You are on page 1of 5

ESEI SEJARAH

1. Latar belakang ekonomi moden oleh kuasa barat di negara kita.


Kedatangan kuasa Barat membawa perubahan kepada sistem
pentadbiran di Malaysia. Semasa pemerintahan British, mereka
memperkenalkan sistem ekonomi moden iaitu sistem yang lebih
mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta. Antara ciri-ciri
ekonomi moden oleh kuasa barat di negara kita ialah modal yang besar,
tanah, pengeluaran dalam skala yang besar, menggunakan teknologi
moden dan menggunakan tenaga buruh yang ramai. Kuasa barat
menggunakan modal yang besar bagi industri perlombongan dan
perladangan untuk tujuan eksport. Sebagai contoh, bijih timah
dilombong secara komersial oleh pihak British untuk dieksport ke
pasaran dunia berikutan permintaan bijih timah yang tinggi. Selain itu,
kuasa barat membeli dan menguasai pelbagai bidang tanah kerana ia
adalah aset yang berharga dan perlu dimiliki oleh pemodal dan pelabur
Eropah. Tanah bagi kawasan perlombongan dan perladangan biasanya
ialah kawasan hutan yang belum diterokai serta terpisah daripada
petempatan penduduk tempatan. Di samping itu, mereka juga
menggunakan teknologi moden bagi keperluan kegiatan perlombongan
dan penanaman secara ladang besar-besaran. Sebagai contoh, pada
tahun 1929, terdapat 107 buah kapal korek di negeri-negeri Melayu dan
kesemuanya dimiliki oleh syarikat Eropah seperti Pahang Consolidated
Company Limited, Syarikat Malayan Tin Dredging dan Gopeng
Consolidated. Syarikat tersebut juga memperkenalkan teknologi kapal
korek dan perlombongan hidraulik. Seterusnya, kuasa barat ini
menggunakan tenaga buruh yang ramai bagi sektor perlombongan dan
perladangan contohnya pembangunan dan kepesatan ekonomi
menyebabkan British menggalakkan kemasukkan buruh asing untuk
mengisi kekosongan pekerjaan di kawasan perlombongan bijih timah.
Selain itu, mereka juga melakukan pengeluaran dalam skala yang besar
untuk kegiatan eksport kerana permintaan yang tinggi pada peringkat
antarabangsa. Sebagai contoh, pada akhir abad ke-19, negeri-negeri
Melayu merupakan penyumbang utama pengeluaran bijih timah dunia
iaitu sebanyak 55% daripada jumlah pengeluaran dunia.
2. Jelaskan kesan ekonomi akibat pentadbiran barat di negara kita.
Kemajuan ekonomi membolehkan British membina sistem
pengangkutan. British juga membina landasan kereta api, jalan raya,
lapangan terbang awam dan pelabuhan. Sistem telekomunikasi juga
dimajukan seiring kesan ekonomi yang meningkat. Antara kesan
ekonomi akibat pentadbiran barat di negara kita ialah pengangkutan,
kemudahan pelabuhan dan telekomunikasi. Seiring pertumbuhan
ekonomi di seluruh negara kita, British membina landasan kereta api di
Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Landasan kereta api mula dibina
oleh British untuk menghubungkan kawasan lombong dengan
Pelabuhan bagi memudahkan bijih timah dieksport dan ia juga dibina
bagi menghubungkan bandar-bandar pada tahun 1885-1896. Selain itu,
kemudahan pelabuhan dibina berikutan peningkatan eksport bijih timah
dan getah menjadikan pelabuhan Pulau Pinang, Kuala Sepetang, Port
Dickson, Melaka, Singapura dan Klang sebagai bandar pelabuhan yang
penting di Tanah Melayu. Di Sarawak dan Sabah pula muncul
pelabuhan Kuching, Rajang, Bintulu dan Miri dan juga pelabuhan
penting seperti Labuan, Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu dan
Sandakan. Di samping itu, sistem telekomunikasi di seluruh negara
diperluaskan apabila pada tahun 1886, talian telegraf telah dipasang
menghubungkan antara Kuala Lumpur dan Melaka manakala
perkhidmatan pos bermula di Kuala Lumpur sejak tahun 1880. Di
Sarawak dan Sabah pula perkhidmatan telekomunikasi diperkenalkan di
Sarawak bagi melicinkan pentadbiran dan mengurus kegiatan ekonomi
dan pada tahun 1897, terdapat perkhidmatan telegraf antara bandar
Kuching dan Singapura manakala SBUB memperkenalkan
perkhidmatan telegraf dan radio terutama di bandar besar.
Perkhidmatan ini membolehkan Sabah berhubung dengan negara lain.
3. Jelaskan kesan sosial akibat perkembangan ekonomi di negara kita.
Kesan sosial negara kita berkembang pesat seiring perkembangan
ekonomi yang meluas ke seluruh negara. Antara kesan sosial akibat
perkembangan ekonomi di negara kita ialah perkembangan bandar,
pembentukan masyarakat berbilang kaum, perkembangan pendidikan,
perkhidmatan kesihatan dan pembinaan penjara. Perkembangan bandar
meningkat apabila bandar baru misalnya Kuala Lumpur, Seremban,
Taiping dan Ipoh muncul sebagai pusat perniagaan, kewangan,
pendidikan dan pentadbiran. Hal ini membawa perubahan dalam
demograafi masyarakat di negara kita. Selain itu, pembentukan
masyarakat berbilang kaum iaitu kaum Melayu, kaum Cina, kaum India
mengharmonikan hubungan sosial dalam masyarakat. Sebagai contoh,
ramai orang Melayu menetap di kawasan kampung dan sebahagiannya
menetap di kawasan bandar dan pekan dan kegiatannya ialah
mengambil bahagian dalam sektor pertanian, perikanan, perniagaan,
perusahaan, harta tanah dan perbankan. Orang Cina pula ramai yang
menetap di kawasn bandar dan pekan yan mempunyai banyak peluang
ekonomi dan kegiatannya ialah melibatkan diri dalam sektor pertanian,
perniagaan, perusahaan, harta tanah dan perbankan manakala orang
India pula sebelum ini tinggal di kawasan perladangan dan kini telah
menjadi penduduk di kawasan pekan dan bandar dan kegiatannya ialah
mengambil bahagian dalam sektor perladangan, pengangkutan dan
pelbagai pekerjaan dalam sektor swasta dan kerajaan. Di samping itu,
perkembangan pendidikan didorong apabila British membina sekolah
Inggeris pertama di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang
dibuka pada taun 1816 di Pulau Pinang dan Melaka Free School di
Melaka pada tahun 1826. Di Sarawak, terdapat lebih 20 buah sekolah
didirikan oleh mubaligh antaranya St. Thomas (Kuching), St Joseph
(Kuching), Sekolah St Paul (Banting) dan Anglican St. Agustine School
(Betong) serta Sekolah St. Mary dan Sekolah St. Teresa ditubuhkan di
Kuching untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak perempuan
manakala di Sabah pula, mubaligh Kristian mendirikan beberapa
sekolah seperti Sekolah Rendah St. Mary dan Sekolah Lelaki St.
Michael dan mubaligh Kristian juga membina sekolah untuk kanak-
kanak perempuan serta SBUB membuka sekolah Melayu di Papar dan
Kota Belud. Seterusnya, British mempergiatkan perkhidmatan kesihatan
apabila hospital kerajaan pertama iaitu Hospital Taiping dibina pada
tahun 1878. Hospital didirikan bagi merawat buruh asing yang bekerja di
lombong dan estet dan penduduk tempatan juga mendapat manfaatnya.
British juga membina institute penyelidikan perubatan yang mana
kebanyakan kerja penyelidikan saintifik ditumpukan kepada penyakit
tropika dan kesannya rawatan perubatan berubah dari kaedah
tradisional berasaskan alam semula jadi kepada rawatan moden. Selain
itu, British juga membina penjara untuk menempatkan pesalah laku
apabila Francis Light memulakan langkah menjadikan Pulau Pinang
sebagai pusat menempatkan banduan dari India dan SHTI menjadikan
banduan sebagai bekalan tenaga buruh murah untuk membina
pelabuhan, bangunan, jalan raya, landasan kereta api dan penjara.
Pada tahun 1790, banduan dari India telah ditempatkan di Fort of
Cornwallis, Pulau Pinang. Di Sarawak, Penjara Sibu dikenali sebagai
Rumah Pasong dan pada tahun 1890, Rumah Pasong yang awal dibina
serta pada tahun 1918 hingga 1963, Rumah Pasong ditadbir oleh
Pegawai Daerah manakala di Sabah pula, pada tahun 1879, SBUB
membina The Square Tower sama dengan pembinaan Penjara Taiping
bagi menempatkan pesalah yang dijatuhi hukuman.

