You are on page 1of 31

TAJUK

LAPORAN AKHIR
PERSATUAN KESIHATAN MENTAL MALAYSIA
MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION

NAMA

NADIA BALQIS BINTI RIDZUAN A154600


MOHAMAD MUHAFIZAL BIN MOHAMAD A154318
MOHD SYAUKAT SYARAFUDDIN BIN HAIRULANUAR A155456
MUHAMMAD FARIZUAN BIN MOHD FAZARRAH A151320
MUHAMMAD WAFIQ BIN LOKMAN A155179
PEARLY TOH SWEE LING A148550

KURSUS

LMCR1472 ASAS PENGURUSAN NGO

PENSYARAH

DR. AZIZI BIN UMAR

1
KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT

1. PENGENALAN 3

2. SEJARAN DAN LATAR BELAKANG 4-6

3. ORGANISASI 7-8

4. OPERASI 9-11

5. KEWANGAN 12-13

6. SUMBANGAN DAN CABARAN 14-16

7. ULASAN PELAJAR 17-27

8. LAMPIRAN 28-31

2
PENGENALAN

Penyakit mental dijangkakan untuk menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di


Malaysia selepas penyakit jantung sebelum tahun 2020. Setiap tiga dalam sepuluh
orang dewasa berumur 16 tahun ke atas mengalami penyakit mental di Malaysia.
Kadar prevalens di Kuala Lumpur sahaja meningkat kepada 39.8% dari tahun-tahun
sebelum ini (National Health and Morbidity Survey 2015). Situasi ini tidak dijangkau
minda pakar pada sepuluh yang tahun lepas. Oleh hal yang demikian, perkara ini amat
membimbangkan semua pihak kerana pelbagai masalah sudah timbul dan akan terus
menular yang memberi kesan negatif kepada diri, komuniti dan negara.

Antara penyakit mental yang semakin meningkat secara mendadak adalah


kemurungan (depression) dan pembentukan idea serta cubaan untuk membunuh diri
(suicide ideation). Kajian telah membuktikan bahawa kemurungan boleh bermula
seawal 12 tahun dan lebih ketara dalam kalangan wanita berbanding lelaki (Salk et
al., 2017). Terdapat pelbagai penyakit mental yang lain yang turut memudaratkan
pelbagai pihak seperti skizofrenia dan kecelaruan personaliti pelbagai. Bagaimana hal
ini dapat dibantu? Siapakah yang patut membantu?

Oleh hal yang demikian, individu-individu pelopor Malaysian Mental Health


Association telah melihat kepentingan sebuah organisasi bukan kerajaan untuk bukan
sahaja meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental, malah
untuk mecegah dan membantu segala pihak yang mungkin terlibat secara langsung
atau tidak langsung dengan situasi yang semakin meruncing ini.

3
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

Persatuan Kesihatan Mental Malaysia atau lebih dikenali dalam bahasa Inggerisnya,
Malaysia Mental Health Assocation (MMHA) telah secara rasminya tertubuh pada 30
July 1968 di bawah Akta Persatuan 1966 (Societies Act 1966). Nombor pendaftaran
MMHA ialah PPM-001-10-30071968. Namun begitu, pembentukan MMHA dan usaha-
usaha untuk menjadikannya sebuah badan bukan kerajaan yang sah ini sebenarnya
telah bermula setahun sebelumnya pada tahun 1967. Pertubuhan bukan kerajaan ini
tertubuh hasil daripada inisiatif sekumpulan doktor yang merupakan pakar penyakit
mental dari hospital yang terdahulunya dinamakan University Hospital atau sekarang
lebih dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Kumpulan pakar tersebut merasakan bahawa terdapatnya kelopongan


perkhidmatan yang amat diperlukan untuk membantu pesakit-pesakit penyakit mental
yang baru discharged daripada hospital. Pada waktu itu, tiada mana-mana pihak
kerajaan mahupun bukan kerajaan melihat kepentingan dalam perkara yang berkaitan
dengan kesihatan mental. Namun begitu, kumpulan doktor-doktor pakar tadi
merupakan graduan luar negara yang baru pulang ke tanah air. Penjagaan kesihatan
mental telahpun berkembang pesat di negara-negara barat pada masa itu. Oleh hal
yang demikian, mereka rasa terbeban dan bertanggungjawab untuk membantu dan
meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia mengenai kesihatan mental.

Apabila MMHA telah diitubuhkan secara rasminya, mereka mula memberi


perkhidmatan rehabilitasi (rehabilitation service) kepada para pesakit yang baru
sahaja dilepaskan (discharged) daripada wad mental. Pesakit tersebut akan dipanggil
sebagai klien atau person in recovery untuk mengurangkan rasa perseteruan
(hostility). Kebanyakan daripada klien MMHA pada masa itu merupakan pesakit
skizofrenia (schizophrenia) yang mempunyai simtom-simtom negatif seperti
pengasingan diri (social withdrawal) dan kekurangan keyakinan diri (self-esteem).
Oleh hal yang demikian, perkhidmatan rehabilitasi yang diberikan adalah terdiri
daripada terapi pekerjaan (occupational therapy) yang membantu para pesakit untuk

4
membiasakan diri semula melakukan aktiviti seharian secara berdikari dan
seterusnya, untuk mengasimilasikan diri semula dalam masyarakat setempat. Pada
masa kini, MMHA menerima mana-mana klien yang memerlukan perkhidmatan
mereka.

Pada dasarnya, MMHA mempunyai visi untuk menjadi pelopor dan sebuah
organisasi terkemuka dalam bidang kesihatan mental di Malaysia to be a leading
Malaysian organisation in the field of mental health. Misi MMHA pula adalah untuk:

i. Menjadi pihak utama dalam pendidikan awam untuk meningkatkan


kesedaran mengenai kesihatan mental a key player in public
education on mental health awareness.

ii. Menjadi sebuah organisasi yang komited dalam menjayakan anjakan


paradigma sebagai usaha untuk menghapuskan stigma mengenai
kesihatan mental an organisation committed to bringing about a
paradigm shift in destigmatizing mental illness.

iii. Menjadi sebuah pusat rujuk yang terkemuka dan profesional dalam
bidang rehabilitasi psiokososial a professionally-run and recognised
centre for referral and psychosocial rehabilitation.

iv. Menjadi rakan kongsi aktif bersama-sama organisasi lain dalam bidang
kesihatan mental an active partner with other organizations in the field
of mental health.

