You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai pelbagai kaum,
agama, kebudayaan dan adat resam. Hakikatnya, kepelbagaian tersebut merupakan
kesan daripada interaksi antara Tamadun Cina, Tamadun Melayu dan Tamadun India
dengan Malaysia sejak abad ke-14 yang lalu. Kesan positif daripada pertembungan
ketiga-tiga tamadun ini menjadikan masyarakat Malaysia hidup secara harmonis dalam
semua aspek seperti sosial, budaya, bahasa, pendidikan, makanan, ekonomi, teknologi,
pembinaan dan sebagainya.

Tamadun dalam bahasa Inggeris ialah civilization. Mengikut Kamus Dewan (1991),
perkataan tamadun bererti kebudayaan, kemajuan dan peradaban. Jadi, tamadun
secara umumnya diertikan sebagai pembangunan, perubahan, kemajuan dan
peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia. Sebuah negara yang
bertamadun merupakan negara yang mencapai tahap pencapaian fizikal dan sosial
masyarakatnya.

Selain itu, interaksi antara tamadun-tamadun dan kepelbagaian agama dan budaya
dalam kalangan masyarakat Malaysia ini telah mewujudkan sebuah nasional yang
berdaya bersaing dengan negara yang lain. Justeru, penulisan ini akan membincangkan
tentang impak dan sumbangan Tamadun Cina, Tamadun Melayu dan Tamadun India
terhadap pendidikan, ekonomi dan sioso budaya di Malaysia.

2.0 Pengaruh Tamadun Cina terhadap Pendidikan Malaysia

Dalam tamadun Cina, masyarakatnya sangat menghargai pendidikan. Terdapat tiga


peringkat pendidikan, iaitu pendidikan rendah, menengah dan tinggi. Malaysia juga
mempunyai 3 peringkat pendidikan iaitu sekolah rendah, sekolah menengah serta
pengajian tinggi seperti universiti dan kolej. Pada peringkat pendidikan tinggi, sistem
pendidikan mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-
Jen, dan tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap
kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti
yang terdapat pada zaman moden ini.

Tambahan pula, sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di


dunia. Peperiksaan awam China akan dijalankan pada setiap tahap di tempat yang
berlainan seperti tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah
dan tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan
maharaja. Mereka yang lulus dengan ijazah kelas pertama akan berpeluang menjadi
pegawai kerajaan dan ijazah kelas ketiga berlayak untuk menjadi pendidik.

Di Malaysia, peperiksaan juga dijalankan di sekolah rendah, sekolah menengah dan


pengajian tinggi. Peperiksaan di Malaysia bertujuan untuk mengetahui tahap
penguasaan pelajar terhadap ilmu pengetahuan yang dipelajari. Terdapat peperiksaan
yang amat penting bagi semua warga Malaysia iaitu Sijil Pelajaran Malysia (SPM) dan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Kedua-dua sijil ini merupakan satu pas
untuk warga Malaysia meneruskan pelajaran ke universiti. Warga Malaysia sentiasa
berharap agar mereka dapat masuk ke universiti kerana orang yang berpendidikan
tinggi akan mendapat peluang pekerjaan yang lebih banyak. Selain itu, keputusan
peperiksaan juga menjadi satu rujukan bagi mencungkilkan individu yang berbakat dan
berupaya untuk memberi sumbangan mereka dalam pembangunan Malaysia. Jelasnya
bahawa, sistem pendidikan tamadun China telah memberi impak positif kepada
kemajuan Malaysia.

3.0 Pengaruh Tamadun Melayu terhadap Ekonomi Malaysia

Ekonomi Tamadun Melayu adalah bermula di pelabuhan Melaka, Acheh dan lain di
rantau alam melayu. Pelabuhan-pelabuhan tersebut telah berjaya menggerakkan
ekonomi orang Melayu ke persada serantau nusantara dan antarabangsa. Ekonomi
Tamadun Melayu pada awalnya dijalankan secara mikro perdagangan melalui individu,
pasar dan bandar-bandar kecil. Kemudian, ekomoni mereka telah berjaya
diperkembangkan dengan mengamalkan sistem perindustrian secara besar-besaran.
Tambahan pula, pelabuhan-pelabuhan alam melayu telah berjaya menjadi pusat import
dan eksport yang maju di rantau asia.

Pada masa ini, Malaysia masih menggunakan pelabuhan-pelabuhan untuk


mengeskport dan mengimport barang perdagangan. Tamadun Melayu telah memberi
sumbangan yang banyak dalam bidang perdagangan antarabangsa dan mewujudkan
hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara lain sekali gus menstabilkan
ekomoni negara.

