You are on page 1of 17

Kesan Pentadbiran

Barat Terhadap
Ekonomi dan Sosial
1.0 Objektif Kajian
1.1. Saya dapat mengenalpasti ciri-ciri ekonomi moden oleh kuasa Barat di negara
kita.
1.2. Saya dapat mengetahui cara pentadbiran Barat dikuatkuasakan terhadap
ekonomi
di Tanah Melayu.
1.3. Saya dapat menghuraikan kesan ekonomi akibat pentadbiran Barat di negara
kita.
1.4. Saya dapat memahami kesan-kesan sosial akibat perkembangan ekonomi di
negara kita.
1.5. Saya dapat menjelaskan implikasi pentadbiran Barat terhadap sosial pada masa
kini di negara kita.
2.0 Kaedah Kajian
2.1 Temubual
Saya telah menemubual orang sumber iaitu Puan Panimaler K.Seveen, Guru
Matapelajaran Sejarah, SMK Kulim untuk mendapat maklumat dan idea
melaksanakan kajian.

2.2 Melayari Internet


Saya telah melayari Internet di rumah saya untuk mencari maklumat.

2.3 Rujukan Buku Teks


Saya telah merujuk buku teks Sejarah Tingkatan 3 yang berkaitan dengan
persoalan masalah yang telah saya bina.
Pengenalan 3.0 Laporan Kajian
Saya telah memilih tajuk ‘Kesan Pentadbiran Barat terhadap Ekonomi dan Sosial’. Saya akan
mengkaji tentang ciri-ciri ekonomi moden, cara pentadbiran Barat dan kesan-kesan ekonomi serta sosial
yang dikuatkuasakan oleh kuasa Barat di negara kita.

a) Apakah ciri-ciri ekonomi moden? Terangkan ciri-ciri tersebut.


Antaranya, modal yang besar diperlukan untuk mempertingkatkan proses pengeluaran dalam
sektor perlombongan, pertanian komersial dan getah. Selain itu, bagi mempercepatkan proses
pengeluaran dengan lebih cekap dan menguntungkan, pihak British berusaha membawa masuk teknologi
moden dalam kegiatan perlombongan dengan memperkenalkan teknologi kapal korek dan
perlombongan hidraulik dan juga dalam kegiatan pertanian dengan memperkenalkan teknik ibedem.
Seterusnya, British telah membawa masuk buruh dari luar untuk menampung kepesatan kegiatan
perlombongan dan pertanian di negara kita. Misalnya, orang Cina dibawa untuk mengusahakan lombong
emas di Bau manakala orang India dibawa masuk untuk pengusahaan getah.
Selain itu, kegiatan perlombongan dan pertanian di negara kita dijalankan seacara besar-besaran
untuk tujuan eksport bagi memenuhi keperluan pasaran di Barat. Di samping itu, tanah bagi kawasan
perlombongan dan perladangan biasanya ialah kawasan hutan belum diterokai daripada petempatan
penduduk .

b) Bagaimanakah pentadbiran Barat dikuatkuasakan terhadap ekonomi di Tanah Melayu?


