You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN

Konsep Kemahiran Belajar merupakan satu teknik menguasai teknik belajar supaya mereka
dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri mereka. Teknik ini melibatkan beberapa
kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Antara kemahiran belajar ialah prinsip,
teori umum, dan kaedah tertentu yang mampu melipatgandakan keberkesanan dalam (p&p).
Kaedah ini merupakan kaedah yang sistematik dan teratur untuk memperoleh dan
memproses maklumat. Pembelajaran secara berkesan menggunakan kaedah penghafalan
dalam teknik pembelajarannya. Selaini itu, pelaksanaan latih tubi yang berterusan turut
memperbaik daya ingatan seseorang agar tidak mudah lupa maklumat-maklumat penting
dalam menuntut ilmu.

Manual Annotation ialah satu cara untuk menambahkan maklumat bagi sesetengah
peringkat. Contohnya, perkataan dan frasa, perenggan dan bahagian serta keseluruhan
dokumen. Maklumat ini berbentuk meta-data iaitu satu data yang menunjukkan data yang
lain. Perbezaan antara manual annotation dengan meta-data yang lain ialah manual
annotation hanya tertumpu kepada idea yang khusus dalam sesuatu dokumen.

Column notes ialah nota mencatat mengikut tajuk dan subtajuk dalam satu kolum.
Kolum kiri diisi dengan idea utama manakala kolum kanan diisi dengan penjelasan kepada
idea utama.

I-Think bermaksud pemikiran yang inovatif bertujuan untuk mempertingkatkan dan


membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar supaya menghasilkan pelajar
yang kreatif, kritis dan inovatif.

Peta minda merupakan suatu penulisan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea
penting diletakkan di tengah sebagai pusat utama dan idea lain yang berkaitan
dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan garisan, bentuk dan warna.

CoRT ialah cognitive research trust. Menurut Edward De Bono, CoRT mempunyai 6
bahagian. Setiap bahagian mempunyai 10 unit pelajaran. CoRT ini dicipta merangkumi
pemikiran kreatif, konstruktif dan kritis.
1.1 MANUAL ANNOTATION

Annotation merupakan catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk penerangan
ringkas. Penerangan ini mengenai sesuatu kerja seperti artikel, bab buku, buku, laman web
atau filem. Penjelasan haruslah mempunyai maklumat bibliografi yang lengkap.

Manual Annotation ialah satu cara untuk menambahkan maklumat bagi sesetengah
peringkat. Contohnya, perkataan dan frasa, perenggan dan bahagian serta keseluruhan
dokumen. Maklumat ini berbentuk meta-data iaitu satu data yang menunjukkan data yang
lain. Perbezaan antara manual annotation dengan meta-data yang lain ialah manual
annotation hanya tertumpu kepada idea yang khusus dalam sesuatu dokumen. Annotating
teks adalah sangat baik daripada bacaan yang dilakukan. Penjelasan menjadikannya
mudah untuk mencari maklumat dengan cepat apabila melihat kembali dan menyemak
teks. Manual annotation membantu seseorang membiasakan diri dengan kedua-dua
kandungan dan organisasi apa yang telah dibaca. Ia menyediakan satu peluang untuk
melibatkan diri dengan idea dan isu-isu secara langsung melalui komen. Sebuah teks yang
baik annotated akan mencapai semua ciri ini. Antaranya ialah dapat mengenal pasti di mana
dalam teks idea-idea penting dan maklumat berada, mendaftar idea-idea utama dalam teks,
mengesan perkembangan idea-idea/hujah seluruh teks dan memperkenalkan beberapa
pemikiran dan tindak balas kepada pembaca.

Terdapat empat cara annotating teks. Antaranya ialah underlining,


paraphrase/ringkasan idea utama, rangka kerja penerangan dan memberikan komen.

:
1.2 COLUMN NOTES

Column notes adalah cara mengambil nota menggunakan format berbentuk lajur. Teknik ini
lebih sesuai bagi mata pelajaran Sains dan Matematik. Biasanya, column notes digunakan
untuk membaca dan membezakan sesuatu tajuk. Nota dicatat mengikut tajuk dan subtajuk
dalam satu kolum. Kolum kiri diisi dengan idea utama/tajuk atau subtajuk manakala kolum
kanan diisi dengan perenggan atau penjelasan kepada tajuk dan subtajuk.

