You are on page 1of 22

.SOALAN 1.

1 (A) UNIT 2/2 MODUL 1/3 ms(2) Dengan perkataan anda sendiri, huraikan secara ringkas makna pengajaran

Pengajaran

boleh

dihuraikan

sebagai

satu

cara

untuk

menyalurkan

pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai kepada murid-murid supaya mereka dapat berfungsi dengan berjaya dalam masyarakat. Dengan kata lain, pengajaran ialah aktiviti atau proses atau pengajaran ialah aktiviti kerana apabila mengajar, aktiviti berikut berlaku : menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu dan pelbagai aktiviti lain.1 Thomas Green telah mengemukakan satu pendapat mengenai konsep mengajar yang mana menurutnya untuk menukarkan tingkah laku dan kelakuan dan mendapatkan pengetahuan atau kepercayaan baru, Kita mengetahui bahawa latihan ialah usaha untuk menukarkan tingkah laku manakala interaksi pula bertujuan memperoleh pengetahuan atau kepercayaan.2 Kedua-dua latihan dan memberi latihan mewakili mengajar kerana ia termasuk dalam kawasan yang dapat diterima oleh kecerdasan akal. Mengikut Model Proses Pembelajaran Gagne (1974), pengajaran merupakan proses yang mempunyai beberapa peringkat pembelajaran yang mempunyai tindakan dalaman dan luaran yang tersendiri dan mempengaruhi fasa yang berikutnya.3 Keduadua praktikal, guru mendiagnos apakah keperluan khusus pembelajaran agar dapat menentukan strategi dan aktiviti khusus yang sewajarnya. Guru perlu memilih dan menyusun terlebih dahulu mengikut kesesuaian dan kebolehan dan minat murid-murid. Isi pengajaran yang sesuai tidak sahaja menjamin pencapaian objektif pengajaran tetapi turut menimbulkan perasaan berjaya di kalangan murid-murid. Menurut Gkser (1962) yang telah merumuskan tindakan pengajaran ke dalam empat aspek yang merangkumi objektif pengajaran, pengetahuan yang sedia ada pada murid, kaedah penyampaian dan penilaian pembelajaran. Salah satu sifat guru yang penting untuk menghasilkan pengajaran yang baik ialah keupayaan untuk merangsangkan murid-murid supaya menimbulkan minat mereka untuk melibatkan diri di dalam proses pembelajaran selain mengadakan suasana yang boleh mendatangkan proses pemikiran serta mengekalkan proses itu.4

Ringkasnya, pengajaran merupakan kesanggupan guru memberi ilmu dan muridmurid menerima ilmu dan ia berlangsung sepanjang hayat. Guru memberi bimbingan, membantu, merancang, memberi resepi penyerapan minda kerana menganggap muridmurid perlu dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dalam membuat penetapan matlamat untuk diri dan murid dalam menghadapi cabaran diri dan bidang pengurusan professional perguruan untuk menyalurkan nilai budaya dan kebangsaan dalam diri murid-murid. Dengan ini guru-guru akan sedar bahawa potensi diri untuk membentuk proses pengajaran kepada murid-murid adalah penting.

_______________________ 1. Syarifah Alawiyah. Ilmu Pendidikan: Pedagogi. (105). Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (Asia) Ltd. 2. T.F Green, The Activities Of Teaching. (27). New York : Mc Graw, Hill Book Company. 3. Gagne. R.M. (1974).Essentials Of Learning For Intruction . (107).Hinsdale, Illinois : The Dryder Press. 4. Atan Long. Psikologi Pendidikan. (83) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

BIBLIOGRAFI Atan Long. (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. Ee Ah Meng. (1989). Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi Kedua.Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2002). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Zulkifli Ismail, Murad Manaf, Gapor Ahmad & Syed Hassan . (1987). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

