You are on page 1of 15

BIBLIOGRAFI EDWARD DE BONO

Nama sebenar Edward De Bono adalah Edward Charles Francis Publius De Bono. Beliau dilahirkan pada 19 Mei 1933 di Malta. Kini beliau telah berumur 80 tahun. Beliau memulakan kehidupan seperti kanak kanak dan remaja biasa apabila meningkat dewasa. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di sebuah kolej iaitu st. Edward College di Malta dan telah menamatkan pengajiannya dengan cemerlang. Beliau kemudiaanya telah melanjutkan pelajarannya ke peringkat ijazah apabila beliau memasuki sebuah universiti tempatan di Malta di dalam ijazah perubatan. Tidak lama selepas menamatkan pengajiannya di peringkat ijazah, Edward De Bono telah menyambung pengajiannya dalam bidang psikologi dan fisiologi dan telah mendapat MA di Universiti Oxford, England. Beliau tidak berhenti disitu sahaja. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di dalam PHD dan DPhil di dalam bidang perubatan di Trinity kolej, Cambridge. Beliau yang bergelar Professor kemudiannya telah menubuhkan sebuah beberapa fakulti di universiti Oxford, Cambridge, London dan Harvard. Beliau pernah dianugerahkan Da Vinci Professor of Thinking Chair oleh Universiti Advancing Technology di Tempe, Arizona, Amerika Syarikat. Beliau juga telah dilantik sebagai salah seorang daripada 27 orang calon sebagai duta di dalam European Year of Creativity and Innovation pada tahun 2009.

Edward de Bono telah dinobatkan juga sebagai penerima Anugerah Nobel Ekonomi pada tahun 2001 atas kebijaksaan dan penguasaan beliau dalam cara berfikir. Beliau yang kini berusia 80 tahun telah menghasilkan sebanyak 57 buah buku yang mana kesemuanya telah diterjemahkan ke dalam 34 jenis bahasa di dunia. Ketokohan dan kebijaksanaan beliau dimanfaatkan sepenuhnya apabila beliau telah berkongsi dan mengajar beberapa konsep kemahiran berfikir yang diciptanya kepada agensi agensi kerajaan, badan badan korporat, individu serta komuniti sama ada secara terbuka mahupun rahsia.

Di seluruh dunia, terdapat kira kira 20 buah Negara yang telah mengaplikasikan corak pemikiran yang diketengahkan oleh Edward de Bono dalam kurikulum pembelajaran mereka di sekolah. Beliau sesungguhnya telah dilihat sebagai seorang tokoh ilmuwan yang terbilang di dunia dalam melahirkan kemahiran berfikir yang terbaik. Berikut adalah antara buku buku yang telah diterbitkan oleh Edward de Bono :

The Use of Lateral Thinking (1967) ISBN 0-14-013788-2, introduced the term "lateral thinking"

New Think (1967, 1968) ISBN 0-380-01426-2 The Five-Day Course in Thinking (1968), introduced the L game The Mechanism of the Mind (1969), Intl Center for Creative Thinking 1992 reprint: ISBN 0-14-013787-4

Lateral Thinking: Creativity Step by Step, (1970), Harper & Row 1973 paperback: ISBN 0-06-090325-2
2

The Dog-Exercising Machine (1970) Technology Today (1971) Practical Thinking (1971) Lateral Thinking for Management (1971) Po: A Device for Successful Thinking (1972), ISBN 0-671-21338-5, introduced the term Po

Children

Solve

Problems (1972) ISBN

0-14-080323-8, ISBN

0-06-011024-

4 (1974 reprint)

Po: Beyond Yes and No (1973), ISBN 0-14-021715-0 Eureka!: An Illustrated History of Inventions from the Wheel to the Computer (1974)

Teaching Thinking (1976) The Greatest Thinkers: The Thirty Minds That Shaped Our

Civilization (1976), ISBN 0-399-11762-8


Wordpower: An Illustrated Dictionary of Vital Words (1977) The Happiness Purpose (1977) Opportunities : A handbook for business opportunity search (1978) Future Positive (1979) Atlas of Management Thinking (1981) De Bono's Course in Thinking (1982) Learn-To-Think: Coursebook and Instructors Manual with Michael HewittGleeson de Saint-Arnaud (1982), ISBN 0-88496-199-0