Menurut kaedah Cornell, proses membuat column notes ialah membahagikan kertas
tersebut kepada tiga bahagian. Ruang di sebelah kiri untuk menulis tajuk-tajuk utama.
Ruang yang lebih besar di sebelah kanan untuk menulis nota-nota dan ruang kosong di
bawah untuk meringkaskan nota. Kemudian, mengkaji dan menjelaskan nota. Lalu
meringkaskan apa yang telah ditulis di bahagian bawah halaman. Akhir sekali, membuat
kajian nota.

Column notes ini menggalakkan pelajar untuk mengenal pasti maklumat penting
dalam syarahan, filem, atau bahan bacaan dan kemudian bertindak balas kepada bahan ini.
Pelajar-pelajar yang mencatat column notes juga merupakan satu cara yang berkesan untuk
membantu pelajar meningkatkan kefahaman dalam (p&p).
1.3 I-THINK

I-Think bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk


mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah
menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah
dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.

Peta Pemikiran

Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran
secara visual yang mudah diguna pakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh diguna
pakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.
Antaranya ialah peta bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta
titi, peta alir dan peta pelbagai alir.
1.4 PETA MINDA

Peta minda adalah satu lakaran grafik pemikiran individu. Peta ini boleh menjadikan yang
tersirat kepada yang tersurat. Peta minda berperanan merangka, mencatat, merekod
maklumat dan membuat suatu persembahan. Antara peta minda yang digunakan ialah peta
minda jenis tulang ikan, peta minda jenis cabang, peta minda jenis kitaran carta, peta minda
jenis carta alir peta, peta minda jenis pokok garis panduan.

Terdapat beberapa cara untuk membuat peta minda seperti berikut:

1) Mulakan daripada tengah halaman berdasarkan tajuk atau idea.

2) Wujudkan beberapa kategori kata atau penerangan tentang tajuk.

3) Panjangkan garisan untuk menghasilkan corak yang tertentu

4) Gunakan kata kunci, gambar dan simbol.

5) Tuliskan kata penghubung di atas garisan.

6) Jadikan corak yang manarik.

7) Gunakan gambar, warna dan corak untuk menunjukkan perkaitan.

8) Gunakan bentuk ringkas seperti kod peribadi supaya lebih cantik.

9) Gunakan kreativiti untuk menjadikan Peta Minda yang lebih asli.


1.5 CORT

CoRT ada singkatan bagi cognitive research trust. CoRT menggalakkan pemikiran
seseorang. Tujuan utamanya adalah untuk melihat keberkesanannya dalam membanrtu
meningkatkan kognitif pelajar.Alat CoRT 1 dicipta bertujuan untuk meluaskan persepsi
seseorang tentangsesuatu idea dan dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
denagnlebih berkesan.

Alat cort merupakan instrumen dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk
meningkatkan kualiti pemikiran seseorang untuk membuat keputusan atau menyelesaikan
masalah yang dihadapi.

CoRT terdiri daripada 7 alat iaitu PMI (plus, minus, interesting) (baik , buruk,
menarik), CAF (consider all factors) (Ambil kira semua faktor), C & S ( consequence &
sequel) (Kesan dan akibat dari kesan), AGO ( Aims, Goals, Objectives) (Tujuan, matlamat,
objektif), FIP ( First, Important, Prioriti )(Keutamaan Mengikut kepentingan), APC (
Alternatives, Possibilities, Choices )(Alternatif, Kemungkinan & Pilihan), OPV ( Other
People’s Views )(Mengikut Pandangan Orang Lain).
6.0 CORT

