You are on page 1of 30

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu

Modul 15 : PERPADUAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UNIT 1

TEMA PERPADUAN
TAJUK KEPENTINGAN PERPADUAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
OBJEKTIF i. Membaca, mengakses dan mendapatkan maklumat penting
daripada bahan teks dan grafik.
ii. Menyenaraikan kepentingan perpaduan di Malaysia.
i. Teknik Bacaan : 5W1H
ii. KBAT : Mengingat, memahami dan mencipta
STRATEGI /
PENDEKATAN iii. Nilai : Cinta akan negara

iv. Strategi P&dP Abad ke-21 : Didik Hibur


i. Audio / Komputer / Internet – Laman
Web
MEDIA ii. Peta / Grafik, iii. Petikan Akhbar, iv.
Gambar
* mengikut kesesuaian

SITUASI Peribadi dan / atau Awam


FORMAT TEKS Teks tidak berurutan (petikan, brosur, peta)
JENIS TEKS Keperihalan
PROSES i. Mengimbas dan mengenal pasti ii.
KOGNITIF Memahami isi tersurat

85
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

AKTIVITI CATATAN

LANGKAH 1 * Kad lagu


* Petikan Youtube Lagu 1
a. Membaca lirik lagu 1 Malaysia. Malaysia
b. Menyanyikan lagu 1 Malaysia * Mengimbas & mengenal
c. Memahami maksud seni kata lagu pasti
* Sumbang saran

LANGKAH 2

a. Menyatakan kaum yang ada di negara kita * Memahami grafik (peta)


(perbincangan lisan)
* Mengakses dan
b. Berdasarkan gambar, bincangkan perkara berikut mendapatkan
dalam kumpulan: maklumat
i. Asal usul kaum di Malaysia.
ii. Senaraikan kaum yang terdapat di * Pembelajaran koperatif
Malaysia. iii. Bincangkan budaya, dan
perayaan kaum di Malaysia Kolaboratif
c. Melengkapkan Peta Pemikiran (iThink ) untuk * Pengurusan grafik
menerangkan kaum di Malaysia.

LANGKAH 3

a. Berdasarkan teks, senaraikan kepentingan


perpaduan kaum di negara kita.
* Brosur
b. Nyatakan kesan kita perpaduan tidak dapat
diwujudkan di negara kita * Petikan akhbar

c. Pembentangan hasil kerja.

86
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

LAMPIRAN 1

Lirik Lagu 1 Malaysia – Koir Pelajar


Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati Kejayaan
terbukti

Dunia yang megah


Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Verse 3
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Membina masa hadapan


Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

87
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

LAMPIRAN 2

Pada pendapat anda, dari mana kaum-kaum di negara kita berasal.

 Nyatakan Kaum-kaum yang terdapat dalam Negara Kita

 Nyatakan budaya yang diamalkan oleh kaum yang ada di negara kita

88
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

LAMPIRAN 3

Budaya Kaum di Malaysia.


Lengkapkan Peta Pemikiran berikut.

Melayu

Cina

89
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

India

90
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

Iban

Kadazan

LAMPIRAN 4 Senarai kepentingan perpaduan berdasarkan teks di bawah.

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM

91
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

Satu Malaysia jadi pegangan,


Rukun Negara teras panduan,
Satu Malaysia benteng negara,
Rakyat Malaysia taat setia.

Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan


betapa pentingnya perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat
Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata “Satu
Malaysia’’ yang menjadi pegangan wazir negara kita, Dato’ Seri
Najib Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi
memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat
Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak kepentingan yang
boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di
Malaysia.

Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah


mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat
Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya
masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu,
India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “ rambut sama
hitam, hati lain-lain” jelas menunjukkan walaupun manusia
mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan
keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah
masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama
dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat
Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan
kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa,
“ bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat”.

Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang


menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci
utama dalam menarik kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah
dengan rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum.
Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia
akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat
sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap
rakyat Malaysia. Hal ini secara implicit dapat memperkenalkan
keindahan Malaysia kepada masyarakat luar seterusnya
menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia

92
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik


kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu menaikkan nama
negara, seperti kata peribahasa,” sambil menyelam minum air”.

Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita


juga dapat memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan
kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi
tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan
adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri
mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia
perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan
peribahasa, “ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” nescaya
rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara.

Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila


amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap
rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan
kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan
bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan
sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang
berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup
yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah
perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan
negara.

Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan


tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam
mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasif
mahupun “ bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing” kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud
apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing
dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.

LAMPIRAN 5

93
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

Kepentingan Perpaduan.

LAMPIRAN 5

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

94
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

UNIT 2

TEMA PERPADUAN

TAJUK PERPADUAN PENCETUS KEMAJUAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i.


OBJEKTIF Membaca dan mentafsir maklumat daripada teks

Teknik Bacaan : KWLH

KBAT : Menganalisis, mengaplikasi dan mencipta


STRATEGI /
PENDEKATAN Nilai: Menghargai alam sekitar

Strategi PdP Abad ke-21 : Pengajaran Pembezaan

i. Audio / Komputer / Internet –


Laman Web
MEDIA ii. Peta / Grafik, iii. Petikan Akhbar,
iv. Gambar
*mengikut kesesuaian

SITUASI Awam

FORMAT TEKS Teks Pelbagai

JENIS TEKS Pendedahan

PROSES i. Mengintegrasi dan menjana inferen

KOGNITIF

AKTIVITI CATATAN

95
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

LANGKAH 1 Video Youtube


https://www.youtube.co
a. Menonton Video. m/watch?v=6mnIGRM
b. Arahan sebelum menonton video. mM0
 Hayati dan dapatkan pelbagai maklumat
daripada video tersebut. * Mengakses dan
c. Catat dan pindahkan maklumat dalam bentuk mendapatkan maklumat
pengurusan grafik.
* Sumbang saran

LANGKAH 2
*Banding beza
a. Secara berkumpulan, senaraikan nilai-nilai positif
dan nilai negatif daripada video di atas yang * Pengurusan
boleh dikaitkan dengan perpaduan kaum grafik

b. Pembentangan kerja kumpulan. * Pembelajaran


koperatif dan
kolabaratif

LANGKAH 3
* Mengimbas, mengenal
d. Baca dan fahami teks yang diberikan, nyatakan pasti dan
kepentingan perpaduan dalam konteks politik dan menganalisis
ekonomi.
Sumber:
e. Nyatakan perkara-perkara yang boleh mengugat
perpaduan kaum di negara kita.

LAMPIRAN 1

96
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

Klip Video Tentang Perpaduan.

LAMPIRAN 2
Peta Minda .

NILAI POSITIF NILAI NEGATIF

VIDEO
PERPADUAN

LAMPIRAN 3 Baca dan Bincangkan Kepentingan Perpaduan Dari Segi Politik


dan Ekonomi.

97
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

LAMPIRAN 4

Faktor-faktor Menyulitkan Proses Perpaduan di Malaysia sebelum


1970:

98
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

Peristiwa 13 Mei 1969:


Peristiwa 13 Mei 1969 Dasar Pecah Dan Perintah British Sistem Pendidikan Yang
Berasingan Perbezaan Agama Dan Kebudayaan Aktiviti Ekonomi Yang Berlainan
Persatuan-persatuan Etnik Pendudukan Jepun Rusuhan kaum . Langkah-langkah
konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian .
Perpaduan kaum tidak tercapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat miskin .

Dasar Pecah Dan Perintah British :


Dasar Pecah Dan Perintah British British telah mewujudkan kelompok-kelompok
etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Dilakukan untuk menjaga kepentingan mereka
agar tidak terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu
mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia. Justeru
mereka telah menetapkan status dan perana yang berbeza bagi setiap kaum seperti
orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina digalakkan tinggal di
bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet. Dasar ini telah
berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas
hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan
prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain. Prasangka yang wujud inilah
yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.