British telah memperkenalkan sistem pentadbiran moden berkaitan dengan ekonomi bagi
memastikan kelangsungan penguasaannya di negara kita. Antaranya termasuklah dalam hal
perundangan, mewujudkan jabatan atau agensi kerajaan, mewujudkan syarikat perwakilan dan
menubuhkan sistem kewangan dan insurans. Banyak perubahan telah berlaku di negara kita akibat
pembukaan lombong bijih timah dan pembukaan ladang getah oleh pemodal Eropah yang menawarkan
harga yang tunggi untuk membeli tanah masyarakat tempatan. Sebagai contoh, di negeri-negeri Melayu
Majlis Mesyuarat Persekutuan meluluskan Akta Simpanan Melayu di mana residen boleh
mengisytiharkan mana-mana tanah di sesebuah negeri sebagai hak orang Melayu pada tahun 1913.
Tanah tersebut tidak boleh dijual, dipajak gadai atau dipindah milik kepada orang bukan Melayu.
Sebenarnya, akta ini bertujuan melindungi kepentingan ekonomi British dan kebanyakan kawasan tanah
tersebut tidak subur dan tidak sesuai untuk kegiatan pertanian atau ekonomi perladangan. Di Sarawak
pula, Land Order memperuntukkan hak milik tanah simpanan peribumi diwartakan dan matlamatnya
untuk
melindungi kepentingan masyarakat peribumi daripada dicerobohi oleh kaum pendatang yang membuka tanah
untuk pertanian. Pada tahun 1933, Land Settlement Order dikuatkuasakan untuk melindungi masyarakat
peribumi. Tanah Sarawak dibahagikan kepada kawsan tanah campuran, tanah peribumi, tanah adat peribumi,
tanah simpanan, tanah pedalaman. Urus niaga tanah antara peribumi dengan orang Eropah sebelum tahun
1888 dianggap tidak sah. Pada tahun 1889, Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi telah diwartakan.
Segala urus niaga dengan orang Eropah, ketua peribumi mestilah diberitahu terlebih dahulu. Penduduk
peribumi berhak untuk memohon mendapatkan ganti rugi. Pegawai Daerah bertanggungjawab menjaga hak
milik tanah peribumi.
Perkembangan pesat dalam perusahaan bijih timah dan getah menyebabkan British menggalakkan
kemasukan buruh dari China dan India. Tenaga buruh dari China dibawa masuk untuk bekerja di lombong
bijih timah melalui Sistem Kontrak oleh majikan yang menyediakan tambang perjalanan, makanan, pakaian
dan tempat tinggal. Buruh dari India dibawa masuk secara beramai-ramai untuk bekerja di ladang getah
melalui Sistem Kangani yang bermaksud ketua,tandil atau penyelia di ladang getah. Pemilik tanah
menghantar Kangani ke India untuk mencari tenaga buruh dan mereka mengurus tambang dan perjalanan
buruh tersebut ke ladang majikannya.
Selain itu, British telah menubuhkan Jabatan Kerja Raya pada tahun 1872 dan Jabatan Pertanian pada
tahun 1905 yang bertanggungjawab memajukan tanaman ekonomi dan membangunkan industri getah.
Kesan peningkatan permintaan industri getah, British menubuhkan institusi khas penyelidikan getah iaitu
Institut Penyelidikan Getah Malaya (RRIM) tahun 1926. British menubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air pada
1931 bagi meningkatkan keberkesanan sistem pengairan. Jabatan Pos dan Telegraf dan Jabatan Kereta Api
Tanah Melayu ditubuhkan untuk melicinkan sistem pengangkutan dan perhubungan. Di Sarawak dan Sabah
pula, terdapat penubuhan jabatan kerajaan bagi kemudahan perkhidmatan pos dan telegraf serta kegiatan
pertanian.
Kewujudan Syarikat Perwakilan (Agency House) dikenali sebagai Gedung Perwakilan atau Crown Agent.
Mereka memiliki rangkaian sistem kewangan, insurans, syarikat perkapalan, pusat penyelidikan dan menjalankan
perdagangan antarabangsa. Syarikat perdagangan mempunyai hubungan erat dengan kerajaan pada peringkat
tempatan dan antarabangsa. Sebagai contoh, Boustead and Company mengurus pengkesportan getah dan bijih timah,
malahan menguasai syarikat perkapalan dan kewangan Hong Kong Bank.
Kuasa Barat telah memperkenalkan penggunaan mata wang asing di negara kita. Mata wang perak Sepanyol
diperkenalkan pada tahun 1580 dan mata wang ini digunakan di negeri Melayu dan Negeri Selat. Pada 1897, British
menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas di bawah Ordinan VIII.
Lembaga ini diberikan kuasa mengeluarkan mata wang kertas Negeri-negeri Selat menyebabkan mata wang kerajaan
Melayu terhapus. Pada 1939 Dolar Selat digantikan dengan Dolar Malaya. British menubuhkan sistem perbankan
supaya modal dari luar negara dapat disalurkan ke negeri-negeri Melayu dengan mudah.

c) Bagaimanakah pentadbiran Barat dikuatkuasakan terhadap ekonomi di Tanah Melayu?