Objektif MMHA pula adalah

i. Untuk menggalakkan atau mempromosikan kesihatan mental to


promote mental health.

5
ii. Untuk memberikan perkhidmatan penyaringan, diagnosis, rawatan, dan
rehabilitasi kepada sesiapa yang menghidapi mana-mana kecelaruan
mental to provide screening, diagnosis, treatment and rehabilitation of
any person suffering from any mental disorder.

iii. Untuk bekerjasama dengan kerajaan dan agensi lain dalam sokongan
dan aktiviti lain berkaitan dengan kesihatan mental to co-operate with
the government and other agencies on advocacy and other activites
relating to mental health.

iv. Untuk memberikan bantuan kepada individu yang mempunyai masalah


emosi to render assistance to emotionally distrubed individuals.

v. Untuk menyertai dalam usaha mencegah dan menyelidik bidang


kecelaruan mental to participate in the prevention and research into
mental disorders.

vi. Untuk membeli, memajak, sewa dan mendapatkan hartanah tersendiri


untuk kegunaan persatuan mengikut objektif persatuan to purchase,
take on lease, rent, acquire, and own property for us of the Association
in line with its objectives.

6
ORGANISASI

Malaysian Mental Health Association (MMHA) seperti persatuan-persatuan berdaftar


yang lain mempunyai organisasi induknya yang tersendiri seperti yang tertera di
bawah:

Penaung : Ybhg Toh Puan Dato Seri Hajah Dr. Aishah Ong

Jawatankuasa Pengurusan Management Committee

Presiden : Encik See Cheng Siang

Timbalan Presiden : Dr. Andrew Mohan Raj

Naib Presiden I : Dr. Ng Chong Guan

Naib Presiden II : Puan Poh Kim Pheng

Setiausaha Agung : Datin Dr. Ang Kim Teng

Timbalan Setiausaha: Encik Mohan Chitran

Bendahari Agung : Cik Lee Siew Bee

Ahli Jawatankuasa : Dr. Eileen Nadarajah

Puan Fazlin Badri Alyeope

Encik Harpajan Singh

Ahli Bersama : Encik Kamal Abdullah

Datin Seri Aleena Abdullah

Puan T. Davi Mala

Cik Urmilah Dass

Cik S. Karpagam P. Subramaniam

7
Selain daripada organisasi induk, terdapat beberapa ahli penting lain yang
menjadi sukarelawan untuk memastikan kelangsungan dan operasi harian MMHA
berjalan. Antaranya ialah seorang pentadbir (administrator), beberapa doktor pakar
psikologi pelawat (visiting psychologist), pakar psikiatri pelawat (visiting psychiatrist),
pakar terapi pelawat (visiting therapist), tiga pegawai rehabilitasi, seorang penyelia
dan seorang setiausaha, serta beberapa orang sukarelawan biasa. Sukarelawan
biasa ini dilatih untuk membantu dalam aktiviti-aktiviti dan program rehabilitasi besama
klien MMHA. Kadang-kala, terdapat juga pelajar sarjana yang sedang menjalankan
latihan industri mereka mengikut kapasiti dan keperluan MMHA sendiri.

Kesemua ahli organisasi induk, pengurusan dan staf harian adalah terdiri
daripada sukarelawan. Tiada ahli tetap mahupun pakar pelawat yang dibayar atau
diberikan gaji atas perkhidmatan mereka kepada MMHA dan kepada para klien. Hal
ini kerana MMHA merupakan badan bukan kerajaan dan persatuan bukan untuk
keuntungan yang bergerak atas dasar kesukarelawanan. Walaubagaimanapun,
mereka akan diberikan hadiah sebagai tanda penghargaan pada majlis atau program
tertentu sahaja.

8
OPERASI

Malaysian Mental Health Association bertapak di No.6 & 8, Jalan 4/33, Off Jalan
Othman, 46050 Petaling Jaya, Selangor. MMHA beroperasi setiap hari isnin sehingga
jumaat bermula jam 9 pagi hingga 4 petang untuk khidmat rehabilitasi dan sehingga
5 petang untuk pejabat MMHA. Para klien MMHA perlu mendapatkan surat rujukan
atau surat sokongan daripada doktor semasa ataupun laporan kesihatan mental lalu
yang membuktikan mereka sememangnya pesakit mental yang memerlukan bantuan.

Perkhidmatan rehabilitasi yang diberikan berjalan setiap hari selama beberapa


jam sahaja. Walaubagaimanapun, MMHA membenarkan dan menerima mana-mana
klien akan datang pada waktu pagi dan pulang pada waktu petang kerana ketiadaan
penjaga di rumah. Sebagai contoh, kami telah menemui seorang klien bernama Simon
yang menghadapi kerencatan akal (mental retardation) semasa ke MMHA untuk sesi
menemuramah. Simon telahpun bersama MMHA selama lebih kurang lima tahun.
Setiap hari ibunya akan menghantar Simon pada waktu pagi ke MMHA dan
mengambilnya semula pada waktu petang. Sebenarnya, keadaan ini tidak digalakkan
kerana secara idealnya, klien hanya perlu menjalani rehabilitasi bersama MMHA untuk
setahun sahaja. Namun atas dasar belas kasihan ke atas kekangan yang dihadapi
oleh keluarga Simon, MMHA menerimanya dengan hati yang terbuka.

MMHA memberikan beberapa perkhidmatan utama selain daripada


rehabilitasi. Antaranya ialah perkhidmatan kaunseling. Ianya dijalankan berdasarkan
temu janji (appointment) yang ditentukan lebih awal. Hal ini demikan kerana
kurangnya kakitangan tetap yang bertauliah untuk menjalankan sesi kaunseling.
Setiap sesi berlangsung dalam lebih kurang sejam hingga dua jam dan dijalankan
secara berkala dalam dua minggu sekali. Ini adalah untuk memberi masa kepada klien
untuk mengaplikasikan apa yang dibincangkan dalam sesi tersebut dan seterusnya,
untuk melihat kesannya.