Sistem Pendidikan Yang Berasingan :


Sistem Pendidikan Yang Berasingan Sebelum Laporan Razak dikemukakan,
Malaysia tidak mempunyai satu asas atau sistem pendidikan nasional. Apa yang
wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlaianan iaitu Aliran Inggeris, Melayu,
Cina dan India. Bagi kaum India mereka telah menguna pakai silibus yang diambil
dari negara india untuk diajar kepada anak-anak mereka. Begitu juga dengan kaum
Cina dan Melayu. Menyebabkan tiada keseragaman dari segi identiti dan fahaman
kerana Negara China. Contohnya mengamalkan fahaman komunisme dan silibus
yang diambil dari Negara China mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain pula
dengan kaum lain yang berteraskan fahaman yang lain. Selain itu tidak terdapat satu
bahasa pengantar yang seragam telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu
bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing sahaja. Ini telah menyebabkan
timbulnya pelbagai masalah yang telah menggugat perpaduan kaum. Ini telah
memberikan satu imapak buruk dalam pembentukan perpaduan kaum di Malaysia.

Perbezaan Agama Dan Kebudayaan :


Perbezaan Agama Dan Kebudayaan Perbezaan budaya dan agama merupakan
salah satu lagi punca berlakunya masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum
Melayu sebahagan besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada
Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama Hindu.
Disamping itu terdapat ramai juga yang beragama Kristian. Setiap kaum pula
mempunyai kebudayaan yang berlainan dan ini menambahparahkan lagi masalah
perpaduan kaum di Malaysia. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan
agama yang dianuti oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia menggalakkan
penganutnya memusuhi agama lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil terhadap
agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah
menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan
peristiwa 13 Mei 1969 berlaku.

99
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

Aktiviti Ekonomi Yang Berlainan :


Aktiviti Ekonomi Yang Berlainan Masyarakat Melayu kebanyakan terdiri daripada
petani yang tinggal di kampung M asyarakat cina telah mewarisi pekerjaan turun
temurun keluarga mereka iaitu berniaga dan kebanyakannya tinggal di bandar
Masyarakat India pula bekerja sebagai penoreh di estet-estet dan tinggal di
estetestet. Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatan
yang berbeza anatara satu kaum dengan kaum yang lain. Ini telah menimbulkan
rasa tidak puas hati dan persaingan ekonimi secara tidak sihat dan pada
kemuncaknya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969.

Persatuan-persatuan Etnik :
Persatuan-persatuan Etnik Struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari
berbagaibagai kaum telah melahirkan banyak persatuan-persatuan politik sosial dan
ekonomi yang berasakan kaum masing-masing. Perkara ini telah memeperkuatkan
lagi rasa syak wasangka di antara satu sama lain kerana persatuan-persatuan ini
hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja tanpa
menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk perkauman
seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum
hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara satu kaum dengan
kaum yang lain.

Pendudukan Jepun :
Pendudukan Jepun Salah satu punca permusuhana orang Melayu dengan Orang
Cina ialah akibat Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Jepun memberi layanan yang
lebih istimewa kepada orang Melayu berbanding orang Cina kerana Jepun masih
lagi dipengaruhi sentimen peperangan dengan negara China pada akhir kurun ke 19
dan awal kurun ke 20. Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih kasih dalam hal
yang melibatkan kaum Melayu dan Cina. Jepun juga telah melantik orang Melayu
sebagai askar dan polis berbeza dengan orang Cina yang tidak diberi peluang untuk
menjawat sebarang jawatan. Ketika itu kebanyakan orang Cina menyertai MPAJA
(Malaysian People Anti Japanese Army). Keadaan bertambah buruk apabila
kebanyakan tentera Jepun yang menyerang MPAJA ialah terdiri daripada orang
Melayu dan ini telah menimbulkan persengketaan antara orang Melayu dengan
Orang Cina dan kemuncaknya ialah pada 13 Mei 1969.

Usaha Kerajaan Memupuk Perpaduan:


Usaha Kerajaan Memupuk Perpaduan Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara kini
Jabatan Perdauan Negara dan Integrasi Nasional pada tahun 1969. Merapatkan
masyarakat daripada semua Negeri Malaysia. Pengenalan Rukun Negara, Dasar
Ekonomi Baru , Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan serta
pergabungan parti-parti politik melalui BN.

