You are on page 1of 6

Tugasan 2: Penulisan Esei

Dalam sistem pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan generasi yang cemerlang dari aspek
JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. CoRT merupakan salah satu
pendekatan yang diutamakan oleh KPM. Istilah CoRT merupakan singkatan daripada
“Cognitive Research Trust” yang diperkenalkan oleh seorang pakar, Edward De Bono.
Program CoRT mengandungi 6 bahagian iaitu CoRT 1: Keluasan Persepsi, CoRT 2:
Organisasi Proses Berfikir, CoRT 3: Interaksi, Argumen, Pemikiran Kritis, CoRT 4: Pemikiran
Kreatif, CoRT 5: Maklumat Dan Perasaan serta CoRT 6: Tindakan.

CoRT 1: Keluasan Persepsi

CoRT 2: Organisasi Proses Berfikir


CoRT
Program CoRT

CoRT 3: Interaksi, Argumen, Pemikiran Kritis


Program

CoRT 4: Pemikiran Kreatif

CoRT 5: Maklumat dan Perasaan

CoRT 6: Tindakan

RAJAH 1: Kandungan Program CoRT

GAMBAR 1: Edward De Bono

1
Program CoRT mendorong setiap individu supaya berfikir secara meluas dan
alat CoRT merupakan satu instrumen yang biasanya digunakan untuk meningkatkan kualiti
pemikiran seseorang untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Dalam
pendidikan Malaysia, guru sering menggunakan CoRT 1 sebagai panduan dalam
pengajaran mereka. Hal ini demikian kerana CoRT 1 bertujuan untuk meluaskan persepsi
seseorang tentang sesuatu idea dan dapat membuat keputusan yang sesuai serta
menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan dan efektif. Terdapat 7 komponen dalam
CoRT 1 iaitu PMI (Plus, Minus, Interesting), CAF (Consider All Factors), C&S (Consequence
and Sequel), AGO (Aims, Goals, Objectives), FIP (First Important Priorities), APC
(Alternatives, Possibilities, Choices) dan OPV (Other People’s Views). Dalam esei ini, saya
akan menjelaskan 5 daripada 7 komponen CoRT 1 serta memberikan contoh.

PMI

OPV CAF

CoRT 1
APC C&S

FIP AGO

RAJAH 2: Komponen CoRT 1

GAMBAR 2

Pertama sekali, PMI (Plus, Minus, Interesting) membawa maksud baik, buruk,
menarik dalam bahasa Melayu. Tujuan menggunakan PMI adalah untuk melatih pelajar

2
supaya meluaskan fikiran tentang sesuatu keadaan atau situasi dan mengelakkan reaksi
beremosi semasa mengembangkan idea. Semasa perbincangan, guru boleh meminta
pelajar supaya meyenaraikan semua perkara yang baik (P), buruk (M) serta berfikir apa-apa
yang menarik (I) tentang sesuatu situasi. Pada akhir perbincangan, guru dan pelajar dapat
membuat keputusan tentang tajuk atau isu yang telah dibincang. Contoh tajuk yang boleh
mengaplikasikan PMI ialah pekerja kilang diganti oleh robot. Selepas perbincangan, pelajar
boleh membuat satu jadual untuk menyenaraikan semua yang baik, buruk dan menarik.
Sebagai contoh:

Pekerja kilang diganti oleh robot


Baik Buruk Menarik
Menjimatkan Masa Memerlukan kos yang tinggi Dapat bekerja lebih masa
Meningkatkan produktiviti Radioaktif Produk dihasil lebih halus
dan berkualiti
Jadual 1

GAMBAR 3

Seterusnya, CAF (Consider All Factors) dimaksudkan ambil kira semua faktor
dalam bahasa Melayu. Tujuan bagi CAF adalah untuk menggalakkan pelajar meninjau
semua aspek untuk sesuatu keadaan dengan lengkap dan menyeluruh. Hal ini juga dapat
mengelakkan pelajar daripada terlupa faktor yang penting. Guru hendaklah meminta pelajar
menyenaraikan semua faktor yang berkenaan serta mempertimbangan setiap faktor dengan
pelajar. Kemudian, guru dan pelajar hendaklah membuat keputusan yang sewajarnya
selepas pertimbangan. Contoh tajuk yang boleh dibincangkan ialah pencemaran udara
semakin hari semakin serius. Faktor-faktor yang dapat dipertimbangkan termasuklah asap
kotor yang dikeluar dari kilang perindustrian berat serta kenderaan di jalan raya,
pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk yang tidak bertanggungjawab, sikap
manusia yang suka merokok dan sebagainya.