SOALAN 1.2 (B) UNIT 2/2 MODUL 1/3 ( ms3) Beri satu contoh bagaimana Model Ekspositori dapat digunakan dalam satu pelajaran bagi mata pelajaran anda. Dalam konteks Model Pengajaran Ekspositori, ia berkaitan dengan tindakan guru membekalkan fakta, idea dan maklumat kepada murid. Model ini dapat digunakan dalam mata pelajaran untuk menyalurkan pengetahuan dan kemahiran kepada murid-murid. Oleh itu, kaedah ini ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.1 Satu contoh pengajaran dan pembelajaran yang boleh menggunakan konsep Model Ekspositori ialah sekiranya guru ingin menyampaian konsep seperti berikut : Perbezaan haiwan reptilia dan amfibia. Kemudian guru boleh mempamerken replika bersaiz kecil bagi setiap kategori tersebut dan membuat pembahagian bagi reptilia seperti buaya, ular, penyu dan cicak manakala amfibia seperti katak, toad dan mentadak dengan klasifikasi makanan bagi kumpulan masing-masing. Kaedah pratonton video yang memperlihatkan jenis makanan dan pemakanan bagi setiap kategori haiwan boleh digunakan bagi membolehkan murid-mutrid menyelami sendiri kehidupan haiwanhaiwan tersebut sementelahan

guru masih boleh memperjelaskan lagi dengan menggunakan kaedah bergambar, buku rujukan dan brosur. Guru juga boleh memberi penerangan terlebih dahulu dan murid-murid mendengar dengan teliti sehingga murid memahami dan mengingatinya lalu merekodkan isi penting dalam buku rekod / nota mereka. Guru turut boleh mengaplikasikannya kepada murid-murid agar lebih jelas dengan menggunakan kaedah imbas kembali yang bertujuan menguji tahap ingatan pelajar selepas menonton video dengan menggunakan kad imbas dan murid-murid cuba mengingati adakah haiwan yang ditunjukkan oleh guru adalah haiwan berkategori reptilia atau amfibia. Kemahiran pemikiran kritikal murid-murid teruja apabila guru membawa murid-murid melihat sendiri situasi sebenar tentang kehidupan haiwan yang hidup di darat dan di atas permukaan tanah. Dengan itu, murid-murid boleh melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti yang dianjurkan oleh guru di mana murid-murid akan bertanyakan fakta, idea dan maklumat kepada guru dan guru akan memberi penjelasan yang akan membantu tahap kemahiran pemikiran kritikal murid-murid. Dengan menggunakan kaedah ini, guru dapat menjimatkan masa ketika menyampaikan pelajaran kerana dengan kaedah ini, guru dapat terus menyampaikan semua fakta, idea dan maklumat dalam masa yang lebih singkat dan murid-murid cepat memahami teori di dalam bilik darjah dan mempraktikkannya di luar bilik darjah.

____________________ 1.Mok S.S. (2002). Ilmu Pendidikan untuk KPLI, Semester 1 & 2, Edisi Kedua. (252).Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa. (1994). Falsafah Dan Konsep Pendidikan. Kuala Lumpur:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Delamont .S. (1997). Interaction In The Classroom.Methuen. Mok Soon Sang. (2002). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Mok Soon Sang. (1993). Pedagogi 2. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. SOALAN 1.2 (D) UNIT 2/2 MODUL 1/3 ( ms 7) Buat refleksi tentang satu pengajaran anda yang menggunakan kaedah inkuiri. Bincangkan bagaimana kaedah tersebut memudahkan pembelajaran murid. Inkuiri bermaksud menanya soalan, mencari maklumat atau menjalankan penyiasatan. Justeru, strategi ini melibatkan murid dalam memberi pendapat dan menyoal supaya dapat meneroka, mencadangkan hipotesis untuk menguji, mengumpul dan meyusun data dan membuat inferens dan kesimpulan.

Pendek kata, kaedah inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan dan kesimpulan daripada soalan dan masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenalpasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian siasat dan membuat rumusan dan mendapatkan jawapan. Soalan-soalan seperti berikut adalah contoh soalan bermasalah yang biasa dikemukakan untuk diselesaikan melalui kaedah inkuiri.1 1. Bagaimana pokok bernafas 2. Mengapa iguana boleh dikelaskan sebagai reptilia 3. Bagaimana nilai =22/7 diperolehi 4. Apakah faktof-faktor yang membawa kepada masalah kepupusan hutan