Hubungkait Antara Ekonomi dan Etnik di Malaysia :


Hubungkait Antara E konomi dan Etnik di Malaysia Peristiwa 1969 jelas
membuktikan hubungkait ekonomi dan etnik . Wujud stereotaip iaitu etnik Melayu
terdiri daripada petani dan nelayan , etnik cina terdiri daripada perniagaan dan
perlombongan , etnik india pula buruh di estet sedangkan sektor ekonomi dikuasai
oleh etnik Cina . Hal ini sebut sahaja mengenai hal ekonomi maka secara langsung
dan tidak langsung akan menyentuh hal etnisiti . Joseph Stiglitz ( Ketua Ahli

100
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

Ekonomi Bank Dunia ), kunci bagi survival Malaysia ialah hubungan etnik yang
harmonis . Sekiranya hubungan etnik tergugat maka survival Malaysia sebagai satu
negara bangsa juga turut tercabar .

Kenyataan Stiglitz:
Kenyataan Stiglitz Penyelesaian ekonomi sahaja tidak mencukupi kerana seperti
yang kita sedia maklum hubungan ekonomi dan etnik adalah sangat rapat . Masalah
ekonomi terjadi maka maslah ini akan menjadi masalah etnik . Sebarang
penyelesaian masalah ekonomi mesti diambil kira dalam etni

101
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UNIT 3

TEMA PERPADUAN

TAJUK SIKAP PERKAUMAN UMPAMA API DALAM SEKAM

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


HASIL i. Menilai, menaakul dan merumus maklumat dalam teks.
PEMBELAJARAN ii. Membaca dan mentafsir maklumat daripada teks iii.
Menyatakan cara-cara menangani masalah perkauman

102
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

i. Teknik Bacaan : SQ4R

ii. KBAT : mengaplikasi, menganalisis, menilai, mencipta


STRATEGI /
PENDEKATAN
iii. Nilai: Cinta akan negara

iv. Strategi P&P Abad ke-21 : Pembelajaran Kontekstual

i. Internet – Laman Web


MEDIA ii. Peta / Grafik, iii. Petikan
*mengikut kesesuaian

SITUASI Peribadi dan Awam

FORMAT TEKS Pelbagai

JENIS TEKS Penceritaan/Pendedahan/Penghujahan

PROSES Mengintegrasi & Menjana Inferen


KOGNITIF Menyokong, mengenal pasti dan menangani konflik

AKTIVITI CATATAN

LANGKAH 1
* Keratan Akhbar
a. Menceritakan isu berdasarkan keratan akhbar yang (powerpoint)
dipaparkan.
(i) Nama peristiwa dan tarikh * Sumbang saran
(ii) Punca berlakunya peristiwa tersebut.
(iii) Keburukan peristiwa kepada masyarakat

103
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

LANGKAH 2
* Mengakses dan
a. Secara berkumpulan, bincangkan langkah-langkah mendapatkan maklumat *
untuk mengekalkan perpaduan kaum Membina peta i think yang
bersesuaian.
b. Catatkan maklumat hasil perbincangan dalam bentuk * Memberikan
pengurusan grafik. pendapat dalam sesuatu isu

c. Bentangkan hasilkan perbincangan dihadapan kelas


dan adakan sesi soal jawab.

LANGKAH 3 Teknik bacaan SQ4R

a. Membaca artikel berkaitan dengan isu perkauman di Laman Web:


Malaysia. Mujahidah
Islam.blogspot.com
b. Membincang dan menyenaraikan sebab-sebab sikap
perkauman masih kuat di negara kita dan cara-cara Kenapa Sentimen
menangani masalah perkauman.
perkauman masih kuat di
Malaysia dan cara
c. Merumuskan hasil kerja kumpulan untuk mendapatkan
hasil kerja yang padat, jitu dan kemas. menangani konflik antara
kaum

LAMPIRAN 1
Keratan Akhbar.

104
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

105
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

106
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

LAMPIRAN 2
Peta Buih

Langkah-Langkah Memupuk Perpaduan Kaum

LAMPIRAN 3

Langkah-langkah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia.

