You are on page 1of 17

TAJUK : EDWARD DE BONO (1993) MENGGUNAKAN PENDEKATAN CORT

THINKING PROGRAM. HURAIKAN TEORI DI ATAS DALAM MEMBINA


PERKEMBANGAN DAN KECERDASAN PEMIKIRAN KANAK-KANAK.

1.0 PENDAHULUAN

Dalam bidang pendidikan, kita tidak boleh lari dari proses pengajaran dan
pembelajaran yang meibatkan guru dan pelajar. Justeru itu, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mempekenalkan banyak pendekatan untuk malahirkan generasi yang
cemerlang. Antaranya, pendekatan CoRT yang dipelopori oleh Edward De Bono.
Istilah CoRT ini sebenarnya adalah singkatan daripada perkataan “Cognitif Research
Trust”. Singkatan ini dicipta oleh Edward De Bono semasa beliau mencuba kaedah
di sekolah-sekolah kajiannya di Barat untuk melihat keberkesanannya dalam
membantu meningkatkan kognitif pelajar.Hasil kajiannya telah menunjukkan hasil
yang memberangsangkan. Justeru, beliau telah meminta guru-guru di sana untuk
melaksanakan kaedah ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.1 SIAPA EDWARD DE BONO?

Edward de Bono dilahirkan pada 19 Mei 1933 di negara Malta. Beliau


merupakan seorang doktor, ahli psikologi, penulis, pencipta dan konsultan. Beliau
merupakan pelopor kaedah pemikiran lateral (lateral thinking). Alam
persekolahannya bermula di St. Edward’s College di tempat kelahirannya, iaitu di
Malta. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di
Universiti Malta dalam bidang perubatan. Selanjutnya, beliau melanjutkan pelajaran
ke peringkat MA dalam bidang psikologi dan fisiologi di Universiti Oxford. Beliau juga
turur memperolehi PhD dab D. Phil dalam bidang perubatan dari Universiti
Cambridge. Beliau juga turut mendapat banyak anugerah kerana sumbangannya
seperti anugerah D. Des Degree (Doctor of design) dari Royal Melbourne Institute Of
Technology dan LL. D degree dari Universiti Dundee. Beliau merupakan pensyarah
bagi Universiti Malta, Universiti Dublin dan Universiti of Central England. Pada bulan
Julai 1969, beliau telah mengasaskan Cognitive Research Trust (CoRT). 1 Beliau
telah menghabiskan masa selama 30 tahun untuk mengajar dan megkaji kaedah
1
Sebuah pusat kajian yang berpusat di Malta untuk mengkaji teori yang dikemukan oleh beliau.

1
pemikiran yang meliputi semua sector dan bidang. Beliau telah menulis 82 buah
buku yang telah diterjemahkan ke dalam 41 buah bahasa di dunia.

2.0 KEMAHIRAN BERFIKIR


2.1 Definisi
Menurut John Dewe (1933), berfikir sebagai operasi yang menggunakan
fakta-fakta yang sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta lain supaya
meenghasilkan fakta-fakta baru.
Seterusnya, menurut Beyer (1994), pula berpendapat berfikir sebagai
manipulasi input deria dan persepsi yang diingat kembali secara mental untuk
membentuk pemikiran, sebab atau keputusan. Berfikir melibatkan tiga komponen;
iaitu operasi mental, pengetahuan dan sikap.
Menurut Ainon & Abdullah (1994), berfikir ialah kemahiran yang
membolehkan kita menggunakan potensi itu (kepintaran). Memiliki kepintaran belum
cukup. Ramai orang yang pintar tidak memiliki kemahiran berfikir. Malah ramai orang
yang mempunyai kepintaran biasa-biasa saja, pandai berfikir. Ramai orang pintar
terjerumus dalam ‘perangkap kepintaran’ dan oleh itu menjadi pemikir yang tidak
mahir.2
Unit Kurikulum JPN Perak mentakrifkan kemahiran berfikir sebagai proses
menggunakan maklumat yang dipelajari untuk pelbagai kegiatan aktif.
Menurut John Arul Philips (1995), kemahiran berfikir merupakan satu proses
yang melibatkan pengolahan operasi-operasi mental tertentu yang bertindak dalam
minda seseorang dengan tujuan menyelesaikan dan membuat keputusan.
Dalam buku Pancaminda (1997), kebolehan menganalisa dan menilai idea,
data, atau maklumat untuk pemahaman yang jelas dan munasabah. 3
Menurut Beyer (1994), kebolehan manusia untuk membentuk konsep,
memberi sebab atau membuat penentuan.
Menurut Fraenkel (1980), merupakan pembentukan idea, pembentukan
semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.
Konklusinya, kemahiran berfikir membawa konotasi kebolehan menyusun
idea, pengalaman, maklumat dan memberi makna serta pemahaman baharu