5. Apakah faktor-faktor yang menentukan taburan penduduk di Malaysia. Kaedah inkuiri boleh diimplementasi melalui 3 kaedah utama iaitu model inkuiri sains, sosial dan juris dan prudential. Jika ingin mengunakan kaedah inkuiri sains, guru perlu mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur sains. Proses kajian adalah berlandaskan kepada lima (5) langkah aktiviti soal selidik yang telah dihuraikan dalam model Dewey. Contoh : Dengan menggunakan model inkuiri sains dalam satu eksperimen sains yang berkaitan dngan kesan kandungan air ke atas anak pokok yang sama jenis dan sama saiz serta membesar dalam persekitaran yang sama. Anak pokok pertama disiram sebanyak satu gelas air. Anak pokok kedua, disiram sebanyak lima gelas air manakala anak pokok ketiga disiram dengan sebaldi air. Proses tersebut diulang selama lima hari berturut-turut. Keadaan lain seperti haba, kelembapan dan pendedahan adalah sama bagi ketiga-tiga anak pokok. Selepas lima hari perubahan yang nyata akan kelihatan iaitu anak pokok pertama dan ketiga telah layu dan mati. Daripada pemerhatian ini, murid-murid dapat membuat rumusan bahawa kandungan air yang mencukupi perlu untuk pertumbuhan pokok. Sepanjang proses ini, guru hanya mengemukakan soalansoalan membimbing inkuiri dan bukan memberikan jalan dan jawapan. Menerusi refleksi di atas, kaedah inkuiri ini menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam proses penemuan jawapan / rumusan melalui pengumpulan data dan pengujian hipotesis secara induktif (dari spesifik kepada umum). Guru dimana guru membimbing murid-murid menggunakan strategi pemusatan guru

sepanjang mereka menemui makna baru, mengamalkan kemahiran dan memperolehi pengalaman yang membentuk pembelajaran mereka digabungkan dengan strategi yang berasaskan strategi pemusatan murid dimana murid-murid memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran. Murid-murid digabungkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid secara dua hala iaitu guru menggunakan kaeah menyoal untuk membimbing murid supaya berfikir dan bertindak balas dengan memberikan jawapan mereka. Kaedah ini membantu memudahkan pembelajaran murid kerana : 1. Ia merupakan kaedah penemuan berpandu. 2. Isi kandungan dan proses penyiasatan yang diajar pada masa yang sama. 3. Arahan dan tugasan adalah menggunakan stail kendiri dimana murid-murid yang melakukan lima proses sehinggalah menemui kesimpulan di akhir kajian. Dengan ini, ia membantu memajukan kemahiran pemikiran kritikal dan kemahiran pemikiran aras tinggi. 4. Strategi pemusatan murid yang digunakan membolehkan murid terlibat secara aktif dalam pembelajaan. Murid-murid memainkan peranan penting dalam mengaplikasikan dan mencari rumusan terhadap hipotesis yang dikaji. Guru cuma berperanan sebagai pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran secara sendiri atau secara kumpulan tanpa pengawasan daripada guru sepenuhnya. 5. Ciri-ciri kepimpinan guru brsifat demokratik. Murid-murid sentiasa digalakkan memberikan pendapat mereka. Guru hanya menggunakan kaedah perbincangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajran. Lantaran itu, ia dapat menggalakkan perasaan ingin tahu dan menggalakkan murid-murid memikirkan dan membayangkan jawapan-jawapan dan penjelasan yang mungkin. 6. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid kerana murid diberikan peranan yang penting untuk menguji rumus hipotesis. 7. Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid-murid memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupaya

membuat kesimpulan yang bergantung kepada data sedia ada. Oleh itu perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani , dan intelek. 8. Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sefat sosial yang

positif seperti tolong menolong, bekerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk. Dengan itu murid-murid boleh menonjolkan sifat kreatif dan berinisiatif tinggi untuk mencari rumusan terhadaap hipotesis yang dikaji.

Kesimpulannya,

strategi

ini

melibatkan

kemahiran

memilih,

merancang,

menyusun, menguruskan kaedah dan teknik mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan mencapai objektif pelajaran pada peringkat optimum.

_____________________ 1.R.M. Gagne. (2002) Teori Pemprosesan Maklumat. (220). Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd BIBLIOGRAFI

Mok Soon Sang. (2002). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi I : Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah . Petaling Jaya: Kumpulan Budiman. Poh Swee Hiang. (2000). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, KBKK: KBSM. Subang Jaya.