107
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

Kempen kerajaan
Pelbagai kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan di pelbagai peringkat untuk memupuk
dan mengekalkan perpaduan kaum:

Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional - memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan
integrasi nasional.
Kempen Budi Bahasa Budaya Kita - menggalakkan rakyat Malaysia supaya berbudi bahasa
- menghormati adat resam dan kebudayaan kaum lain - wujud kesefahaman dan
perpaduan antara mereka

Gotong-royong/berkancang
Amalan bergotong royong di kawasan kediaman, sekolah, pejabat - mengeratkan hubungan
- aktiviti kemasyarakatan seperti ini menuntut penyertaan setiap kaum - masyarakat
bersatu padu memberikan sumbangan yang terbaik

Rumah terbuka
Penganjuran rumah terbuka semasa musim perayaan - mengundang kenalan datang ke
rumah - peluang untuk saling mengenal antara satu sama lain - mengukuhkan ukhuwah
sesama anggota masyarakat

Sambutan perayaan peringkat kebangsaan


Kerajaan menganjurkan sambutan perayaan peringkat negeri dan kebangsaan - rakyat
berkumpul bersama-sama tanpa mengira kaum - sama-sama meraikan - melahirkan
masyarakat majmuk yang hidup harmoni

Sambutan Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan


Sambutan sebegini memerlukan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat - pelbagai kaum
dan peringkat umur - untuk menjayakan sambutan ini masyarakat majmuk akan samasama
berusaha agar sambutan tahunan ini dapat direalisasikan dengan jayanya - penghayatan
tema Hari Kebangsaan turut dapat menyemai perpaduan - contoh 'Keranamu Malaysia' -
semua rakyat mengenepikan isu bangsa, agama dan budaya demi kesejahteraan negara -
rakyat yang di bawah identiti 1 Malaysia dapat lebih menghargai erti kemerdekaan -
menghargai keamanan yang dinikmati dan akan terus cuba melestarikannya.

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)


Dijalankan di semua sekolah rendah dan menengah - memastikan hubungan rapat dapat
dijalin antara pelajar pelbagai kaum

Program PLKN
Remaja yang berumur 17 tahun ke atas - menyertai Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN). Modul kenegaraan PLKN - remaja yang terdiri daripada berbilang kaum hidup di

108
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

bawah satu bumbung - belajar berinteraksi dan bergaul - terdedah kepada corak hidup
masyarakat majmuk Malaysia - bersama-sama menjalankan pelbagai aktiviti yang
bertunjangkan nilai kerjasama - memupuk perpaduan nasional

Aktiviti kokurikulum
Selain mendidik dan melatih pelajar agar lebih berdisiplin - menanam sikap saling
menghormati sesama ahli pasukan - menghargai peranan setiap ahli - memupuk semangat
bekerjasama - aktiviti kokurikulum yang dijalankan kebiasaannnya memerlukan
penyertaan ahli pasukan secara berkumpulan - belajar menyesuaikan diri dengan ahli-ahli
lain demi menjayakan sesuatu aktiviti

Penggunaan bahasa kebangsaan


Penggunaan satu bahasa iaitu Bahasa Malaysia sebagai wadah perhubungan dan komunikasi
- membentuk persefahaman di antara semua kaum di Malaysia

Perlaksanaan Konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib - memberi
aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat
menjalin perpaduan yang lebih erat - rakyat tidak lagi diklasifikasikan mengikut
kaum/bangsa - semua membawa identiti Malaysia - perlu belajar menerima antara satu
sama lain - sikap penerimaan antara kaum membawa kepada perpaduan yang utuh

