You are on page 1of 4

3.

0 Aspek Perubahan Sosial Dalam Masyarakat Tanah Melayu

3.1 Proses Perbandaran

Bandar baru seperti Seremban, Kajang, Kuala Kangsar, Lapis dan Pontian pula muncul kesan
dari perkembangan perusahaan getah, kelapa sawit dan nanas. Perkembangan kegiatan
perlombongan turut menyaksikan kedatangan imigran Cina untuk bekerja di kawasan
perlombongan. Hal ini menyebabkan bandar-bandar baru muncul seperti Taiping, Ipoh Kuala
Lumpur dan Seremban akibat kesan perkembangan perlombongan bijih timah.1 Kuala Lumpur
telah dibuka pada pertengahan tahun 1850-an dan berfungsi sebagai pusat pentadbiran
kerajaan kolonial Inggeris. Pertumbuhan penduduk Kuala Lumpur meningkat dengan pesat iaitu
seramai 2 000 orang pada tahun 1878 kepada 32 000 orang pada tahun 1901.2

Bandar baru yang muncul ini telah menjadi tumpuan penduduk dan berfungsi sebagai
pusat perniagaan dan pentadbiran. Bandar ini dilengkapi dengan kemudahan jalan raya,
sekolah, air, elektrik, pusat kesihatan, dan institusi kewangan. Bandar–bandar ini kebanyakanya
didiami oleh orang Cina, sebaliknya orang Melayu hanya segelintir sahaja menetap di bandar
dan selebihnya menetap di luar bandar.3 Bandar baru begitu pesat perkembangannya kerana
wujud sistem pengangkutan iaitu mempunyai rangkaian jalan raya dan kereta api. Hasil getah
dan bijih timah juga telah mengembangkan bandar pelabuhan kerana keperluan eksport seperti
pelabuhan Klang, Pulau Pinang.4 Walau bagaimanapun, kemudahan infrastuktur di awal
pemerintahan British tidak melibatkan kawasan luar Bandar, khususnya di kawasan pantai timur
Tanah Melayu kerana ketiadaan kepentingan ekonomi kepada mereka.5

3.2 Perkembangan infrastruktur

Penjajahan British telah memberi kesan kepada perkembangan kemudahan infrastruktur di


Tanah Melayu. Kemudahan infrastruktur ini memberi kemudahan kepada penduduk Tanah
Melayu pada abad ke-19. Kemudahan infrastruktur yang terbina ialah jalan raya, landasan

1 Gullick J.M., 1975, Malaysia: Economic Expansion and National Unity, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm 32.
2
Ibid
3
Mohd. Razali Agus, (1990), Pola-pola Petempatan Masyarakat Melayu di Kuala Lumpur, Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Melayu Universiti Malaya, hlm 26.
4
Azmah Abdul Manaf, 2001, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd. hlm 51
5
Ibid

0
kereta api, kemudahan kesihatan, dan sekolah-sekolah ditubuhkan.6 Perkembangan dalam
kemudahan infrastruktur ini walaupun dibina atas dasar kebaikan ekonomi untuk pihak
British,tetapi juga memberi kemudahan kepada masyarakat Tanah Melayu juga. Kolonial British
turut membawa pembangunan infrastruktur di Tanah Melayu walaupun tidak berlaku secara
menyeluruh. Kemasukan pengaruh British pada pertengahan abad ke-19 telah mengubah
sistem pengangkutan awam menjadi lebih baik. Sesuai dengan sistem ekonomi kapitalis, usaha
penting yang dijalankan ialah membina infrastruktur yang dapat mewujudkan satu sistem
perhubungan bagi menghubungkan semua pusat perusahaan bijih timah dengan pelabuhan-
pelabuhan yang menjadi pusat pengeksport hasil-hasil bijih timah. Selain dari itu, pihak kolonial
juga membina infrastruktur bagi menghubungkan kawasan pengeluaran dengan pelabuhan-
pelabuhan tertentu di Tanah Melayu.7

Kemajuan dalam bidang ekonomi secara besar-besaran dengan mendapat modal


daripada Britain yang menyebabkan tertubuhnya pentadbiran British di negeri-negeri Perak ,
Selangor, Sungai Ujong dan Pahang serta seluruh daerah dalam Negeri Sembilan. Kemudahan
Infrastruktur seperti jalan raya dan landasan kereta api sangat penting sebaik sahaja
pentadbiran British tertubuh di Tanah Melayu.8 Perkembangan infrastruktur ini berbeza
mengikut negeri-negeri yang bernaung. Negeri – negeri yang paling digemari oleh British ialah
tertumpu di negeri Selangor dan Perak. Kemudahan infrastruktur telah di bina di sekitar
kawasan-kawasan perlombongan bagi memudahkan segala proses pengangkutan hasil
perlombongan.9