Tactics: The Art and Science of Success (1985) Conflicts: A Better Way to Resolve them (1985) Masterthinker's Handbook (1985) Six Thinking Hats (1985) ISBN 0-316-17831-4 I Am Right, You Are Wrong: From This to the New Renaissance: From Rock Logic to Water Logic (1991) ISBN 0-670-84231-1

Six Action Shoes (1991) Handbook for the Positive Revolution (1991) ISBN 0-14-012679-1

Serious Creativity: Using the Power of Lateral Thinking to Create New Ideas (1992) ISBN 0-00-255143-8 a summation of many of De Bono's ideas on creativity

Sur/Petition (1992) ISBN 0-88730-543-1 Parallel thinking: from Socratic thinking to de Bono thinking (1994) ISBN 0-67085126-4

Teach Yourself How to Think (1995) Textbook of Wisdom (1996) ISBN 0-670-87011-0 How to Be More Interesting (1998) Simplicity (1999) New Thinking for the New Millennium (1999) Why I Want To Be King of Australia (1999) How to Have A Beautiful Mind (2004) Six Value Medals (2005) H+ (Plus): A New Religion (2006) How to Have Creative Ideas (2007) Free or Unfree? : Are Americans Really Free? (2007) ISBN 1-59777-544-4 Six Frames For Thinking About Information (2008) Think! Before It's Too Late (2009) ISBN 978-0-09-192409-6

PENGENALAN Kemahiran berfikir adalah suatu kemahiran yang perlu diketahui dan difahami oleh seseorang individu dalam memberikan kepadanya lebih peluang untuk membuat sesuatu keputusan ataupun menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Kemahiran berfikir ini akan dapat memberikan kelebihan yang boleh membawa kebaikan dan memberikan keputusan yang terbaik di dalam kehidupan di masa hadapan. Secara umumnya, kita sedia maklum yang setiap saat kita akan berfikir dalam menjadikan kehidupan kita berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang tidak diingini. Seiring dengan corak pemikiran yang dibawa, kemahiran berfikir dengan lebih baik melalui alat alat berfikir mungkin akan dapat membantu kita untuk menggunakan minda dengan lebih baik, bijak dan berkesan. Masalah adalah satu perkara yang tidak boleh dihindari daripada kehidupan kita, dan melalui alat berfikir yang akan saya kongsikan ini sedikit sebanyak akan membantu diri saya sendiri untuk memahami alat berfikir yang boleh digunakan dalam menyelesaikan permasalahan yang mungkin timbul. Alat berfikir ini juga akan membolehkan kita untuk melihat sesuatu perkara dengan lebih jelas, menghasilkan sesuatu idea, isi, konsep secara visual dan bersifat holistik kerana ianya akan bergerak secara teratur. Alat berfikir ini juga boleh membuatkan individu itu mengukuhkan pemahamannya tentang sesuatu perkara dan membantu untuk mengukuhkan cara pemikiran sambil merangsang

pembelajaran yang bermakna di dalam kehidupannya. Oleh itu, bagi seorang guru, saya berpendapat yang alat berfikir ini boleh diserapkan dengan lebih banyak ke dalam pengajaran dan pembelajaran murid atau pelajar dalam membolehkan murid dan guru mencari penyelesaian atau persetujuan yang timbul di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

ALAT BERFIKIR CoRT Terdapat pelbagai jenis alat berfikir yang terdapat di dalam pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan di sekolah seperti soalan dan penyoalan, peta minda, dan pengurusan grafik, tetapi 6 topi berfikir serta teknik CoRT jarang digunakan secara mendalam untuk sesuatu kemahiran berfikir yang diajarkan. CoRT adalah satu Program yang diperkenalkan oleh Edward De Bono yang mana merupakan singkatan bagi Cognitive Research Trust. Terdapat 6 jenis alat Cort yang telah diperkenalkan dan diamalkan oleh individu di serata dunia untuk berfikir secara meluas. Antara 6 alat berfikir CoRT ialah CoRT 1 yang berkisar dengan keluasan persepsi, CoRT 2 berkaitan tingkat tingkat atau organisasi berfikir, CoRT 3 pula berkaitan proses interaksi, argument dan pemikiran kritis, CoRT 4 adalah tentang kesmahiran kreatif, CoRT 5, berkisar tentang maklumat dan perasaan manakala Cort 6 adalah bersangkutan dengan tindakan yang bakal atau akan diambil.