SOALAN 1.3 (C ) UNIT 2/2 MODUL 1/3 (ms 14) Terdapat empat pendekatan pengajaran seperti yang dibincangkan di atas. Berdasarkan pengalaman anda, faktor- faktor apa yang menentukan pemilihan setiap pendekatan pengajaran.

Konsep pendekatan bermakna cara untuk mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran. Dengan perkataan

lain, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Pendek kata, pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya.

Terdapat empat pendekatan yang sering diaplikasi oleh guru-guru bagi semua sekolah iaitu pendekatan Kesepaduan, Induktif, Deduktif dan Elektif. Pendekatan Kesepaduan merujuk kepada kaedah pengajaran dan cara mengelola program pengajaran agar pelbagai mata pelajaran dan kemahiran dalam kurikulum boleh dihubungkaitkan antara satu sama lain.

Pendekatan Induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumatmaklumat, kemudian membuat generalisasi dan kesimpulannya. Dalam penggunaan pendekatan Induktif ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan, murid-murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti dan mentafsir maklumat.-maklumat yang terkandung dalam contohcontoh khusus itu. Kemudian murid membuat generalisasi dan kesimpulan yang berkenaan.

Pendekatan Deduktif boleh ditakrifkan sebagai satu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem dan peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Kadang kala pendekatan deduktif yang digunakan untuk mendapatkan kesimpulan dan generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum teorem atau peraturan yang telah diketahui.

Pendekatan Elektif pula adalah gabungan daripada pendekatan induktif dan pendekatan deduktif.

Guru kerap kali akan menggunakan satu atau dua pendekatan dalam satu-satu sesi pengajaran dan pembelajarannya sama ada menggunakan pendekatan dDduktif dan Kesepaduan atau pendekatan Elektif. Namun begitu, sebelum memilih untuk memulakan satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran, guru akan menentukan kriteria dan faktor-faktor yang difikirkan perlu bagi pemilihan sesuatu pendekatan. Antara faktorfaktor tersebut ialah :-

1. Perkembagan kognitif

Melalui kajian yang dijalankan oleh Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat. Mengikut perubahan umur murid-murid iaitu peringkat Deria mata (0-2 tahun), peringkat Pra operasi (2-7 tahun), peringkat Operasi konkrit (7-12 tahun ) dan peringkat Operasi formal (selepas 12 tahun) Setiap peringkat, perkembangan kognitif murid merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan pendekatan samada konkrit atau abstrak. Bagi sekolah rendah yang tergolong dalam peringkat operasi konkrit yang mana melalui peringkat ini, murid-murid dapat mengekalkan konsep padanan 1 antara 2 set. Mereka juga dapat memahami konsep keterbalikkan dan dapat membalikkan proses.

Melalui pendekatan Deduktif, murid boleh memberikan jawapan bagi satu eksperimen cawan dengan telur yang sama banyak. Murid-murid akan menyatakan bahawa telur dan cawan adalah sama banyak walaupun telur disebarkan jauh sebaris kerana semuanya dapat dimasukkan ke dalam setiap cawan.

Melalui pendekatan yang sama., murid-murid dapat mempelajari lebih daripada dua perkara pada satu masa dan dapat menguasai konsep keabadian. Dalam eksperimen menuang kuantiti air yang sama ke dalam dua silinder berukuran bebeza. Murid-murid menyimpulkan bahawa kuantiti tidak berubah walaupun bentuk berubah.

Dalam pendekatan kesepaduan, murid-murid mempunyai kebolehan mengelas, menyusun dan membezakan objek-objek. Murid-murid juga dapat memahami aritmetik asas, jisim, panjang, sifat transitif dan proses matematik.