Kemajuan ekonomi membolehkan British membina sistem pengangkutan bagi maengangkut hasil bijih timah
dan getah dari kawasan pengeluaran ke pelabuhan untuk dieksport. Bagi memenuhi keperluan ini, British membina
landasan kereta api, jalan raya, lapangan kapal terbang awam dan pelabuhan. British juga telah memajukan sistem
telekomunikasi seperti telegraf, telefon dan pos. Di Negeri-negeri Melayu, pada tahun 1885 hingga 1896, landasan
kereta api dibina untuk menghubungkan kawasan lombong dengan pelabuhan bagi memudahkan bijih timah
dieksport. Landasan kereta api juga dibina untuk menghubungkan bandar. Landasan kereta api dibina
menghubungkan di antara utara Tanah Melayu dan selatan apabila Negeri-negeri Melayu Bersekutu seperti Pahang,
Perak dan sebagainya dibentuk sejak tahun 1897 hingga 1909.
Pada tahun 1910 hingga 1931 pula, British berjaya meluaskan pengaruhnya ke Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu seperti Kedah, Perlis dan sebagainya. Landasan kereta api dibina bagi menghubungkan seluruh Tanah
Melayu. Penggunaan kereta api bertambah meluas daripada mengangkut bahan mentah kepada membawa
penumpang.Pembinaan landasan kereta api di Sabah dimulakan pada 1896 di Bukau yang terletak kira-kira 13
kilometer dari Weston. Landasan kereta api dibina untuk menghubungkan Beaufort dengan Jesselton dan Tenom
pada tahun 1900. Pembinaan landasan kereta api Sabah adalah untuk kegiatan pembukaan ladang getah
dan tertumpu di kawasan pantai barat Sabah.Di Sarawak pula, terdapat landasan kreta api menghubungkan Bau
dengan Kuching yang dibina pada tahun 1917.

Selain itu, British telah membina jalan raya untuk menghubungkan Kawasan perlombongan bijih timah dan
kawasan pertanian dengan stesen kereta api. Di Selangor, British membina jalan raya yang menghubungkan Kuala
Lumpur dengan Pelabuhan Klang iaitu, Port Swettenham. Pada tahun 1902, jalan raya yang lebih lebar dibina
kerana peningkatan penggunaan kenderaan bermotor manakala pada tahun 1911, jalan raya dibina bagi
menghubungkan bandar besar, kawasan yang mempunyai potensi sumber ekonomi dan Pelabuhan. Jaringan jalan
raya dibina yang menghubungkan seluruh negeri pada tahun 1939. Kesannya, banyak petempatan baru dibuka,
pembukaan kawasan perladangan getah yang baru dan kawasan perlombongan bijih timah. Masalah bentuk muka
bumi dan kos membina jalan raya yang tinggi menghalang pembinaan jalan raya di Sarawak kerana terdapat jalan
raya pendek yang tidak beturap dibina di Kuching dan Miri. Syarikat Borneo Utara British (SBUB) membina jalan
raya untuk kepentingan ekonomi mereka. Jalan raya dibina adalah menghubungkan bandar yang sediah wujud di
sebelah pantai barat. Pada tahun 1941 terdapat kira-kira 165 kilometer jalan raya berturap di Sabah. Kebanyakan
jalan tersebut hanya terdapat di sekitar bandar Jesselton, Sandakan, Kudat, Lahad Datu dan Tawau.
Di samping itu, perkhidmatan penerbangan awam diperkenalkan oleh Syarikat Wearne Air Service pada
tahun 1937. Syarikat ini menjalankan perkhidmatan penerbangan domestik di antara Singapura, Kuala Lumpur
dan Pulau Pinang. Syarikat Straits Steamship ditubuhkan di Singapura yang menyediakan perkhidmatan kapal
wap kepada pelabuhan negeri Melayu pada tahun 1890.Kapal susur pantai membawa bekalan makanan, buruh dan
jentera untuk industri perlombongan bijih timah. Di bandar Kuching pula, terdapat perkhidmatan perkapalan yang
disediakan oleh Singapore and Sarawak Steamship Company manakala pada 1924, terdapat perkhidmatan kapal
terbang air bagi menghubungkan bandar Kuching dengan Singapura. SBUB turut memajukan sistem
pengangkutan air di Sabah. Syarikat perkapalan Straits Steamship memulakan perkhidmatan mengangkut barang
dan penumpang pada tahun 1890. Bagi kemudahan Pelabuhan, peningkatan eksport bijih timah dan getah
menjadikan pelabuhan Pulau Pinang, Kuala Sepetang, Port Dickson, Melaka, Singapura dan Klang sebagai bandar
pelabuhan yang penting di Tanah Melayu. Di Sarawak muncul pelabuhan Kuching, Rajang, Bintulu dan Miri.
Pelabuhan penting seperti Labuan, Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan di Sabah. Seterusnya,
pada tahun 1886, talian telegraf telah dipasang menghubungkan antara Kuala Lumpur dan Melaka
dan perkhidmatan pos juga bermula di Kuala Lumpur sejak tahun 1880. Perkhidmatan telekomunikasi
diperkenalkan di Sarawak bagi melicinkan pentadbiran dan mengurus kegiatan ekonomi. Terdapat perkhidmatan
telegraf antara bandar Kuching dan Singapura pada tahun 1897. SBUB memperkenalkan perkhidmatan telegraf
dan radio terutama di bandar besar Sabah. Perkhidmatan ini membolehkan Sabah berhubung dengan negara lain.
d) Apakah kesan-kesan sosial akibat perkembangan ekonomi di negara kita?
Kepesatan kegiatan ekonomi menyebabkan Barat mengukuhkan pentadbirannya. Hal ini menyebabkan
kesan sosial dalam perkembangan bandar, pembentukkan masyarakat majmuk, perkembangan Pendidikan,
perkhidmatan kesihatan dan pembinaan penjara. Bandar-bandar menghubungkan antara satu sama lain
dengan rangkaian landasan kereta api dan jalan raya yang dibina oleh British. Pada mulanya, bandar baru
muncul sebagai pusat peniagaan, kewangan, pendidikan dan pentadbiran. Misalnya, Kuala Lumpur,
Seremban, Taiping dan Ipoh. Hal ini membawa perubahan dalam demografi masyarakat di negara kita. Di
Sarawak, bandar Kuching dijadikan sebagai ibu negeri Sarawak pada tahun 1841 oleh James Brooke dan
penduduknya terdiri daripada orang Melayu dan Cina. Pada pertengahan abad-19, banyak rangkaian jalan
raya dan bangunan kerajaan dibina di Kuching. Pada tahun 1862, bandar Sibu telah dibina. Ramai orang Cina
telah berpindah ke Sibu untuk menjalankan aktiviti pedagangan pada tahun 1900 manakala bandar Miri pula
muncul pada abad-20 dan kemunculannya disebabkan oleh penemuan petroleum pada 1910. Jesselton
merupakan pusat perdagangan dan pelabuhan yang penting di Sabah. Nama asal Jessel Town bersempena
dengan nama Charles Jessel yang membina bandar itu dan kemudian namanya ditukar kepada Kota
Kinabalu. Perladangan getah dan pembinaan landasan kereta api memberikan sumbangan besar kepada
kemajuan Jesselto. Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi menyebabkan pertambahan bilangan bandar
dan penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar dan kedatangan buruh luar ke negara kita.