Rajah 1:

Teknik Asas CoRT 1

01 - PMI ( Plus, Minus, Interesting ) 07 - O P V ( Other's People Views ) 02 - CAF ( Consider All Factors )

06 - A P C ( Alternatives, Possibilities, Choices)

7 Teknik Asas CoRT 1

03 - C & S ( Consequence and Sequel )

05 - F I P ( First Important Priority )

04 - A G O ( Aims, Goals, Objectives )

Rajah 2 : Huraian Alat Berfikir CoRT 1 Komponen CoRT 1 Kaedah & Langkah Contoh Tajuk Perbincangan

Bil

Tujuan Berfikir

P : Menyenaraikan semua perkara yang difikirkan baik

M : Menyenaraikan Melihat idea dengan lebih terbuka, kurang emosi dan membantu mengembangkan idea dengan baik semua perkara yang difikirkan buruk I : Menyenaraikan semua perkara yang menarik Program Pada Setiap Hujung Minggu Di Sekolah

PMI (Plus, Minus, 1 Interesting) Baik, Buruk, Menarik

Apakah keputusan atau penilaian tentang sesuatu perkara yang dihadapi?

Mengkaji, meninjau atau mendalami CAF (Consider All Factors) 2 Ambil Kira Semua Faktor sesuatu aspek dengan lengkap dan menyeluruh di samping mengelakkan dari tercicir atau terlupa sesuatu faktor penting

Menyenaraikan kesemua faktor faktor yang ada tanpa mengira alasan dan kemudian pertimbangkan setiap faktor yang telah disenaraikan Apakah Konsep Belajar Yang anda Minati?

Apakah keputusan yang patut diambil selepas pertimbangan sewajarnya dibuat? Apakah cadangan Membolehkan sesuatu jangkaan dibuat untuk sesuatu yang akan berlaku selepas sesuatu C&S 3 (Consequence and Sequel) Meramal kesan dan akibat bagi sesuatu keputusan yang telah dipilih Adakah cadangan berkenaan baik? Apakah A G O rancangan yang ada? Apakah yang ingin anda dapatkan di dalam Pembelajaran di sekolah cadangan itu dipilih atau dijalankan Apakah kesan serta merta, jangka pendek dan panjang? Apakah risiko yang mungkin dihadapi? Belajar Mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di Sekolah berkenaan boleh berjaya?

Perlu sentiasa menumpukan kepada tujuan asal AGO ( Aims, Goals Objectives ) 4 Tujuan, matlamat, objektif Elakkan perkara perkara yang tidak berkaitan / berkenaan supaya matlamat dan objektif dapat dicapai

Adakah tindakan terkeluar daripada A G O yang ada?

Bagaimanakah untuk memastikan A G O dapat dicapai?

Apakah perkara Mengambil kira perkara atau FIP (First Important 5 Priority) Perkara paling penting diutamakan Elakkan perkara yang tidak patut diutamakan (singkirkan) Apakah Prioriti yang diperlukan tindakan segera? Menentukan keutamaan (priority) perkaitan yang paling penting Antara yang perkara penting dipilih, yang manakah yang paling penting? perkara yang penting? Strategi yang terbaik untuk digunakan bagi murid yang lemah dalam sifir bagi matapelajaran Matematik

Apakah cara cara lain yang boleh Memikirkan beberapa perkara secara serentak APC ( Alternatives, Possibilities, 6 Choices) Peluang, kemungkinan, pilihan. Berusaha mengelakkan daripada berfikiran sehala sahaja Manakah cadangan yang terbaik? Menentukan pilihan yang terbaik dalam satu satu masa Apakah baik buruk cadangan yang dipilih? digunakan untuk menyelesaikan masalah yang ada? Ujian Penilaian Sekolah Rendah akan dihapuskan Menjelang 2016, Apakah corak penilaian yang akan dilakukan bagi tahun berikutnya

Mengambil kira pandangan orang lain dalam sesuatu OPV (Other 7 Peoples Views) Pendapat orang lain Elakkan daripada membuat keputusan yang melulu dan terlalu memfokuskan kepada kepentingan diri perkara sebelum membuat keputusan

Apakah idea diri sendiri akan mempengaruhi orang lain?