2. Kecerdasan Mental

Setiap murid mempunyai kecerdasan mental berbeza. Perbezaan kecerdasan mental ini mempengaruhi kemahiran pembentukan pendekatan. Secara umumnya, murid yang mempunyai kecerdasaan yang tinggi dapat mengamati rangsngan-rangasangn dan mengenal pasti cirinya serta menghubungkaitkan atribut-atribut pendekatan dengan cepat dan tepat. Dengan adanya kecerdasan mental yang tinggi, murid-murid dapat membentuk konsep abstrak serta kompleks yang jarang difahami oleh murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental murid yang rendah dan sederhana sahaja iaitu guru boleh menggunakan pendekatan elektif untuk murid yang mempunyai kecerdasan mental yang tinggi dan menggunakan pendekatan Induktif yang mudah untuk murid-murid yang mempunyai kecerdasan yang sederhana dan lemah.

3. Penguasaan bahasa.

Di dalam teori pelbagai kecerdasan gardner (1983) berpendapat bahawa setiap insan mewarisi tujuh jenis kecerdasan yang berlainan. Diantaranya ialah kecedasan linguistik atau verbal. Murid yang mempunyai kecerdasan ini berupaya menggunakan bahasa secara berkesan samada secara lisan atau tulisan, termasuk kebolehan memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapannya dengan baik, tepat serta sempurna.

Oleh itu guru boleh mengaplikasikan pendekatan Kesepaduan yang tinggi untuk murid-murid yang mempunyai kecerdasn linguistik yang tinggi dan menguasai bahasa ekspresi dengan sempurna di mana murid ini akan dapat

mempersepsikan

perkaitan

ciri-ciri

maklumat

yang

berkenaan

dan

membentukkan pendekatan dengan lebih cepat dan tepat.

Pengalaman

Pengalaman merupakan faktor yang pentig bukan sahaja membantu murid-murid mempersepsikan maklumat-maklumat yang diterima, tetapi juga membolehkannya membentuk maklumat dan konsep yang baru. Bruner berpendapat bahawa seseorang murid belajar dengan cara menemui struktur konsep dan pendekatan yang dipelajari. Murid-murid boleh membentuk konsep dan mengasingkan benda atau objek mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan, misalnya, guru boleh menjana pendekatan Induktif atau Elektif yang sedikit sukar dalam pengajaran dan pembelajaranya melalui pengajaran adalah berdasarkan kepada perangsangan murid-murid tentang ciri segiempat dangan mengenalpasti segiempat sisi dan memasukkan semua bentuk bersisi empat ke dalam kategori segiempat dan memasukkan bentuk-bentuk bersisi tiga ke dalam kategori segitiga. Berdasarkan pengetahuan sedia ada tentang konsep segiempat, sudutnya. murid-murid membina ciri-ciri segiempat sama dengan mengasingkan bentuk-bentuk segiempat yang bersisi sama sisi mengikut ciri

Murid-murid perlu bersedia menerima perkara yang akan disampaikan. Alam persekitaran dapat memberi pertolongan dan pengetahuan yang sedia ada dan membaikinya. Selain itu, mereka lebih berkesan bagi murid-murid lelaki menggunakan kaedah penemuan.

Melalui pendekatan kesepaduan,murid-murid dapat dan memahami operasi bahagi yang tidak bersifat tukar tertib dengan mengira hasil bahagi iaitu 8 bahagi 2 atau 12 bahagi 8 itu sendiri dan bukan semata-mata diberitahu oleh

guru. Semua kaedah matematik akan berjaya jika semua murid-murid memperolehi pengalaman dalam penggunaan sesuatu simbol atau formula.

5. Pemindahan pembelajaran

Pemindahan pembelajaran merupakan faktor sedia ada yang mempengaruhi pemilihan pendekatan oleh guru. Apabila maklumat baru diterima mempunyai analogi dengan erti dan atribut konsep sedia ada. Maklumat baru akan dibentuk dengan lebih mudah. Misalnya selepas belajar, konsep pschology dalam dalam bahasa inggeris adalah lebih mudah bagi murid-murid membentuk ciri psokologi dalam bahasa melayu. Secara keseluruhannya, pemindahan pembelajaran adalah merupakan faktor yang penting pengalamannya. dalam membentuk ciri-ciri baru yang berkaitan daripada muri-murid yang memperolehi ciri-ciri yang sedikit dalam

6. Konsep konkrit dan abstrak

Secara amnya konsep konkrit

seperti meja, buku, burung, kucing dan

sebagainya lebih mudah dibentuk daripada konsep abstrak seprti moral, etika, prinsip, demokrasi dan sebagainya. Melalui keempat-empat pendekatan, guru perlu mengajarkan dengan dua konsep tersebut. Sekiranya murid tidak diajarkan dengan benda-benda konkrit, konsep 5 P tidak dapat dibentuk dengan sempurna. Di bawah situasi pengajaran dan pembelajarn ini, murid-murid setakat hanya boleh dapat mengenalpasti bentuk atau menyebutnya sahaja. Konsep 5 P biasanya tidak akan dapat diketahui langsung.