LAMPIRAN 4

109
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

110
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

Kenapa Sentimen perkauman masih kuat di Malaysia dan cara


menangani konflik antara kaum

Kenapa Sentimen perkauman masih kuat di Malaysia dan cara menangani konflik
antara kaum menurut Islam Tajuk: “Kenapa Sentimen perkauman masih kuat di
Malaysia dan Cara menangani konflik antara kaum menurut Islam” Walaupun
Malaysia telah menggapai 56 tahun kemerdekaan, tetapi sentimen perkauman
masih lagi membara dalam kalangan masyarakat Malaysia. Jika isu ini tidak
ditangani dengan bijak oleh semua pihak, hal ini akan menjadi barah yang boleh
merosakkkan perpaduan dan keharmonian di Malaysia.
Isu ini merupakan salah satu cabaran dalam menangani masyarakat berbilang
kaum di Malaysia kerana konflik antara etnik berlaku sekiranya sesebuah Negara
mempunyai lebih dari satu etnik. Konflik ini wujud sekiranya berlaku pertentangan
fahaman mengenai budaya yang boleh mengakibatkan pertentengan kuasa. Banyak
punca yang menyebabkan berlakunya konflik antara kaum. Antara sebab utama
adalah ketidakseimbangan pembangunan ekonomi dan pengagihan kuasa.
Jika kita lihat keadaan di Malaysia, ekonomi kebanyakan dipegang oleh orang
cina manakala politik banyak didominasikan oleh orang melayu. Hal ini disebabkan
pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu, masyarakat dipisahkan dari sudut
ekonomi dan penempatan mengikut kaum-kaum masing. Sebagai contoh, orang cina
bekerja sebagai peniaga dan tinggal di Bandar, manakala orang melayu tinggal di
kawasan perkampungan dan melakukan aktiviti pertanian dan orang India pula
ditempatkan di kawasan ladang bagi menguruskan kelapa sawit dan getah. Selepas
kemerdekaan, disebabkan orang cina mempunyai modal yang banyak serta
berpengalaman dalam perniagaan, mereka terus memonopolikan ekonomi di
Malaysia sehingga sekarang.
Pengasingan ini wujud di antara etnik disebabkan kesan negatif dasar-dasar
yang terbentuk semenjak zaman penjajahan. Selain itu, perkauman antara etnik ini
boleh dilihat secara tidak langsung melalui politik mengikut etnik contohnya, UMNO,
MCA dan MIC, akhbar dan rancangan televisyen berlainan bahasa mengikut etnik
masing-masing. Politik mengikut kaum ini lebih menjurus untuk mempertahankan
dan memperjuangkan hak untuk kaum masing-masing. Walaupun terdapat juga
politik bukan berasaskan perkauman, tetapi jika dilihat kepada masyarakat berbilang
kaum, mereka lebih cenderung untuk mengekalkan identiti masing-masing serta
mempertahankan nilai, budaya dan idea yang berbeza di antara kelompok
masyarakat.
Hal ini kerana, masing-masing cuba memaparkan nilai mereka sendiri kepada
masyarakat lain yang berlainan agama, budaya, bahasa dan etnik. Sebagai contoh,
orang cina sukar memilih wakil dari kalangan orang melayu dan orang melayu sukar
memilih wakil dari kalangan kaum India dan cina kerana kaum cina sehingga kini
masih sukar menyelami budaya melayu yang sebenar begitu juga orang melayu
yang masih ragu-ragu dengan kejujuran kaum cina. Hal ini disebabkan mereka