Selain itu, kepesatan perkembangan industri bijih timah dan getah semasa pentadbiran British
menggalakkan kedatangan buruh asing ke negara kita. Kemasukkan buruh-buruh asing ini melahirkan
masyarakat berbilang kaum di negara kita. Orang Melayu ramai di kawasan kampung dan sebahagiannya
menetap di Kawasan bandar dan pekan. Mereka telah mengambil bahagian dalam sektor pertanian,
perikanan, perniagaan, perusahaan, harta tanah, perbankan dan menjadi ahli profesional dalam pentadbiran
dan syarikat swasta. Pada masa yang sama, orang Cina ramai di Kawasan bandar dan pekan yang
mempunyai banyak peluang ekonomi dan mereka melibatkan diri dalam bidang pertanian, perusahaan,
harta tanah, perbankan dan menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan. Orang India yang sebelum ini ramai
di Kawasan perladangan tetapi kini telah menjadi penduduk di kawasan pekan dan bandar. Mereka
mengambil bahagian dalam perladangan, pengangkutan dan pelbagai pekerjaan dalam sektor swasta dan
kerajaan. Setiap kaum bersikap terbuka dan bersedia menerima bahasa kaum lain. Setiap kaum bertutur
dan memahami Bahasa Melayu dan boleh menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Pentadbiran British tidak mempunyai dasar pelajaran yang tetap atau bermatlamat hingga
menyebabkan sekolah-sekolah vernacular berkembang mengikut kumpulan etnik masing-masing. British
tidak berminat untuk memajukan orang Melayu dalam Pendidikan. Pendidikan di sekolah vernakular
Melayu hanya bertujuan menjadikan orang Melayu mempunyai pengetahuan asas iaitu membaca, menulis
dan mengira. Masyarakat Cina pula membuka sekolah di bandar atau tempat mereka tinggal. Kurikulum
yang digunakan adalah berorientasikan kurikulum sekolah dari China. Guru yang mengajar dan buku teks
mereka juga dibawa dari China. Masyarakat Cina di negeri Selat lebih cenderung menghantar anak mereka
ke sekolah Inggeris. Pada tahun 1912, British memperkenalkan Ordinan Buruh yang mewajibkan majikan
ladang mendirikan sekolah Tamil di ladang. Pendidikan Tamil hanya terbatas di sekolah rendah.
Kandungan kurikulum, buku teks dan guru yang mengajar dibawa dari India. Sekolah Inggeris pertama di
Tanah Melayu ialah Penang Free School yang dibuka pada 1816 di Pulau Pinang dan Melacca Free School
di Melaka pada tahun 1826. Kebanyakan sekolah Inggeris didirikan di kawasan bandar. Lulusan sekolah Inggeris
berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang pelajaran ke
luar negeri. Pelajar tersebut juga berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang pentadbiran dan kejuruteraan.
Lulusan sekolah Inggeris diberi keutamaan menjawat jawatan yang baik dalam perkhidmatan kerajaan. Di
Sarawak, terdapat lebih 20 buah sekolah didirikan oleh mubaligh. Antaranya, St. Thomas(Kuching), St Joseph
(Kuching), Sekolah St Paul (Banting) dan Anglican St. Agustine School (Betong). Sekolah St. Mary dan Sekolah
St. Teresa ditubuhkan di Kuching untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak perempuan. Di Sabah pula,
mubaligh Kristian mendirikan beberapa sekolah seperti Sekolah Rendah St. Mary dan Sekolah Lelaki St.
Michael. Mubaligh Kristian juga membina sekolah untuk kanak-kanak perempuan. SBUB membuka sekolah
Melayu di Papar dan Kota Belud.