2
Ainon & Abdullah, Teknik Berfikir Konsep dan Proses hal. 32.
3
Buku Pancaminda, JPN Perak edisi kedua 1997.

2
terhadap sesuatu dalam bentuk tertentu untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan sesuatu masalah.

2.2 Konsep Berfikir


Berfikir bertujuan mencari makna. Berfikir merupakan satu proses kompleks
yang berlaku dalam minda seseorang apabila individu berkenaan menyelesaikan
sesuatu masalah. Berfikir memerlukan tujuan dan kandungan tertentu serta sikap
yang positif. Berfikir melibatkan pengendalian operasi-operasi mental tertentu
berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman dalam minda. Operasi –operasi
mental terbahagi kepada dua;
i. Operasi Kognitif
ii. Operasi Metakognitif

2.3 Strategi Berfikir


Terdapat tiga strategi berfikir, iaitu;
i. Mengkonsepsikan. Membuat pengitlakan kea rah membina pengerian,
konsep berdasarkan ciri-ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait.
ii. Menyelesaikan masalah. Mencari penyelesaian yang tepat secara
terancang terhadap situasi yang tidak pasti, mencabar atau kesulitan yang tidak
dijangkakan.
iii. Membuat keputusan. Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik
daripada beberapa alternative berdasarkan kriteria tertentu bagi mencapai matlamat
yang ditetapkan.

2.4 Proses Berfikir


Proses berfikir melibatkan tiga tahap, iaitu;
i. Pengetahuan – apa yang anda tahu.
ii. Kemahiran – menyoal diri sendiri
iii. Sikap / nilai – keinginan untuk mengetahui

2.5 Jenis Kemahiran Berfikir


Terdapat lima jenis kemahiran berfikir, iaitu ;
i. Pemikiran Kritis
ii. Pemikiran Kreatif

3
iii. Penyelesaian masalah
iv. Membuat keputusan
v. Persepsi

2.5.1 Pemikiran Kritis


Kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kekemasan dan kelemahan
sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan
alasan dan bukti. Melibatkan kebolehan menganalisis dan menilai idea, data atau
maklumat untuk pemahaman yang jelas, kukuh, bermakna dan munasabah. Contoh,
banding beza, menerangkan sebab, membuat urutan, dan lain-lain.

2.5.2 Pemikiran Kreatif


Kecekapan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea,
mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai dan menilai sama ada bersifat
maujud, abstrak, idea atau gagasan, meneroka dan mencari makna, pemahaman
dan penyelesaian masalah secara inovatif. Kebolehan untuk mencerna, berimiginasi
dan menghasilkan idea asli, idea baharu dan pelbagai idea. Contoh, mencipta
analogi, menjana idea baru, mencipta metafora, dan lain-lain.

2.5.3 Penyelesaian Masalah


Satu proses mengenalpasti atau mentafsir masalah, mencari cara-cara
penyelesaian, memilih cara penyelesaian, melaksanakan cara penyelesaian yang
terbaik dan menilai keberkesanannya.