Kerja berkumpulan lebih banyak membantu kepada

Bagaimana Orang lain memandang idea anda?

perkembangan dan penerimaan ilmu baru dikalangan murid

Adakah idea anda itu bernas dan boleh digunakan?

tahap 2 di sekolah rendah

Melihat kepada

alat berfikir diatas, jika saya memilih satu situasi yang

mencerminkan keadaan sebenar berlakunya konflik di dalam bilik darjah sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlaku, saya pastinya akan dapat memilih salah satu daripada 6 alat berfikir diatas untuk saya atau murid praktikkan. Sebagai contoh, murid diberi soalan matematik dan perlu dijalankan dalam bentuk tugasan berkumpulan dalam tempoh masa 15 minit bagi mencari jawapan dalam bentuk termudah, pantas dan mudah difahami. Murid murid ini kemudiannya terlebih dahulu telah mempunyai pengetahuan alat berfikir Cort ini dan mereka pastinya akan dapat menyelesaikan tugasan ini dengan menepati objektifnya. Murid murid ini contohnya telah memilih kaedah OPV atau Pendapat orang lain untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan berkongsi idea dan member ruang yang sama rata tanpa memfokus kepada kepentingan diri sendiri tetapi dalam menggunakan idea idea bernas dalam mencapai objektif yang ditetapkan dalam tugasan dan pembelajaran mereka. Selain itu, setelah mendalami dan mengikuti serba sedikit mengenai Edward de Bono, saya tertarik dengan kaedah penggunaan 6 topi berfikir yang diperkenalkan oleh beliau. Melalui kaedah ini juga, saya ingin kongsikan dan saya
10

merasakan yang ianya baik dalam memperkemaskan dan menguatkan teknik dan cara pengajaran dan pembelajaran yang boleh saya praktikkan di sekolah sewaktu menyampaikan pengajaran saya kepada murid murid.

6 Thinking Hats

Edward de Bono dalam bukunya, Thinking Course menyatakan bahawa logik ialah satu cara menjana maklumat daripada sesuatu keadaan. Maklumat yang hendak dijana ialah sesuatu yang benar dan diterima akal. Beliau telah mengemukakan satu kaedah berfikir yang dianggap bersifat kritis. Dalam konsep berfikir secara kritikal, yang ditekankan adalah berfikir secara menyeluruh dan mendalam. Menyeluruh bermaksud sesuatu topik atau fenomena akan dinilai daripada pelbagai sudut atau aspek. Mendalam pula bermaksud setiap sudut atau aspek yang dianalisis akan dilakukan secara teliti dan selengkap mungkin.

Topi Hijau - Melambangkan pemikiran kreatif -bentuk pemikiran yang memfokus kepada mendapatkan idea atau pemikiran baru tentang sesuatu hal

Topi Kuning - Melambangkan pemikiran konstruktif atau membina - bentuk pemikiran yang memfokus kepada aspek positif sesuatu perkara

11

Topi Putih - Melambangkan pemikiran objektif.; Berusaha mengumpulkan maklumat sebanyak mungkin daripada situasi yang ada. Dalam skema ini, seseorang itu tidak akan membuat apa-apa keputusan awal, sebaliknya dia akan mengumpul maklumat sebanyak mungkin sebelum membuat sebarang keputusan.

Topi Hitam - Melambangkan pemikiran kritikal dan negatif- bentuk pemikiran yang mengambil kira atau memfokus pada hal yang negatif atau yang buruk sebelum melaksanakan sesuatu tindakan atau membuat sesuatu keputusan

Topi Merah - Melambangkan pemikiran emotif dan nilai - bentuk pemikiran yang cuba menyelami aspek emosi bagi sesuatu perkara yang sedang dibincangkan.

Topi Biru - Topi yang paling dominan dan bertindak sebagai pembuat keputusan- pemikiran yang menghala kepada pembuatan keputusan atau menentukan arah atau hala tuju sesuatu perbincangan atau permasalahan.