Kedatangan buruh asing, pembukaan Kawasan hutan, pembinaan petempatan baharu dan kekurangan air
bersih menyebabkan merebaknya penyakit berjangkit. British membangunkan perkhidmatan perubatan untuk
mengawal wabak penyakit tersebut. Hospital Taiping ialah hospital kerajaan pertama dibina pada tahun 1878.
Hospital didirikan bagi merawat buruh asing yang bekerja di lombong dan estet dan juga penduduk tempatan juga
mendapat manfaatnya. Institut Penyelidikan Perubatan adalah sebahagian besar krja penyelidikan saintifik
ditumpukan kepada penyakit tropika. Kesannya masyarakat telah berubah daripada rawatan menggunakan kaedah
tradisional berasaskan alam semula jadi kepada rawatan moden. Hospital Tung Shin merupakan hospital
persendirian lain dibina oleh Taukeh Loke Yew di Serendah dan Taukeh Loh Chin Keng di Sepang pada tahun
1881. Di Pahang, hospital persendirian dibina oleh F.E Maynard, kontraktor Syarikat Perlombongan Chong Heng
Kongsi dan Pahang Consolidated Company and Blat Tin Mining Company.
Di Sarawak, pentadbiran Brooke membina sebuah hospital di Kuching pada tahun 1900 dan di Sibu pada tahun
1913. Sarawak Shell Oilfields Limited membina hospital di Miri. Hospital Raja Brooke Memorial yang dibina pada
tahun 1925 merupakan satu-satunya tapak penempatan kusta di seluruh Borneo. William Hood Treacher, Gabenor
SBUB telah membina hospital di Kota Kinabalu, Sandakan, Beaufort, Tawau dan Kudat di Sabah. Perkhidmatan
dispensari diwujudkan di Tambunan, Kota Belu, Sipitang, Keningau, Semporna, Pensiangan, Papar, Tuaran dan
Ranau.