2.5.4 Membuat Keputusan


Proses yang mencadangkan pelbagai alternative, menentukan akibat sesuatu
pilihan dan memilih pilihan yang terbaik dari beberapa pilihan berdasarkan tujuan
dan criteria tertentu.

2.5.5 Persepsi
Merupakan satu proses yang melibatkan tafsiran tentang apa yang dilihat
oleh mata seseorang individu sendiri.

4
2.6 Prinsip Kemahiran Berfikir

1. Sentiasa bersikap positif.


2. Fikir secara perlahan-lahan dan secara mudah.
3. Lupakan ego kita.
4. Tentukan tujuan kita berfikir.
5. Sentiasa tukar arah otak kita berfikir.
6. Cuba Tanya diri “Apakah hasil pemikiran saya?”
7. Ketika berfikir berikan tempat pada emosi dan perasaan kita.
8. Sentiasa berfikir alternatif lain.
9. Sentiasa tukar ganti cara kita berfikir.
10. Bezakan antara “yang sepatutnya” dengan “yang mungkin”.
11. Bezakan antara pendapat dengan persepsi.
12. Akhiri pemikiran dengan tindakan penyelesaian yang baik.

2.7 Pemikiran Lateral


Dari segi definisi pemikiran lateral bermaksud cara menyelesaikan masalah
dengan menggunakan daya imaginasi (bukan menggunakan cara logik atau cara-
cara pemikiran yang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang
luar biasa tetapi amat berkesan.
Pemikiran lateral ialah satu cara penyelesaian masalah dengan
menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional. Ia adalah
pemikiran yang menitikberatkan pelbagai jenis jawapan dan ia digunakan untuk lari
daripada idea-idea lama dan sudah biasa diamalkan. Pada masa yang sama ia juga
bertujuan melepaskan diri daripada persepsi-persepsi lama dan mencipta idea-idea
baru.
Pemikiran lateral ini diasaskan oleh Dr. Edward De Bono yang merupakan
pakar dalam bidang perubatan dan pemikiran. Beliau memperkenalkan corak
pemikiran jenis ini setelah melihat dan mendapati terdapat banyak halangan pada
corak pemikiran konvensional. Ia bukan bertujuan menyingkirkan corak pemikiran
yang sedia ada tetapi mencari jalan terpantas dan berjaya menyelesaikan masalah
dengan berkesan.
Dr. Edward De Bono telah memperkenalkan banyak teori berdasarkan
pemikiran lateral. Beliau juga banyak menyarankan alat berfikir untuk mengatasi

5
sesuatu permasalahan dengan lebih cekap dan efisien dalam CoRT Cognitive
Research Trust.

3.0 ALAT CORT

3.1 ALAT CORT 1


3.1.1 Definisi
Alat CoRT merupakan instrument dalam bentuk garis panduan yang
digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang untuk membuat
keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi.

3.1.2 Tujuan
Alat CoRT 1 dicipta bertujuan untuk meluaskan persepsi seseorang tentang
sesuatu idea dan dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah denagn
lebih berkesan.

3.1.3 Alat-Alat CoRT 1


CoRT 1 terdiri daripada 7 alat, iaitu :

1. PMI (Plus, Minus, Interesting) BLI (Baik, Lemah, Istimewa)


2. OPV (Other People View) POL (Pandangan Orang Lain)
3. CAF (Consider All Factor) TSF (Timbangkan Semua Faktor)
4. C&S (Consequence & Sequal) KMJM (Kesan Mengikut Jangka
Masa)
5. FIP (First Important Priorities) KMK (Keutamaan Mengikut
Kepentingan)
6. APC (Alternatives, Possibilities AKP (Alternatif, Kemungkinan dan
and Choice) Pilihan)
7. AGO (Aim, Goals & Objectives) TMO (Tujuan, Matlamat, Objektif)

3.1.3.1 PMI (Plus, Minus, Interesting) = BLI (Baik, Lemah, Istimewa)


Cara atau alat ini digunakan untuk melihat sesuatu yang baik, yang lemah
atau keistimewaan sesuatu idea. Setelah semua aspek tersebut dikaji, maka barulah
keputusan dibuat sama ada hendak menerima atau tidak sesuatu idea yang
dikemukakan. Contoh penggunaannya, “belajar di sekolah berasrama penuh lebih
baik dari belajar di sekolah harian”. Bincangkan.