9
Di samping itu, terdapat juga perkhidmatan kumpulan sokongan rakan sebaya
(peer support group) yagn dijalankan sebulan sekali pada hari Ahad pertama setiap
bulan. Kumpulan sokongan ini adalah untuk membantu klien dan ahli keluarga mereka
berinteraksi dengan klien lain yang menghadapi masalah yang sama dengan mereka.
Interaksi ini akan mewujudkan suasana empati dan mereka akan merasakan bahawa
terdapat ramai yang menyokong dan ingin membantu mereka untuk sembuh. Ramai
tidak mengetahui bahawa isolasi dan rasa tidak mempunyai sokongan moral daripada
masyarakat sekeliling akan membantutkan proses pemulhan para pesakit ini. Pada
kebiasaannya, para pesakit yang sudah 90% sembuh tetapi jatuh sakit semula dan
kadang-kala kepada penyakit mental yang lebih kritikal kerana kurangnya sokongan
dan pemahaman daripada orang yang dikenali dan rapat dengan mereka.

Pada masa yang sama, MMHA turut menawarkan perkhidmatan respit kepada
para penjaga (caregiver respite support). Petugas dan sukarelawan MMHA akan ke
rumah-rumah klien untuk melawat dan meluangkan sedikit masa untuk berinteraksi
dengan para klien agar penjaga kepada klien tersebut dapat berehat sebentar. Hal ini
juga untuk memberi kesempatan kepada para penjaga kepada klien MMHA untuk
keluar menguruskan perkara-perkara lain yang tidak dapat diselesaikan kerana
terpaksa menjaga klien secara berterusan .

Kedua-dua perkhidmatan kumpulan sokongan rakan sebaya (peer support


group) dan perkhidmatan respit kepada penjaga (caregiver respit support) dibiayai
oleh kumpulan Datin Sabrina. Selain daripada bantuan kewangan secara langsung
daripada kumpulan Datin Sabrina, MMHA juga melakukan beberapa inisiatif lain
seperti Depress Supper Club pada tahun 2016 dan penghasilan serta jualan buku
Grey Bear Days.

Walaupun MMHA mempunyai talian bantuan (helpline), tetapi ianya tidak


secanggih atau keberkesannya tidak tinggi berbanding NGO lain seperti Befrienders.
Hal ini kerasa MMHA hanya memberi sokongan kepada pesakit yang dalam proses
pemulihan yang perlukan bantuan mudah. MMHA tidak dapat memberikan intervensi

10
krisis (crisis intervention) disebabkan oleh kekurangan kakitangan dan sukarelawan
yang bertauliah untuk mengendalikan kes-kes sebegitu.

MMHA masih belum sepenuhnya menerajui perkhidmatan atau mengadakan


program di luar pejabat mereka. Hal ini kerana MMHA masih belum mempunyai
kakitangan dan sukarelawan yang cukup untuk mengendalikan sektor baru tersebut.
Walaubagaimanapun, mereka telahpun memulakan inisiatif untuk mengadakan
kerjasama luar. Sebagai contoh, MMHA telah memulakan pendidikan awam secara
kecil-kecilan dengan menerima undangan untuk memberi ceramah dan seminar di
program-program tertentu. Selain itu, MMHA juga memberi kursus kepada penjaga-
penjaga pesakit mental selama enam hari tiga hujung minggu yang merangkumi 12
modul ataupun kursus intensif selama dua hari yang merangkumi sembilan modul
sahaja. Mutakhir ini, MMHA juga telah mula bekerjasama dengan pihak korporat
dengan mengadakan seminar pendidikan korporat untuk meningkatkan kesedaran
mengenai penjagaan kesihatan mental dalam dunia pekerjaan.

Selain daripada kesemua perkhidmatan yang diberikan di atas, MMHA sedang


melakukan suatu kerja yang lebih penting iaitu untuk mengubah polisi kerajaan dalam
mempertingkatkat kesedaran tentang kesihatan mental. Beberapa ahli jawatankuasa
MMHA seperti Presiden MMHA, Encik See Cheng Siang dan Setiausaha Agung
MMHA, Datin Dr. Ang Kim Teng (yang ditemuramah) merupakan ahli jawatankuasa
dalam National Mental Health Promotion Advisory Council yang bernaung di bawah
Kementerian Kesihatan Malaysia. Sedikit sebanyak, MMHA membawa suara yang
tidak kedengaran ke depan untuk meletakkan kepentingan kesihatan mental dalam
agenda negara. MMHA juga ada melibatkan diri dengan media massa iaitu televisyen
dan radio, namun kurang mendapat sambutan disebabkan oleh kekangan tertentu.

11
KEWANGAN

Malaysia Mental Health Association (MMHA) merupakan badan bukan kerajaan dan
badan bukan untuk keuntungan. Oleh itu, mereka tidak mempunyai penjanaan wang
yang tetap setiap tahun untuk memastikan kelangsungan operasi MMHA. Mereka
perlu bekerja keras untuk mengekalkan gerak kerja mereka dari semasa ke semasa.

80% peruntukan MMHA datang daripada sumbangan orang ramai (public


donation), Selain itu, 80% peratus ini turut merangkumi jualan buku oleh MMHA
seperti buku Living with Mental Illness dan Grey Bear Days. Jikalau MMHA
membuat program atau memberi ceramah di tempat-tempat luar, pihak MMHA tidak
menetapkan sebarang bayaran tetapi mereka akan meminta sumbangan ikhlas
daripada pihak penganjur. Oleh hal yang demikian, peruntukan atau tabung kewangan
mereka amatlah tidak tetap dan tidak boleh dijangka.