7. Penjelasan

Penjelasan atribut pada dasarnya merujuk kepada atribut yang berkaitan sama ada mudah dikenalpasti atau tidak. Sekiranya ciri-ciri atribut yang jelas dan mudah dikenal pasti, konsep pula mudah dibentuk. Guru boleh menggunakan pendekatan Induktif semasa mencari erti perkataan dalam kamus dewan. Atribut konsep susunan abjad jelas dan mudah dikuasai. Dengan cara ini, pengajaran dan pembelajaran akan berjaya memilih dan menggunakan pendekatan yang lebih mudah dan sesuai kepada murid-murid.

Justeru, objektif pengjaran guru dan objektif pebelajaran murid-murod akan tercapai dan kerana guru bijak memilih dan mengaplikasi pendekatan yang sesuai mengikut peringkat umur, kecerdsan mental, penguasaan bahasa, pengalaman murid, pemindahan pembelajaran selain konsep konrkit dan abstak. dan penjelasan. Ketujuhjutuh faktor ini mendorong guru memilih pendekatan yang sesuai untukmurid-murid yang berbeza kemahiran dan tahap ilmu mereka.

BIBLIOGRAFI

Atan Long. (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Mok Soon Sang. (1999). UKELP Bahagian C. Petaling Jaya : Kumpulan Budiman Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi 2 : Perlaksanaan Pengajaran . Petaling Jaya : Kumpulan Budiman.

Berhenti dan renungkan (PEDAGOGI) m/s25 Berdasarkan pengalaman mengajar anda, perihal secara ringkas tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran yang berkesan. Tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran yang berkesan ialah : i. ii. iii. pembolehubah konteks pembolehubah proses pembolehubah produk

Di dalam faktor pembolehubah konteks merujuk kepada semua ciri yang berkaitan dengan kegiatan pembelajaran, biasanya bilik darjah. Pembolehubah-pembolehubah ini melibatkan ciri guru seperti jantina guru atau pengetahuan mengajar. Bagi guru yang berpengalaman pengajaran di masa lampau berbanding dengan guru-guru yang baru. Ciri-ciri murid misalnya umur dan personaliti. Bagi murid-murid yang berda di Tahap 1 pendekatan guru yang digunakan berbeza dengan Tahap 2 yang gurunya lebih tegas. Ciri-ciri kelas pula seperti saiz dan kelas sosial. Bagi saiz kelas yang kecil, guru hendaklah pandai mengatur strategi aktiviti supaya tidak padat berbanding dengan saiz kelas yang lebih besar. Persekitaran kelas juga diambil kira seperti tingkat-tingkat kelas berfungsi dengan baik, apabila waktu pagi dibuja sepaya pengaliran udara yang segar dan membantu murid-murid lebih cergas dan kemudahan-kemudahan di dalam kelas dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Ini terkandung di dalam ciri-ciri sekolah.Ciri-ciri subjek yang diajar juga mempengaruhi pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan misalnya minat murid untuk belajar dan minat guru untuk mengajar. Guru yang mempunyai minat yang tinggi dalam mata pelajaran yang diajar sentiasa membuat persediaan yang rapi. Di samping itu, ciri-ciri komuniti dan ciri-ciri keadaan misalnya sesi akademik. Bagi pembolehubah proses pula merujuk kepada semua ciri yang berkaitan dengan tingkah laku guru misalnya minat yang mendalam dalam bidang profesian ini, ganjaran yang diperolehi seperti insentif-insentif tertentu, kursus-kursus yang di tawarkan untuk mempertingkatkan kemahiran dan kemudahan-kemudahan yang di tawarkan oleh pihak kerajaan. Pengurusan kelas dan teknik disiplin juga mempengaruhi. Seorang guru yang baik boleh menguruskan kelas dengan baik. Dalam pada itu juga, tingkah laku murid misalnya strategi pembelajaran murid-murid dan penglibatannya dapat dikaji oleh guru. Adakah murid-murid yang lemah dibiarkan sahaja tanpa memberi tindakan susulan iaitu pemulihan untuk memperbaiki tahap akademik mereka serta tugas pembelajaran dan aktiviti bilik darjah. Pembolehubah produk yang merujuk kepada hasil pendidikan seperti kemahiran dan pengetahuan motivasi, minat dalam mata pelajaran dan perkembangan sosial yang telah bertambah baik.