111
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

masih kabur tentang latar belakang budaya dan sejarah antara mereka.Sebagai
contoh,terdapat perbezaan dalam nilai-nilai orang Melayu dan Cina, kerana latar
belakang mereka yang berbeza agama dan budaya.
Tambahan pula, terdapat jarak sosial di antara mereka , ramai orang Melayu
tidak tahu nilai-nilai Cina dengan baik dan kaum Cina agak jahil tentang nilai-nilai
Melayu walaupun mereka telah hidup bersama telah lama. Sistem pendidikan dan
komunikasi massa telah tidak digunakan oleh pihak berkuasa dengan sebaiknya
untuk menggalakkan pemahaman yang lebih mendalam tentang nilai dan budaya
masing-masing. Terdapat juga golongan elit memperalatkan isu perkauman untuk
mencapai tujuan politik.
Selain itu, sistem pendidikan yang berasingan turut menjadi punca kepada
konflik antara kaum. Sebagai contoh, sekolah aliran cina diwujudkan semasa
penjajahan british yang dibiayai oleh orang perseorangan dan persatuan mereka
sendiri. Mereka diajar dalam ibunda masing-masing. Hal ini menyebabkan polarisasi
di kalangan pelajar yang boleh di lihat di institusi pengajian tinggi awam atau swasta
(IPTA atau IPTS), orang cina hanya bergaul dengan orang cina dan orang melayu
bergaul dengan orang melayu yang menyebabkan tiada hubungan antara kaum dan
boleh meningkatkan prejudis antara kaum. Sebagai contoh, terdapat orang Melayu
yang menganggap orang Cina sebagai kotor , penipu dan sentiasa taksub dengan
membuat wang. Dengan cara yang sama terdapat Cina yang menggambarkan orang
Melayu sebagai malas, boros dan suka kepada hiburan. Mungkin sifat-sifat ini
adalah benar sesetengah Melayu dan sesetengah orang Cina, tetapi
tidaksemestinya benar untuk mereka semua . Ini boleh menyebabkan prejudis
antara kaum makin berkembang. Apabila setiap etnik prejudis terhadap yang lain ,
ketegangan boleh berlaku, dan menyebabkan konflik antara etnik. Oleh itu
pengurusan konflik ini penting kerana kewujudan konflik tidak dapat dielakkan.
Sekiranya konflik ini diuruskan secara proaktif, ini akan memberikan kelebihan
kepada Negara dan sekiranya gagal diuruskan dengan baik, banyak risiko dan
kesan terpaksa dihadapi oleh Negara.
Pengurusan konflik ini haruslah dilakukan berdasarkan bukan kepada hanya
pengamatan satu pihak etnik atau kaum sahaja tetapi melibatkan semua etnik yang
terdapat di Malaysia. Selain itu undang-undang, akta mahupun polisi diperlukan
sebagai kawalan yang dapat mengendurkan konflik ini dari terus menular. Selain itu,
setiap warganegara hendalah memahami sejarah Negara, bangsa lain serta
perlembagaan persekutuan di Malaysia. Reformasi sIstem pendidikan perlu
dilakukan supaya wujud keselarasan untuk setiap sekolah yang ada di Malaysia.
Dasar kerajaan haruslah diterangkan secara jelas melalui media cetak atau media
masa supaya rakyat dapat memahami dasar yang akan dilakuakn oleh kerajaan.
Golongan elit juga hendaklah tidak menggunakan isu perkauman sebagai agenda
politik perkauman yang boleh menyebabkan Negara kucar-kacir.
Menurut Islam terdapat empat peringkat dalam menangani konflik antara
kaum iaitu : pertama, al-Ta’aruf iaitu berkenal-kenalan atau kita hendak mengetahui

112
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

dan mempelajari tentang sejarah dan latar belakang serta budaya dan adat resam
setiap kaum yang terdapat di Malaysia. Kemudian kedua, al-Tafahum iaitu
memahami. Setelah kita mengetahui sejarah dan latar belakang, maka timbul rasa
memahami antara kaum dan boleh membuang persaan prasangka antara kaum.
Ketiga adalah al-Tadhamum iaitu menjamin antara satu sama lain atau
berkerjasama. Selepas kita memahami antara kaum, maka kita boleh berkerjasama
antara satu sama lain dalam semua perkara. Dan keempat adalah al-takaful iaitu,
saling bantu- membantu, kemudian timbul sikap bantu antara satu sama lain tanpa
mengira kaum. sekiranya diamalkan, konflik antara kaum dapat dielakkan.
Sebagai kesimpulan, kita perlu mengetahui punca masih berlakunya sentimen
perkauman yang kuat di Malaysia supaya kita dapat mengambil langkah yang bijak
dan drastik supaya sentimen perkauman ini tidak terus merosakkan keharmonian di
Malaysia. Semua pihak sepatutnya berperanan dalam menangani masalah ini
dengan belajar memahami antara satu sama lain dan tidak bersikap berprasangka
buruk antara kaum. Kestabilan Negara akan terus terjamin sekiranya konflik antara
kaum berjaya di atasi dengan bijak. Pengurusan konflik ini berjaya sekiranya pihak
pentadbiran menyelidiki dahulu punca utama konflik itu terjadi.

113
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 15 : PERPADUAN

PORJEK PENILAIAN PEMBELAJARAN

114

You might also like