MMHA mendapat peruntukan sebanyak 10% daripada geran kerajaan atau


pihak korporat untuk menjalankan beberapa operasi mereka secara spesifiknya
perkhidmatan rehabilitasi dan pendidikan awam. Namun begitu, jumlah peruntukan
yang diberikan setiap tahun tidak mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan
kedua-dua perkhidmatan tersebut untuk setiap bulan dalam setahun. Pada tahun
lepas, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberikan
hanya RM20,000.00 untuk kegunaan selama setahun.

10% lagi adalah daripada yuran yang dikenakan ke atas perkhidmatan dengan
pihak korporat dalam program pendidikan korporat. Penjanaan daripada sumber ini
juga adalah amat sedikit dan tidak tetap. Hal ini kerana banyak syarikat-syarikat dan
agensi masih belum melihat kepentingan kesedaran mengenai kesihatan mental di
tempat kerja yang kondusif.

12
Inisiatif lain MMHA lakukan untuk menjana pendapatan kewangan mereka
adalah dengan mengadakan makan malam amal tahunan (annual charity dinner).
Segala hasil daripada makan malam amal tersebut akan digunakan terus untuk
kelangsungan D Light Home iaitu sebuah rumah penjagaan sementara untuk para
pesakit mental yang baru sahaja keluar daripada hospital dan tidak mempunyai
sesiapa atau mana-mana untuk tuju. Kapasiti D Light Home adalah hanya untuk
sepuluh orang dan kesemuanya untuk wanita sahaja. Terdapat perancangan untuk
memperkembangkan lagi perkhidmatan ini setelah adanya peruntukan yang cukup.

Kekurangan perkhidmatan yang diberikan adalah disebabkan oleh kekangan


kewangan yang dihadapi oleh mereka. Oleh hal yang demikian, MMHA sememangnya
perlu mempertingkatkan lagi penjanaan kewangan mereka untuk meningkatkan
segala aspek dalam perkhidmatan mereka.

13
SUMBANGAN DAN CABARAN

Secara amnya, Malaysian Mental Health Association (MMHA) telah memberikan


banyak sumbangan dalam bidang kesihatan di Malaysia. Hal ini kerana mereka telah
mempelopori segala perkhidmatan kesihatan mental untuk diberikan kepada
masyarakat Malaysia semasa tiada mana-mana pihak yang memandang kepentingan
penjagaan kesihatan mental. MMHA juga telah memberi idea dan sokongan kepada
persatuan atau organisasi bukan kerajaan yang lain untuk mula berkecimpung dalam
bidang kesihatan mental yang masih dianggap enteng dalam komuniti Malaysia.

Secara spesifiknya, MMHA telah membuka suatu platform untuk para penjaga
keada pesakit yang menghidapi masalah mental ini untuk mendapatkan sokongan
dan ilmu untuk menjaga dan mengendalikan pesakit-pesakit tersebut. Perkhidmatan
respit turut meringankan bebas para penjaga dalam kadar yang amat besar kerana
sememangnya para penjaga kepada pesakit mental perlukan waktu tersendiri untuk
melepaskan stress dan menyelesaikan perkara penting tanpa gangguan dan
kerisauan mengenai ahli keluarga mereka berseorangan.

Segala ceramah dan seminar yang dijalankan tanpa yuran pula membantu
untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental pelbagai pihak pada
pelbagai lapisan umur. Hal ini sememangnya amat perlu kerana semakin hari semakin
ramai yang menghidapi penyakit kecelaruan mental daripada penyakit yang paling
umum iaitu kemurungan sehingga yang paling kritikal seperti skizofrenia dan
kecelaruan personaliti pelbagai (multiple personality disorder). Pihak korporat turut
mula melihat kepentingan penjagaan kesihatan mental di tempat kerja yang kondusif.

Pada peringkat nasional pula, MMHA telah memberi sumbangan dalam hal-hal
berkaitan dengan polisi negara mengenai kesihatan mental. Beberapa ahli MMHA
sememangnya berada dalam jawatankuasa yang mempromosikan dan menerajui
peningkatan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan di Malaysia.

14
Walaubagaimanpun, MMHA telah, masih dan akan menghadapi pelbagai
cabaran dalam memperjuangkan kepentingan kesihatan mental di Malaysia. Antara
cabaran utama yang dihadapi ialah ketiadaan tokoh, pemimpin atau ikon untuk
menjadi pembela (advocate) atau menjadi suara dalam menerajui kempen kesedaran
mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental. Jika dibandingkan dengan
negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan juga Singapura, negara-
negara ini mempunyai pelbagai tokoh daripada bidang-bidang yang berbeza untuk
meningkatkan kesedaran masyarakat mereka mengenai isu ini. Malaysia pada
dahulunya mempunyai seorang artis yang mengalami kemumurungan selepas
bersalin (post-partum depression) tetapi disebabkan oleh kurangnya sokongan, ikon
tersebut hilang begitu sahaja di mata media dan masyarakat. MMHA dan Malaysia
memerlukan tokoh dan pemimpin yang mempunyai visi dan misi yang sama seperti
MMHA untuk menggunakan kuasa beliau dalam menerajui inisiatif-inisiatif dalam
meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental.

Cabaran kedua terbesar ialah kekangan kewangan. Hal ini kerana MMHA amat
memerlukan tambahan staf sepenuh masa untuk membantu dalam operasi harian
mereka. Sukarelawan adalah tidak tetap dan kebanyakan daripada mereka berhenti
setelah beberapa bulan kerana tidak dapat menghadapi bebanan kerja tanpa
diberikan gaji. Mereka juga mengharapkan sokongan yang lebih padu daripada
kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk membantu mereka dalam memberi
perkhidmatan kepada komuniti Malaysia.

Cabaran ketiga ialah untuk mencari individu yang mempunyai semangat


(passion) dan cinta akan perjuangan untuk meningkatkan kesedaran mengenai
kepentingan kesihatan mental ini. Tak ramai yang mempunyai dedikasi yang tinggi
untuk terus kekal bersama-sama MMHA untuk jangka masa yang panjang. Pelajar
sarjana yang menjalankan latihan industri juga tidak kekal lama di situ kerana
kurangnya komitmen apabila tiada ganjaran atau gaji yang diberikan. MMHA
memerlukan bukan sahaja individu yang berpengalaman dalam bidang psikologi,
malahan perlukan individu yang celik IT untuk mengendalikan media sosial dan laman

15
web rasmi MMHA, individu yang mempunyai pengalaman dalam pentadbiran untuk
menguruskan operasi harian bersama-sama penyelia dan sebagainya.

