You are on page 1of 8

MODUL LATIHAN

DINAMIKA KELOMPOK BERSTRUKTUR


TEMA : TEAM BUILDING

1.0 KUMPULAN SASARAN

Aktiviti modul ini disasarkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah iaitu


pelajar tingkatan empat dan lima. Hal ini kerana aktiviti pertama melibatkan aras
pemikiran yang agak tinggi untuk diselesaikan. Sementara itu, aktiviti kedua pula
melibatkan pemikiran dan idea yang kreatif daripada setiap ahli dalam kumpulan.

2.0 SINOPSIS

Modul ini memfokuskan terhadap pembinaan pasukan ”team building” dalam


sesebuah kumpulan. Setiap aktiviti dalam ”team building” adalah satu proses atau
perkembangan dimana setiap individu dapat memupuk sifat kepercayaan, penerimaan,
hormat, persefahaman dan kerjasama diantara setiap ahli dalam kumpulan. Aktiviti–
aktiviti modul juga memerlukan setiap ahli untuk lebih ekspresif dan terbuka untuk
menyampaikan idea-idea. Masalah kecil dan keputusan dapat di atasi dan diputuskan
secara bersama hasil daripada perbincangan dalam kumpulan.
Kumpulan akan lebih kukuh dan sebarang aktiviti modul dapat berjalan dengan
lebih lancar sekiranya terdapat kepercayaan dan rasa tanggungjawab yang ditanggung
bersama dalam suasana sukar dan senang. Sokongan, galakan dan kata semangat di
antara setiap ahli juga sangat penting dalam aktiviti. Kesemua faktor ini secara
langsung menjadikan kumpulan itu lebih dinamik, produktif dan sentiasa bersaing
untuk menempuh kejayaan demi kejayaan dalam sebarang aktiviti yang mereka
lakukan.

1
3.0 OBJEKTIF KESELURUHAN

Dalam menjalankan modul bertemakan `kerjasama berpasukan”, kami telah


menggariskan beberapa objektif yang mana ianya amat diperlukan bagi mengelakkan
kami daripada lari atau terpesong dari matlamat modul kami. Antara objektif-objektif
kami ialah:

 Membina semangat `kekitaan” untuk saling bekerjasama bagi meningkatkan


prestasi melalui sikap persaingan secara positif.
 Mengekalkan hubungan yang sedia ada dan seterusnya menjadikannya lebih
erat.
 Menguji daya kreativiti peserta dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang
dihadapi.
 Untuk mengukuhkan kejelikitan dalam kelompok dengan cara bertukar-tukar
pendapat, idea, pengalaman dan kemahiran.
 Untuk melihat sikap toleransi, bekerjasama, percambahan fikiran, pemikiran
kreatif dan konsep kendiri peserta.

4.0 PERLAKSANAAN AKTIVITI

Aktiviti 1

Tajuk : NUMBER PUZZLE

Sasaran : Setiap ahli yang terlibat.

Masa : 20 minit.

Alat / Bahan : Salinan number puzzle dan pen untuk setiap kumpulan.

Objektif : Untuk menggalakkan kerjasama ahli sebagai satu kumpulan.


: Untuk menggalakkan idea kreatif oleh setiap ahli kumpulan.
: Membentuk semangat berusaha dalam mengendalikan masalah.

2
: Melatih setiap ahli dalam kumpulan agar dapat berfikir dengan pantas
dan dapat bertindak cepat dalam melakukan tugas yang diamanahkan.
: Komitmen ahli dalam menyelesaikan persoalan dalam kelompok.

Kaedah : Perbincangan dalam kumpulan.

Langkah-langkah : Setiap kumpulan diarahkan untuk melantik ketua kumpulan.


: Setiap kumpulan diberikan salinan number puzzle dan
sebatang pen, alat dan bahan diletakkan ditengah-tengah
kumpulan bukan kepada individu tertentu dalam ahli
kumpulan sahaja.
: Fasilitator memberitahu kumpulan bahawa mereka perlu
menyelesaikan masalah. Mereka perlu membahagikan kotak
puzzle kepada empat bahagian yang mana setiap bahagian
mempunyai empat digit nombor yang berlainan.
: Selepas ahli kumpulan dapat menyelesaikan masalah yang
diberikan, wakil dari setiap kumpulan dikehendaki
memberikan maklum balas mengenai peranan setiap individu
dalam kumpulan sewaktu perbincangan.

Perbincangan : Adakah setiap ahli dalam kumpulan memberikan idea dan


pendapat?
: Adakah setiap ahli memberikan komitmen dalam
menyelesaikan number puzzle tersebut?

Falsafah : Setiap orang ada peranannya masing-masing, sekiranya


peranan itu dimainkan dengan berkesan maka tercapailah
maksud yang diharapkan.
: Keputusan yang baik sukar dicapai
sekiranya tidak bermuafakat.
: Setiap individu adalah berbeza dari segi persepsi, tanggapan
dan cara mereka berfikir.

3
Nilai-nilai murni : Pemikiran yang sihat dan membina.
 pandangan, cadangan dan pendapat dan pemikiran yang
bernas harus dipupuk untuk kebaikan diri dan
masyarakat.
: Tekun
 sabar dan bersungguh-sungguh dalam melakukan
sesuatu perkara.