6
Tajuk : Belajar di sekolah berasrama penuh lebih baik dari belajar di sekolah
harian.
P (Plus / Baik) M (Minus / Lemah) I (Interesting / Istimewa)
1. Lebih berdikari Tiada pengawasan ibu Pelajar belajar
bapa mendisiplinkan diri
2. Pelajar dapat bersaing Tiada mendapat Pelajar cuba
keistimewaan daripada menonjolkan kelebihan
guru. diri supaya mendapat
perhatian guru
3. Masa belajar / rutin Pelajar merasa tertekan Rutin tersebut menjadi
harian telah ditetapkan dan bosan. amalan hidup.

3.1.3.2 OPV (Other People View) = POL (Pandangan Orang Lain)


Merupakan cara, kaedah atau alat berfikir yang menggunakan pendapat
orang lain tentang sesuatu idea atau isu yang sedang dihadapi. Alat ini melatih
supaya kita senantiasa mendapatkan pandangan orang lain apabila sesuatu
keputusan hendak dibuat. Kadang-kadang apa yang kita fikirkan Itu mungkin betul
pada pandangan kita, kerana mungkin kita terpengaruh dengan amalan biasa kita.
Dengan mengambil kira pandangan orang lain mungkin sesuatu yang tidak pernah
kita fikirkan sebelum ini dapat kita manfaatkan bagi membuat keputusan yang lebih
wajar. Sebagai contoh, wajarkah kita membeli pakaian yang berjenama dan mahal
harganya. Maka, kita perlulah mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak.
Pihak-pihak tersebut akan memberikan pandangan mereka mengikut keperluan,
kepakaran dan minat masing-masing.

3.1.3.3 CAF (Consider All Factor) = TSF (Timbangkan Semua Faktor)


Merupakan satu alat berfikir yang menggalakkan kita mengambil kira semua
faktor semasa membuat pilihan atau keputusan terhadap sesuatu perkara. Perkara
ini penting kerana jika kita tidak mengambil pertimbangan pelbagai faktor
berkemungkinan keputusan yang kita buat tidak sesuai atau mungkin keputusan itu
sesuai pada masa itu tetapi tidak sesuai pada masa selepasnya, kerana ada faktor-
faktor tertentu yang terlepas pandang. Alat ini lebih luas cakupannya dari POL dan
merangkumi semua faktor yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan.

7
Sebagai contoh, wajarkah kita membeli pakaian yang berjenama dan mahal. Maka,
kita perlu mengambil kira perkara-perkara berikut;
1. Kos.
2. Ekonomi.
3. Kesesuaian.
4. Praktikal.
5. Sosial.

3.1.3.4 C&S (Consequence & Sequel) = KMJM (Kesan Mengikut Jangka Masa)
Alat ini merupakan instrument untuk memberikan panduan supaya kita dapat
meneliti kesan-kesan yang akan berlaku terhadap sesuatu tindakan mengikut
tahap-tahap jangka masa tertentu. Melalui alat ini kita dilatih melihat sebab
dan akibat sesuatu tindakan yang diambil. Sebagai contoh, pelaksanaan
sekolah satu sessi.
Kita perlulah melihat kesan-kesannya mengikut peringkat-peringkat
jangka masa yang berikut;
1. kesan serta-merta – sebaik sahaja dilaksanakan.
2. kesan jangka pendek – 1-5 tahun.
3. kesan jangka sederhana – 5-20 tahun.
4. kesan jangka panjang – lebih 20 tahun.