Berhenti dan renungkan m/s 30 Sebagai seorang murid, pernahkan anda terfikir yang anda dinilai secara tidak adil? Ya, bagaimana Pada pendapat saya, saya tidak terfikir yang saya dinilai tidak adil kecuali ada masanya dari segi penyediaan soalan yang menimbulkan kecurigaan. Bagi guru-guru yang terlibat dengan aktiviti penyediaan soalan, anak murid yang diajarnya mungkin mendapat beberapa faedah antaranya maklumat mengenai topik atau subtopik yang akan diutarakan dan bentuk soalan yang sebagaimana akan diuji. Adakah guru anda menilai respon murid secara konsisten? Tidak, guru saya menilai respon murid secara konsisten. Selepas sahaja sesuatu topik atau subtopik yang diajar guru mesti menyediakan soalan secara lisan dan lembaran kerja untuk dibuat oleh murid-murid. Adakah mana-mana murid dinilai dalam keadaan yang lebih baik daripada murid lain? Tidak, guru mesti menilai dalam keadaan yang sama, mungkin dalam pendekatan yang berbeza-beza. Seorang guru yang baik mesti mempunyai perancangan yang rapi dan tidak memilih kasih. Adakah pengukuran yang dibuat itu betul-betul dapat mengukur apa yang anda telah pelajari?

Ya, melalui pengukuran yang dibuat saya boleh mengetahui kelemahan-kelemahan diri dalam menguasai sesuatu topik dalam mata pelajaran dan cuba memperbaikinya. Adakah pengujian itu memakan masa yang terlalu lama sehingga anda tidak peduli lagi mengenai pencapaian anda? Tidak, setiap kali pengujian itu dijalankan, guru akan mengambil masa selama seminggu untuk menandakan kertas-kertas soalan ujian atau peperiksaan sebagai contohnya kertas jawapan akan dikembalikan kepada saya dan sesi perbincangan dilakukan antara guru dan murid-murid. Guru akan mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya dan memotivasikan murid-murid yang kurang berjaya. Guru akan memberi komen kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh anak muridnya dan memberi penjelasan cara bagaimana untuk mengatasinya. Tindakan susulan akan dijalankan oleh guru seperti aktiviti pemulihan dan menggunakan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Ms 44 Sebagai latihan pengukuhan ,baca semula garispanduan membina item pelbagai pilihan.Nyatakan perkara-perkara penting dengan menggunakan peta organiser grafik yang sesuai.

Pembinaa item Item Objektif (pelbagai p ilihan)

Aspek Penting

1. Aspek Kandungan

2. Aspek Struktur

3. Aspek Pilihan Jawapan

4. Aspek kesilapankesilapan yang perlu dielakkan


Jangan memberi maklumat yang terlalu panjang pada permulaan soalan

Kemukakan soalan yang memerlukan lebih daripada hanya pengetahuan fakta

1. Aspek Kandungan

Jangan kemukakan soalan yang bermula dengan,Manakah antara yang berikut betul atau salah mengenai X ? Dikuti dengan pilihan-pilihan yang berkaitan dengan X.

2. Aspek Struktur

Berikan kemungkinan kombinasi pilihan jawapan yang boleh dipilih oleh calon.

Kemukakan soalan menggunakan tiada jawapan yang betul hanya jika perlu

3. Aspek Pilihan Jawapan

Jangan gunakan pilihan negatif selepas mengemukakan stem yang negetaif

Jangan gunakan semua di atas

You might also like