Menurut Edward De Bono, alat CoRT ialah instrumen dalam bentuk garis panduan yang
digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang bagi membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Istilah CoRT ialah singkatan daripada perkataan
"Cognitive Research Trust" yang diasaskan oleh Edward De Bono semasa beliau mencuba
alat ini di sekolah kajiannya di Barat untuk melihat keberkesanannya dalam membantu
meningkatkan kualiti pemikiran pelajar. Terdapat 8 jenis CoRT. Elemen dalam CoRT 1 PMI
(Baik, Buruk, Menarik). Alat-alat ini boleh digunakan dalam sesi perbincangan atau apabila
kita berfikir tentang sesuatu idea. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, sebaiknya kita harus
menggunakan alat ini bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. CAF (Mempertimbangkan
Semua Faktor). Dalam kehidupan kita, kita sering menghadapi keadaan yang perlu kita
memilih pilihan, keputusan atau rancangan untuk menjayakan cita-cita kita. Dengan
menggunakan alat CAF, kita dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih cepat.
C&S (Kesan dan akibat). Marcapada ini, kita sering membuat inovasi dalam kehidupan
seharian sama ada dengan mencipta, mengubahsuai atau melaksanakan sesuatu. Dengan
menggunakan alat berfikir tersebut, kita dapat menjangka apa yang akan berlaku selepas
sesuatu cadangan dijalankan. Kita turut dapat meramal kesan dan akibat bagi keputusan
tersebut kerana kita dapat meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh.
AGO (Tujuan, Matlamat, Objektif). Setelah apa-apa keputusan atau cadangan yang kita
lakukan sudah tentu mempunyai alasan dan sebabnya. Dengan menggunakan alat berfikir
AGO, kita dapat sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat
tercapai.PLANNING (Perancangan), FIP (Prioriti Utama), FIP membantu kita mengambil kira
perkara-perkara yang penting. APC (Alternatif, Kemungkinan, Pemilihan) apabila kita perlu
membuat sesuatu, kita dapat merasai seperti tidak ada banyak pilihan. Melalui alat berfikir
APC, kita dapat menentukan pilihan yang terbaik dan dapat memikirkan beberapa perkara
dengan serentak. OPV ( Pandangan Pihak/Individu Lain). Tujuan menggunakan alat berfikir
OPV adalah mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan.
Seterusnya, alat berfikir ini juga dapat mengelakkan keputusan yang telah dibuat terlalu
memfokuskan diri.

6.1
Pilihan 1
ISU 1 :FAKTOR-FAKTOR YANG AKAN MEMPENGARUHI PERSEMBAHAN ANIMASI
DALAM PERISIAN PENDIDIKAN.

ALAT BERFIKIR: “CONSIDER ALL FACTOR”

FACTORS. 1. Memerlukan blok khas untuk paparan animasi.


2. Memuatkan animasi yang relevan sahaja.
3.Animasi tidak padat maklumat dan kompleks.
4. Paparan animasi dikawal pengguna.
5.Memperkukuhkan animasi dengan teks.

Jelaslah bahawa dengan mempertimbangkan semua faktor ataupun prinsip, animasi yang
baik dapt dipersembahkan.

6.2 C&S ( CONSEQUENCE AND SEQUEL)


ISU 2 : HANYA ANIMASI YANG RELEVAN DIMUATKAN.

Consequence: 1. Animasi yang berulang kali dipaparkan.


2. Pelajar akan memberi tumpuan utama terhadap animasi, seterusnya teks
dan akhirnya antaramuka.
3. Pelajar akan memilih animasi apabila animasi bertembung dengan teks.
4. Memerlukan pelajar memahami teks dan animasi.
5. Tidak digalakkan menggunakan terlalu banyak animasi dalam
antaramuka perisian pendidikan.
6. Menggunakan animasi yang berkaitan untuk dipaparkan.
7. Mengelakkan penggunaan animasi kosmetik seperti butang, tajuk yang
beranimasi.
8. Memilih maklumat yang tepat dan cara penyampaian yang bersesuaian.
9. Memilih maklumat yang lebih dinamik.

Sequel: 1. Menyebabkan tumpuan pelajar lebih kepada animasi dan teks akan diabaikan.
2. Menarik perhatian pelajar terhadap sesuatu maklumat yang penting.
3. Setiap kali, pemerhatian pelajar akan mengikut pergerakan animasi yang berlaku
di atas skrin komputer.
4. Pelajar susah menumpukan pada pembacaan sambil melihat animasi yang
pelbagai.
5. Menjejaskan proses pengajaran .
6. Memahami sesuatu kandungan pembelajaran secara berkesan.
7. Mengalihkan tumpuan pelajar seterusnya menghalang pembelajaran.
8.Animasi dalm koswer dapat dijalankan dengan berkesan.
Tegaslah bahawa animasi yang tidak berkaitan seharusnya tidak diserapkan dalam
persembahan untuk mengelakkan masalah kekeliruan yang akan dihadapi oleh pelajar.