3.1.3.5 FIP (First Important Priorities) = KMK (Keutamaan Mengikut


Kepentingan)
Merupakan alat berfikir yang menuntut kita memberikan keutamaan kepada
perkara yang terpenting terlebih dahulu berbanding dengan perkara-perkara lain
yang kurang penting pada masa itu. Biasanya, kita perlu menyusun perkara-perkara
mengikut tatatingkat kepentingan pada masa itu. Sebagai contoh, anda dikehendaki
memilih barang-barang yang anda hendak beli di pasar raya sedangkan anda hanya
mempunyai RM 20.00. Barang apakah yang anda hendak beli? Sudah tentulah anda
harus membeli barang yang terpenting dahulu, kemudian diikuti oleh barang-barang
lain yang penting dan perlu sahaja kerana wang anda tidak mencukupi.

3.1.3.6 APC ( Alternatives, Possibilities, and Choice) = AKP (Alternatif,


Kemungkinan dan Pilihan)

8
Merupakan alat berfikir untuk memungkinkan kita mencari alternative,
kemungkinan, serta pilihan terhadap sesuatu yang berlaku yang pada mulanya kita
tidak tahu akan sebab-sebabnya. Dengan adanya alat ini maka dapatlah kita melatih
diri kita untuk berfikir dan mencari kemungkinan-kemungkinan sebab berlakunya
sesuatu. Sebagai contoh, sebuah kereta didapati terbabas ke dalam longkang.
Apakah APC/AKP tentang kemalangan itu?
1. Jalan licin.
2. Tayar pecah.
3. Pemandu mabuk.
4. Pemandu mengantuk.
5. Elak kenderaan lain.
6. Elak haiwan yang melintas.
7. Memandu melebihi had laju.

3.1.3.7 AGO (Aims, Goals, Objective) = TMO (Tujuan, Matlamat, Objektif)


Merupakan alat berfikir yang menuntut kita melakukan sesuatu tindakan atau
usaha sama ada berdasarkan tujuan, matlamat, atau objektif yang telah kita
harapkan. Tujuan, matlamat dan objektif lazimnya dianggap sama tetapi sebenarnya
terdapat perbezaan.
ASPEK MATLAMAT TUJUAN OBJEKTIF
SKOP LUAS SEDERHANA KECIL
MASA LEBIH LAMA LAMA PENDEK
PENCAPAIAN SUKAR SUKAR MUDAH DIUKUR
DIUKUR DAN DIUKUR DAN DAN DICAPAI
DICAPAI DICAPAI
SASARAN MENYELURUH MENYELURUH KECIL DSN
KHUSUS
CONTOH FALSAFAH WAWASAN HASIL
PENDIDIKAN 2020 PEMBELAJARAN
NEGARA

4.0 PROSES PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


4.1 Definisi

9
Perkembangan secara umumnya dapat didefinisikan sebagai aspek
perubahan yang dihadapi oleh individu yang berubah menurut peredaran masa.
Namun, pelbagai pendapat telah dikemukakan mengenai konsep dan definisi
perkembangan itu sendiri. Antaranya ialah;
Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, mengatakan perkembangan adalah
perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuntitatif tetapi dapat dilihat dari
sifat baru yang berlainan dari sifat awal.
Santock (2008), mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak
biologi, kognitif, dan sosioekonomi individu yang bermula dari peringkat
percambahan sehingga ke akhir hayat.
Menurut Arnold Gesell, perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor
kematangan. Perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan
pola tertentu. Kadar perkembangan berbeza bagi setiap individu. Beliau
berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar
sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai
peringkat usia perkembangan tersebut.
Kesimpulannya, perkembangan dapat diklafikasikan sebagai satu perubahan
yang bersifat kulitatif, tersusun, bertahap dan berterusan pada diri manusia bermula
semenjak percambahan sel sehingga ke akhir hayat organisma hasil dari kombinasi
pembelajaran, pengalaman dan kematangan melibatkan aspek-aspek fizikal, emosi,
mental, dan sosial.

