketulan emas
yang telah ditinggalkan
……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

3. Bagaimanakah seseorang raja berjaya menjadikan kerajaannya sebuah empayar yg terkenal ?

…………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………..

4. Jelaskan tentang ciri-ciri negara bangsa yang menjadi pewarisan yang telah memperkukuh
kerajaan Srivijaya, Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Johor-Riau. Btms 5

…………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………….

Pn. Hanita Ahmad SMK Seri Raub, Raub Pahang 10


1.2 CIRI-CIRI NEGARA BANGSA KESULTANAN MELAYU MELAKA

Wilayah Taklukan : .........................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................................................

Wilayah Naungan : ..........................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................................................

Pn. Hanita Ahmad SMK Seri Raub, Raub Pahang 11


ukum Undang-undang yang dipengaruhi oleh undang-undang Kesultanan Melayu Melaka

UNDANG- UNDANG PAHANG

Kanun Pahang Jawi: ‫) حكوم قانون ڤهڠ‬, juga dikenal sebagai Kanun Pahang  atau Undang-[1]

Undang Pahang  adalah Qanun atau norma hukum Kesultanan Pahang lama. Hukum ini berisi


[2]

ketentuan penting yang menegaskan kembali keutamaan adat Melayu, sementara pada saat yang sama
mengakomodasi dan mengasimilasi syariat Islam. Norma hukum ini sebagian besar berdasarkan
model Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka, dan disusun pada masa
pemerintahan Sultan Pahang ke-12, Abdul Ghafur Muhiuddin Syah. Hukum ini dianggap sebagai
salah satu intisari hukum tertua yang disusun di dunia Melayu. [2][3]

Secara historis, Hukum Kanun Pahang diterapkan di Johor,  setelah penyatuan antara Pahang dan
[2]

Johor pada 1623, dan juga memiliki pengaruh penting dalam pemakluman Undang-Undang
di Perak  dan Brunei.  Pada tahun 2012, Hukum Kanun Pahang dimasukkan dalam Daftar Warisan
[2] [4]

Negara Malaysia, di bawah kategori objek warisan berwujud. [5]

Sejarah
Penerapan berbagai aspek sistem administrasi pemerintahan Melaka berasal dari pertengahan abad ke-
15, ketika Kerajaan Pahang Tua ditaklukkan dan dimasukkan ke dalam wilayah Kesultanan Melaka.
Para penguasa awal Kesultanan Pahang kemudian, yang didirikan sebagai vasal Melaka,
mempermaklumkan tradisi istana berdasarkan sistem Melaka sebagaimana ditetapkan dalam Undang-
Undang Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka, dan menegakkan aturan-aturan adat dan agama
yang ada untuk mempertahankan tatanan sosial. Semua aturan, larangan, dan adat istiadat yang telah
dikodifikasikan sebagai hukum, pada gilirannya dihimpun melalui tradisi lisan dan dihafal oleh para
menteri senior. [6]

Antara tahun 1592 dan 1614, atas perintah Sultan Pahang ke-12, Abdul Ghafur Muhiuddin Syah,
undang-undang ini diperbaiki dengan rincian-rincian dan yang paling penting, tercatat. Naskah
hukumnya berisi ketentuan-ketentuan terperinci tentang masalah seremonial, penyelesaian konflik
sosial, masalah maritim, hukum Islam, dan masalah umum. Undang-Undang Melaka asli dengan 44
klausul,  dikembangkan menjadi undang-undang Pahang dengan 93 klausul.
[7] [3]

Tak lama setelah kematian Abdul Ghafur Muhiuddin Syah, Pahang jatuh ke dalam kekacauan setelah
menderita serangan dahsyat dari Aceh. Dilantiknya seorang kerabat, Raja Bujang, duduk
di singgasana Pahang, dan beberapa tahun kemudian pada tahun 1623, di singgasana Johor, telah
menyatukan kedua negara di bawah satu pemerintahan. Undang-Undang Pahang merupakan bagian
dari unsur-unsur yang diintegrasikan ke dalam pemerintahan baru. Disebutkan dalam naskah Hukum
Kanun Pahang yang masih bertahan, bahwa undang-undang tersebut juga diberlakukan di Johor. [2]