MMHA mempunyai beberapa cabaran dan pelan untuk jangka masa terdekat
iaitu dalam masa lima tahun. Pihak MMHA ingin

i. Menubuhkan pusat integrasi D Light Home di mana ianya boleh menampung


lebih ramai klien wanita dan lelaki.

ii. Meningkatkan lagi kesedaran masyarakat pelbagai lapisan umur dan latar
belakang mengenai kepentingan kesihatan mental.

iii. Meningkatkan lagi kerjasama dengan pihak korporat untuk memastikan


kesihatan mental dalam sektor kerja terjaga.

iv. Membolehkan lebih ramai klien untuk menelefon dan ke pusat MMHA untuk
mendapatkan perkhidmatan sepanjang masa.

v. Menawarkan lebih banyak pilihan kursus dan seminar serta modul untuk
dipelajari oleh lebih ramai pihak dalam menguruskan penjagaan kesihatan
mental dan pesakit yang menghidapi penyakit mental.

16
ULASAN 1

Non-Governmental Organisation (NGO) atau Badan Organisasi Bukan Kerajaan kini


semakin mendapat perhatian ramai pihak. Semakin ramai individu terutamanya
mahasiswa dan mahasiswa mula melibatkan diri dalam kegiatan NGO. Hal ini kerana
mereka mula sedar akan kepentingan dan impak yang mampu dikecapi menerusi
aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NGO.

Organisasi NGO ini membawa pelbagai peranan mereka mengikut matlamat


penubuhan yang telah mereka tetapkan. Namun begitu, secara amnya badan-badan
NGO ini bergiat untuk menimbulkan kesedaran sosial dalam diri masyarakat kita pada
masa kini. Tujuannya adalah untuk menjadikan masyarakat kita lebih cakna akan isu-
isu semasa bahkan mampu menukar mentaliti atau rutin dan amalan kebiasaan yang
salah dan tidak wajar.

Pada masa kini, ramai yang menyertai badan-badan NGO yang terlibat dalam
aktiviti kesukarelawanan, biarpun sebenarnya banyak lagi bidang lain seperti
pendidikan,alam sekitar dan kesihatan. Seandainya, badan-badan NGO di dalam
bidang lain ini mempunyai lebih ramai penyertaan dan sokongan, pasti pembangunan
negara akan menjadi lebih pesat.

Selain itu, dengan wujudnya badan-badan NGO, ianya akan membantu


kerajaan dalam menangani pelbagai permasalah yang mungkin telah terlepas
pandang oleh agensi kerajaan yang bertanggungjawab. Hal ini juga disokong lagi
dengan fakta kebanyakan ahli di dalam badan-badan NGO adalah individu yang pakar
di dalam bidang mereka sendiri. Kemungkinan dengan bantuan dana dan kebenaran
dari agensi kerajaan yang bertanggungjawan, bantuan lebih mudah disampaikan dan
misi serta matlamat kerajaan untuk memenuhi keperluan rakyat juga bakal dipenuhi.

Badan NGO yang kami dekati ialah Malaysian Mental Health Association
(MMHA). Badan NGO ini merupakan satu badan yang telah bertapak cukup lama di

17
Malaysia dengan matlamat mereka untuk mewujudkan kesedaran rakyat Malaysia
akan kewujudan kecelaruan dan masalah mental.

Kewujudan NGO ini adalah untuk memerangi stigma masyarakat mengenai


kecelaruan dan masalah mental. Mereka berusaha untuk memberi kesedaran agar
rakyat Malaysia sedar akan kebenaran wujudnya masalah mental ini serta membantu
penjaga kepada pesakit-pesakit ini tentang layanan dan cara untuk menangani yang
betul.

MMHA mempunyai beberapa aktiviti utama yang menjadi pusat utama gerakan
mereka. MMHA saban tahun menganjurkan beberapa bengkel secara bersiri untuk
penjaga-penjaga bagi pesakit mental yang memfokuskan kepada kefahaman dan
latihan dalam menguruskan pesakit mental.

Mereka juga turut menyediakan asrama untuk menempatkan pesakit-pesakit


yang sudah beransur pulih dan cuba menyesuaikan diri di dalam masyarakat semula.
Sasaran mereka adalah untuk menjadikan pesakit mereka mampu untuk mendapat
kefungsian normal seperti individu normal yang lain.

Tambahan lagi, MMHA turut menjalankan seminar atau syarahan-syarahan


yang berkait dengan kesihatan dan penyakit mental secara umum apabila dijemput.
Dana dalam menguruskan badan NGO mereka kebanyakannya didapati menerusi
aktiviti ini dan juga sumbangan ikhlas.

Kumpulan kami merasakan bahawa MMHA dan badan-badan NGO yang lain
memainkan peranan yang amat besar dalam pertumbuhan masyarakat kita secara
menyeluruh. Menerusi aktiviti-aktiviti yang mereka jalankan, kesedaran masyarakat
semakin meningkat dan ini menyumbang kepada pertumbuhan individu dan sudah
pasti, lebih ramai individu dengan kesadaran tinggi dan mentaliti yang tinggi, maka
masyarakat tersebut akan berkembang dengan lebih pesat.

18
ULASAN 2

Pertubuhan bukan kerajaan atau NGO adalah organisasi yang ditubuhkan untuk
memperjuangkan suatu kepentingan awam dan bukannya individu atau komersial.
Istilah NGO ialah CSO (Civil Society Organization) dan organisasi sukarela.
Penubuhan NGO mungkin tercetus daripada pengalaman, minat, idea dan semangat
perjuangan yang kuat daripada individu atau kumpulan tertentu untuk bertindak
terhadap sesuatu fenomena yang terjadi atau keinginan dalam masyarakat. Kekuatan
dan idea di sebalik penubuhan sesebuah NGO memberikan fokus dalam mencapai
objektif seperti menyediakan peluang pendidikan dan kemahiran, memperkasa
ekonomi wanita, mengawal dan mengurus penyakit, membantu mangsa bencana
alam, memperjuangkan isu berkaitan hak kemanusiaan, sosial, ekonomi, politik,
budaya dan sebagainya.