Francis Light memulakan langkah menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat menempatkan banduan dari India.
Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) menjadikan banduan sebagai bekalan tenaga buruh murah untuk membina
pelabuhan, bangunan, jalan raya, landasan kereta api dan penjara. Pada tahun 1790, banduan dari India telah
ditempatkan di Fort of Cornwallis, Pulau Pinang. Penjara Sibu dikenali sebagai Rumah Pasong di Sarawak. Rumah
Pasong yang awal dibina pada tahun 1890. Dari tahun 1918 hingga 1963, Rumah Pasong ditadbir oleh Pegawai
Daerah. Di Sabah, SBUB membina The Square Tower pada tahun 1879 tahun sama dengan pembinaan Penjara
Taiping bagi menempatkan pesalah yang dijatuhi hukuman
e) Pada pendapat anda, apakah implikasi pentadbiran Barat terhadap sosial pada
masa ini?
Pada pendapat saya, anatara implikasi pentadbiran Barat terhadap soaial pada masa ini ialah pengenalan
sekolah-sekolah vernakular Melayu dan Inggeris. Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil turut
diperkenalkan. Penduduk Tanah Melayu yang mempelajari Bahasa Inggeris di Sekolah Inggeris berpeluang
menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Penduduk Tanah Melayu diperkenalkan tulisan
rumi yang menggantikan tulisan Jawi. Hasilnya, tulisan rumi digunakan masih digunakan oleh rakyat Malaysia
hingga hari ini. Pembentukkan masyarakat majmuk akibat kemasukan buruh-buruh dari China dan India ke Tanah
Melayu. Mereka akhirnya menjadi penduduk tetap di Malaysia kini. Dasar Pecah Perintah yang dijalankan oleh
British menyebabkan orang Melayu ketinggalan. Bukan seperti kaum Cina dan India, orang Melayu tidak dapat
terlibat dengan ekonomi komersial kerana tekanan daripada British sendiri. Cara pemikiran orang Melayu sudah
menjadi terbuka. Mereka kurang mempercayai perkara-perkara seperti pantang-larang, petua dan lain-lain sejak
kedatangan kuasa Barat. Landskap atau demografi Tanah Melayu berubah daripada kawasan bandar akibat
perkembangan pesat perlombongan bijih timah dan penanaman getah. Unsur-unsur Barat dapat dilihat melalui
senibina bangunan yang mempunyai ciri-ciri dan reka bentuk moden serta bidang muzik seperti rock, balada, jazz
dan sebagainya.
Kesimpulan
Dengan membuat tugasan ini, saya dapat mengetahui kesan pentadbiran Barat terhadap ekonomi
dan sosial pada masa pemerintahan dan juga pada masa ini. Saya telah mempelajari banyak ikhtibar
melalui tugasan ini. Selain itu, tugasan ini membolehkan kita mengetahui bahawa imperialisme Barat
memberikan implikasi yang buruk kepada negara tanah jajahan.Antara ikhtibar yang saya perolehi
adalah walaupun pendudukan kuasa asing merupakan suatu pengalaman pahit dalam sejarah  negara ,
namun kesan pendudukan tersebut jugalah yang membuka ruang kepada negara dan rakyat ke arah
pembentukan dan pengukuhan negara dari segi politik , ekonomi dan sosial . Fenomena ini juga yang
menjadikan tamadun Malaysia hari ini padat dengan gabungan , asimilasi dan sinkritisme berbagai –
bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul . Selain itu, sebagai bangsa Malaysia,
kita perlu bersatu menentang kuasa asing yang menduduki negara  termasuklah pengkhianat negara.
Hal ini dapat menjadikan hubungan antara rakyat lagi kukuh dan menjadikan negara kita sebagai
sebuah negara yang sukar untuk dikuasai oleh kuasa asing. Di samping itu, bagi keselamatan negara,
kita haruslah memilih pemimpin yang bijak membuat keputusan semasa pilihan raya supaya pemimpin
tersebut berwaspada dengan tipu helah negara luar terhadap negara kita. Kita bersama-sama harus
meletakkan harapan agar masyarakat berbilang kaum di negara kita sedia bertoleransi untuk membina
perpaduan. Hal ini menyebabkan negara kita sentiasa aman dan bebas daripada ancaman luar.
4.0 Rujukan
 Orang sumber

 Buku Teks
Buku teks tingkatan 3, Dr. Azharudin bin Mohamed Dali, Ridzuan bin Hasan,
Muslimin bin Fadzil, 2018, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

 Internet
http://cgzakariasej.blogspot.com/2017/10/model-jawapan-sejarah-3-spm-2017.htm
l

https://www.permohonan.my/kesan-penjajahan-barat-dan-jepun/
https://www.notasejarah.com/nota-sejarah-tingkatan-3-bab-6-perubahan/
4.0 Lampiran

Bandar Jesselton pada Bandar Jesselton pada Mata wang Negeri-negeri


abad ke-19 abad ke-19 Selat

Hospital Taiping, Perak Landasan Kereta api


(1878) Jesselton (1904)

You might also like