4.2 Aspek Perkembangan Kanak-Kanak


Terdapat banyak aspek yang memungkinkan perkembangan kanak-kanak itu
berlaku, salah satunya ialah sifat perkembangan itu sendiri yang bersifat kualitatif
dan perubahan-perubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal, kognitif, sosial,
emosi, dan moral. Perubahan-perubahan itu adalah stabil dan berlaku secara teratur
dan progresif dalam arah tertentu. Justeru, perubahan-perubahan yang berlaku
adalah berterusan sepanjang hayat dan melalui peringkat-peringkat kematangan
tertentu. Kematangan pula merujuk kepada perubahan semulajadi dan ditentukan
oleh genetik. Ia biasanya dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Oleh itu,
perkembanagan adalah hasil daripada kematangan dan pembelajaran.

4.3 Aspek Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

10
Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi
pendapat, mamahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran
masing-masing dan melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori,
merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan
seumpamanya. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang
individu.
Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap
pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-
kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.
Dua teori utama perkembangan kognitif ialah teori oleh ahli psikologi Switzerland,
Jean Piaget dan ahli psikologi Rusia, Lev VYgotsky.
Menurut teori ini, individu menyumbang secara aktif kepada perkembangan
intelektual mereka dan seseorang akan berusaha menyelesaikan masalah atau
percanggahan dalam cara pemikiran mereka dan mencari cara baru untuk
memahami persekitaran mereka.

4.3.1 Teori Perkembangan Jean Piaget


Menurut beliau, perkembangan kognitif kanak-kanak dapat dibahagikan
kepada empat peringkat, iaitu;
1. Sensorimotor (lahir hingga 2 tahun).
2. Pra-operasi (2-7 tahun)
3. Operasi konkrit (7-11 tahun)
4. Operasi formal (11 tahun ke atas)

4.3.2 Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky


Piaget (1952), melihat perkembangan kanak-kanak sebagai perkembangan
kendiri di mana mereka meneroka, membentuk idea dan mengujinya secara
individu.
Lev Vygotsky (1896-1934), memberi alternatif kepada idea Piaget tentang
perkembangan kognitif kanak-kanak di mana menekankan peranan sosial dan
budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak.

11
Menurut beliau, dua faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak
ialah interaksi sosial dan kemahiran berbahasa. Pemikiran kanak-kanak
berkembang akibat dari pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang
bermakna ini selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih
berpengetahuan darinya. Kanak-kanak belajar dari apa yang dipraktikkan. Kanak-
kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran.
Sebaliknya, dibina melalui interaksi sosial dengan individu-individu yang berada di
persekitarannya seperti ibu bapa, guru, adik-beradik, saudara-mara dan rakan
sebaya.

4.3.2.1 Zon Perkembangan Proksimal


Kepentingan interaksi di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak
digambarkan oleh beliau dengan menggunakan konsep tersebut. Konsep tersebut
menerangkan bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-
kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau
rakan sebaya yang lebih mahir.

Had Atas
- Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu
yang lebih mahir.
Had Bawah
- Kemahiran yang boleh dicapai sendiri oleh kanak-kanak.

5.0 Implikasi kepada penjagaan dan pembelajaran bayi

Stimulasi visual dan pendengaran perlu untuk bahagian-

bahagian otak terbabit menyusun maklumat.