Kebanyakan NGO bersifat kebajikan dan tidak mementingkan keuntungan,


namun ada NGO seperti badan koperasi yang sememangnya menjalankan aktiviti
menjana keuntungan. Operasi NGO sama ada pada peringkat antarabangsa,
nasional, kawasan atau komuniti bergantung kepada sumber kewangan, kebolehan
rangkaian dan kumpulan sasar. Aktiviti NGO pula boleh dilaksanakan secara
bersendirian, melalui kolaborasi dan perkongsian dengan organisasi penderma.

NGO memainkan peranan besar terutama dalam sektor yang tidak dapat
dipenuhi dengan perkhidmatan kerajaan atau lebih dikenali sebagai sektor ketiga
yang membantu menyelesaikan masalah negara dan menangani pelbagai keperluan
sosial termasuk isu kemiskinan dan pengangguran ke arah kesejahteraan rakyat.
NGO juga membantu dalam kempen advokasi yang boleh mempengaruhi kerajaan
untuk menerima pakai reformasi dasar dan memaksa penambahbaikan dalam amalan
perniagaan. Negara Malaysia, NGO berdaftar boleh bergerak menggunakan landasan
seperti yayasan, persatuan, kelab, kumpulan dan sebagainya. Kebanyakan NGO ini
mengharapkan dana daripada kerajaan, syarikat besar dan derma ikhlas daripada
individu yang prihatin dengan perjuangan NGO tertentu.

19
NGO Malaysian Mental Health Associaton (MMHA) merupakan sebuah
pertubuhan sukarela bukan keuntungan yang diuruskan oleh jawatankuasa melalui
pelantikan orang yang berkepentingan dan profesional dalam masyarakat. MMHA
telah ditubuhkan pada tahun 1967 oleh sekumpulan profesional kesihatan mental dan
pemimpin masyarakat dari Pusat Perubatan Universiti Malaya dan telah didaftarkan
secara rasmi di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 30 Julai 1968.

MMHA mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai antaranya ialah untuk
mempromosikan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat, membantu
meningkatkan taraf rawatan, pencegahan dan penyelidikan dalam bidang kesihatan
mental, menyediakan perkhidmatan pemulihan untuk pesakit mental, melindungi
kepentingan dan kebajikan pesakit psikiatri, menyokong penjaga dan ahli keluarga
bagi orang sakit mental.
MMHA juga memainkan beberapa peranan penting kepada masyarakat
antaranya menjalakan forum, bengkel ataupun seminar kepada orang ramai. Melalui
cara ini dapat mewujudkan kesedaran kepada masyarakat terhadap penyakit mental
dan isu-isu kesihatan mental. MMHA pernah menyentuh pelbagai isu untuk
pengetahuan umum seperti apa itu penyakit Mental, Schizophrenia, Depression,
Kehamilan Remaja, Pengurusan Tekanan, penagihan dadah dan lain-lain lagi.

MMHA juga memainkan peranan sebagai advokasi. Melalui kerjasama agensi


kerajaan seperti Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, MMHA
memperjuangkan hak-hak pesakit mental dalam mendapatkan perkhidmatan yang
lebih baik. MMHA telah melibatkan diri dalam dialong dengan Kementerian Kesihatan
untuk mengkaji semula Dasar Kesihatan Mental 1998.

Penyebaran maklumat kepada umum berkaitan penyakit mental, MMHA juga


memainkan peranan utama. Melalui media elektronik seperti facebook dan portal
rasmi MMHA orang ramai dapat mengenali tanda-tanda awal masalah kesihatan
mental, mendapatkan bantuan dan jenis rawatan yang sesuai yang ada di Malaysia,
serta langkah-langkah dalam mengekalkan kesihatan mental yang baik dalam
menjalankan kehidupan seharian.

20
ULASAN 3

Badan bukan kerajaan (NGO) ialah sebuah organisasi atau pertubuhan yang
menjalankan tugas atau tanggungjawab tanpa mengenakan bayaran. Ia sebuah
organisasi yang menjalankan kerja atau tugas berdasarkan skop organisasi tersebut.
Kerja yang dijalankan oleh badan tersebut adalah secara sukarela dan tidak
mempunyai gaji. Namun begitu, badan tertinggi di dalam sesebuah organisasi
tersebut akan diberikan token sebagai tanda penghargaan kerana berjasa kepada
badan bukan kerajaan tersebut.

NGO terbahagi kepada pelbagi jenis bidang mengikut skop organisasi tersebut.
Badan-badan tersebut perlu didaftarkan sebelum boleh memulakan operasi. NGO
bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti atau kempen mengenai sesuatu isu
yang berkaitan dalam bidang mereka. Malahan, mereka juga perlu mengeratkan
perhubungan bersama dengan masyarakat melalui aktiviti bersama.

NGO harus meneruskan aktiviti mulia ini dan mengumpulkan ramai


sukarelawan untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Penghargaan juga diberikan kepada
sukarelawan seperti sijil dan baju. NGO juga mendapatkan dana melalui perkhidmatan
yang mereka kuasai serta mendapatkan dana melalui kerajaan.

NGO perlu mendapatkan sokongan daripada kerajaan dan masyarakat untuk


terus bergiat aktif dan cemerlang.

21
ULASAN 4

Badan Bukan Kerajaan atau dikenali sebagai Non-government Organization (NGO)


merupakan organisasi swasta yang menjalankan kegiatan untuk meringankan
penderitaan, membasmi kemiskinan, memelihara lingkungan hidup, menyediakan
layanan sosial dasar atau melakukan kegiatan pengembangan masyarakat di seluruh
dunia khususnya bagi membela nasib mangsa di kebanyakan negara kelas ketiga.

