You are on page 1of 3

Peranan pendidikan terhadap perkembangan sosoiekonomi setempat di tanjung malim

Insfrastruktur
Istilah insfrastruktur adalah merujuk kepada satu kemudahan dan perkhidmatan asas seperti
kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.1 Kemudahan ini diperlukan
untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, organisasi dan lain-lain.
Hal ini bertujuan untuk memenuhi keperluan pendidikan dan ekonomi sosial masyarakatnya.
Perkembangan infrastruktur yang berlaku meliputi sistem perhubungan atau komunikasi dan
sistem pengangkutan serta perkembangan bandar dan luar bandar yang saling mempunyai
perkaitan rapat dengan sosioekonomi penduduk Malaysia. Kepentingan pendidikan lazimnya
akan turut mempengaruhi corak kependudukan di sesuatu kawasan. Walau bagaimanapun,
infrastruktur ini lebih membawa kepentingan bagi sesuatu tempat yang mempunyai tahap
pendidikan ataupun tempat pendidikan bagi memudahkan masyarakat menjalankan aktiviti
harian.
Pada tahun 1922, Sultan Idris Training College (SITC) didirikan di Tanjung Malim dan ini
merupakan antara faktor awal yang membantu kepada proses perkembangan insfrastruktur di
Tanjung Talim. Apabila SITC dinaik taraf menjadi Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI),
Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) dan kemudiannya sebagai Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) pada tahun 1997 terus membantu kepada perkembangan dan pembangunan
insfrastruktur di kawasan sekitar Tanjung Malim. Selain itu, terdapat juga infrastruktur seperti
rangkaian kereta api yang dibina pada 19 september 1903 yang menghubungkan antara Perai
melalui Tapah, Tanjong Malim dan Kuala Kubu terus ke Seremban sepanjang 450 km. 2 selain
itu juga disebabkan adanya SITC ini juga turut menambahkan pembinaan sistem
perhubungan seperti kereta api dan jalan raya, serta pos, kemudahan awam lain seperti
sekolah, pusat kesihatan dan sebagainya. Kesan daripada perkembangan pendidikan ini, maka
secara tidak langsung ianya turut mempengahruhi corak perkembangan bandar dan luar
bandar serta telah mewujudkan bandar- bandar baru dan kawasan luar bandar yang telah
menjadi satu kawasan tumpuan masyarakat. Perkembangan- perkembangan infrastruktur

1 Kamus Dewan Edisi ke-4, 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlm. 577
2 Amarjit Kaur (1985). Seabad keretapi di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan
Muzium Malaysia. Hlm.6.