Di samping itu, pelbagai jenis barang perdanganan seperti barangan logam, rempah
ratus, pembinaan, kayu kayan dan pertanian diperniagakan semasa Tamadun Melayu
bagi memenuhi keperluan domistik sehingga ke peringkat antarabangsa. Pada masa
sekarang, pengekspotan pertanian negara seperti timah, getah, kelapa sawit dan kelapa
turut menyumbang kepada hasil negara Malaysia.

Perkembangan pesat ekonomi Tamadun Melayu telah mencetuskan keperluan


tenaga kerja di sektor-sektor perladangan dan perlombongan. Impak positifnya ialah
peluang pekerjaan ditambahkan dan semua orang boleh mendapat gaji serta
merapatkan jurang perbezaan ekonomi. Tidak boleh dinafikan bahawa, hampir semua
warga Malaysia zaman kini dapat berkerja dan mempunyai status ekonomi yang stabil.

4.0 Pengaruh Tamadun India terhadap Sosio Budaya Malaysia

Sosio budaya sesuatu negara boleh dilihat dari banyak aspek seperti adat istiadat, seni
bina, seni tarian, makanan dan sebagainya. Sosio budaya masyarakat di Malaysia
banyak dipengaruhi oleh corak ketamadunan India. Hal ini demikian kerana pengaruh
Hindu disampaikan lebih awal di Malaysia sekiranya berbanding dengan agama Islam.
Candi Lembah Bujang di Kedah adalah bukti orang Melayu di Kuala Kedah pernah
menganut agama Hindu-Buddha.

Gambar 1: Candi Lembah Bujang


Dari aspek seni bina, pengaruh India yang amat ketara ialah kuil. Pedagang-
pedagang yang datang ke Tanah Melayu dahulu banyak mendirikan kuil-kuil agama
Hindu yang berbentuk sama dengan seni bina kuil Hindu di India. Tambahan pula,
pengaruh seni bina Selatan India juga banyak mempengaruhi seni bina masjid.
Misalnya, Masjid Kapitan Kling di Pulau Pinang merupakan salah satu contoh seni bina
Selatan India yang dibina oleh ketua masyarakat India Muslim atau Kapitan. Keunikan
bagi seni bina India Muslim ini adalah jelas pada kubah potong bawang. Menurut Siti
Norlizaiha (2010), struktur pembinaan seperti ini masih digunakan pada seni bina masjid
pada zaman sekarang.

Gambar 2: Kuil Batu Malai Sri Subramaniar Gambar 3: Masjib Kapitan Kling

Seni bina yang bercirikan India di Malaysia juga dapat dilihat dari pusat pentadbiran
kerajaan persekutuan Malaysia di Putrajaya. Reka bentuk bangunan ini adalah hampir
sama dengan reka bentuk Taj Mahal di India. Taj Mahal merupakan sebuah bangunan
yang unik dan penuh dengan ukiran kreatif tamadun India. Hal ini telah menunjukkan
bahawa Tamadun India sangat mahir dalam seni ukiran dan reka bentuk bangunan
mereka dijadikan sebagai asas pembinaan pusat pentadbiran di Malaysia.

Gambar 4: Pusat Pentadbiran Kerajaan


Persekutuan Malaysia Gambar 5: Taj Mahal
5.0 Penutup

Jelasnya bahawa Tamadun Melayu, Tamadun Cina dan Tamadun India telah memberi
impak dan kesan posifnya terhadap ekonomi, pendidikan dan sosio budaya Malaysia.
Sebenarnya, bukan sahaja ketiga-tiga aspek yang dibincangkan dalam esei ini, tetapi juga
aspek lain seperti politik, perundangan, teknologi dan sebagainya juga merupakan pengaruh
dari tamadun-tamadun Asia. Oleh sebab sumbangan daripada pelbagai tamadun, Malaysia
telah dimajukan dan dibangunkan dengan lebih baik dan makmur. Jadi, warga Malaysia
hendaklah menghargai segala manfaat yang diperoleh. Tambahan pula, kebudayaan dan
adat resam yang diterima dari pelbagai tamadun perlu dijaga dengan baik supaya keunikan
negara kita dapat dikukuhkan. Walaupun negara kita hanya satu titik kecil dalam peta dunia,
namun usaha yang kuat untuk menjaga sumbangan tamadun bagi memajukan negara kita
akan menjadi satu teladan yang baik kepada negara-negara lain.

(1001 patah perkataan)

You might also like