Di Malaysia, terdapat banyak pertubuhan dan persatuan yang telah di daftarkan


sebagai badan bukan kerajaan (NGO) di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
(ROS). Kebanyakan NGO ditubuhkan sebagai tulang belakang dan untuk melicinkan
pentadbiran sesuatu kerajaan pemerintahan. Selain daripada itu, pertubuhan di
Malaysia memberikan khidmat kepada masyarakat di dalam dan luar negara seperti
negara berdekatan iaitu Indonesia, Thailand, Myanmar dan Laos yang diperlihatkan
banyak membantu masyarakat.

Kebanyakan Ahli Majlis Tertinggi bagi sesuatu NGO merupakan seorang yang
berkerjaya dan mempunyai kemahiran yang tertentu dalam hal pengurusan. Seperti
yang telah dikaji iaitu Dr Ang yang merupakan Setiausaha bagi Malaysia Mental
Health Association (MMHA) adalah seorang doktor bagi bidang psikologi klinikal.
Ianya dilihat sebagai salah satu khidmat masyarakat dalam bidang kesihatan mental.
Dan seperti yang lain juga merupakan orang-orang penting dalam bidang kesihatan.

Annual General Meeting dilaksanakan pada setiap tahun bagi membina


sesuatu organisasi terutamanya Ahli Majlis Tertinggi yang merupakan tonggak utama
dalam sesebuah organisasi. Perkara ini dilihat penting sebagai tanda Malaysia
mengamalkan sistem demokrasi dan berlaku adil dalam setiap pemilihan bagi
mengelakkan daripada berlakunya salah faham di antara ahli sesuatu pertubuhan.
Perkara ini juga penting bagi menjadikan sesuatu organisasi itu mantap dari segi
pengurusan dan operasi.

22
Selain itu juga, kekuatan sesuatu organisasi dapat di lihat melalui pemantapan
sistem kewangan. Perkara ini penting kerana kewangan yang mantap dapat
memastikan untuk sesuatu organisasi sentiasa bergerak bertepatan dengan visi dan
matlamat sesebuah organisasi. Kebanyakan NGO di Malaysia gagal bergerak adalah
disebabkan berlakunya masalah kewangan yang ketara. Ianya dapat disimpulkan
bahawa sistem kewangan juga menjadi faktor penting dalam menggerakkan
sesebuah organisasi walaupun ianya merupakan salah satu pekerjaan sukarela
masyarakat di Malaysia namun untuk menganjurkan sesuatu program ianya
memerlukan dana yang mencukupi bagi menampung keseluruhan perbelanjaan
sesuatu program.

Dalam sesuatu NGO, komunikasi yang baik merupakan salah satu perkara
penting yang harus dititik beratkan. Perkara ini disebabkan oleh setiap ahli adalah
daripada latar belakang yang berbeza dan berlainan kemahiran. Kebanyakan NGO
dijadikan wadah untuk masyarakat Malaysia mempelajari sesuatu dalam bidang
pengurusan sesuatu organisasi. Walaupun berlainan bidang dan latar belakang,
namun komunikasi yang berkesan mampu memantapkan NGO.

Kesimpulannya, NGO dilihat sesuatu yang perlu di ceburi oleh setiap


masyarakat di Malaysia sekurang-kurangnya satu terutamanya mahasiswa Universiti
Kebangsaan Malaysia yang dilihat sebagai contoh bagi universiti lain dalam
berpersatuan. Ianya dapat meningkatkan kemahiran insaniah di samping
mencampakkan diri ke lembah pasaran kerja.

23
ULASAN 5

Istilah non-governmental organization digunakan sejak PBB mula ditubuhkan pada


tahun 1945, lebih tepatnya pada pada Piagam PBB Pasal 71 Bab 10 tentang peranan
konsultatif non-governmental organization. Pada awalnya istilah ini hanya digunakan
untuk membezakan antara hak partisipasi badan-badan kerajaan (intergovernmental
agencies) dan organisasi-organisasi swasta antarabangsa (international private
organizations).

Defenisi international NGO (INGO) mula diberikan dalam resolusi 288 (X)
ECOSOC pada 27 Pebruari 1950: setiap organisasi antarabangsa yang tidak
ditubuhkan atas dasar sebuah perjanjian antarabangsa . World Bank,
mendefenisikan NGO sebagai organisasi swasta yang menjalankan aktiviti untuk
meringankan penderitaan, membasmi kemiskinan, memelihara persekitaran hidup,
melakukan kerja sosial atau melakukan kegiatan untuk membangunkan masyarakat.
Dalam sebuah dokumen penting World Bank, Working With NGOs, disebutkan,
Dalam konteks yang lebih luas, istilah NGO dapat diartikan sebagai semua organisasi
bukan keuntungan (non-profit organization) yang tidak terkait dengan pemerintahan
kerajaan. (https://askensinaga.wordpress.com/2008/06/02/ngo-defenisi-sejarah-
peranan-pengelompokan-dan-karir/: Akses 18 Mei 2017)

Pertubuhan bukan kerajaan atau NGO adalah organisasi yang ditubuhkan


untuk memperjuangkan suatu kepentingan awam dan bukannya individu atau
komersial. Ia sinonim dengan istilah NGO atau CSO (Civil Society Organization) dan
organisasi sukarela. Penubuhan NGO mungkin tercetus daripada pengalaman, minat,
idea dan semangat perjuangan yang kuat daripada individu atau kumpulan tertentu
untuk bertindak terhadap sesuatu fenomena yang terjadi atau keinginan dalam
masyarakat. Kekuatan dan idea di sebalik penubuhan sesebuah NGO memberikan
fokus dalam mencapai objektifnya seperti menyediakan peluang pendidikan dan
kemahiran, memperkasa ekonomi wanita, mengawal dan mengurus penyakit,
membantu mangsa bencana alam, memperjuangkan isu berkaitan hak kemanusiaan,

24
sosial, ekonomi, politik, budaya dan
sebagainya.(http://www.bharian.com.my/node/15982 : akses 18 Mei 2017)

Secara umumnya NGO boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut fungsi
utamanya iaitu operasional atau advokasi. Kebanyakan NGO bersifat kebajikan dan
tidak mementingkan keuntungan, namun ada NGO seperti badan koperasi yang
sememangnya menjalankan aktiviti menjana keuntungan. Operasi NGO sama ada
pada peringkat antarabangsa, nasional, kawasan atau komuniti bergantung kepada
sumber kewangan, kebolehan rangkaian dan kumpulan sasar. Aktiviti NGO pula boleh
dilaksanakan secara bersendirian, melalui kolaborasi dan perkongsian dengan
organisasi penderma dan atau NGO lain.