yang semakin pesat inilah yang akhirnya telah memberi kesan jelas terhadap sosioekonomi
masyarakat tempatan.
Menjelang abad ke-19, infrastruktur di Tanjung Malim mula mengalami peningkatan lebih
baik. Berikutan itu, satu tapak seluas 63 ekar telah dibeli di Tanjong Malim dengan harga
RM49,000.00. Kerja-kerja pembinaannya bermula pada Ogos 1919. Penekanan infrastruktur
maktab tersebut telah diberikan oleh pihak berkuasa dengan membabitkan orang
perseorangan dan syarikat-syarikat swasta Eropah. Pendawaian sistem elektrik dan bekalan
air telah dilakukan dengan teliti dan dikemaskini bagi memastikan bekalan elektrik dan air
tidak terputus. Kesan daripada pembinaan Sultan Idris Training College (SITC) didirikan,
kemajuan infrastruktur ini telah mempengaruhi keadaan sosial masyarakat tempatan.
Beberapa buah klinik telah ditubuhkan bagi memberi kemudahan kepada penduduk untuk
mendapatkan rawatan kesihatan. Keadaan ini berlaku kerana pada tahun 1878, sebuah
hospital yang pertama di Tanah Melayu telah didirikan di Taiping dan Kuala Lumpur.
Menjelang tahun 1896, beberapa buah hospital lagi telah didirikan dibeberapa buah negeri.
Negeri Perak mencatat jumlah tertinggi iaitu 15 buah hospital. 3 Hal ini kerana kesan daripada
adanya SITC ini menyebabkan pertambahan penduduk sekitar Tanjung Malim dan taraf
penjagaan kesihatan amat penting bagi penduduk maka lama kelamaan pusat kesihatan kecil
seperti Klinik Kesihatan TG.Malim, Poliklinik Bakti Aminin @ Pusat Perubatan Bakti
Aminin, Poliklinik Salehuddin, Klinik Dr Azhar Dan Rakan-rakan, Klinik Nabilah
(berhadapan UPSI), Klinik Dr Mazlan (berhadapan Maybank) dan juga Klinik UPSI dibina
bagi memudahkan penduduk dan pelajar mendapatkan rawatan. Pembinaan pusat kesihatan
ini telah memberikan perkhidmatan kesihatan lebih baik kepada penduduk sekitar Tanjung
Malim dalam sosioekonomi mereka serta mampu menyalurkan rawatan segera kepada
pesakit.
Di samping itu juga, penubuhan SITC dianggap sebagai suatu cetusan era yang membawa
perkembangan sosioekonomi setempat di Tanjung Malim. Pada 13 Januari 1975, MPSI
memecah tradisinya apabila mula menerima 140 orang penuntut perempuan. Kecemerlangan
MPSI terus unggul apabila pada 21 Februari 1987, ia dinaikkan taraf menjadi institut dan
dikenali dengan nama Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). Mulai tahun 1987, Kursus Sijil
Perguruan Khas (KSPK) diperkenalkan. Setahun kemudian iaitu dalam tahun 1988, Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) pula dimulakan di IPSI. Kesan daripada peningkatan
3 Ruslan Zainuddin (2004). Sejarah Malaysia. Shah Alam: Fajar Bakti. Hlm. 328.

bilangan pelajar ini menyebabkan Tanjung Malim menjadi sebuah pekan yang mempunyai
kemudahan seperti Sistem pengangkutan iaitu stesen bas Tanjung Malim serta Stesen kereta
api Tanjung Malim. Keadaan ini berlaku juga kerana menjelang tahun 1911, banyak jalan
utama dibina menghubungkan bandar besar dengan bandar kecil, kawasan ekonomi dan
pelabuhan utama.4 Pembinaan jalan raya juga telah membawa kemunculan pengenalan
kenderaan bermotor pada tahun 1902. Plaza Tol pertama di Malaysia terletak di jalan besar
antara Slim River ke Tanjung Malim dibuka pada 1964. Jalan dua hala sepanjang 20 km ini
dinamakan 'Lebuh raya Tanjung Malim-Slim River'. Jalan besar ini dikenakan tol, sebelum
Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Plus mula dibina pada 1988 dan siap pada 1994. Sistem
jalan raya bertol ini adalah yang pertama di Asia. Dengan adanya sistem pengangkutan yang
baik ini telah memudahkan penduduk dan juga pelajar untuk bergerak dengan lebih cepat
untuk ke sesuatu kawasan.
Selain itu, dengan pertambahan penduduk iaitu pelajar pada satu-satu masa yang mencecah
sehingga puluhan ribu menyebabkan Tanjung Malim harus memenuhi permintaan penduduk
dan mewujudkan penawaran yang besar untuk memenuhi keperluan. Oleh itu, sistem
perbankan telah dibina di sekitar pekan Tanjung Malim bagi memudahkan pelajar dan
penduduk dalam pengurusan sistem wang. Antara bank yang terdapat di Tanjung malim
adalah seperti AmBank (M) Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd, Public Bank
Bhd, Bank Islam Bhd, Maybank Bhd, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat, RHB Bank,
dan Agro Bank.

4 Azman Abdul Manaf (2001). Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Hlm. 30.

You might also like