Pun begitu, sebagai seorang pendidik, teknik 6 topi berfikir ini boleh dipraktikkan secara berperingkat tanpa member tekanan kepada murid. Sebagai guru juga, kita dikehendaki untuk menilai dan memahami murid dalam menggunakan teknik ini mengikut kesesuaian. Pengaplikasian secara

berperingkat akan dapat membantu murid dalam mencapai objektif yang ditetapkan.

12

Jika seorang guru ingin menggunakan sekaligus keenam enam topi berfikir ini, dikhuatiri murid akan mengalami gangguan semasa berfikir ataupun guru akan menyebabkan fikiran murid berkecamuk. Teknik pengajaran secara kolaboratif dan konstruktivis boleh dijalankan dan digunakan serentak bersama 6 topi berfikir ini untuk mencapai dan menepati objektif yang ditetapkan.

KESIMPULAN Secara keseluruhannya, setelah melalui dan memahami kegunaan atau fungsi kepada alat berfikir ini, dapatlah saya rumuskan yang Edward De Bono telah memberikan sumbangan yang amat bernilai kepada kita untuk menggunakan dalam menyelesaikan masalah secara lebih baik dan berkualiti. Antara lain, dapatlah dirumuskan yang CoRT ini telah memberikan kita panduan dalam menyelesaikan masalah secara positif, konstruktif, berfikir dengan perlahan lahan tanpa paksaan, gesaan dan mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah itu. Antara lain, alat alat ini juga berperanan dalam membimbing dan mendidik manusia untuk tidak mengambil mudah semua perkara atau masalah yang dihadapi, berfikiran secara logic dan berusaha untuk menyelesaikan masalah dengan jalan yang mempunyai implikasi yang terbaik dalam hidup di masa hadapan melalui hasil yang ingin dicapai, alternative yang boleh atau ingin digunakan, mengambil kira semua pendapat dan juga melibatkan pemikiran secara lateral yang disulam dengan pemikiran kreatif. Sebagai seorang guru yang bijak dan pandai menguruskan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, guru juga perlu bijak dalam menarik minat murid untuk belajar, menyelesaikan sesuatu perkara berkaitan pembelajaran, mendidik murid untuk belajar dengan sendirinya di rumah serta berupaya untuk mendidik murid menyelesaikan masalah masalah melalui teknik teknik yang diperkenalkan oleh Edward de Bono ini. Sebagai seorang guru juga, pemilihan alat alat berfikir yang tepat akan menjadikan kita seorang guru yang lebih dihormati dan disegani atas sebab kita berjaya untuk merancang sesuatu perkara dengan baik, menyelesaikan sesuatu masalah dengan terperinci serta tidak membelakangkan kepentingan kepentingan lain.
13

Profession perguruan juga akan menjadi lebih mulia di mata masyarakat atas alasan guru telah berjaya membimbing dan mendidik diri sendiri untuk berjaya dan kemudiaanya telah mengubah anak anak didik ini menjadi anak anak yang mampu berfikir dengan bijak dan merancang pembelajaran mereka dengan baik

EDWARD DE BONO QUOTES

14

BAHAN RUJUKAN 1. http://www.debonothinkingsystems.com/about/Edward.htm 2. http://www.edwdebono.com/lateral.htm 3. http://ollyusofalhaj.ipgkti.edu.my/sumber/resosbestari/IKG/KBKK/kbkk.htm 4. http://ollyusofalhaj.ipgkti.edu.my/sumber/resosbestari/IKG/KBKK/kbkk.htm#Co RT 5. http://www.allamericanspeakers.com/celebritytalentbios/Edward-De-Bono 6. http://www.bookfinder.com/author/edward-de-bono/ 7. http://www.valuebasedmanagement.net/methods_bono_six_thinking_hats.ht ml 8. http://e-episode.blogspot.com/2007/02/pemikiran-lateral-dan-6-kaedahberfikir.html 9. http://malaysia.images.search.yahoo.com/search/images;_ylt=A2oKmKvPyKF Sjy8ACyLjPwx.?p=edward+de+bono+quotes&fr=sfp&fr2=piv-web

15

You might also like