5.1. Awal kanak-kanak (2-6 tahun)

Awal kanak-kanak biasanya bermula daripada dua hingga enam tahun. Pada
peringkat ini, pertumbuhan fizikal perlahan jika dibandingkan dengan pertumbuhan

12
pada tahun pertama kanak-kanak tersebut. Ketinggian kanak-kanak pada peringkat
ini dua kali ketinggiannya semasa lahir dan berat badannya mungkin empat kali
ganda. Otot-otot kasar sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang
dengan sempurna. Kajian menunjukkan kadar perkembangan kanak-kanak
perempuan pada peringkat ini lebih cepat daripada kadar perkembangan kanak-
kanak lelaki.

Perubahan dalam kebolehan psikomotor ini mengikut aturan, misalnya


seorang kanak-kanak boleh berlari terlebih dahulu sebelum dia boleh belajar
bermain menggunakan kasut roda. Kadar perubahan dan kebolehan psikomotor
dipengaruhi oleh genetik. Misalnya jika kebolehan berjalan berlaku awal untuk
kedua-dua ibu bapa maka anaknya juga akan dapat berjalan pada peringkat awal.

5.1.1 Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Guru dinasihatkan membantu kanak-kanak tetapi hanya setakat mana yang


perlu. Bantuan yang berlebihan akan menggalakkan pergantungan kanak-kanak
kepada ibu bapa atau guru dan menimbulkan perasaan kurang yakin untuk
melakukan sesuatu dengan sendiri.

Kanak-kanak juga akan merasai saat kepuasan sekiranya berjaya melakukan


sesuatu dengan sendiri. Kanak-kanak berkembang pada tahap yang berbeza.
Elakkan daripada membanding antara kanak-kanak. Kanak-kanak agak aktif pada
peringkat ini. Guru boleh menyediakan aktivit-aktiviti seperti bermain bola dan
berlari. Aktiviti-aktiviti yang disediakan mesti mengambil kira perkembangan otot,
khususnya otot-otot kecilnya yang belum sempurna.

5.2 Kanak-kanak (7-12 tahun)

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak
begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini.
Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahbaikan
kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat ini, pertumbuhan
gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti.

13
Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 hingga 10 tahun
dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki mula
bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun dan mencapai
tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Pada umumnya, kanak-kanak
menjadi lebih kurus. Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri
akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan
untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberi kepada mereka.

Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi


untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain alat-alat muzik
seperti piano dan biola, menjahit, mengait membina model, belajar gimnastik,
berenang, tenis dan olahraga. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada
permainan lasak misalnya permainan bola sepak di padang.

5.2.1 Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik dan aktiviti-aktiviti seperti


melukis. Melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti
berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan
yang lebih cekap. Menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak lelaki
misalnya bola sepak dan permainan atau sukan yang sesuai untuk kanak-kanak
perempuan misalnya bola jaring.

Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada


kanak-kanak. Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya lebih-lebih lagi jika
kanak-kanak tersebut terlebih berat badan boleh menimbulkan masalah sosial dan
masalah penyesuaian.

5.3 Awal remaja (12-15 tahun)

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah cepat dan
pesat, sama seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal seperti
ketinggian, saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa. Perubahan saiz bagi
remaja perempuan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum
mencapai akil baligh. Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan remaja perempuan

14
mula menunjukkan sifat kewanitaannya dan bulu ketiak mula tumbuh. Remaja lelaki
yang mencapai akil baligh akan melalui perubahan suara atau ‘suara pecah’. Tubuh
badannya bertambah tegap, bulu ketiak dan misai mula kelihatan.

Perubahan ketinggian dan akil baligh berlaku pada remaja perempuan


terlebih dahulu sebelum remaja lelaki, namun tempoh pertumbuhan lelaki semasa
mencapai akil baligh lebih lama. Pertumbuhan otot lebih ketara pada remaja lelaki
dan akibatnya mereka pada umumnya lebih kuat secara fizikal berbanding dengan
remaja perempuan.