4. Perkembangan pesat perusahaan bijih timah dan getah


menyebabkan British menggalakkan kemasukan buruh secara beramai-
ramai dari negara luar.Jelaskan sistem kemasukan buruh berikut.
Sistem kemasukan buruh terdiri kepada dua iaitu Sistem Kontrak dan
sistem Kangani. Tenaga buruh dari China dibawa masuk ke negara kita
oleh pihak majikan dan tambang perjalanan, makanan, pakaian dan
tempat tinggal disediakan oleh majikan manakala tenaga buruh dari
India pula dibawa masuk secara beramai-ramai untuk bekerja di ladang
getah melalui sistem Kangani. Kangani bermaksud ketua, tandil, mandur
atau penyelia di ladang getah. Pemilik ladang menghantar Kangani ke
India untuk mencari tenaga buruh dan Kangani mengurus tambang dan
pejalanan buruh tersebut ke ladang majikannya.
5. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,apakah faktor-faktor yang
membawa kepada perkembangan bandar Kuala Lumpur.
Faktornya ialah kepesatan pengeluaran bijih timah yang menyebabkan
peningkatan ekonomi bandar Kuala Lumpur. Sejarah moden Kuala
Lumpur bermula pada 1850-an, ketika Raja Melayu Klang, Raja
Abdullah, mengupah buruh Cina untuk membuka lombong bijih timah
yang baru dan lebih besar. Mereka tiba di kuala Sungai Gombak dan
Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang. Sungai Gombak
pernah dikenali sebagai Sungai Lumpur, maka nama asal untuk bandar
ini ialah "Pengkalan Lumpur", lama-kelamaan diberi nama Kuala
Lumpur. Tidak lama kemudian, lombong timah dibuka di Pudu dan Batu.
Lombong-lombong ini berkembang menjadi kawasan perdagangan yang
semakin diterima sebagai bandar sempadan. Menjelang tahun 1860,
Kuala Lumpur menjadi pusat pengeluaran bijih timah yang penting di
Selangor. Bijih timah berjaya dilombong di Ampang, Kuala Sungai yang
menjadi pertemuan di antara Sungai Klang dan Sungai Lumpur dijadikan
pangkalan untuk mengangkut bijih timah. Kejayaan tersebut mendorong
ramai orang Melayu dan Cina mendirikan petempatan di situ yang
membentuk bandar Kuala Lumpur. Tokoh yang terlibat dalam
pembangunan Kuala Lumpur ialah Raja Abdullah Bin Raja Jaafar, Sutan
Puasa, Abdullah Hukum dan Yap Ah Loy.

You might also like