You are on page 1of 1

1.

2 Kesan–Kesan Pencemaran Udara

Terima kasih, saudari Khausaalyaah. Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia


adalah seperti menjejaskan sistem pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas
dalam keadaan udara yang tercemar kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan
gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem
pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia. Hal ini
menyebabkan individu tersebut mengantuk, menghadapi penyakit lelah dan fungsi paru-
paru juga akan terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 3juta
manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Hal ini adalah tiga kali
ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya.
Seterusnya, salah satu punca pencemaran udara iaitu pembakaran terbuka juga
menyebabkan jerebu di sesuatu kawasan . Hal ini merupakan sebuah isu yang sangat sensitif
kerana boleh meyebabkan masalah kesihatan seperti keiritasian pada mata, kegatalan kulit,
kesukaran bernafas dan sebagainya. Sebagai contoh, pada awal bulan Mei 2015,telah
berlakunya jerebu yang amat teruk berpunca daripada pembakaran hutan secara terbuka di
Indonesia yang telah menyebabkan beberapa buah sekolah terpaksa ditutup buat sementara
waktu. Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita.
Bahanbahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan
lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas
dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini
mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan
rumah hijau dan kepanasan bumi meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan
sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.
Itu sahaja pendapat saya saudari pengerusi.

Pencemaran air

Terdapat banyak juga kesan daripada pencemaran air. Salah satunya ialah bahan-
bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air.
Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika minum atau
menggunakan air yang tercemar itu dalam kehidupan seharian mereka. Sampah-sarap dan
najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan
menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri. Selain
itu, bahan-bahan toksik yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran makanan
dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai dan tasik seperti rumpair,
burung, ikan dan hidupan lain. Bahan-bahan toksik yangbercampur dengan air sungai atau
tasik,secara langsung akan mempengaruhi kualiti air minuman. Hal ini memberi kesan
negatif terhadap kesihatan, seperti kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman
yang akan mengakibatkan keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang
dewasa. Seterusnya, pencemaran air juga menyebabkan keindahan dunia pada masa ini
terjejas. Pantai-pantai yang dipenuh dengan sampah sarap menjengkelkan dan tidak indah
untuk dipandang. Sampah sarap yang dibuang dilaut menjadi punca hal tersebut berlaku.
Keadaan air laut ataupun sungai yangberbau busuk akibat daripada bakteria-bakteria
daripada bahan-bahan cemar yang dibuang ke dalam air laut atau sungai mewujudkan
keadaan yang tidakselesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia ini. Selain itu,
pembuanagan sampah sarap ke dalam sungai juga menyebabkan pencemaran air. Dengan
ini, kehidupan akuatik yang berada dalam sesebuah sungai yang tercemar terjejas. Hal ini
juga menyebabkan kepupusan hidupan akuatik berlaku. Itu sahaja pendapat saya saudari
Khausaalyaah.

You might also like