Pengajaran dan kesimpulan :

Secara keseluruhannya aktiviti ini dapat menggalakkan kerjasama diantara ahli


dalam kumpulan untuk saling bertukar pendapat dan idea dalam menyelesaikan
sesuatu masalah. Pandangan setiap ahli dalam kumpulan sewaktu perbincangan perlu
diambil kira dan sikap mementingkan diri sendiri perlu dihindarkan bagi mengelak
sebarang pertelingkahan. Persepakatan sesama ahli juga amat penting bagi
mewujudkan perpaduan di antara ahli dalam kumpulan. Selain daripada itu, setiap ahli
perlulah menghargai dan berfikiran terbuka terhadap segala pendapat orang lain tidak
kira sama ada positif atau sebaliknya.

Aktiviti 2

Tajuk : TELURKU SAYANG

Sasaran : Setiap ahli yang terlibat

Masa : 45 minit

Alat /Bahan : Telur,


plastik,
benang,
plaster(sehasta/0.45m),
kertas A4 (1 keping),
gunting.

4
Objektif : untuk menggalakkan perkembangan idea dan pendapat ahli
kumpulan dalam perbincangan.
: menggalakkan persepakatan dan perpaduan sesama ahli
dalam kumpulan.
: mewujudkan semangat kerjasama sesama ahli kumpulan.
: mewujudkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap ahli
untuk menyelesaikan tugasan.

Kaedah : Perbincangan dalam kumpulan.


: Menyiapkan tugasan dan perlaksanaan.

Arahan : Anda dikehendaki membina sesuatu yang kreatif dan kukuh


dengan menggunakan alat dan bahan yang telah diberikan
supaya apabila telur dijatuhkan dari tempat yang tinggi, telur
tersebut tidak pecah.

Langkah-langkah : Fasilitator memberikan penerangan mengenai aktiviti yang


akan dijalankan.
: Ketua kumpulan diminta untuk mengambil alat dan bahan
yang telah disediakan.
: Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk melakukan
perbincangan dan menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
: Setiap ahli kumpulan digalakkan untuk saling memberi
pendapat dan bekerjasama untuk menyiapkan tugasan.
: Fasilitator memberikan peringatan kepada setiap kumpulan
untuk menyiapkan tugasan mereka pada 10 minit terakhir
daripada masa yang telah diperuntukkan.
: Setiap ahli kumpulan di bawa ke bangunan empat tingkat di
sebelah SITC bagi melakukan perlaksanaan aktiviti dan
menguji hasil kerja kumpulan.
Perbincangan : Bagaimana ahli dalam kumpulan menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan?
: Adakah setiap ahli dalam kumpulan menyumbang idea dan

5
pendapat?
: Adakah setiap ahli dalam kumpulan bekerjasama dalam
menyiapkan tugasan?
: Adakah setiap ahli dalam kumpulan memberi komitmen
untuk menyiapakan tugasan dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan?

Falsafah : Untuk mewujudkan suasana mesra dan semangat kerjasama


dalam kelompok.
: Masalah dapat diselesaikan dengan mudah jika dikongsi dan
dibincangkan bersama dalam kumpulan.
: ”Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan”

Nilai-nilai murni : Yakin pada diri sendiri


 Setiap ahli kumpulan perlu percaya kepada kebolehan
diri sendiri dan sanggup menghadapi risiko.

: Toleransi
 Sanggup bertolak ansur, sabar dan dapat mengawal diri
bagi mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan.

: Kepuasan bersama
 Kepuasan yang dirasai hasil daripada usaha dan saling
bekerjasama dalam kumpulan.

: Tanggungjawab bersama
 Tanggungjawab atau kewajipan yang perlu dipikul oleh
semua ahli kumpulan demi kepentingan dan kebaikan
bersama.

6
Pengajaran dan kesimpulan :

Aktiviti yang dijalankan dapat membentuk semangat kerjasama berpasukan


di antara setiap ahli dalam kumpulan di samping mewujudkan rasa tanggungjawab
untuk menyiapkan tugasan dalam waktu yang telah ditetapkan. Penglibatan seluruh
anggota kumpulan adalah penting untuk mencapai kejayaan. Sikap ingin berjaya dan
mencapai kemenangan perlu sentiasa membara bagi mendapatkan hasil yang terbaik.
Aktiviti ini juga diharapkan dapat menggalakkan peserta untuk lebih
mementingkan perasaan dan pendapat ahli dalam kumpulan dan sentiasa mengelak
serta mengawal diri dari menurut kepentingan peribadi. Keputusan dalam kumpulan
juga perlulah dibuat secara bersama bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan
ataupun sebarang situasi yang tegang. Setiap ahli dalam kumpulan juga perlulah yakin
terhadap keputusan yang telah dibuat serta bersedia untuk menghadapi sebarang
kemungkinan. Pada akhir aktiviti ini, setiap kumpulan turut akan mendapat kepuasan
apabila hasil kerja kumpulan mereka berjaya.

7
BIBLIOGRAFI

Ali Akbar Ibrahim Gani.(1991). Koleksi Modul Untuk L.D.K : Universiti


Putra Malaysia ; Serdang

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. (1998) Modul Program Maju Diri : Unit
Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Selangor.

Unit Bimbingan dan Kaunseling Bahagian Sekolah. (1992) Pembimbing rakan


Sebaya : Modul Latihan Asas ; Kementerian Pendidikan Malaysia.

You might also like