5.3.1 Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Aktiviti seperti ceramah, kaunseling yang dapat membantu remaja menerima


dirinya, rupa dan bentuk badannya. Menyediakan latihan untuk membantu remaja
membina daya tenaga dan daya tahan. Oleh kerana remaja pada peringkat ini lebih
sensitif terhadap perubahan fizikal dan bentuk badan, adalah wajar mereka juga
diberi kesedaran tentang gaya hidup sihat terutamanya daripada segi pemakanan,
senaman dan mengelakkan aktiviti-aktiviti yang negatif seperti merokok dan
mengambil dadah. Rancang aktiviti senaman supaya menyeronokkan dan
jadikannya sebagai satu aktiviti sosial yang sihat. Sediakan bilik persalinan yang
terasing untuk remaja perempuan dan remaja lelaki. Cuba kurangkan peluang
remaja perempuan diperhati oleh lelaki semasa aktiviti senaman. Perubahan
peringkat remaja tidak sahaja bermakna otot-otot bertambah kuat dan pertambahan
koordinasi.

Akil baligh juga menandakan kematangan daripada segi seksual.


Menyediakan kursus, dan ceramah tentang aktiviti seksual dan sistem pembiakan
agar remaja mengetahui aspek-aspek perubahan fisiologi yang berlaku dalam diri
mereka. Tingkah laku seksual memerlukan remaja membuat pilihan. Guru perlu
menyediakan peluang untuk remaja berbincang dan bertanya tentang perubahan
yang sedang berlaku dalam diri mereka agar mereka dapat membuat pilihan yang
tepat.

6.0 PENUTUP

15
Edward De Bono merupakan seorang tokoh yang terkenal dengan konsep-
konsep dan teori-teori yang menekankan pelbagai cara dan kaedah berfikir. Tidak
ada kemahiran yang lebih bernilai daripada kemahiran berfikir. Belajar berfikir ialah
belajar membuat pelbagai persepsi. Belajar berfikir tidaklah sukar kerana kini sudah
ada banyak teknik berfikir yang boleh digunakan untuk melatih minda kita seperti
alat berfikir CoRT yang diasaskan oleh Edward De Bono.

Selanjutnya, sebagai seorang pendidik kita seharusnya tahu proses


perkembangan kanak-kanak kerana mereka merupakan aset penting dalam dunia
pendidikan dan kita seharusnya mengajar kemahiran berfikir sesuai dengan tahap
perkembangan mereka. Berfikir merupakan satu kemahiran yang amat penting dan
boleh diajar dan dilatih supaya potensi minda mencapai tahap maksimum. Hal ini
selaras dengan dasar Falsafah Pendidikan Negara yang amat menekankan untuk
melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

BIBLIOGRAFI

1. Ainon & Abdullah. (1995). Teknik Berfikir Konsep Dan Proses. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

2. Ainon Mohd, Abdullah Hassan. (2007). Berfikir Seperti Inventor. Kuala Lumpur:
PTS Millenia Sdn. Bhd.

16
3. Som Haji Nor, Mohd. Dahalan Mohd. Ramli. (2000). Kemahiran Berfikir Secara
Kritis & Kreatif. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Education Malaysia Sdn.
Bhd.

4. Dr. Mohammad. Rozdhi. (2004). Tiga Serangkai, Selangor: BTC Training &
Motivation.

5. Omar Mohd. Hashim. (1993). Pendidikan , Persoalan, Penyelesaian dan harapan,


Kuala Lumpur: DBP

6. Robert F. Mager .(2004). Teknik Mendorong Pelajar Belajar, Kuala Lumpur:


Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd.

7. Christopher Bowring-Carr, John West Burnham.(2010). Belajar Secara Berkesan


Di Sekolah, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd.

8. Mohd. Daud Hamzah. (1990). Pembelajaran dan Implikasi Pendidikan, Kuala


Lumpur: DBP

9. De Bono, E. (1981) CoRT Thinking, CoRT I-IV, Oxford: Pergamonn Press

10. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi. (2008). Perkembangan


Kanak-
Kanak, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

17

You might also like