You are on page 1of 2

1) TEMU BUAL IBU BAPA

Temu bual bersama ibu bapa dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkenaan kanak-
kanak. Sebaiknya temu bual dijalankan melalui kaedah bersemuka kerana melalui
kaedah ini, guru dapat membina hubungan yang mesra dengan ibu bapa. Ketika temu
bual dijalankan, guru perlu mempamerkan dan mewujudkan suasana yang selesa bagi
merangsang komunikasi dan perbincangan yang berkesan.

Guru juga perlu memastikan penggunaan ayat yang sesuai dan positif serta
menggunakan intonasi suara dan bahasa yang sesuai semasa temu bual. Ini bagi
mengelakkan ibu bapa berasa kurang selesa dengan pertanyaan yang diajukan oleh
guru. Selain itu, guru tidak digalakkan untuk memberikan pendapat atau jangkaan awal
mengenai maklum balas daripada ibu bapa.

Berikut merupakan soalan yang boleh diajukan kepada ibu bapa atau penjaga semasa
temu bual dijalankan:

Latar belakang perkembangan kanak-kanak

- Kemahiran urus diri (tandas, makan, mandi dan sebagainya)

- Kemahiran komunikasi (verbal atau tidak verbal)

- Kemahiran kognitif asas (warna, huruf, nombor, dan sebagainya)

- Kemahiran bermain (bermain sendirian, tidak minat dengan alat permainan


dan sebagainya)

Bila kanak-kanak didiagnos?

- Umur kanak-kanak semasa diagnos

- Di mana kanak-kanak didiagnos

Sejarah perubatan kanak-kanak

- Sebarang pengambilan ubat

- Alahan

Modul 2 (Pentaksiran) GENIUS Kurnia ©


Latar belakang keluarga

- Nama, umur ibu bapa dan adik beradik

- Ahli keluarga lain yang mempunyai sejarah kekurangupayaan

Tingkah laku mencabar kanak-kanak

- Punca kanak-kanak menunjukkan tingkah laku mencabar

- Kekerapan dan apakah tingkah laku mencabar tersebut

Kekuatan kanak-kanak

- Komunikasi (boleh meminta/ boleh memberi komen)

- Sosial (suka berkawan)

Minat/Kesukaan kanak-kanak

- Aktiviti (menari/ menyanyi)

- Permainan (mewarna/ melukis)

- Makanan dan minuman

Modul 2 (Pentaksiran) GENIUS Kurnia ©

You might also like