You are on page 1of 1

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

* Dokumen rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan negara dan dalam masa sama mampu melahirkan pelajar
bersahsiah terpuji serta berkeperibadian tinggi.
* Dokumen penting ke arah bergerak ke hadapan menerusi pendekatan secara inklusif dan komited melalui
transformasi pembelajaran.
* Lahir selepas proses pencernaan daripada pelbagai pihak dan merupakan rangka yang terhasil dengan begitu teliti,
tuntas, menyeluruh serta mencakupi semua lapisan masyarakat.
Dibangunkan dengan tiga objektif khusus iaitu:
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses
kepada pendidikan, meningkatkan kualiti, merapatkan jurang pencapaian, mengukuhkan perpaduan dalam kalangan
murid serta mengoptimumkan kecekapan sistem.
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid serta sistem pendidikan secara keseluruhan dalam
tempoh 13 tahun.
3.Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam
Kementerian Pendidikan bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, mencetus dan menyokong
transformasi perkhidmatan awam.
* PPPM berhasrat mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan iaitu akses, kualiti,
ekuiti, perpaduan dan kecekapan.
* Selain keberhasilan sistem, pihak berkepentingan juga jelas tentang tahap kualiti yang perlu ada pada setiap individu
murid dengan mempunyai enam ciri utama mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.
Transformasi yang dilaksanakan disusun dalam tiga gelombang iaitu:
1. Gelombang 1 (2013-2015): Mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan penekanan kepada
kemahiran teras.
2. Gelombang 2 (2016-2020): Mempercepatkan peningkatan kemajuan sistem.
3. Gelombang 3 (2021-2025): Beranjak ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi.

You might also like