6.3
Pilihan 3
ISU 3: CARA MEMPERSEMBAHKAN ANIMASI DENGAN BAIK.
ALAT BERFIKIR: AGO (AIMS, GOALS, OBJECTIVES) (Tujuan, Matlamat,Objektif).

Aims (Tujuan) 1. Penggunaan teknik penyusunan dan organisasi animasi


2.Penggunaan animasi yang relevan sahaja.
3.Penggunaan animasi yang tidak terlalu padat dengan maklumat.
4. Pengguna mengawal penggunaan paparan animasi.
5. Memperkukuhkan animasi dengan teks/ naratif.

Goals (Matlamat) 1. Membantu pemahaman dan mengurangkan kekaburan pelajar.

2. Pelajar tidak bertembung dengan dua elemen multimedia iaitu teks dan
multimedia , hanya satu elemen yang dapat didapat oleh pelajar.

3.Mengelakkan pembuakan dalam animasi.

4.menyampaikan isi pelajaran secara terus perlu digunakan di dalam


perisian pendidikan.

5. Pelajar dapat lebih bersedia.


6. Menggunaan teks lebih sesuai daripada penggunaan naratif.
7.Persembahan audio lisan yang lebih maju dari kadar yang pelajar ingin
belajar.

Objectives (Objektif) 1. Dapat mempersembahkan animasi yang terbaik pada akhirnya.

2. Membina kemahiran pemikiran.


3. Pelajar dapat mengambil maklumat yang berkaitan daripada animasi.

Sesungguhnya, persembahan animasi yang baik perlu mengambil kira banyak aspek.
7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap jenis CoRT mempunyai kegunaan dan fungsinya masing-
masing dalam kehidipan seharian kita. AGO CoRT mempunyai fungsinya iaitu membantu
kita sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal. Selain itu, consider all factors
meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh dan mengelakkan terlupa
faktor yang penting. Seterusnya, menggunakan CoRT C&S. Kegunaan CoRT ini adalah
untuk menjangka apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan.
Rujukan

Afi Nur. (13 August 2012). Dicapai daripada


http://cheguuafinur.blogspot.com/2012/08/konsep-kemahiran-belajar.html

Aizat Nastain. (Wednesday, 10 August 2016 ). Cara - Cara Membuat Nota . Dicapai
daripada https://aizat29.blogspot.com/2016/08/kemahiran-mengambil-dan-membuat-
nota.html

Atikishak. GKB 1053-Bab 1. (Sep 20, 2015). Dicapai daripada


https://www.slideshare.net/atikishak/gkb-1053bab-1

Edward Bono. (1986). Cort Thinking. Pergamon United Kingdom. Dicapai daripada
https://en.wikipedia.org/wiki/Pergamon_Press

Farra Shahirra. (July 26, 2016). Kemahiran belajar: Alat CoRT. Dicapai daripada
https://www.slideshare.net/NURSYUHADDA/kemahiran-belajar-alat-cort-64377403

Fikri. (Dec 6, 2011). Konsep Peta Minda. Dicapai daripada


https://www.slideshare.net/fikriyoungentrepreneur/konsep-peta-minda

Hailmi. (November 09, 2013). I-Think: Kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif).
Dicapai daripada http://www.cikguhailmi.com/2013/11/i-think-kemahiran-berfikir-
secara-kreatif-kritis-dan-inovatif.html

Mathew Petrillo, J. B. (April, 2010). Introduction To Manual Annotation. Dicapai daripada


https://gate.ac.uk/teamware/man-ann-intro.pdf: https://gate.ac.uk/teamware/man-ann-
intro.pdf

Mimi. (26 Mei 2011). Alat berfikir: Peta Minda. Dicapai daripada
http://gurukreatifmuridaktif.blogspot.com/2011/05/alat-berfikir-peta-minda.html

Muhamad Amal Jamaluddin. Kemahiran berfikir. Dicapai daripada


http://akmalpoland.blogspot.com/2010/04/cort_06.html

You might also like