Pada Jun 1885, landasan kereta api yang pertama telah dibuka di Larut di antara Port
Weld dan Taiping untuk memudahkan proses pengangkutan industri timah dan sistem
pengangkutan kereta api dibina yang menghubungkan hampir kesemua pusat perusahaan bijih
timah di Semenanjung dengan pelabuhan-pelabuhan di sepanjang Selat Melaka iaitu dari Kuala
Lumpur ke Pelabuhan Klang, Seremban ke Port Dickson, Ipoh ke Telok Anson dan Taiping ke
Port Weld. Hal ini sekaligus telah meningkatkan sistem kemudahan awam secara
keseluruhannya. Kemudahan pengangkutan telah membangunkan sektor ekonomi hingga
membawa kepada bertambah bilangan bandar baru yang menjadi pusat pentadbiran, politik,

6
Amarjit Kaur, 1984, An Historical Study of Transport in Malaya, Kuala Lumpur, Persatuan Sejarah Malaysia. hlm 43
7
Ibid, hlm 44
8
Ibid, hlm 47
9
Gullick J.M., 1975, Malaysia: Economic Expansion and National Unity, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm 58.

1
perdagangan dan perusahaan seperti Kuala Lumpur, Melaka dan Ipoh. Kemudahan sistem
perhubungan yang diwujudkan oleh British telah memberikan keselesaan kepada masyarakat
walaupun pada awalnya, kewujudan kemudahan infrastruktur ini adalah demi kepentingan
ekonomi pihak British.

Seterusnya, kemudahan infrastruktur yang lain yang ditubuhkan oleh pihak British ialah
kemudahan kesihatan dan pusat penyelidikan. Salah satu matlamat British setelah kewujudan
sistem Residen ialah untuk menubuhkan pusat perubatan dan kemudahan kesihatan kepada
penduduk Tanah Melayu. Hospital kerajaan pertama yang dibuka pada tahun 1878 adalah di
Taiping. Hospital ini dibina di kawasan bukit yang mana hospital tersebut pada asalnya
menempatkan seramai 50 orang pesakit tetapi pada waktu itu tiada alatan untuk pembedahan
dan alatan-alatan yang lain. Hospital kerajaan turut dibina di Selangor pada waktu yang sama
dan antara kedua-dua hospital ini menunjukkan kemudahan seramai 100 orang pesakit.10
Pengeluaran negeri Pahang yang kurang tidak akan dapat menyamai dengan Negeri Perak dan
Selangor. Hasil percukaian dari bijih timah tidak pernah melebihi sebanyak lima peratus
daripada jumlah keempat-empat negeri yang bernaung itu, malah tidak pernah mencukupi bagi
negeri Pahang itu sendiri dan untuk dikaitkan dengan kemudahan kesihatan adalah tidak
menghairankan apabila hospital yang telah dibuka di Perak sudah mempunyai 15 buah hospital,
Selangor sebanyak 14 buah hospital, manakala Pahang hanya mempunyai dua buah hospital
sahaja. Selepas melalui zaman sukar sistem Residen, Hospital dapat diuruskan dengan lebih
baik dan pada tahun 1880 hubungan antara United Kingdom membolehkan pembantu hospital
diimport daripada India dan Ceylon. Selain itu, hospital turut dibuka di Tanjong Malim, Batu
Gajah, Gopeng, Krian dan Kuala Kangsar selepas tahun 1884.11

Kemudahan Infrastrukur yang diperkenalkan oleh kolonial British ini memberi kesan
yang baik kepada masyarakat tempatan. Penubuhan jalan raya dapat memudahkan
perhubungan antara satu kawasan dengan kawasan yang lain, landasan kereta api
memudahkan pengangkutan bijih timah ke pelabuhan-pelabuhan tertentu, kemudahan
kesihatan dan perubatan pula memudahkan masyarakat mendapat khidmat nasihat daripada
doktor dan mendapatkan bekalan ubat-ubatan dan kemudahan pendidikan membolehkan
masyarakat tempatan pandai membaca dan mengira. Walaupun lebih menyumbang kepada

10 Ahmad Nazri Abdullah, (1985), Melayu dan Tanah, Selangor: Media Intelek Sdn. Bhd. hlm 44
11
Rahmat bin Saripan, (1991), Masyarakat Melayu Abad ke-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm 37

2
perkembangan ekonomi British, tetapi tetap juga memberi kemudahan kepada masyarakat
tempatan.

You might also like