3
GAMBAR 4

Tambahan pula, dalam bahasa Melayu, C&S (Consequence and Sequel)


merupakan kesan dan akibat. Tujuan penggunaan teknik C&S adalah untuk pelajar dilatih
supaya dapat menjangkakan perkara yang mungkin berlaku selepas sesuatu cadangan
dijalankan. Pelajar juga hendaklah dapat meramalkan kesan dan akibat keputusan tersebut.
Guru perlulah meminta pelajar supaya memberikan pendapat masing-masing tentang
cadangan yang sesuai, risiko yang akan dihadapi, kesan serta merta, jangka panjang dan
jangka pendek. Tajuk yang boleh dibincangkan dengan menggunakan C&S ialah
penggunaan telefon bimbit semasa PdPc. Pelajar juga boleh membuat satu jadual supaya
idea dapat disusun dengan jelas. Sebagai contoh:

Perkara Idea
Adakah cadangan tersebut dibenarkan? Tidak
Apakah risiko yang mungkin dihadapi? Pelajar bermain permainan dalam telefon
bimbit semasa guru mengajar.
Apakah kesan serta merta? Pelajar tidak dapat fokus semasa PdPc
Apakah kesan jangka pendek? Ilmu yang ingin disampaikan oleh guru tidak
dapat ditimba oleh pelajar.
Apakah kesan jangka panjang? Keputusan peperiksaan pelajar tidak baik.
Adakah cadangan berkenaan baik? Tidak.
Jadual 2

Selepas pelejar meramalkan kesan serta merta, jangka panjang dan jangka pendek, pelejar
dapat membuat keputusan untuk menentukan cadangan tersebut baik atau tidak.

4
GAMBAR 5

Bukan itu sahaja, APC (Alternatives, Possibilities, Choices) merupakan


alternatif, kemungkinan dan pilihan . Penggunaan APC bertujuan untuk melatihkan pelajar
supaya memikirkan beberapa perkara dengan serentak. Selepas itu, pelajar perlu
menentukan pilihan yang terbaik. APC juga membantu pelajar supaya tidak berfikir sehala
sahaja. Guru hendaklah meminta pelajar berfikir cara-cara alternatif untuk mengatasi
masalah. Selepas itu, guru perlu berbincang dengan pelajar untuk memilih cadangan yang
terbaik. Contoh tajuk perbincangan ialah cara-cara untuk mengurangkan kemalangan jalan
raya. Sebagai contoh, pelajar berpendapat kerajaan hendaklah menguatkuasakan undang-
undang dengan lebih ketat. Kemudian, pelajar hendaklah berfikir tentang cara-cara yang
berlainan untuk meyelesaikan masalah tersebut. Tambahan pula, pelajar hendaklah
bertimbang tentang baik dan buruk cadangan tadi serta memilih cadangan yang paling baik.

GAMBAR 6

Di samping itu, satu lagi teknik yang terdapat dalam CoRT 1 ialah OPV
(Other People’s Views). Dalam bahasa Melayu, OPV bermaksud pandangan orang lain.
Tujuan penggunaan OPV adalah untuk memastikan pelajar dapat mengambil kira
pandangan atau pendapat orang lain sebelum membuat sesuatu keputusan. Hal ini dapat

5
mengelakkan pelajar daripada membuat keputusan yang hanya memfokuskan diri sendiri
sahaja. Guru hendaklah meminta pelajar berfikir tentang idea diri sama ada sesuai ataupun
tidak dan juga mendengar pandangan orang lain terhadap idea diri. Contoh tajuk yang boleh
dibincangkan ialah pelajar diwajibkan meyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. Pelajar juga
boleh mencatatkan pandangan pelbagai pihak dalam bentuk jadual, seperti berikut:

Pihak Pandangan
Pelajar Membazirkan masa dan tenaga
Guru Peluang yang baik untuk pelajar
menunjukkan bakat pelajar
Ibu bapa Menggunakan masa lapang untuk aktiviti
yang berfaedah.
Jadual 3

Kesimpulannya, jelasnya bahawa penggunaan teknik-teknik CoRT 1 semasa


seseorang pelajar berfikir adalah sangat penting. Hal ini dikatakan demikian, 7 komponen
CoRT 1 dapat membantu pelajar berfikir dengan kreatif, kritis dan menyeluruh. Oleh sebab
itu, teknik CoRT tersebut hendaklah diaplikasikan oleh para pelajar semasa perbincangan
bukan sahaja pelajar sekolah menengah tatapi juga sekolah rendah. Tambahan pula,
pelbagai pihak yang berkenaan hendaklah berganding bahu dan bekerjasama untuk
mempromosikan teknik-teknik CoRT kepada semua pelajar dan berusaha untuk
menggunakan teknik tersebut supaya melahirkan insan yang dapat memberi sumbangan
kepada negara pada masa yang akan datang. Bak kata pepatah: “pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara.” Anatara usaha yang boleh dilaksanakan termasuklah mengadakan
kempen atau ceramah secara berterusan tetang concept CoRT, guru boleh menggalakkan
pelajar supaya berfikir dengan menggunakan CoRT 1 dan sebagainya. Saya berharap
program CoRT tersebut boleh berjaya melahirkan insan yang berguna demi negara kita
menjadi lebih maju dan makmur.

You might also like