You are on page 1of 2

Percambahan Fikiran (Brainstorming)

Apakah Percambahan Fikiran?


Percambahan fikiran adalah kaedah yang biasa digunakan bagi menggalakkan tiap-
tiap individu dalam kumpulan mengeluarkan pendapat dan menjana idea baru
sebanyak mungkin dalam sesuatu perbincangan secara bebas. Alat ini juga sering
disalahgunakan kerana penggunaannya tidak mengikut disiplin yang betul.
Dua Jenis Percambahan Fikiran

i. Tidak Berstruktur – Individu menyumbang idea pada bila-bila masa dan fasilitator
merekodkan idea-idea secepat mungkin apabila idea dikemukakan.
ii. Berstruktur – Individu secara senyap membangunkan idea mereka sendiri, secara
bertulis menyenarai respons kepada isu/ cabaran /masalah. Fasilitator membimbing
kumpulan untuk memberi laporan secara bergilir-gilir dengan meminta setiap orang
untuk mengemukakan salah satu daripada idea mereka. Fasilitator bergerak
sehingga semua idea direkodkan di atas kertas, menomborkan setiap idea dibuat
apabila
semuanya telah dicatat. Apabila individu kehabisan idea, mereka berkata "pass"
apabila tiba giliran mereka. Idea-idea baru digalakkan dan dialu-alukan dalam
proses giliran.

Bagaimana Menggunakan Kaedah Percambahan Fikiran?


 Pastikan ahli tahu dan fokus tentang tujuan sesi percambahan fikiran . Adakah
kita mahu mengenal pasti masalah, mencari penyelesaian, punca masalah dan
sebagainya. Semua ahli harus memberi tumpuan kepada tujuan tersebut bagi
mereka mudah merangsang dan menjana idea sebanyak mungkin.
 Lantik seorang ahli untuk menrekod/ mencatat. Galakkan penglibatan semua ahli
dengan
mencabar mereka untuk berfikir cara baru yang lebih luas.
 Semua idea diterima tanpa sebarang kritikan. Elak daripada mencelah, memberi
ulasan,
memuji terhadap cadangan yang dikemukakan.
 Menggabungkan dan membina idea antara satu sama lain jika ada persamaan.
Gugurkan cadangan yang berulang.
Kumpulan akan mendapat senarai idea yang panjang. Ini merupakan hasil daripada
tujuan alat ini digunakan. Kita tidak akan mengetahui mana-mana daripada senarai
itu merupakan idea yang baik sehinggalah proses yang berikutnya dilakukan,
termasuklah pemilihan masalah,definisi masalah, pemilihan punca dan penyelesaian
masalah atau proses yang lain

You might also like