Hukum Kanun Pahang ini juga memiliki pengaruh yang signifikan dalam diundangankannya Hukum
Kanun Brunei (Undang-Undang Brunei)  dan "Undang-Undang 99" ("Undang-Undang Perak 99").
[4]

 Meskipun Perak dan Brunei tidak pernah ditundukkan oleh Pahang, hal ini dimungkinkan karena
[2]

kedua negara menjalin hubungan diplomatik, perdagangan, dan bahkan perkawinan yang kukuh
dengan para penguasa Pahang. Sultan Abdul Ghafur sendiri menikah dengan seorang putri Saiful
Rijal dari Brunei, dan dia menunangkan putra sulungnya dengan seorang cucu perempuan Sultan
Perak. [8]

ttps://www.wikiwand.com/id/Hukum_Kanun_Pahang

Pn. Hanita Ahmad SMK Seri Raub, Raub Pahang 12


ndang-undang yang dipengaruhi oleh undang-undang Kesultanan Melayu Melaka

UNDANG- UNDANG 99 PERAK

Abstrak: Undang-undang adat Melayu telah lama wujud dan diwarisi sejak zaman-berzaman dan menjadi
asas peraturan dan norma penduduk setempat.Undang-undang Adat adalah senarai peraturan yang disusun
berasaskan adat istiadat, nilai, norma, moral atau adab yang menjadi amalan hidup zaman Kesultanan
Melayu. Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan dipercayai diasaskan penulisannya oleh Sayid Hussain al-
Faradz yang telah datang ke Perak dari Hadramaut pada abad ke-17. Ia telah diamalkan di Perak sehingga ke
tahun 1900 dan dikatakan telah mula dilaksanakan semenjak pemerintahan al-Marhum Sultan Idris Murshidul
A'azam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar iaitu sekitar tahun 1887 sehingga tahun 1916. Ia
dikenali sebagai Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan kerana mengandungi 99 Perkara undang-undang
yang merangkumi pelbagai aspek. Artikel ini akan mengulas serba sedikit sejarah pemerintahan beraja Perak
dan isi kandungan undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak agar ia dapat dijadikan panduan dan
simbol peradaban dan ketuanan Melayu satu ketika dahulu. Kata Kunci: Undang-undang adat Melayu,
Pemerintahan Beraja Perak, Warisan persuratan

https://www.researchgate.net/publication/289530603_Undang-
undang_Sembilan_Puluh_Sembilan_Warisan_Persuratan_Melayu_Negeri_Perak

 Tugas serta tanggungjawab pemerintah : merangkumi peranan seorang Raja atau Sultan atau
Yang Di-Pertuan Agung dalam sektor pemerintahan serta para-para pembesar yang menjadi tulang
belakang dalam tampuk pemerintahan.
 Peraturan Adat Istiadat : sebagai contoh Adat menghadap Raja, Adat perlantikan Raja, Adat
Berbahasa semasa berada dalam istana dan sebagainya.
 Perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah : contohnya; mencedera, membunuh, mencuri dan
sebagainya.
 Perkara-perkara yang berkaitan dengan hal kekeluargaan : contohnya; perkahwinan, penceraian,
pemahagian harta dan sebagainya.

Huraikan secara ringkas tentang Undang-Undang Pahang dan Undang-Undang 99 Perak yang
Pengaruhi oleh undang-undang Kesultanan Melayu Melaka (KMM)

UNDANG- UNDANG PAHANG UNDANG- UNDANG 99 PERAK

Pn. Hanita Ahmad SMK Seri Raub, Raub Pahang 13

You might also like