PERANAN NGO DALAM MASYARAKAT

Jika dilihat pada harini NGO itu wujud bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan,
perkara ini berlaku kerana dipengaruhi oleh kesedaran ahli masyarakat yang melihat
bahawa mereka dapat melakukan sedikit perubahan dengan menghulurkan tangan
membantu yang memerlukan. Justeru, peranan NGO harini meliputi pelbagai aspek
yang melibatkan kemahiran serta kemampuan untuk mengeluarkan modal membiayai
sesuatu badan NGO itu. Setiap NGO itu mempunyai tujuan dan matlamat penubuhan
yang berbeza walau mempunyai kemahiran yang sama, justeru peranan NGO ini
meliputi aspek seperti berikut.

Pengembangan dan Pembangunan Infrastruktur

NGO membantu dalam Membina perumahan, menyediakan infrastruktur dan usaha


sama dengan ahli masyarakat lain.

Menjalankan Inovasi, Ujian dan Projek contoh:

25
NGO memiliki kelebihan dalam perancangan dan pelaksanaan projek/suatu kerja
yang inovatif kerama adanya kemampuan bertindak dengan lebih cepat berbanding
dengan kerajaan dengan birokrasinya yang rumit.

Keberkesanan komunikasi

NGO dapat memudahkan komunikasi ke atas, dari masyarakat kepada kerajaan, dan
ke bawah, dari kerajaan kepada masyarakat. Komunikasi ke atas mencakup
pemberian informasi kepada kerajaan tentang sesuatu idea, dirasakan dan dilakukan
oleh masyarakat, sedangkan komunikasi ke bawah mencakup pemberian maklumat
kepada masyarakat tentang apa yang direncanakan dan dikerjakan oleh kerajaan.
NGO juga dapat memberikan informasi secara horizontal dan membentuk jejaring
(networking) dengan organisasi lain yang melakukan pekerjaan yang sama.

Bantuan Teknikal dan Latihan

Institusi Latihan dan NGO dapat merancang dan memberikan suatu pelatihan dan
bantuan teknikal untuk organisasi berasaskan masyarakat dan kerajaan.

Penelitian- Monitoring dan Evaluation

Monitoring dan Evaluation yang efektif terhadap sifat partisipatif suatu projek akan
memberikan manfaat yang baik bagi masyarakat dan staf projek itu sendiri.

Advokasi Untuk Dan Dengan Masyarakat Miskin/Berkaitan

NGO menjadi jurubicara dan perwakilan orang miskin dan mencuba untuk
mempengaruhi keputusan polisi dan program kerajaan. Ini dapat dilakukan melalui
berbagai cara antaranya, mengadakan atau mengikuti forum umum untuk
memformulasi suatu polisi dan rencana kerajaan, kemudian mengumumkan hasil
penelitian dan dapatan suatu kes itu terhadap orang miskin. Jadi, NGO memainkan
peranan mulai dari advokasi kepada orang miskin hingga implementasi program

26
kerajaan; dari Pendesak (opinion maker) dan pengkritik sehinggalah rakan kerja dan
penasihat; dari penaja hinggalah mediator.

(http://jalsjalin.blogspot.my/2013/06/peranan-ngo.html :akses 18 Mei 2017)

Oleh yang demikian, pada pendapat saya sendiri, NGO memang memainkan
peranan yang penting dalam masyarakat di mana jika kita lihat masyarakat di barat
dengan NGO mereka disana amatlah terkehadapan dalam menghulurkan tangan
untuk membantu dan ianya ibarat suatu simbolik masyrakat moden. Di samping itu,
kewujudan NGO ini juga memudahkan proses komunikasi antara pihak berwajib
dengan ahli masyarakat sebagai contoh kez-kez terpencil yang melibatkan sentiment
perkauman dimana kita sedia maklum bahawa isu sentiment perkauman ini amatlah
sensetif dalam masyarakat majmuk di Malaysia, justeru disinilah wakil-wakil NGO
yang bebas dari politik akan kehadapan untuk membantu menenagkan keadaan
meningkatkan kesedaran ahli masyarakat tentang isu yang sensetif untuk tidak
dipolitikan kerana ianya boleh menggangugat keharmonian negara.

Di samping itu NGO juga menjadi agen sosialisasi dalam mendidik masyarakat
supaya sedar bahawa wujudnya saudara-saudara atau ahli masyarakat diluar sana
yang memerluka bantuan kita terutama sekali apabila mereka tidak mempunyai
kemampuan dalam mebela nasib mereka sendiri. Seperti isu yang melibatkan
peperangan di Gaza di Syria dan negara bergolak yang lain, dimana rakyat mereka
sendiri tidak mampu untuk menjalani kehidupan yang normal kerana negara mereka
dipalit peperangan. Peranan NGO seperti Aman Palestine dan senagkatan
dengannya yang membawa bantuan-bantuan kemanusaiaan dalam membantu
mereka ini ibarat memberi semangat kepada mereka yang mereka tidak keseorangan
dan masih wujud sifat kemanusiaa dalam dunia ini.

27
LAMPIRAN

28
SESI TEMURAMAH DIJALANKAN PADA 4 APRIL 2017 DI MALAYSIAN MENTAL
HEALTH ASSOCIATION BERSAMA DATIN DR. ANG KIM TENG

SESI BERGAMBAR BERSAMA AHLI KUMPULAN 2, PENCERAMAH DAN


PESERTA PROGRAM

29
30
POSTER PROGRAM DEPRESSION, LETS TALK!

31

You might also like